BENTONG, 29 Julai - Berpuluh ribu ekor ikan dipercayai mati dan bangkainya berbau busuk dan terdampar di Sungai Bentong dekat sini dipercayai akibat terkena bahan kimian yang dilepaskan oleh kilang-kilang dari kawasan industri yang berdekatan. Penduduk sekitar amat bimbang dan gusar dengan senario ini, tambahan pula mereka mendapati buih-buih putih kini memenuhi disepanjang sungai tersebut. Difahamkan, contoh air dari sungai itu sudah pun dihantar ke Jabatan Kesihatan untuk pemeriksaan. Setakat ini belum dapat dipastikan kilang yang melepaskan bahan kimia tersebut. Kejadian berlaku sejak minggu lepas dan disedari oleh beberapa orang penduduk Kampung Asia yang sering mencari rezeki di sungai itu. Menurut penduduk, sebelum ini ramai orang memancing di sungai itu namun ia semakin berkurangan selepas melihat kejadian ini. Mereka takut dan risau apabila melihat ikan-ikan itu mati seolah-olah telah diracun oleh pihak berkenaan. Difahamkan perkara ini sedang disiat oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang. Sementara itu, Exco Kesihatan, Alam Sekitar Dan Kerajaan Tempatan Pahang Dato' Hoh Khai Mun pula berkata pihaknya akan memperolehi maklumat berkaitan perkara itu dalam masa terdekat ini dan beliau berkata Kerajaan Negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba menggugat kesihatan rakyat. Seorang penduduk dari Kampung Sungai Dua, Wong Fan Chong yang ditemui pula menegaskan beliau percaya isu tersebut berlaku akibat sisa pencemaran bahan kimia yang dilepaskan oleh kilang di kawasan industri berdekatan. "Saya sempat menasihatkan penduduk kampung agar tidak lagi menangkap ikan atau berenang di sungai terbabit dan tidak pasti sama ada ikan yang diperolehi boleh dimakan atau pun tidak", katanya. Kejadian ini adalah yang kedua menimpa sungai di Pahang dalam tempoh seminggu, sebelum ini ia berlaku di Sungai Semantan dekat Temerloh apabila lebih 500,000 ikan Patin dan Tilapia mati akibat diracun.

Bukti, hulu Sungai Bentong kini diliputi buih-buih putih seperti buih sabun
Bukti, hulu Sungai Bentong kini diliputi buih-buih putih seperti buih sabun
[Apa yang menarik untuk diperkatakan ialah kejadian ini berlaku di kawasan Parlimen Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Dato' Liow Tong Lai dan kampung halaman Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob sendiri. Kini kita harus akui bahawa memang pada asalnya syarikat yang membuka kilang mereka di kawasan industri di negara kita mengatakan mereka mematuhi piawaian dan garis panduan yang telah ditetapkan. Namun, lama kelamaan pasti mereka tidak mampu lagi mengikut peraturan dan akhirnya memberi risiko kepada rakyat. Inilah juga asas yang amat ditakuti oleh warga Kuantan terhadap kilang Lynas Corporation yang akan beroperasi sepenuhnya di kawasan perindustrian Gebeng kelak. Rakyat gusar bahan kimia beradioaktif, sisa buangan rare earth akan mengalir ke sungai berdekatan (Balok). Ini akan menyebabkan rakyat berhadapan dengan risiko apabila air itu mencemari lautan dan tempat nelayan mencari rezeki. Ikan dijual di pasar dan dibeli oleh orang ramai yang akhirnya akan berhadapan dengan berbagai penyakit sebenarnya. Kemungkinan besar juga, ikan yang mati di Sungai Semantan itu juga terkena bahan kimia dari kilang agaknya. Siasatan rapi harus dijalankan demi masa depan rakyat tidak berdosa yang mungkin akan jadi mangsa].






Inilah masaalahnya kita di M`sia, gaji mahu lebih, bonus tahunan juga mahu, bonus raya pun mahu tetapi kerja mahu kurang.
BalasPadamAkibat kurang pemantauan maka pekilang ambil kesempatan mencari jalan mudah dng mecurahkan bahan sisa terlarang kedlm Sungai, yg susah rakyat jelata.....
Ni baru bencana kecik je dari kilang kecik. kalau bencana besar dari kilang besar macam Lynas jadi macamana..ada ke PENCACAI LYNAS akan kata Oh itu diluar jangkaan...
BalasPadamIkan mati di Sungai Semantan akibat dituba. Tak ikut perkembangan ke..Jabatan Perikanan dah bagi statement
BalasPadamBuih tersebut adalah sumbangan dari kilang Hiap Huat yang mencuci drum bahan kimia, biasanya air berbuih ini dilepaskan pada sebelah malam terutamanya pada malam minggu. JAS selalu datang ambil sampel di Hiap Huat... semua orang tahu kilang tersebut buang bahan kimia sebelah malam, tapi sampai kini JAS tak dapat tangkap.... Kalau SPRM datang, rasanya terus boleh tangkap dua pihak, satu pegawai JAS dan satu lagi tuanpunya kilang Hiap Huat...
BalasPadamSe
Klu tuba takkan berbuih banyak macam tu? Buih sebanyak tu guna berapa DRUM tuba ha..? Hok tuba tu ye la juga tapi biuh tu logiknye datang dari mana? Ko ingat Mak Kundur, Bawang Putih dan Bawang Merah membasuh kain ke kat sungai tu? "Nasi melukut sayur keladi.. buat Bondaku si Ikan Kaloi" hu hu nasib la Melayu Kita.
BalasPadamAir cucian tong minyak dan tong bahan kimia yang dibuat oleh Kilang HIAP HUAT Bentong dilepaskan dalam longkang terutamanya waktu malam hujan lebat dan malam minggu...
BalasPadamOrang Jabatan Alam Sekitar Temerloh sangat suka datang ke HIAP HUAT, asal ada aje komplen, mereka terus datang... datang dengan muka masam.. tapi bila keluar dari kilang HIAP HUAT.. muka mereka kelihatan ceria aje... nak tahu juga apa yang berlaku dalam pejabat HIAP HUAT..