script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Warta Pahang: Menteri Besar, 'Manifestasi' Orang Muda Sokong BN Pada Pilihan Raya Umum Nanti !!

KUANTAN, 4 Julai - Himpunan BN Pilihan Orang Muda yang diadakan di sini Ahad lalu dianggap sebagai satu manifestasi sokongan orang muda terhadap Barisan Nasional (BN). Sambil menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai satu perhimpunan yang aman, Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob menyatakan yang golongan muda tidak seperti yang dinyatakan oleh pihak Pembangkang. "Terfikir oleh saya yang perhimpunan hari ini adalah untuk keamanan dan bukannya membuat huru hara seperti mana yang dilakukan oleh Pembangkang. Ini bermakna, kita selama hari ini tidak mahu mengikut rentak pembangkang. Walaupun tanpa persiapan yang rapi namun tetap mampu berkumpul sebegini ramai, jelas beliau sewaktu menyampaikan ucapan perasmian. Selain itu, beliau juga turut menyatakan bahawa golongan muda sentiasa bersedia untuk mempertahankan Barisan Nasional dan kekal menerajui kepimpinan Negara. "Pemuda Barisan Nasional sentiasa bersatu padu diantara satu sama lain dan menyahut panggilan pucuk pimpinan apabila sampai pada waktunya," jelas beliau.



Adnan juga turut mengingatkan bahawa saat paling penting bagi sebuah negara demokrasi adalah apabila tibanya pilihan raya. Tambah beliau, golongan muda hari ini perlu sedar bahawa politik ini menentukan masa depan negara kita yang global ini. Pihak Pembangkang jelas tidak mahu melihat negara ini maju. Maka sebab itu wujudnya penentangan projek - projek yang dibuat oleh pihak kerajaan. "Sokongan orang muda pada hari ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk kesinambungan dan keamanan negara yang telah terbukti buat sekian lamanya," kata Menteri Besar Pahang itu. sumber
Share:

3 ulasan:

  1. Nan ooi.....kalau dah yakin BN kuat dn gagah suruh je najib segerakan PRU 13....sama sama kita lihat anak muda sokong BN atau Pakatan Rakyat.Kot..kot .. nak sedap hati aje...biarkan ...biarkan nan terjun dengan labu nye...he..he...

    BalasPadam
  2. Orang muda yang datang tu semua dapat duit minyak,duit makan, dapat t shirt preee.. Kalau x bercakap dengan pokok je la tok nan tu..

    BalasPadam
  3. 100% SPONSORED, HERAN APA, NAK KABOR SKRG NI ORG MUDA YG TAK CERDIK DAN YG GILA PROJEK JE DOK DALAM UMPORNO, SELEBIH NYA SKRG MEREKA DAH JELAK DGN TENDANG TERAJANG UMPORNO, SEBAB DEKAT NAK PILIHANRAYA BARU SIBUK NAK MEMBELA PEMUDA PEMUDI, SEBELUM NI MACAM MACAM PERMINTAAN DAN PERMOHONAN ORG MUDA TAK PANDANG, JGN HARAP LAH SAYA SEBAGAI ORG MUDA HARI INI NAK MENYOKONG BN DAN UMNO.mari kita bersama PR, DENGAN SUASANA BARU DAN NAFAS SEGAR SERTA MEMBANTU MENJAYAKAN BUKU JINGGA.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.