script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Mohd Saiful Bukhari Azlan Saman Dan Menuntut Ganti Rugi RM2 Juta Dari Pahang Daily Online Berhubung Dengan Enam Artikel Panas !!

SHAH ALAM [4.35 pm] - Pihak kami amat terkejut dengan berita terbaru yang diterima oleh krew kami sebentar tadi, berhubung dengan "mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan menfailkan saman fitnah dan menuntut gantirugi sebanyak RM2 juta berhubung dengan enam artikel yang disiarkan di blog ini yang kononnya menfitnah beliau. Kami difahamkan writ saman telah difailkan oleh peguamnya iaitu Zamri Idrus di Mahkamah Tinggi Shah Alam petang tadi. Pihak kami amat terkejut dengan tindakan itu, namun satu persoalan yang timbul ialah Saiful sebenarnya menyaman siapa?. Ini kerana blog Pahang Daily Online bukanlah beroperasi secara sah dan didaftarkan dengan mana-mana pertubuhan di negara ini. Blog ini adalah bersifat bebas dan berkecuali serta tidak terikat dengan mana-mana pihak. Cuma kami banyak memaparkan serta membahaskan isu-isu panas berkaitan politik tanah air sejak mula beroperasi. Kami tidak mempunyai premis yang tetap dan sebagainya. Krew-krew kami juga berada dimana-mana dan menjalankan tugas secara sukarela tanpa kekangan dari mana-mana pihak. Justeru itu, kami juga hairan kenapa Saiful beriya-iya benar ingin menfailkan tindakan saman terhadap blog ini. Walhal, jika beliau membicarakan soal maruah dan harga diri, kenapa beliau tidak menyaman "fitnah yang paling nyata" terhadap beliau yang dibuat oleh Dr.Mohamed Osman, Hospital Pusrawi serta lain-lain media arus perdana yang telah menyiarkan laporan perubatan beliau dulu?. >> Blog Saiful

Bukankah ia boleh dikategorikan sebagai "fitnah" kerana Saiful mengatakan beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim. Kenapa tidak disaman sahaja pihak-pihak terbabit jika Saiful benar-benar ingin berbicara soal maruah dan harga diri. Justeru itu kami menantikan tindakan selanjutnya untuk memantau perkara ini. Memandangkan buat masa ini kami mempunyai ramai editor dan krew yang bergerak aktif secara online buat masa ini. Disamping itu juga, Saiful juga harus pandai membezakan "pandangan peribadi", "analisis" dan "fitnah". Kami tidak menghalang beliau masuk ke blog ini, tetapi ini adalah hak peribadi kami. Samalah juga Saiful tuduh Anwar liwat dirinya, Anwar mencabar beliau dan membuat laporan polis beliau difitnah. Tetapi satu pun kertas siasatan tidak dibuka oleh pihak polis. Kenapa bila Saiful buat laporan polis, begitu "pantas seperti kilat" mereka membuat siasatan. Bukankah ada "something wrong" dan "keistimewaan" buat Saiful. Kenapa bila krew kami di Kuantan yang disiasat polis iaitu Blogger Cucumatkilau membuat laporan polis Saiful pula menfitnah blog ini, pihak polis "diam membisu"? Dimanakah keadilan sebenarnya dalam kes seperti ini? Bukankah ini membuktikan ada sesuatu yang tersirat sebenarnya !

[Pihak kami menasihatkan semua krew blog ini yang berada di seluruh Malaysia agar dapat bersabar dengan dugaan dan rintangan ini. Itu adalah hak dan tanggungjawab Saiful untuk menyaman blog ini kononnya menfitnah beliau. Tetapi beliau tidak berani untuk menyaman fitnah yang dibuat oleh doktor dan hospital Pusrawi itu kerana beliau tahu jika tindakan itu dibuat sudah pasti beliau akan kalah. Tambahan pula banyak bukti-bukti kukuh termasuk laporan perubatan yang telah dikeluarkan dan bakal menjadi bukti penting. Ini bermakna Saiful akan menyaman pihak-pihak yang beliau fikir tidak mempunyai cukuo senjata untuk menentang beliau di mahkamah. Termasuk juga dengan Anwar Ibrahim itu sendiri, beliau yakin akan menang kerana Anwar pasti gagal mengemukakan bukti yang kukuh atas kes ini. Persoalannya jika Saiful orang yang jujur dan benar, kami pula mencabar beliau sekali lagi menyaman Dr.Mohamed Osman dan Hospital Pusrawi yang lebih jelas menfitnah beliau].
Share:

24 ulasan:

  1. awai sikit samgat, mintak la 10 ke 20 juta ka, sampai tua, bolih hidup senang

    BalasPadam
  2. Kami Blogger yang bertamadun dan bercakap benar... http://proumno.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. baru saman belum tentu menang kes lagi..relax PDO..

