script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Perasmian Sukan Malaysia Terencat, Gara-Gara Pembaca Ikrar Di Boo Penonton Malam Tadi

KUANTAN, 8 Julai - Majlis Perasmian Sukan Malaysia (SUKMA XV Pahang 2012) malam tadi tercemar apabila kesilapan seorang pembaca ikrar (foto) yang gemuruh dan tergagap-gagap untuk menyebut perkataan "berintegriti". Paling mengejutkan, akibat kesilapan itu beliau telah di "booo" oleh orang ramai yang berada dalam Stadium Darul Makmur malam tadi. Siaran yang turut dibuat secara langsung menerusi TV2 RTM itu turut disaksikan oleh jutaan penonton dan peminat sukan di seluruh negara. Malah, lebih malang lagi ketika itu bacaan yang dibuat adalah dihadapan Sultan Pahang, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Muda Pahang, Menteri Belia Dan Sukan termasuk lain-lain pembesar negara dan negeri ini. Soalnya sekarang, kenapa insiden ini boleh berlaku sedangkan sudah beberapa kali latihan intensif dibuat sebelum itu. Penganjur wajar dipersalahkan kerana kesilapan menyediakan "skrip" menyebabkan pembaca ikrar terbabit yang juga seorang athlet sukan negara tersasul dan tergarap-gagap akibat gemuruh. Soalnya, kenapa beliau dipilih untuk membaca ikrar sedangkan nampak jelas dari awal lagi dia agak tidak berapa yakin untuk berbuat demikian. Skrip ikrar sepatutnya dibuat dalam bahasa yang mudah untuk dihafal dan difahami agar ia melekat di hati athlet yang membacanya. Kesilapan yang berlaku telah mencacatkan upacara perasmian Sukan Malaysia malam tadi sebenarnya. Apapun, kami tidak menyalahkan pembaca ikrar terbabit. Mungkin kerana beliau masih muda dan sudah pasti darah gemuruh menjelma tatkala berhadapan dengan acara rasmi seperti itu. Apa yang menyedihkan ialah sikap penonton yang "booo" beliau hingga bergema satu stadium. Justeru, pihak berkenaan digesa mengambil ikhtibar atas kejadian ini. Lakukan yang terbaik agar segalanya dapat berjalan lancar tanpa insiden seperti ini lagi pada masa akan datang hendaknya.


Insiden semasa bacaan ikrar jelas sekali telah mencacarkan acara perasmian

[Insiden seperti ini sepatutnya tidak berlaku jika penganjur berhati-hati memilih pembaca ikrar dan menyediakan skrip yang lebih mudah. Dalam keadaan seperti ini, sememangnya sesuatu yang tidak dirancang pasti akan berlaku. Makanya, pihak berkenaan perlulah lebih berwaspada agar ia tidak berulang lagi. Kecacatan sewaktu upacara perasmian seperti ini sudah pasti akan menganggu kelancaran acara sukan sepanjang temasya berkenaan. Pahang selaku tuan rumah buat kali kedua kejohanan sukan terbesar di Malaysia seharusnya lebih bersedia dengan pengalaman yang sudah ada. Namun, anehnya keadaan sebaliknya pula berlaku. Cuma harapan kita, tiada lagi kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang kejohanan pada kali ini. Ambillah pengajaran di atas kejadian seperti ini].
Share:

18 ulasan:

  1. x penuh oun stadium nampok...

    BalasPadam
  2. ~ even siti nurhaliza pun boleh tersalah lirik..
    nobody perfect..
    ni kan plak setahun jagung ..

    BalasPadam
  3. kesian kat dia, jangan marah manusia bukan perfect. Dia gemuruh? Dia tak faham apa erti ikrar tu? dia hanya menghafal bukan menghayatinya? atau dia tak faham apa yg di lafaskan?

    BalasPadam
  4. aku pun pernah gak alami situasi macam dia terlupa skrip semasa baca ikrar sukan ,,,tapi cepat cepat aku relevankan ayat ayat yang keluar dari mulut aku dengan majlis sukan tersebut,,dan akhirnya dapat tepukan gemuruh....tak sia sia aku di pilih mungkin iq dan personaliti aku kut...dan lepas tu aku mesti bawa skrip dalam poket untuk apa majlis....

