script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bukit Koman: 'Ancaman Baru' Selepas Lynas, PAS Persoal Tindakan Bawa Masuk Pelaburan Berisiko

Kita semua tahu bagaimana Pahang, sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung telah dikurniakan khazanah Alam Semulajadi yang luas sehingga sebahagian darinya dijadikan sumber rezeki kepada penduduknya malah hasil tanaman, ternakan malah sumber air dari negeri itu disalurkan pula ke negeri-negeri yang lain. Demikian ditegaskan oleh Zulkefly Mohamad Omar (foto) ialah AJK PAS Pusat dan Merangkap Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat dalam Harakahdaily semalam. "Kawasan tanahnya pula terlalu luas sehingga ada sahabat-sahabat saya dari PAS Negeri adakalanya mengeluh letih sehingga ada yang demam beberapa hari kerana terpaksa bergerak jauh menunaikan tanggungjawab masing-masing ke seluruh pelosok negeri. Di atas bantuan merekalah, pendedahan demi pendedahan jenayah Alam Sekitar di negeri itu dipaparkan buat pengetahuan umum. Saya dimaklumkan ada di antara petugas-petugas kita yang terdedah kepada ancaman keselamatan oleh pihak yang tertentu ketika proses mengumpulkan bukti jenayah itu. Inilah komitmen PAS untuk melindungi keselamatan, kesihatan dan pemuliharaan alam sekitar di negara ini sehingga sanggup meletakkan misi itu melebihi kepentingan diri dan keluarga", katanya. Ancaman sisa radioaktif Lynas di Gebeng Kuantan, pencemaran Sungai di Cameron Highlands, Bentong dan di Kuala Lipis, pembangunan dan penerokaan tanah tidak terkawal dilereng bukit di sekitar Cameron Highlands, pusat insinerator di Blue Valley, projek Hidroelektrik di Ulu Jelai, pembalakan haram, serta pencemaran Tasik Chini yang dijangka akan pupus menjelang tahun 2030 adalah sebahagian dari bukti jelas kerakusan pemerintah khususnya di negeri itu yang meratah sumber alam ini seolah-olah alam yang kita pinjam ini tidak perlu dipulang kembali seperti sediakala kepada anak kita.

Wajarkah Industri Berat Dan Berisiko Jadi Pilihan

Bukankah kita hanya meminjam? Tetapi kenapakah kerajaan negeri di bawah UMNO dan Barisan Nasional menjadikan semua itu Milik dan Hak Kekal mereka? Ketika semua lokasi yang saya sebutkan tadi sedang diratah oleh pihak tertentu, penduduk sebuah perkampungan di Bukit Koman Raub pula sedang berjuang selama lebih 3 tahun demi nyawa keluarga mereka dari ancaman bahan kimia Cyanide yang amat bertoksik itu malah dikatakan antara bahan kimia yang paling merbahaya di dunia ini dan pernah diberi gelaran ‘agen pembunuh’ ketika Perang Dunia Pertama dan Kedua. Tahukah anda bahawa rakyat terpaksa membayar dengan harga yang tinggi dan tanpa pengetahuan mereka akan bahaya sebenar yang wujud disekeliling kita? Kenapakah industri berat atau berisiko tinggi seperti ini sentiasa menjadi pilihan UMNO dan Barisan Nasional? Adakah kerana lebih tinggi risikonya, maka lebih besar pulangannya kepada negara atau adakah kerana besar pulangannya kepada kroni-kroni mereka?"Saya pernah menegur wakil MITI kerana tidak berhati-hati ketika menerima kemasukan industri berisiko tinggi seperti LYNAS kerana terlalu teruja untuk mencapai sasaran ‘FDI’ atau ‘Foreign Direct Investment’ negara. Tidak salah untuk menerima pelaburan luar asing tetapi biarlah keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan penduduk diambil kira terlebih dahulu sebelum pelaburan luar asing itu diluluskan.Yang lebih mendukacitakan ialah tindakan memberi pengecualian cukai selama 12 tahun oleh Kerajaan Malaysia walaupun LYNAS menyatakan bahawa mereka memperolehi pendapatan 8 billion setahun", kata beliau. Bukankah banyak industri luar lain yang boleh dibawa masuk oleh MITI? Industri di mana Malaysia mahir dan berpengalaman di dalam menguruskannya. Tidak yakinkah kerajaan kita untuk capai sasaran FDI itu tanpa industri berisiko tinggi seperti itu.

