script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: "RTM Dan TV3" Sahkan, Tapi Ramai Keliru Antara "Najib Dan Rosmah" Siapa PM Sebenarrya !

Rakyat Malaysia seantero dunia kini tertanya-tanya dan musykil, siapakah Perdana Menteri Malaysia yang sebenarnya. Datuk Seri Najib Razak atau pun Datin Seri Rosmah Mansor (foto)?. Ini berikutan, tersiarnya beberapa program TV termasuk siaran langsung rancangan tertentu di RTM dan TV3 mutakhir ini yang menyatakan dengan jelas Rosmah Mansor adalah Perdana Menteri Malaysia dan bukannya Najib Razak. Senario ini sungguh memalukan, sama ada disengajakan atau tidak sengaja ia jelas mencemarkan nama baik Perdana Menteri Malaysia yang sebenarnya (Najib Razak). Apa tidaknya, beliau yang baru saja diamanahkan menggantikan Sharizat Jalil untuk menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini seolah-olah sudah "turun pangkat" dan isterinya pula yang bergelar Perdana Menteri sekarang. Tidak hairanlah ramai pihak termasuk kontraktor projek-projek mega yang mengatakan dalam banyak keputusan besa tentang tender-tender kerajaan, pasti sokongan Rosmah Mansor diperlukan sebelum Najib menyokong atau meluluskan sesuatu projek berkenaan. Selama ini, mungkin ramai juga perasan yang Rosmah senantiasa berada di samping Najib walau ke mana dan apa jua program yang disertai oleh Presiden UMNO itu. Ia berbeza sama sekali dengan isteri-isteri Perdana Menteri terdahulu baik Dr.Siti Hasmah (isteri Mahathir), Arwah Endon Mahmood dan Jeanne Abdullah (isteri Pak Lah). Apa sudah jadi dengan Rosmah agaknya?. Selepas melantik dirinya First Lady Of Malaysia (FLOM), kemudian menyediakan pejabatnya di Pejabat Perdana Menteri dan kini merasakan seolah-olah beliau adalah Perdana Menteri pula. Ramai rakyat Malaysia termasuk orang UMNO yang sedar perkara ini. Namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa, melainkan menganggukkan kepala sahaja. Malah ada juga yang mengatakan, karier politik Najib akan hancur dek kerana Rosmah Mansor. Apapun, sama-sama kita nantikan kebenaran ini pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti.

Bukti, salah satu siaran langsung di RTM yang memaparkan Rosmah itu PM

Ini pula rancangan Wanita Hari Ini (WHI) TV3 yang juga kata Rosmah PM

[Terkadang, bila dikaji dan difikirkan semula memang memalukan bila kita mempunyai seorang isteri Perdana Menteri seperti Rosmah Mansor ini. Kelibat beliau saling tak tumpah seperti Emelda Marcos di Filipina dulu. Kejatuhan empayar Marcos akibat kesombongan, keborosan, keangkuhan dan kejelekan isterinya yang amat dibenci oleh rakyat. Kini, apakah insiden yang sama akan berlaku pula dalam sejarah Malaysia. Tidak mungkin TV3 dan RTM begitu bodoh boleh melakukan kesalahan ejaan seperti itu. Sebelum ini memang kita ketahui, segala rancangan TV yang melibatkan Najib Razak maka perlu ditunjukkan dulu kepada Rosmah untuk beliau pantau. Andai wajahnya tidak kelihatan pada majlis-majlis tersebut maka ia akan diarahkan buat semula. Inilah yang hebat diperkatakan di kalangan wartawan media arus perdana sekarang ini. Kini, apakah ejaan "Perdana Menteri" pada Rosmah itu disengajakan atau memang mengikut arahan Rosmah agaknya. Jika ini keadaannya, ternyata rakyat Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri yang "dayus" dan wajar dijatuhkan pada pilihanraya umum ke-13 akan datang. Jika tidak ia akan menjadi lebih parah selepas ini. Oleh itu, marilah bersama lakukan perubahan dan jangan biarkan Rosmah terus bermaharajalela dengan kekuasaan yang ada pada suaminya itu pada masa akan datang. Bersama rakyat lakukan perubahan!].
Share:

5 ulasan:

  1. Fitnah lagi....

    Jawapnnya di sini...

    http://zamzarinazambri.blogspot.com/2012/07/rtm-dan-tv3-sabotaj-rosmah-mansor.html

    BalasPadam
  2. alahai bodohnya. tv3 dan rtm bukan tayang gambar still sekeping. lihat keseluruhan rancangan tersebut. rosmah adalah bos pandu puteri dan sedang menerangkan apa aktiviti pandu puteri ketika acara bersama perdana menteri. pdo ni dh kurang modal ke kurang akal. tak takut dosa sebar fakta salah ke? selama ini yg kotor, yg hina dan yg berdosa hanya pihak kerajaan sahaja. siapa yg lawan kerajaan maka suci bersih statusnya, begitu pdo?

    BalasPadam
  3. Isunya adalah tulisan yang terpapar dalam program yang disiarkan oleh setesen tv tidak kena pada objek yang dimaksudkan.

    Perlu diingat bahawa setesen tv RTM dan TV3 adalah setesen yang telah lama beroperasi. Ini bermakna orang yang bekerja didalam setesen itu majoritinya adalah orang tua yang ada pengalaman kerja....

    Walaupun ada puak mengatakan itu hanyalah satu kesilapan kecil, tapi masaalahnya tiada tindakan susulan memperbetulkan kesilapan itu malah membiarkan saja sehingga seluruh rakyat Malaysia dan juga pemerhati dari luar negara jadi keliru mengenai Malaysia ada mempunyai dua perdana menteri seorang bernama Mohd. Najib dan seorang lagi bernam Rosmah Mansur.

    Apakah setesen TV Malaysia sendiri yang keliru untuk mengenal siapa Rosmah Mansur sama ada dia isteri atau perdana menteri....

    BalasPadam
  4. alahai bodohnya ko ni usin... bodoh betul lah!

    BalasPadam
  5. ALAHAI....SAPE LAK TAK KENAL TOK NAJIB? ADA KE ORG TAK KENAL BINI DIA...TAK DE YANG KELIRU SAPE PM....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Jika Gelombang PRN Sabah Berlaku, DAP Dan Rakan Sekutunya Tidak Mustahil Boleh Ditewaskan Di Bentong Pada Pilihan Raya Akan Datang

KUANTAN: DAP dan rakan sekutunya tidak mustahil boleh ditewaskan di Bentong pada pilihan raya akan datang sekiranya perubahan sokongan peng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.