BUKIT SELAMBAU [11.43 am] - Satu laporan polis telah dibuat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dengan isu pengundi hantu malam tadi. Laporan dibuat oleh Tuan Hj. Abdul Lariff B Nat Noor yang mana alamat rumahnya dipercayai telah digunakan oleh 40 orang yang tidak dikenali sebagai pengundi pilihanraya kecil Bukit Selambau tanpa kebenarannya. Beliau amat kecewa dengan tindakan tersebut dan menyangkal dakwaan Pengerusi SPR Kedah dan Naib Presiden UMNO, Hishamuddin Hussein yang mengatakan bahawa tiada pengundi hantu seperti yang diwar-warkan itu. Beliau juga terkejut bagaimana alamat rumahnya boleh digunakan sedangkan hanya beliau dan isterinya sahaja yang menetap di situ. Ini adalah satu penyelewengan yang telah dirancang dengan rapi oleh pihak-pihak tertentu. Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Ketua AMK Pusat, Fariz Musa. Sementara itu Fariz menegaskan bahawa Angkatan Muda Keadlian (AMK) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai hak untuk membuat analisis dan sistem bagi mengesan pengundi hantu.
[Kini terbukti jelas bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah dipergunakan oleh pihak tertentu bagi mendaoatkan kuasa dan menang dalam pilihanraya kecil itu nanti. Justeru itu Fariz Musa menyeru agar SPR bersikap lebih telus dan membersihkan senarai daftar pemilih sebelum tarikh pilihanraya 7 April ini. Manakala itu pada hari ini juga satu memorandum akan diserahkan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Pejabat Daerah Kuala Muda berhubung dengan perkara ini].








SUDAH PASTI LAPORAN TERSEBUT TIDAK DIAMBIL TINDAKAN YANG SEPATUTNYA DEMI MENJAGA PERIUK NASIK MEREKA DAN BELIAU..
BalasPadamnak pergi tengok RUMAH HANTU sekarang tak payah pergi sarkas..
BalasPadamdekat BUKIT SELAMBAU sudah dibuka anjuran SPR dan sekutu-sekutunya..
huhuhu..
LAGI-LAGI HANTU MANA ADA?ADA BUKTI KE?KALAU TAK DAH LAMA SPR AMBIL TINDAKAN.BILA MENANG DIAM JE PASAL PENGUNDI HANTU BILA KALAH BISING BERKOKOK TENTANG PENGUNDI HANTU.BIASA LE TU ORANG LUAR BALIK MENGUNDI TUNAIKAN TANGGGUNGJAWAB KERJA KAT KL KE KAT S'GOR KE MANA NAK KERJA KAT KG SENDIRI TU YANG KATA ORANG LUAR.AKU PUN MASA DUDUK KAT UTARA BALIK MENGUNDI KAT PANTAI TIMUR.
BalasPadamentahla...kalau depa menang pengundi hantu habis semua lari...tapi kalau depa kalah... pengundi hantu ada byk sgt... apa hal ni... kalau nak menang pun tak yahla buat citer yg bukan2... cermin diri sendiri dulu
BalasPadamsesiapa yg xde keje bleh daftar ngan SPR jadi pelakon sebagai PENGUNDI HANTU..tarikh tutup 7hb daftar skrg permohonan dibuka kpd semua
BalasPadampembangkang ni betul-betul HANTU... hantu pembohong, hantu fitnah, hantu segala hantu
BalasPadamBarisan Najis (BN) dgn penyokong-penyokongnya sama je bangang dan bodo...kalau orang dah bagi bukti tu bersihkan jelah senarai pengundi tu jangan le nak bordolak dalik...dan nak cuba putarbelit isu nampak jelas sangat memang depa yang buat ... celaka punya BN/SPR
BalasPadam