Kerusi Parlimen Kuantan, yang dimenangi Fuziah sejak dua pilihanraya lalu kemungkinan besar tumbang pada PRU-14 ini. Petanda ke arah itu semakin jelas apabila satu demi satu pemimpin PAS kawasan menyatakan "hilang kepercayaan" terhadap beliau.
Pada Piihanraya Umu Ke-13 lalu, Fuziah menewaskan calon BN, Muhamed Suffian Awang dengan majoriti 4,515. Beliau mendapat 25,834 undi, manakala Suffian hanya mendapat 21,319 undi sahaja.
Sebelum ini kelibat Fuziah dipertikaikan ketika mengiringi calon Amanah di Pilihanraya Kecil Sungai Besar. Tindakan beliau itu telah dikritik hebat oleh pimpinan dan ahli-ahli PAS kawasan Kuantan.
Tindakan terbaru Fuziah yang terus mengkritik PAS kini mengundah padah, apabila Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan, Fadhli Ibrahim dalam posting terbaru di facebook beliau dengan jelas mengisytiharkan UPU PAS Kuala Penor tidak akan melayan segala bentuk bahan kempen dari Keadilan Kuantan sehingga ada arahan daripada pimpinan PAS Kawasan.
Dengan senario terbaru ini, dakwa sesetengah pihak bahawa kerusi Parlimen Kuantan akan tumbang pada PRU-14 akan datang kemungkinan besar menjadi kenyataan. Ia ditambah lagi dengan episod "perang siber" antara pimpinan, ahli dan penyokong PAS dan PKR sendiri mutakhir ini.
Jika situasi ini berlaku, maka peluang untuk BN terutamanya UMNO merampas kembali kerusi tersebut nampak semakin cerah. Gerakan akar umbi perli diterjemahkan ke peti undi bagi memastikan nasib Fuziah dan PKR itu sendiri berkubur di Kuantan. Itulah yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Isu Lynas dan Bauksit yang mengangkat nama Fuziah Salleh dulu seakan-akan sudah tidak menjadi lagi pada masa ini. #PDONEWS











Itu lah yang saya nak..kata setan..
BalasPadampru14 ..Ph vs BN vs PAS ..tak dapat dielakkan kerana PAS mahu bersendirian..mungkinkah PAS = BN ???
BalasPadamKepala hotak ko pas = bn... pas ttp no 1
BalasPadammana hudud? bila nak potong tgn hadi yg terima imbohan lombong? bila nak potong tgh hadi yg dpt rm90juta?
BalasPadambodohler rakyat Kelantan kalau masih sokong pas. hadi dpt rm10 setan; kerajaan negeri dpt rm5 setan. hadi tu lebih penting ke dr semua rakyat Kelantan?
bila sampai sidang parlimen akan dtg, minta tangguh lg sampai kiamat.
penipu punya ularmak.
Allah nak tunjuk perangai ulamak sekarang.kita sama2 fikirlah apa sudah jadi ulamak yang ada sekarang selepas allah mengambil TGNA balik kepadanya.
BalasPadamUsah dilayan puak PKR ni. Biarlah dia orang nak kata apa pun. Cara mereka
BalasPadammenzahirkan mereka sedang kelam kabut.
Jadikan cacian dan sindirian mereka sebagai hiburan sahaja.
Kita terus dgn kerja kita...
Kalu PAS sanggup ikut jadi balaci DAP, seperti PAN, maka semua ok. Sekarang ni buatlah apapun PAS salah. Yang betul DAP,PKR dan PAN. Fitnah dan PAN berpisah tiada
BalasPadamThe CBSE accustomed to conduct CBSE Exams i.e. CBSE 10th Board Exam and CBSE 12th Board Exams every year in the Month of March. In similar manner CBSE has conducted http://Cbse.nic.in/, cbseresults.nic.in, www.cbseresults.nic.in 12th Exam in the month of March and April amid 1st March till 25th April.
BalasPadam