    BalasPadam
  4. Biaq p la dia nak saman....lama2 nanti tau jugak dia cakap betoi ka tidak...

    BalasPadam
  5. Good luck ler.. jgn ada yang bankrupt suda... kah kah kahh

    BalasPadam
  6. Atas nama kemanusian, saya bersimpati dengan beliau.. kerana jika anda di tempatnya pasti anda berduka sebagai insan yang lemah teperangkap dengan manusia bertopengkan Syaitan.

    Apa pun kes ini di bawah bidang kuasa mahkamah so biar mahkamah yang buat keputusan.

    Jika kita yang tidak tahu menahu maka ini lah jadinya.. kena saman tak pasal-pasal.. Apa pun berani buat beranilah tanggung erk.. Kecian..

    BalasPadam
  7. siapa berani buat berani tangung itu saja la kawan.

    BalasPadam
  8. Lain kali hati-hati dengan ulasan dan kenyataan anda sebagai "blog owner". Anda mesti ingat bahawa blog anda boleh dilayari oleh sesiapa dan dimana saja. Anda harus ingat bahawa anda terdedah kpd tindakan-tindakan spt yg telah diambil oleh Saiful sekiranya ulasan anda berbau hasutan dan fitnah. Untuk mengelakkan perkara ini berulang, silalah hati-hati dan berhemah dengan ulasan anda. Dlm. ulasan anda jangan sekali-kali ianya dilihat sbgai ulasan yg mewakili pihak-pihak tertentu, mencabar, menghina, dan menyentuh peribadi seseorang. Walau pun blog ini tidak didaftarkan dimana-mana atau tidak di lesenkan, ulasan yg dibuat oleh individu dari PDO adalah merupakan individu yg mesti bertanggung jawab diatas kenyataan dan ulasan yg ditulis didlm blog ini. Ini adalah tertakluk dibawah akta berkenaan dgn multi media dan ia mungkin merupakan satu kesalahan. Semuga PDO berupaya menghadapai tuntutan saman tersebut dan mengambil iktibar diatas kejadian ini. Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  9. duit janji dahulu may be tak dapat lagi kerana mahkamah tidak berbicara lagi yang ini kut-kut sangkut 2j bolih buat enjoy dulu.yes..yahoooo

    BalasPadam
  10. KEHKEHKEH PENAH DGR PEPATAH "KERANA PULUT SANTAN BIASE...KERANA BLOG JAHANAM TAK GUNE?" HAA YG NI VERSI BRU PLAK SY BRU JEK CIPTA..KEHKEHKEH..TU LE JGN SKE PITENAH IKUT SKE2 MAMI DEDI JEK..LEN KALI NK MELINTAS PANDANG KIRI KANAN DLU BRU LINTAS..KLU X KENA LANGGAR KETA SAPE SUSAH??..MEREKA DAN AHLI2 BLOG MEREKAA JUGAK YG SUSAHH HUHUHUH...YEHAAAAA ANGERE2 ARIBA2....JGN MARAA HAAAA

    BalasPadam
  11. jange dok kata apa-apa lagi ni baru saman..belum tentu menang atau kalah..dan entah bila nak bicarakan atau senyap begitu saja...macam-macam boleh jadi. apapun kita tunggu aje lah...kslsu sama-sama panjang umur boleh lihat kesudahannya atau pun di bawa mati..

    BalasPadam
  12. moga kita semua sedarlah...fitnah org ni tak baik... ini baru didunia kalau di SANA lagi la teruk hukumannya ... ini baru saman 2 juta... sama2la bertaubat

    BalasPadam
  13. ehehhe..
    GO PAhANG DAILY!!
    Allah sentiasa bersama orang-orang Yang BENAR!!..

    klu nak SAMAN la GOOGLE... bukan PAHANGDAILy.. BODOH!! la.. akak saipol... nie..
    hihihi...

    BalasPadam
  14. pro umno

    sakitnya hati kepada dsai, tak cukup 6 tahun, kalau bolih penjara seumur hidup baru puas hati, siapa fitnah siapa, orang umno fitnah rakan mereka, atau pembangkang yg suka fitnah.

    kalau laporan doktor tak bolih terima, siapa yg berkuasa dia bolih aniaya sesiapa yg dia kehendaki.

    kalau dalam islam, banyak keraguan dalam kes dsai, dmalaysia hanya kes dsai bawa tilam masuk keluar mahkamah, klu orang lain cukup hanya ps tengok bukti tilam ditempat kejadian, cukup kotor kerja umno.

