KOTA KINABALU, 27 Julai - Petanda awal kejatuhan UMNO Barisan Nasional di Sabah kini semakin menjadi kenyataan apabila sebuah gerakan politik baru yang pro Pakatan Rakyat bakal dilancarkan di negeri itu dalam masa terdekat ini. Tambah mengejutkan, pergerakan tersebut dikenali dengan nama Angkatan Perubahan Sabah (Sabah Reform Front - SRF) itu bakal dilancarkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas jemputan dua orang Ahli Parlimen BN sendiri iaitu Datuk Seri Lajim Ukin (Beaufort) dan Datuk Seri Wilfred Bumburing (Tuaran). Perkara itu disahkan oleh Ketua perhubungan PKR Sabah Ahmad Tamrin Jaini hari ini. Anwar diberi penghormatan untuk melancarkan pergerakan tersebut setelah menerima jemputan rasmi daripada kedua-dua Ahli Parlimen BN terbabit. Senario ini merupakan satu tamparan hebat buat BN untuk mengekalkan majoriti kerusi parlimen pada pilihanraya umum akan datang pastinya. Desas-desus yang mengatakan dua pemimpin terbabit akan meninggalkan BN telah tersebar luas mutakhir ini. Malah, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee menuntut supaya Datuk Lajim Ukin meletakkan jawatannya daripada kabinet sekiranya benar-benar ingin keluar daripada parti (UMNO). Kenyataannya itu timbul ekoran tindakan Lajim meletak jawatan sebagai Ketua UMNO Cawangan Kerambai Kebatu selepas beliau menyatakan hasratnya untuk tidak lagi mempertahankan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Beaufort. Lajim juga awal minggu ini telah mengadakan satu pertemuan dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu. Lajim sekarang masih lagi merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam kabinet Najib. Apa yang pasti sudah tentu berita ini menggegarkan UMNO Sabah dan BN secara keseluruhannya. Jika terbukti kedua-dua pemimpin terbabit akan tinggalkan BN, maka sudah pasti Najib akan menghadapi laluan cukup sukar untuk mengekalkan Putrajaya.
[Tamparan hebat buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usahan untuk meneruskan kuasa BN selepas PRU-13 ini. Tanda-tanda kejatuhan BN kian terserlah, walau pun sebelum ini keputusan beberapa wakil rakyat BN untuk menyertai Pakatan Rakyat telah dinafikan. Namun kini, menjelangnya pilihanraya umum sudah pasti ia menjadi masa yang paling sesuai untuk mereka berbuat demikian. Tambahan pula mereka sebenarnya tahu negeri Sabah terus terpinggir dan dipinggirkan oleh arus pembangunan selama ini. Malah, Sabah terus kekal antara negeri yang termiskin di negara kita. Kemiskinan yang melanda menyebabkan rakyat Sabah hidup dalam tekanan. Mereka terpaksa menyokong kerajaan untuk mengelakkan dikenakan tindakan, walhal mereka juga tahu setiap kali pilihanraya bukan warga Sabah yang menentukan kuasa tetapi warga asing yang semakin bertimbun-timbun mendiami negeri ini. Mereka inilah yang diberika My Kad agar boleh memangkah bagi memenangkan BN. Kini mereka sudah sedar dan mahu memberi amaran buat Najib sebenarnya].

ta ta utk umno yg mereput tu...jom bersama PR...warm welcome from rakyat yg dah sedar dari ditipu belit oleh umno dah berapa lama...
BalasPadamBersama PKR????
BalasPadamHARRKKK TUIHH!!!
Bee End mengkianati Sabah, PR Pembela Sabah, Sabah lagi baik dengan PR bah.Syabas Atuk Ujim Lakim kami nyokong kamuk.
BalasPadam