[Bagi kerajaan, mungkin mereka ada sebab tertentu mengapa pelaburan berisiko tinggi ini dibawa masuk ke negara kita. Namun, dalam masa yang sama rakyat tidak mahu terus hidup dalam risiko. Mereka tidak mahu dijadikan "tikus makmal" untuk menjadi bahan ujikaji sesuatu projek berisiko yang boleh menjejaskan kesihatan dan masa depan anak cucu mereka. Sebab itulah mereka bangkit menentang seperti yang berlaku sekarang. Bagi mereka, daripada hidup didalam ketakutan akibat berhadapan dengan risiko yang bakal terjadi maka lebih baik mereka halang industri berkenaan beroperasi. Inilah hakikat yang sebenaranya. Namun, kerajaan tidak gemar semua itu, maka mereka pasti akan pertahankanya bermati-matian dengan berbagai alasan yang terkadang tidak boleh masuk dek akal oleh mereka yang berfikiran waras. Dek kerana itulah juga mereka sedaya upaya cuba menghalang. Baca seterusnya sini].

Share:

8 ulasan:

  1. Ancaman sebenar di malaysia ini adalah PKR/PAS/DAP

    Kenapa?

    Sebabnya adalah:
    PAS itu Parti Anjuran Songsang.
    PKR itu Parti Kelentongkencing Rakyat.
    DAP itu Dalang Anasir Perosak.

    BalasPadam
  2. nasib la orang pahang dapat kerajaan bodoh dan bangang, lynas dapat pree cukai 12 tahun,untung bilion2...rakyat dapat penyakit..

    BalasPadam
  3. Lynas dan lombong Bukit Koman akan dipertahankan dengan kereta kebal Pendekar dan MLRS Astros. Malaysia mempunyai 150,000 ATM, 600,000 PLKN dan 500,000 Rela. Itu belum campur dengan tentera simpanan dengan PDRM. Tak ade hal.

    BalasPadam
  4. rakyat bergaduh sesama sendiri kerana PARTI golongan ARISTOKRAT kenyang perut dan kaya raya...bila lah malaysia nak berubah...semenjak 55 tahun rakyat masih lagi TIDAK CELEK...kena ubahlah pada yg tahu..sama2 kita BERUBAH di PRU 13 nanti..

    BalasPadam
  5. Orang Pahang dah separuh mati kerana Lynas dan Bukit Koman.Peneroka Felda pun dah jatuh papakedana kerana penyenarai FGV.Kah,kah,kah....Hasad dengki tak habis-habis dalam kepala puak PR ni.

    BalasPadam
  6. suara suara pencacai yang takut kehilangan peluang dan ruang bilamana PR memerentah, kerana PR telah menunjukkan contoh pentadbiran yg telus lagi amanah dgn harta negara. kalau dah terbayang kekalahan begitu lah perkataan yg di hamburkan, kureng iman... member2 diatas, bermuhasabah lah.. berlapang dada lah...

    BalasPadam
  7. Itu lynas n bukit koman..kalu PR dapat tawan pun,apa Lu mau bikin sama itu org lagi besar..Lu pasti diam juga kan..itu dulu bezela punya mb pun 2 taun sula turun..Lu Ada berani?..tiu...Sembang kencang !cet poorahhh!

    BalasPadam
  8. Hahahaha..aku ader dgr pasal cynide ni..if under control technology should be ok..waste dia,by treatment and etc..bcoz cynide is best way to extract gold from soil..99% pure gold.

    Itu kilang kat muazzam ker ibam..ader pasang sensor..tapi saper yang calibrate or set up range of detection..orang situ orang asli..kalu sensor bunyi..konfem dah sekampung out..atau set range tinggi,cynide lower range mesti Dok detect.

    Buat la syarat..semua pekerje,tauke kilang duduk Dalam kawasan 1 kilometer radius dari kilang pakai cynide tuh..Tengok ader brani ker Dok.?takkan orang kg jer hidu..mari la hidu skali..MU cakap Dok bahayer..less than 3 second can kill..buat law deh,Dok situ rama2.

    Aku bukan anti pembangunan,tapi buatla roadshow and static check then update ker org kampung..Dok dengor update dari anti-development..Dok rok ce tong..Stakat tipu kaum2 dia ,suruh sokong dia..kalu yer berani,gi ah demo depan pintu pagar besar.Tobak yer Dok buat..yer pun tau...tapi yer suruh org melayu bodo ,gi sokong anti- dev..lawan org sendiri..bijok awok yer NIH.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Ketua Pengarah Imigresen Mendakwa Peluang Pekerjaan Dalam Sektor Pelancongan Menjadi Punca Kehadiran Warga Asing Di Janda Baik

BENTONG: Peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan, pertanian dan perniagaan dikenal pasti antara faktor yang menyumbang kepada kehadiran ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.