    Pm ke6 dsn, mulut sangat manis, setelah sehari bergelar pm, bebaskan tahanan isa dan tarik balik sekatan akhbar harakah dan suara keadilan, kini setiap hari kedua2 akhbar itu akan dirampas jika dipamirkan, kenapa dan arahan siapa? kalau diikut majalah2 yg mempamirkan gambar2 lucah dan cerita tahyul berlambak dipasaran perlu dirampas, tetapi
    pihak kdn terlepas pandang, atau
    ada sesuatu yg tak kena.

    Ya Allah aku memohon perlindunganmu, agar diriku, anak isteriku, keturunanku, tidak termasuk dalam golongan orang yang menolak hukum hudud.

    BalasPadam
  15. Eh... cakap berdegar2. Skrang apa hal? Takut? Jangan takutlah kalau yakin pada kebenaran. Tengok Raja Petra yang bercakap "benar" tu. Hari ini tak muncul di mahkamah dan dah keluar waran tangkap. Dia di mana? Sekarang dia isytiharkan dirinya dalam "buangan". O, by the way. Raja Petra pun beroperasi secara tak sah!

    BalasPadam
  16. Demi Allah aku sanggup hadapi tindakan en saiful yg mulia lg hina itu. Demi Allah aku berdiri disini bkn atas nama pengecut baling batu sorok muka.aku akan tetap menyumpah petualang pencacai negara.Pertama sekali kerajaan Msia skrg yg tk berguna PDRM yg 1000x tk guna SPRM bapak segala taik rasuah.Ketahuilah aku tidak gentar dgn ISA laknatullah engkau.aku bangga dapat menyatakan ini dihadapan kamu semua kerana aku bukan patung atau kayu utk kamu bodohkan.Aku menunggu kamu semua.2juta nyawa itu harga dunia.sesen tiada harga diakhirat.Aku amat puas dpt mengajar kamu erti kebenaran kerana kamu tidak akan nampak yg benar itu didunia kamu cuma akan nampaknya di akhirat.tidak perlu lg kamu usung tilam atau cadar krn itu menyusahkan.cukuplah anggota tgn kaki mulut kamu jadi saksi ke atas kamu...alhamdullillah segala puji bg ALLAh

    BalasPadam
  17. Tok pawi...aku tidak gentar.aku tidak takut dgn ketua ketua ko..aku hanya takut pada tuhan pencipta aku kerana aku adalah hambanya bukan hamba ketua ketua balaci ko..aku menunggu ISA atau hukuman sula dari balaci balaci ko wahai tokpawi...tokjanggu mat kilau tidak pernah gentar utk mati kerana bangsa agamanya

    BalasPadam
  18. Soalnya ialah cerita tak betul pada Siful, sape yg buat citer tu? Kalau berani sahkan aje citer tu, betul ke anunya dah bernanah.

    BalasPadam
  19. suruh anwar bersumpah dulu...tosah dok kona kut lain. kalau dia tak sontot orang bwatpa nak kona-kona

    BalasPadam
  20. anu anwar kut yang bernanah, pasal dok sontot..taik kan banyak kuman..bernanah la

    BalasPadam
  21. kalau sepol berani,buat sidang media tunjuk kan anu nya ok ke tak..aku cabar si sepol gila babi nih..kalau setakat 2 juta,tapi maruah dipijak-pijak nak buat happa??sepol,ada bran???

    BalasPadam
  22. jange dok bising.. tunggu saja perbicaraan nanti. kita lihat anunya bernanah atau tidak dan tentunya akan disahkan oleh doktor
    di dalam perbicaraan nanti..kalu boleh ada gambar sekali bukti anu dia tak bernanah..keh..keh..

    BalasPadam
  23. anu yg bernanah semestinya anwar sebab dia yg dok hentam... saiful kalau nak bernanah pungkok dia la... tak habis2 kisah ni..isk heran sungguh tak tau lagi betul ke idak dok kata kat org ni org nu... last2 hampa yg dok mengata tu yg bernanah...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Akan Terus Membantu Pengurusan Masjid-Masjid Di Negeri Ini Dalam Usaha Mewujudkan Koperasi

KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu pengurusan masjid-masjid di negeri ini dalam usaha mewujudkan koperasi bagi meningkatka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.