script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kawasan Pelancongan Janda Baik Di Bentong, Kini Dijajah Oleh Ribuan Warga Asing Dari Indonesia, Nepal, Bangladesh Dan Pakistan

BENTONG: Sekian lama terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan sebagai antara tarikan pelancongan, Janda Baik kini berdepan isu kehadiran pendatang dari Indonesia, Nepal, Pakistan dan Bangladesh.

Berdasarkan maklumat dikumpul BH, mereka ke kawasan berkenaan bukan sahaja sebagai pekerja, malah turut meneroka peluang perniagaan dan pertanian.

Penduduk ditemui mendakwa, warga asing di kawasan itu yang kini dianggarkan ribuan orang semakin aktif dalam kegiatan ekonomi setempat.

Antara punca pendapatan mereka seperti membuka kedai runcit, kedai makan serta mengusahakan tanah pertanian disewa daripada pemilik tempatan.

Namun, kehadiran mereka turut mencetuskan isu sosial dan alam sekitar, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk tempatan.

Menurut penduduk, warga asing dari Indonesia, Nepal, Pakistan dan Bangladesh dilihat semakin aktif dalam kegiatan harian di perkampungan di pinggir Banjaran Titiwangsa itu.

"Mereka menjalani hidup di sini seperti penduduk setempat, berulang alik ke kedai runcit, melepak di kedai kopi, menunggang motosikal," kata seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan atas sebab keselamatan.

Lebih membimbangkan penduduk, sebahagian pendatang asing didakwa mula menceburi kegiatan ekonomi setempat dengan membuka kedai runcit dan kedai makan, selain mengusahakan tanah pertanian yang disewa daripada pemilik tempatan.

Kuasai sektor perniagaan

Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 43, berkata perkembangan itu menimbulkan kebimbangan, terutama apabila warga asing dilihat semakin aktif dalam sektor perniagaan dan perkhidmatan yang sebelum ini menjadi sumber pendapatan penduduk tempatan.

Beliau yang turut memegang jawatan dalam persatuan penduduk, memberi contoh sesetengah warga Pakistan bukan sahaja membuka kedai runcit, malah menawarkan khidmat memotong rumput dengan bayaran lebih rendah, sekali gus menimbulkan persaingan kepada pekerja tempatan.

"Geng Nepal pula kalau berkumpul ramai-ramai, ada sahaja aktiviti mereka seperti mabuk. Mujur mereka tidak mengganggu penduduk kampung setakat ini," katanya.

Ahmad berkata, kira-kira 2,800 keluarga menetap di Janda Baik, manakala jumlah warga asing di kawasan itu dianggarkan ribuan orang.

Mengenai warga asing mengusahakan kegiatan pertanian, beliau menjelaskan, kebanyakan tanah berkenaan bukan milik mereka, sebaliknya disewa daripada pemilik tempatan dengan bayaran tahunan.

"Bukan tanah milik mereka, tetapi disewakan oleh pemilik warga tempatan untuk diusahakan. Mereka boleh meraih keuntungan tiga hingga empat kali ganda daripada hasil pertanian yang diusahakan.

"Bayangkan dalam tempoh 10 tahun akan datang, saya risau kawasan Janda Baik akan dilihat sebagai perkampungan warga asing apabila mereka sudah selesa di sini," katanya.

Sehubungan itu, penduduk berharap pihak berkuasa mempergiat penguatkuasaan bagi memastikan kehadiran warga asing dipantau, selain mengelakkan kegiatan melangkaui tujuan asal mereka berada di kawasan berkenaan sebagai pekerja sektor pelancongan.

Katanya, operasi Jabatan Imigresen memang ada dijalankan, namun tindakan lebih tegas diperlukan bagi menangani kebimbangan penduduk terhadap penglibatan warga asing dalam perniagaan dan pertanian.

Sementara itu, pengusaha tapak perkhemahan yang hanya mahu dikenali sebagai Razlan, 51, berkata terdapat warga asing memelihara anjing bagi menjaga kawasan pertanian, tetapi haiwan berkenaan didakwa dibiarkan lepas bebas berkeliaran.

Beliau mengakui keadaan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk terhadap aspek keselamatan, khususnya membabitkan kanak-kanak.

"Memang ada pengusaha chalet mengambil warga asing untuk bekerja, tetapi mungkin selepas lama berada di sini, mereka sudah bijak meneroka peluang ekonomi lain," katanya. #BeritaHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Ketua Pengarah Imigresen Mendakwa Peluang Pekerjaan Dalam Sektor Pelancongan Menjadi Punca Kehadiran Warga Asing Di Janda Baik

BENTONG: Peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan, pertanian dan perniagaan dikenal pasti antara faktor yang menyumbang kepada kehadiran ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.