script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Lynas: SMSL Anjur Lagi Demontrasi Aman Bantah Kilang Memproses Rare Earth Itu Pada 12 Julai Ini

KUALA LUMPUR, 6 Julai - Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) akan menganjurkan demonstrasi aman pada 14 Julai ini bagi membantah operasi kilang memproses nadir bumi Lynas (Lynas) di Gebeng, Pahang. Pengerusi (SMSL), Tan Bun Teat (foto), berkata demonstrasi itu akan diadakan serentak di 30 lokasi terpilih di seluruh negara. "Sudah tiba masanya kita memberitahu kerajaan bahawa isu Lynas bukan sahaja melibatkan kepentingan orang Kuantan malah masyarakat di tempat lain juga perlu tahu betapa bahayanya kesan radioaktif. "Jadi dengan penganjuran demonstrasi secara bersepadu di seluruh negara kita dapat memberi gambaran yang jelas kepada kerajaan bahawa ramai yang menentang Lynas," katanya kepada pemberita pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor hari ini. Mengulas lanjut, Tan berkata, demonstrasi tersebut akan bermula pada pukul 5 petang Sabtu dan akan berakhir satu jam setengah selepas itu. "Bagi demo di Kuantan kita akan berkumpul di Bukit Roga, Kuantan selepas itu kita akan mendaki bukit berkenaan selepas mendaki peserta akan mengundi sama ada menyokong atau menentang Lynas. Di akhir program kita akan umumkan pihak mana yang menang. "Ini sebagai simbolik kepada kerana kita mahu memberitahu kerajaan bahawa rakyat mempunyai kuasa untuk mengundi dan menentukan kerajaan pada pilihan raya umum ke-13. Sekiranya apa yang rakyat mahukan kerajaan tidak dapat penuhi sedia ada perlu menerima hakikatnya ketika itu," katanya. Beliau berkata, kumpulan SMSL juga ingin menegaskan bahawa mereka akan menyokong kumpulan yang berjaya menghentikan Lynas tanpa mengira latar belakang politik. "Kita akan sokong pihak yang boleh hentikan Lynas, tidak kira mereka kerajaan mahupun pembangkang," katanya. Berhubung dengan demonstrasi berkenaan, Tan berkata, pihaknya akan menghantar jemputan kepada pemimpin daripada pelbagai parti politik untuk turut serta hari itu nanti.

[Difahamkan, demontrasi ini juga akan diadakan di seluruh negara pada hari tersebut. Antara lokasi-lokasi yang dipilih ialah di Pahang (Kuantan, Temerloh, Jerantut, Raub, Sri Jaya, Triang); Terengganu (Kuala Terengganu); Kelantan (Kota Bharu); Pulau Pinang (Georgetown); Perak (Ipoh, Kampar, Bukit Merah); Selangor (Cheras Mahkota, Rawang); Melaka (Bandar Melaka); Negeri Sembilan (Seremban, Air Itam); Johor (Segamat, Pengerang, Batu Pahat, Jementah, Tangkak, Simpang Renggam, Kluang, Kulai, Bekok, Yong Peng, Johor Bahru, Labis, Muar); Sabah (Kota Kinabalu). Turut akan diadakan ialah di Australia iaitu di Perth, Sydney, dan Melbourne. Dijangkakan kira-kira 15,000 hingga 20,000 orang akan menyertai rali ini diseluruh negara. Bagi setiap lokasi kita sasarkan lebih kurang 500 hingga 1000 orang akan turut serta nanti].

Share:

2 ulasan:

  1. ANTI LYNAS GUNA SIMBOL NUKLEAR PADA LOGO MEREKA. WALHAL KILANG LYNAS BUKAN KILANG NUKLEAR. CUKUPLAH MAHU MENGADU DOMBA. BERSYUKUR DENGAN NIKMAT YANG ADA PADA KERAJAAN MEMERINTAH HARI INI. SETIAP KERAJAAN MANA ADA YANG PERFECT, JIKA SALAH TEGUR MEMBINA DAN GUNAKAN SALURAN YANG BETUL.

    BalasPadam
  2. rasa mcm x dpt sambutan lagi kali ni.. rakyat dah bijak..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Himpunan RXZ Members 8.0: Peserta Ketiga Maut, Motosikal Rempuh Pacuan Empat Roda Di Kilometer 147.1 LPT1

MARAN : Hajat seorang pemuda menyertai perhimpunan motosikal RXZ Members 8.0 di Kuala Terengganu berakhir tragedi apabila menjadi mangsa kor...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.