KUALA LUMPUR [12.10 am] - Istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah serta menyimpan rahsia sebagai Perdana Menteri yang baru oleh Dato' Seri Najib Razak, akan berlangsung di Istana Negara pagi Jumaat ini. Para jemaah menteri telah menerima jemputan untuk menghadiri istiadat yang dihantar pada 10 pagi semalam. Jemputan tersebut turut dihantar melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Menurut jemputan tersebut, istiadat tersebut akan berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara mulai jam 9 pagi. Di perhimpunan agung UMNO hujung minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi berkata beliau akan menghadap Yang Di Pertuan Agong Khamis ini untuk memaklumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan tersebut. Perhimpunan agung tersebut turut menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan UMNO di mana Najib memenangi jawatan presiden UMNO tanpa bertanding. Abdullah tidak bertanding mempertahankan jawatan presiden ekoran persetujuan melaksanakan pelan peralihan kuasa selepas perhimpunan agung UMNO selesai. Manakala Muhyiddn Yassin pula berjaya memenangi jawatan timbalan presiden, selepas menewaskan seorang lagi calon, Mat Taib. Seorang lagi calon, Ali Rustam dilarang bertanding selepas ejennya didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana terbabit dengan politik wang.[Apakah benar laporan ini, segalanya bakal terjawab nanti. Walau bagaimana sekali pun kami tetap berpendirian bahawa rakyat majoritinya tidak mahu Najib menjadi Perdana Menteri selagi moralnya dipertikaikan oleh rakyat. Malah, dalam kes Altantunya Najib Razak masih belum menjawab sebarang persoalan yang dikeluarkan oleh akhbar Perancis tentang penglibatan beliau dalam kes itu. Malah laporan tersebut juga telah disiarkan di seluruh dunia. Soalnya di sini, apakah perlantikan Najib itu nanti akan menyumbang keamanan dan kemajuan kepada negara?. Sedangkan dalam masa yang sama pelabur mungkin takut untuk melabur di negara ini kerana mereka melihat kekangan badan kehakiman yang begitu ketara oleh pihak pemerintah. Malah, mereka juga akan gusar bila Perdana Menteri yang dilantik dipertikaikan oleh rakyatnya].






hampa aje tak mo takut najib bantai hampa betui2 bila jadi pm. dulu ngan pak lah hampa boleh la buat mcm2 sebab org tu lembut sikit. ha ni baru hampa tau... tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuu
BalasPadamingat najib tu terer sgt ke? kalo berani, bg semula harakah dn keadilan beroperasi semula, benarkan PR utk bt satu slot dlm siaran TV..baru la jantan beb!! ini..jangan nk jd anjing menyalak bukit la woi...
BalasPadamhang lagi terrer dari najib ke? patut hang dok cakap belakang aje..tak boleh jadi menteri... tunjukla terrer hang lawan ngan najib utk jadi menteri... jgn dok menyalak kot blog ni je
BalasPadamaku sokong 100 peratus...kalau nak jadi pemimpin kena bersihkan diri dulu,apa yang susah sgt...jangan biarkan diri terus menjadi bahan diperlekehkan apatah lagi negara luar...malulah ada pemimpin cam ni..Pas tu kalo Najib tu beno2 demokrasi bagi peluang PR pun masuk TV , barulah org ramai dapat menilai sendiri...ni semuanya hampeh...sampai orgg yg atas pagar pun leh menyampah.....
BalasPadamdlm tv asyik duk cite psl BN berkempen je, org dh malas nk tgk tv..berani ke najib tu nk lwn debat dgn org PR? biarla org yg sejawatan dgn dia yg berdebat..bt live dlm tv BN tu..
BalasPadamMesti tak berani punya..nanti debat pasal hantu pulak..ngeri...
BalasPadamwat pew takut ngan Najib tu..
BalasPadambeliau bukannya tuhan..
setakat jadi PM yang hanya kuasanya bersifat sementara..
LAWAN TETAP LAWAN..