script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: ADUN BN 'Inderapura' Halang Pendakwah Sertai Forum Agama Semata-Mata Desakan Politik

KUANTAN, 7 Julai - Akibat takut dengan bayang-bayang sendiri, seorang pendakwah Syed Anis Syed Husin terpaksa menjadi mangsa politik Exco Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Shafik Fauzan Mohd Sharif (foto). Menurut sumber diperolehi, Syed Anis sepatutnya menjadi panel bersama-sama KPP Penyelidikan Ustaz Hamdan Yusi Yusof dan Asmawi Abu Bakar dalam Forum Al-Muqarrobin anjuran An-Nadwah di Masjid Charok Paloh, dalam DUN Inderapura (Kuantan) malam esok. Sumber tersebut mendakwa, akibat tekanan daripada Shafiq, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah mengarahkan Timbalannya Dato' Ghazali menggantikan Syed Anis. Sebelum itu pertubuhan dakwah An-Nadwah telah menaja program forum bertajuk: "Ramadhan: Benarkah aku kasih kepadamu" dengan memberi wang tunai RM500, seekor lembu dan sumbangan kepada 40 orang fakir miskin. Dakwa sumber berkenaan, oleh kerana Syed Anis dibayangkan antara calon yang akan diketengahkan oleh PAS Kuantan di DUN itu, membuatkan Shafiq yang juga ADUN Inderapura dikatakan khuatir pengundi-pengundi terpengaruh dengannya. Difahamkan, Charok Paloh merupakan antara kubu kuat UMNO-BN yang masih ada di Kuantan. Pada PRU yang lepas, Shafiq hanya menang kurang daripada 500 undi ke atas calon PAS, Syed Abdul Rahman yang juga abang kepada Syed Anis. Menurut sumber itu lagi, Syed Anis sudah beberapa kali diblok daripada mengajar termasuk di sebuah masjid dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut. sumber


Syed Anis kendali satu program bersama Abby di Kuantan baru-baru ini

[Tindakan ADUN BN terbabit amatlah tidak wajar sama sekali, kerana gara-gara desakan politik beliau tidak dapat membezakan perana sesuatu program agama itu. Biar pun nama Syed Anis diwar-warkan bakal menjadi calon untuk berlawan dengan beliau di DUN itu pada pilihanraya umum nanti, namun ia bukanlah satu keputusan muktamad sebenarnya. Justeru, tidak perlulah ADUN terbabit menggunakan kuasanya untuk menghalang pendakwah terbabit menunaikan tanggungjawab beliau. Akibat kebaculan ini, ia jelas merendahkan martabat ADUN BN itu yang kononnya merupakan satu-satunya ADUN yang mempunyai kepakaran dalam bidang agama (syariah) di negeri ini. Kami juga mempunyai beberapa maklumat panas yang mana ADUN berkenaan dikatakan telah gagal melaksanakan tugasnya sebagai Exco Pelancongan negeri Pahang. Kegagalan itu menyebabkan para peniaga Melayu di Malay Town akhirnya gulung tikar gara-gara "janjinya yang tidak ditepati". Beliau hanya popular sebagai "Exco Basikal" kerana gemar mengadakan program berbasikal atas nama pelancongan. Sebaliknya, gagal dalam meransang ekonomi dari sudut industri pelancongan ke negeri ini. Ketakutan inilah yang menyebabkan dia akhirnya "gila meroyan" apabila melihat nama pendakwah yang dikatakan akan berlawan dengan beliau diundang sebagai ahli panel dalam program agama di dalam kawasan DUN beliau agaknya].
Share:

5 ulasan:

  1. Inilah jadinya bila membelakangkan kekuasaan Allah swt...kena ingat wahai puak-puak umno kemenangan dan kekalahan dalam pilihanraya bukan kerja manusia....manusia hanya berusaha.
    Kesian aku tengok puak-puak umno ni..kunun nak jaga agama.

    BalasPadam
  2. kalau taksanggup melawan ombak jangan berkayuh perahu usang, wadah yg di perjuangkan oleh ADUN Inderapura semakin mereput terutama di dun yg diwakili nya, olehkerana kesombongan dlm berpolitik dan merasai parti yg diwakili nya kuat maka bila nak menyampaikan dakwah pun disekat, ingat kita makhluk ALLAH, Jangan jngat kita bertongkat langit, hidup umpama RODA, pernah suatu ketika bila nak mohon tandatangan beliau untuk borang bantuan buku pun kita di tanya sokong parti UMNO ke PAS, Muhasabah lah, kita di lantik oleh rakyat maka adilkan lah segala tindakan kita, kesombongan tak membawa kemana mana.

    BalasPadam
  3. hehehe..rasanya..wakil rakyat xnak ada fahaman politik dalam masjid..sebab masjid bukan tempat menburukkkan orang..dia telah menbezakan apa yang baik dan buruk.lain kali bawa jaip bawa ustaz don ke..mst org xbantah kot..

    BalasPadam
  4. xkan nak bgi syed anis yang keturunan bukan orang pahang...hancur lah tanah org pahang...siapa yg sokong pas kebanyakan org kelantan...nanti dia bt mcm negeri dia..

    BalasPadam
  5. Bila nampak politik tu buruk, buruklah. Kalau nampak politik itu sbg sesuatu yang baik. Maka baiklah ia. Sedar ataupun tidak mmg kehidupan seharian kita dipenuhi dengan politik. Nanti kpd sape2 yg tak tau mkna politik sebenar, mohon google. Okay ? Peace no war..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Himpunan RXZ Members 8.0: Peserta Ketiga Maut, Motosikal Rempuh Pacuan Empat Roda Di Kilometer 147.1 LPT1

MARAN : Hajat seorang pemuda menyertai perhimpunan motosikal RXZ Members 8.0 di Kuala Terengganu berakhir tragedi apabila menjadi mangsa kor...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.