script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: 'Janji Tidak Di Tepati', Penduduk Cameron Highlands Mahu Berkhemah Di Pejabat MB Esok !!

KUANTAN, 9 Julai - Para penduduk yang terutamanya masyarakat kaum India Cameron Hihglands (Green Cow, Kea Farm) yang kecewa akibat masalah mereka gagal diselesaikan akan berkhemah (Occuppy Mb Pahang's Office) di Pejabat Menteri Besar di Wisma Sri Pahang dekat sini. Sebelum ini penduduk terbabit pernah berhasrat untuk berkhemah di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Namun, akibat kerelaan Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob yang akhirnya bersedia menemui mereka selepas lebih dua tahun menunggu maka himpunan tersebut dibatalkan. Satu Majlis Pertemuan Dan Dialog Penduduk Cameron Highland dengan beliau telah diadakan di Annexe Rest House pada 9 April lalu. Menurut wakil penduduk, Setiausaha PSM Cameron Highlands Suresh Kumar (foto) berkata MB Pahang telah bersetuju untuk bertemu dengan penduduk berkenaan dan berbincang mengenai masalah melibatkan tanah dan pertanian yang mereka hadapi. "Beliau berjanji untuk mengadakan lawatan ke lokasi yang dinyatakan pada 18 April bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan. Janji-janji telah dibuat kepada penduduk terbabit dan dengan bangga MB mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Pahang akan cuba menyelesaikan isu itu dengan segera, Namun, apa yang berlaku selepas lebih tiga bulan berlalu segala janji hanya tinggal janji dan penduduk kini semakin dihimpit dengan masalah yang bertimpa-timpa. Maka itulah, kami terpaksa berkhemah di hadapan Pejabat MB Pahang bagi menuntut beliau menunaikan segala janji manisnya itu. Malah ia selaras dengan slogan PM sekarang ini agar janji ditepati", kata beliau. Penduduk berkenaan antara lainnya tidak berpuas hati kerana kerajaan negeri telah menolak permohonan lesen menduduki sementara untuk petani yang telah mengerjakan tanah untuk beberapa dekad. Kumpulan penduduk itu juga menuntut penyelesaian lebih baik untuk penempatan semula gerai di kawasan Kea Farm yang perlu dibangunkan semula.


Kerajaan Negeri gagal bela penduduk yang teraniaya di Cameron Hihglands

Kerja-kerja tanah telah dilakukan pemaju pada lereng bukit tanpa ada sekatan

[Amat mengejutkan bila mana Menteri Besar Pahang gagal berbuat apa-apa atas masalah yang dihadapi oleh para penduduk Green Cow, Kea Farm di Cameron Highlands ini. Malah, beliau sepatutnya tidak berjanji untuk membantu jika tidak mampu berbuat demikian. Dalam pertemuan di Anexxe Resorts April lalu, seolah-olah isu ini sudah pun dapat diselesaikan. Namun, apa yang berlaku sebaliknya. Kini rakyat terus menanggung derita dan sengsara. Mereka tiada lagi tempat untuk mengadu maka terpaksalah mereka berkhemah di depan Pejabat MB di Wisma Sri Pahang untuk menyatakan hasrat agar isu mereka diberi perhatian. Nampaknya isu ini pasti dijadikan senjata untuk menghentam BN pada pilihanraya umum akan datang pastinya. Justeru, MB perlu serius membantu mereka. Jika tidak sokongan pada BN pasti merudum PRU ini].
Share:

2 ulasan:

  1. alah pembangkang ni mcm macam hal nk jatuhkan krajaan bn. wei mangkok ayun ko tu klu mmrintah lg hancur dgn bsekongkol dgn biseksual dan pendakwah syiah tu

    BalasPadam
  2. Kalau dah tipikal MANGKUK,sampai bilapun mangkuk juga.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Himpunan RXZ Members 8.0: Peserta Ketiga Maut, Motosikal Rempuh Pacuan Empat Roda Di Kilometer 147.1 LPT1

MARAN : Hajat seorang pemuda menyertai perhimpunan motosikal RXZ Members 8.0 di Kuala Terengganu berakhir tragedi apabila menjadi mangsa kor...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.