    BalasPadam
  5. ikrar tu patut baca macam ni: bahawa kami semua peserta sukma berikrar akan mengundi pakatan Rakyat dalam PRU13....lagi gamat!

    BalasPadam
  6. Si gagap Khalid Ibrahim pun pernah tersasul 'meminta' semua pengundi 'memenangkan' BN dalam kempen pilihanraya. Apa yang luar biasa??

    BalasPadam
  7. Bumi mana tak kena ujang, laut mana tak gelora, tu perkara biasa tak kang nok politik juga! bodo!

    BalasPadam
  8. Itu perkara biasa. Mengapa kita mudah menghukum, apa lagi OKU. Yang boo tu pun, jika disuruh ke depan mau terkucil.

    BalasPadam
  9. Yang ini pun luar biasa juga ka?

    'Himpunan ini (HIMPUNAN HIJAU) tanda kejatuhan Pas di semua peringkat'.

    -Nizar Jamaluddin.

    BalasPadam
  10. Kesilapan menyebut apa jua perkataan bukan satu kesalahan, tapi aura yang lahir dari kesilapan itu yang memberi tindakan balas negatif kepada penonton dan pendengar yang berada disekeliling stadium tersebut.

    Kita jangan lupa bahawa yang orang yang membaca ikrar itu mewakili sebahagian besar peserta bagi melahirkan rasa jujur, setia serta tanggongjawab mereka kepada sukan dan negara. Tapi adakah ketua negara, pemimpim parti dan individu yang berkuasa yang menyertai perasmian sukma itu juga jujur dan bertanggongjawab menjaga dan mengurus mutu sukan itu tanpa disertakan dengan unsur khianat dan rasuah....

    Kita juga jangan lupa bahawa kekuatan sembayang hajat bagi orang yang teraniaya mudah termakbul oleh Allah cuma masa saja yang menentukan nya.

    Tidakkah kita merasa pelik bila babi hutan secara tiba-tiba berkeliaran dalam bandar ? Ini menunjukkan bahawa ada manusia di negeri Pahang yang lebih hina dari babi tersebut....

    BalasPadam
  11. silaP KECIK JE.....NAPE TAK WAT DERAF SKRIP......BAIK WAT BACAAN IKRAR BUKAN BERIKRAR...WALAUBAGAMANAPN KESILAPAN INI SESEUATU YANG BOLEH MENGHIBURKAN BUKAN MEMALUKAN...

    BalasPadam
  12. bukan itu saja. sewaktu kemasukan kontinjen terengganu, pengacara menyebut terengganu darul naim. sewaktu sultan masuk ke stadium, lagu pahang dipasang, tiba2 terselit lagu negeri sembilan. diminta sentiasa berhati2. ianya sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti pahang sebagai negeri penganjur.

    BalasPadam
  13. Perlu banyak protes.baguih...ianya membina.jagang banyak bodoh..nanti banyak susah jadinya.. Sokongan pada barisan PKR...orang melayu undilah UMNO dan PAS.

    BalasPadam
  14. semuanya komen berbaur politik....letih....takda benda yang membina...alik2 kutuk mengutuk...tulah orang melayu malaysia...apa pun semuanya yang terjadi tuhan juga yang menentukan..bukannya manusia....

    BalasPadam
  15. Ada fakta yang nak, benar dan nyata kadang dianggap TERSASUL semata-mata untuk menghindarkan rasa takut, kecut, bimbang dan gerun. Ini contohnya:

    'Himpunan ini (HIMPUNAN HIJAU) tanda kejatuhan Pas di semua peringkat'.

    -Nizar Jamaluddin.

    BalasPadam
  16. Raptai 10x pun kalu nk jadi tersilap..jadi jgk..bukan tentu,..ada faktor boleh kawal..ada yg luar kawalan..contoh pengunjung yg macam bagus 'boo'sape nk larang..COBAAN...

    BalasPadam
  17. orang yang komen banyak suruh dia buat...kita tlng dia blh buat atau tidak..hehehe

    BalasPadam
  18. ngaji la dalam skit agama weh.. jangan suka aibkan orang.. Ingat nabi pesan: Sesiapa yang mengaibkan sedara nya maka Allah akan buka aibnya diakhirat kelak.. Salah itu BIASA tapi jangan MEMBIASAKAN buat salah..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.