script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: SUKMA, 'Mufti Pahang' Di Gesa Keluarkan Fatwa Tentang Nyalaan Obor Sukan Itu Di Pahang

KUANTAN, 8 Julai - Mufti Pahang, Dato' Abd Rahman Osman (foto) digesa mengeluarkan fatwa tentang apakah hukumnya menyalakan obor sempena temasya Sukan Malaysia (SUKMA XV) Pahang 2012 sekarang ini. Jika benar beliau bekerja untuk agama dan bukan atas kepentingan politik mana-mana pihak, maka beliau sepatutnya awal-awal lagi telah mengeluarkan kenyataan tentang isu ini. Pada majlis perasmian kejohanan itu di Stadium Darul Makmur malam tadi, obor kejohanan telah dinyalakan sebagai simbolik temasya sukan terbesar di Malaysia itu. Walau pun pada awalnya ramai yang menjangka obor tidak dinayalakan susulan melihat tiada "larian obor" pada kejohanan kali ini. Larian obor telah digantikan dengan "larian baton" oleh pihak penganjur, namun selepas itu ramai yang terkejut apabila tiga tembakan api dilepaskan untuk menyalakan obor terbabit. Persoalannya, kenapa Mufti Pahang ini tidak menegur penganjur agar membatalkan acara tersebut. Jika beliau boleh keluarkan kenyataan mengharamkan umat Islam menyertai perhimpunan aman bantah Lynas, maka sepatutnya beliau juga perlu berani menegur nyalaan obor kejohanan tersebut sebenarnya. Hukum upacara membawa obor telah disepakati oleh ulama sedunia yang mengeluarkan fatwa membawa obor adalah daripada adat agama Majusi. Maka itu membawa obor adalah "haram" hukumnya dari sudut agama Islam. Penggunaan obor direka ketika zaman Olimpik yang pertama di Olimpia Greek kuno. Greek kuno ini adalah agama Majusi iaitu "menyembah sukan api". Selepas itu ditiru pula oleh sukan yang lain termasuklah sukan-sukan di negara kita Malaysia yang mengatakan negara ini adalah sebuah negara Islam. Justeru, nyalaan obor kejohanan Sukan Malaysia di Pahang ini juga dikira haram berdasarkan penerangan itu tadi. Mufti Pahang, sepatutnya mengeluarkan kenyataan terhadap isu ini jika beliau benar-benar bekerja untuk agama. Namun, jika dia tidak berani berbuat demikian bermakna dia telah "menutup mata dan hatinya" untuk menyatakan sesuatu atas perkara ini. Jadi sebelum kita melihat larian obor ini sesuai atau tidak dengan syariah Islam maka marilah kita mengkaji realiti terlebih dahulu dan sejarah larian obor ini. Kemudian dari sini barulah kita bertolak kepada hukum syarak.


Tiada larian obor, tapi kenapa obor tetap dinyalakan di SUKMA Pahang ini

Api Olimpik, Obor Olimpik, dan Cahaya Olimpik semuanya merupakan nama-nama bagi satu lambang promosi Sukan Olimpik. Asal-usulnya terletak di Yunani Kuno di mana sebuah api dibiarkan bernyala sepanjang sambutan sukan Olimpik Kuno, serta memperingati kecurian api ini dari dewa Zeus oleh Prometheus. Api ini diperkenalkan semula pada Sukan Olimpik 1928 di Amsterdam, dan semenjak itu menjadi sebati dengan Sukan Olimpik. Larian obor dari Greece ke tapak sukan moden itu tiada dalam temasya Olimpik kuno, sebaliknya diperkenalkan oleh Carl Diem, dengan sokongan Joseph Goebbels, di Olimpik Berlin 1936 yang diselubungi kontroversi sebagai cara memupuk fahaman Nazi. [The New York Times 14.08.2004] . Bagi masyarakat Yunani kuno, api membawa erti kerohanian. Api suci ini dikisahkan pernah dicuri dari dewa-dewi oleh Prometheus. Maka, api boleh dijumpai di kebanyakan tempat suci di Olympia, Yunani. Sebuah api yang membara secara berpanjangan di atas masbah Hestia di Olympia, Greece. Ketika berlangsungnya temasya Olimpik yang memberi penghormatan kepada Zeus, api tambahan di kuilnya dan juga kuil ratunya Hera. Api Olimpik moden dinyalakan di tapak di mana ianya pernah didirikan kuil Hera.

