KUANTAN, 25 Julai - Akhbar arus perdana, Utusan Malaysia hari ini akan menfailkan notis pembatalan terhadap saman sebanyak RM30 juta yang dituntut oleh Mohd Shukri Mohd Ramli berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah yang disiarkan oleh akhbar arus perdana itu pada 27 November 2010 yang lalu. Mohd Shukri yang juga dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau (CMK) sebelum ini menfailkan tuntutan tersebut di Mahkamah Tinggi Kuantan yang mendakwa Utusan Malaysia telah tersalah siar kononnya beliau sudah keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tarikh tersebut. Malahan, Utusan juga dengan sengaja mendakwa beliau sanggup mati dan pernah mencium Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Peguam yang mewakili blogger terbabit iaitu Mohd Harris Abdullah (foto) dari The Law OfFice Off Mohd Harris, berkata susulan artikel berkenaan akhirnya reputasi anak guaman beliau terjejas teruk dan dia akhirnya telah mengundur diri dari PKR pada 11 Februari 2o11 iaitu beberapa bulan selepas artikel berkenaan disiarkan. "Akibat artikel itu, kini Mohd Shukri tidak diterima menyertai mana-mana parti politik di negara ini. Malah, beliau yang juga bekas calon PKR bagi kerusi DUN Kemayan pada PRU-12 lalu juga kini tidak ada peluang untuk bertanding menggunakan paltform parti politik pada PRU-13 ini. Masa depan politiknya kabur akibat fitnah yang dilemparkan oleh Utusam Malaysia itu", katanya, Susualn itulah tindakan saman terpaksa dikenakan kepada akhbar terbabit atas keterlanjuran dan kesilapan berita yang mereka laporkan. Menurut Mohd Harris lagi, sepatutnya prosiding perbicaraan akan didengar pada penghujung bulan Ogoas iaitu selepas perayaan Hari Raya Aidil Fitri nanti. Namun, Utusan Malaysia dipercayai cuba mendapatkan arahan mahkamah untuk membatalkan tuntutan tersebut hari ini. "Kami tidak tahu atas asas apa mereka mahu membatalkan tuntutan ini, sedangkan laporan dan segala bukti-bukti berkaitan telah jelas menunjukkan adanya prima facie terhadap kes ini", katanya lagi.

Foto kononnya blogger Cucumatkilau cium Anwar disebarkan oleh blog-blog
pro UMNO selepas laporan oleh Utusan Malaysia pada 27 Nov 20120 lalu

Foto kononnya blogger Cucumatkilau cium Anwar disebarkan oleh blog-blog
pro UMNO selepas laporan oleh Utusan Malaysia pada 27 Nov 20120 lalu
[Buat pertama kalinya, kes ini akan didengar di bangunan baru Komplek Mahkamah Kuantan di Bandar Indera Mahkota sekitar jam 9.00 pagi ini. Berdasarkan kepada hujjah dan dokumen yang berkaitan ternyata Utusan Malaysia tidak mempunyai asas yang kuat untuk membatalkan tuntutan saman ini. Namun, dalam masa yang sama mereka juga berhak berbuat demikian. Soalnya, keputusan adalah terletak ditangan hakim. Orang ramai yang berkesempatan dijemput hadir berami-ramai untuk memberi sokongan kepada blogger terbabit. Apa yang penting, Utusan Malaysia sememangnya perlu diberi pengajaran atas artikel yang mereka siarkan. Walau pun ada yang menyamakan blog ini dengan Utusan, namun mereka harus ingat bahawa akhbar terbabit harus mempunyai etika dan profesionalisme yang tinggi kerana ia dibaca oleh ratusan ribu rakyat Malaysia. Soalnya, kenapa ada wartawan di akhbar terbabit yang begitu mudah mengeluarkan artikel hanya berpandukan blog-blog tertentu tanpa melihat kepada fakta sebenar. Semoga Utusan akan lebih berdisplin dalam melaporkan sesuatu berita hendaknya selepas ini. Janganlah disamakan akhbar harian itu sama macam tabloid mingguan yang lainnya di pasaran].





