script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Umat Islam Kecewa 'Majlis Perbandaran Kuantan' Luluskan Konsert Artis Barat Air Supply Di Dewan Sukpa Indera Mahkota, Malam Jumaat 18 Nov Ini!

KUANTAN, 15 Nov [8.00 pm] - Umat Islam di sekitar bandar ini kecewa dengan sikap pihak berkuasa terutamanya Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang membenarkan sebuah konsert artis antarabangsa diadakan pada malam Jumaat (18 November) ini. Difahamkan artis terbabit ialah kumpulan pop terkenal iaitu Air Supply. Kumpulan yang berasal dari Melbourne Australia itu dianggotai oleh dua penyanyi veteran iaitu Graham Russell, 60, dan Russell Hitchcock, 61. Difahamkn artis terbabit kini dalam rangka roadshow mereka ke seluruh dunia bagi meraikan ulangtahun ke-35 penubuhan mereka. Di Malaysia, tiga lokasi menjadi pilihan iaitu Dewan Konvesyen Kuala Lumpur (15 Nov), Stadium Tertutup Pisa Pulau Pinang (16 Nov) dan Stadium SUKPA di Kuantan pada 18 November ini. Konsert tersebut adalah anjuran Star Planet. Air Supply adalah sebuah kumpulan yang begitu popular dan lagu-lagu mereka amat digemari di negara ini sebenarnya. Antara lagi hits mereka ialah Lost In Love, All Out Of Love, The One That You Love, Even The Nights Are Better, Two Less Lonely People In The World, Making Love Out Of Nothing At All. Difahamkan tiket-tiket bagi menyaksikan konsert itu nanti khabarnya berharga mencecah hingga RM100, RM150, RM200 dan RM300. Menurut penganjur Konsert berkenaan dijadualkan bermula sekitar jam 8.30 malam tersebut. Difahamkan, jadual asalnya konsert tersebut hanya akan diadakan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur sahaja (Sila klik pada imej untuk lihat poster asal), tetapi lokasi Kuantan dimasukkan pada saat-saat terakhir mungkin atas permintaan. Memandangkan 17 November jatuh pada Hari Raya Aidil Adha, maka tarikh 18 November telah dipilih oleh pihak berkenaan. Soalnya, siapakah yang memberi kebenaran agar ia diadakan pada malam Jumaat.

[Kenapakah pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tidak merujuk kepada pejabat Jabatan Mufti Pahang atau Jabatan Agama Islam Pahang untuk mengizinkan konsert tersebut diadakan pada malam yang menjadi penghulu segala hari tersebut. Bukankah, amat janggal sekali sebuah konsert artis barat diadakan pada malam Jumaat. Kenapa pihak MPK tergamak membenarkan konsert itu diadakan pada malam Jumaat?. Apakah kerana faktor kewangan maka mereka rela meluluskan konsert itu. Sepatutnya, mereka perlu menghormati kesucian agama Islam. Sikap tidak sensitif kepada agama Islam jelas sekali mencemarakan maruah umat Islam di negeri ni khasnya dan di Malaysia amnya. Difahamkan, ada pihak-pihak tertentu akan menghantar satu memorandum bantahan berhubung perkara ini. Memorandum akan dihantar ke ibu pejabat Majlis Perbandaran Kuantan di Jalan Tanah Putih esok. Adalah diharapakan pihak Kerajaan Negeri Pahang dapat memantau perkara ini dan mengarahkan konsert tersebut diubah ke tarikh lain yang lebih sesuai. Tambahan pula ia diadakan pada hari kedua Hari Raya Korban].
Share:

2 ulasan:

  1. apsal mau tanya Pejabat Mufti @ Pejabat Agama, itu pejabat pun sama juga mcm pejabat lain langsung x boleh nak berkokok..kalau berkokok nanti takut kena tukar jauh2....

    BalasPadam
  2. hahahahaha mcm ayam kapan berak kapur gerun nk berkokok kalu kokok kalu sana ulu yam mau taruk....

    so diam diam saja la ayam kapan kokok dlm saran ko je la

    apa nk jd jd la..itu jalan wong ah jang mau teguk arak satu tempayan pon talak hal ma...

    ini negeli sulah jd itu mcm kunta kinte ma...itu blkg rumah sewa wong ah jang mcm itu pusat maksiat golok town ma..no hal sapa mau sini dtg ma line clear...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Gara-Gara Tegur Generasi ‘Strawberi’ Dalam Ceramahnya, Timbalan Mufti Pahang Terima Aduan SISPAA Hingga Diminta Beri Penjelasan

Niat menegur sikap generasi masa kini menerusi sebuah ceramah akhirnya mengundang situasi yang tidak dijangka apabila Timbalan Mufti Pahang,...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.