script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Jabatan Pendidikan Negeri Pahang: Keadaan Jerebu Semakin Teruk, Semua Sekolah Di Daerah Kuantan Dan Rompin Ditutup Esok

KUANTAN: Semua institusi pendidikan di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang di daerah Kuantan dan Rompin ditutup sementara mulai esok ekoran keadaan jerebu yang semakin teruk di dua daerah itu.

Berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga pukul 1 tengah hari tadi menyaksikan tiga lokasi menunjukkan status tidak sihat iaitu Rompin (156), Indera Mahkota Kuantan (123) dan Balok Baru Kuantan (161).

Menurut kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang penutupan institusi berkaitan termasuk sekolah akan dilakukan sehingga keadaan kembali selamat dan arahan selanjutnya dikeluarkan.

“Sepanjang tempoh penutupan, pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) hendaklah dilaksanakan melalui kaedah yang bersesuaian dengan mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru.

“Semua institusi pendidikan di daerah Rompin dan Kuantan hendaklah memantau perkembangan bacaan IPU secara berterusan serta mematuhi arahan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh kementerian pendidikan malaysiam jabatan alam sekitar dan Kementerian Kesihatan Malaysia dari semasa ke semasa,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pembukaan semula institusi pendidikan akan dimaklumkan melalui saluran rasmi JPN Pahang setelah keadaan dan bacaan IPU berada pada tahap yang membolehkan institusi beroperasi dengan selamat.

Katanya, pihak institusi pendidikan juga hendaklah mengawal aktiviti yang boleh mendedahkan murid dan warga pendidikan kepada udara tidak sihat serta mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi keselamatan dan kesihatan mereka

“JPN Pahang mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid, guru serta seluruh warga pendidikan.

“Pemantauan berterusan akan dilaksanakan bersama PPD Rompin, PPD Kuantan dan agensi berkaitan bagi memastikan tindakan yang diambil bersesuaian dengan perkembangan semasa,”ujarnya.#KOSMO!

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Warga Asing: Susulan Kebimbangan Penduduk, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Akan Pergiat Operasi Penguatkuasaan Di Janda Baik

KUALA LUMPUR : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan mempergiatkan operasi penguatkuasaan di Janda Baik, Pahang, susulan kebimbangan pendudu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.