[Setelah kita melihat dengan jelas bahawa larian obor dan nyalaan obor ini ternyata berasal dari akidah khurafat masyarakat Rom dan juga merupakan hadharah (peradaban) kufur, sedangkan Rasulullah melarang umat Islam mengikuti jejak langkah dan apa yang dilakukan oleh orang kafir, maka apakah patut bagi umat Islam merayakan khurafat dan tahyul Olimpik ini? "Dari Ibn Umar Radiyallahu anhu berkata, bersabda Rasulullah Shalallahu alaihi wassalam, “Barangsiapa yang menyerupai satu satu kaum, maka ia telah menjadi golongan mereka". [HR Ahmad, Abu Daud dan Tabrani]. Apakah negara dan pemerintah Malaysia berbangga dengan menjalankan aktiviti yang dilakukan oleh Penyembah api dan Pemuja Api ini? Tidakkah mereka merasa bahawa aktiviti ini sama macam puak Majusi yang menyembah dan mendewa-dewakan api? Adakah pemerintah perlu berbangga kerana tidak ada kekacuan dalam majlis yang berasal dari Majlis Keagamaan bangsa Rom ini? Apa pun alasan yang diberikan, sesiapa sahaja yang terlibat dengan aktiviti khurafat ini pastinya akan ditanya oleh Allah swt di akhirat kelak tentang apa yang mereka lakukan. Maka itu, wajarlah Mufti Pahang mengeluarkan kenyataan beliau tentang isu tersebut dengan kadar segera].
Share:

4 ulasan:

  1. HAHAHA... PERCAYAMLA...
    MELIBATKAN ORANG PEKAN... KECUT BATUNYA.....
    KALU ORANG KAMPONG BALOK, SG.KARANG.. BERANI LA..
    ADAT CARI MAKAN BANG...!!!
    HUKUM KAT BELAKANG SIKIT..

    BalasPadam
  2. Pemimpin biseksual: Pas dicabar nyatakan pendirian

    Pemimpin Pas termasuk presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu menyatakan pendirian sama ada golongan biseksual boleh diterima sebagai pemimpin di negara ini.

    Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, tindakan Pas yang terus berdiam diri seolah-olah parti itu menyokong secara senyap golongan biseksual untuk menjadi pemimpin negara.

    Semalam, dua tokoh ulama Kelantan menyeru umat Islam supaya menolak pemimpin yang mengamalkan biseksual kerana amalan tersebut dilaknati Allah.

    BalasPadam
  3. biasa le tu.....baca kitab tak habis..pilih yg sesuai aja.....akibat nye tak jumpa ayat dan hadis yg melarang umat ISLAM mendewa dewa nyalaan obor.apa lah nak jadi ni.....tak bolih harap agak nye

    BalasPadam
  4. ye pasal nyalaan api tu kte kene same2 tegur kerajaan baik bn atau pembangkag. tapi isu besar agama kita perlu same2 kite bersatu jage. contohnye bn ke atau pembgkg yang islam kenelah perangi orang yang anjur murtad , berzina homoseksual biseksual sokg israel yang samekan islam dengan agama lain mcm 2 lagi bende beso. tapi pasal ambiga tu org kuat pakatan rakyat awok seme sokg juge ni pasal nyala api nk kecoh padahal x semboh pun apitu mcm agama2 tu

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.