script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Mantan Ketua UMNO Jengka 11 Masuk PAs

MARAN, 6 Julai - Seorang bekas pemimpin UMNO kini mengisytiharkan dirinya menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Beliau yang dimaksudkan ialah Nawi Mat Deris (foto) 70, yang merupakan mantan Ketua UMNO Felda Melati Jengka 11 dekat ini. Beliau yang menjadi Ketua UMNO dan Ketua Kampung sejak 20 tahun lalu membuat keputusan itu kerana menyedari perjuangan yang sebenar ialah perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Nawi yang juga sempat menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Maran berkata beliau akhirnya memilih untuk berjuang bersama PAS kerana perjuangan parti itu berasaskan perjuangan rasulullah S.A.W dan PAS ingin memerintah negara berasaskan sunnah. Beliau juga berikrar akan menggunakan pengalamanya untuk membantu PAS menang dalam pilihan raya ke umum ke-13 akan datang. Beliau merayu rakan-rakanya yang masih bersama UMNO supaya jangan ragu-ragu untuk bersama PAS. Difahamkan beliau adalah merupakan pemimpin UMNO yang bertanggungjawab menjadi penaja UMNO Bahagian Kuala Krau yang diujudkan selepas persempadanan semula kawasan pilihanraya beberapa tahun yang lalu.


Nawi, sempat berucap ketika kunjungan Mat Sabu ke Jengka baru-baru ini


[Kemasukan bekas Ketua UMNO ini mungkin tidak menjadi kudis pun bagi parti itu. Namun, harus diingat ia berlaku dalam kawasan tanah rancangan Felda yang menjadi kubu kuat BN sejak zaman berzaman. Apa yang berlaku jelas menunjukkan kepada kita, angin perubahan kini sudah mula melanda di kawasan Felda. Ia memberi gambaran BN sudah tidak boleh berbangga dengan aset mereka di situ. Jika selama ini, BN boleh membeli undi dan mengugut para peneroka Felda agar terus menyokong kerajaan yang banyak berjasa kepada mereka. Namun, dengan senario yang berlaku ia membuktikan kini para peneroka sudah mula sedar bahawa diri mereka telah ditipu sejak sekian lama. Isu penyenaraian saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia dengan memaksa para peneroka menandatangani borang pinjaman bank secara paksa untuk membeli saham terbabit, jelas kini menjadi virus untuk kerajaan. Para peneroka semakin sedar diri mereka telah dianiaya dan pasti mereka akan melakukan perubahan pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang nanti].
Share:

9 ulasan:

  1. Banyak kerja hang kena buat.
    1 Taubat nasuha kerana membantu parti (UMNO/BN) yang menghalang perlaksanaan undang-undang syariat.
    2 Takkan tak de satu senpun khazanah negara yang yang hang dok 'kongsi' semasa dalam BN
    3 Mintak maaf dan reda setiap ucap dan tingkah yang hang tujukan kepada pihak PAS dan anggota Pakatan Rakyat semasa nak memenangkan UMNO/BN.
    4 PAS tidak perlukan pengalaman anda dalam UMNO/BN yang penoh dengan onar dan tipu muslihat itu. Sebaliknya anda WAJIB ikuti usrah dan program tarbiah PAS untuk muhasabah dan selarikan perjuangan.
    5 Anda WAJIB turun padang semula untuk perbetulkan semula setiap propaganda dan kata-kata perjuangan palsu semasa anda bersama UMNO/BN dahulu.
    6 Perbetulkan niat dan langkah-langkah perjuangan agar anda tidak tergolong dalam golongan munafiq.
    7 Teguhkan iltizam anda agar istiqamah sebagai salah seorang anggota dalam saf perjuangan parti.
    8 Taatkan pemimpin dan berhikmah sesama rakan seperjuangan.
    Apa pun aku turut bersyukur
    AlHamduliLLaah.

    BalasPadam
  2. Dalam bab Seorang bekas pemimpin UMNO cawangan Jengka 11, kini mengisytiharkan dirinya menyertai Pas.

    Bagi akulah, perkara ini usahlah dijadikan berita, buat memalukan Pas je....

    1- dia cuma BEKAS ketua umno cawangan sahaja.

    2- dia dah berumur 70 tahun.

    3- dia bukan org terkenal pun.

    BalasPadam
  3. Biasalah bila "Rumah kata pergi, kubur kata mari" baru nak insaf, diwaktu muda enjoy sakan.

    BalasPadam
  4. Bukan kah beliau ini pernah duduk dalam barisan AJK UMNO bahagian Maran.

    BalasPadam
  5. Bagus juga diwar-warkan dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Tiada salahnya mewar-warkan perkara ini. Ia cuma nak gambarkan sudah ramai ahli UMNO tolak UMNO dan terima PAS.

    BalasPadam
  6. org dh insaf x payah la hina org lg. Ingat awak tu tuhan ke nk hukum org. Biar la dia sedar lewat.. sekurg2nye sedar juga

    BalasPadam
  7. hehehe....ini yg dikatakan tersungkur di pintu syurga nihh....

    dahh tua2 masih boddo lg pilih parti sesat....

    BalasPadam
  8. Dah tua kerepot mata rabun, buta warna, tentulah dia tak mampu lagi bezakan mana intan mana kaca. Dulu masa muda dia tak nak masuk PAS sebab dia nampak dengan jelas, diulang DIA NAMPAK DENGAN JELAS bahawa PAS itu tak lebih daripada PARTI ANGUK SAJA yang lebih menjurus kepada PENYELEWENGAN AKIDAH. Yang penyokong2 PAS meloncat sampai terlondeh seluar kecik tu memang kita tak hairan la.

    BalasPadam
  9. memerintah negara hanya dengan kerusi minimum berbanding dap dan pkr? apa yg pakcik cakap ni? pakcik kena tahu suara majoriti dalam membuat keputusan. dh berkurun dalam umno tetapi tak tahu bagaimana fungsi suara majoriti.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Himpunan RXZ Members 8.0: Peserta Ketiga Maut, Motosikal Rempuh Pacuan Empat Roda Di Kilometer 147.1 LPT1

MARAN : Hajat seorang pemuda menyertai perhimpunan motosikal RXZ Members 8.0 di Kuala Terengganu berakhir tragedi apabila menjadi mangsa kor...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.