script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: Kenyataan Kontroversi Oleh Ketua Pemuda UMNO Pahang, Supaya Kerajaan BN Itu Mansuhkan Felda Plantations Amatlah Disokong

KUANTAN, 14 Dis [4.08pm] - Rata-rata masyarakat Felda di seluruh negeri ini menyokong penuh kenyataan Ketua Pemuda UMNO Pahang, Abu Jimi Bin Samat (foto), supaya kerajaan bertindak memansuhkan Felda Plantations dan mengembalikan semula misi Felda kepada asalnya. Umum mengetahui, di awal kewujudan Felda mantan Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Tun Razak berhasrat untuk membasmi kemiskinan dikalangan orang-orang Melayu dengan menyediakan tanah untuk diusahakan. Hasilnya, ramai rakyat Malaysia yang pada asalnya berada dalam kelompok kemiskinan tegar, akhirnya berjaya merubah nasib dan masa depan mereka. Ini kerana, Felda telah membawa sinaran baru dalam kehidupan mereka ketika itu. Malah, majoriti tanah rancangan Felda kini didiami oleh orang Melayu itu sendiri. Selepas bertahun lamanya, akhirnya kini Felda sudah bertukar imej dan rupa. Tiada lagi keisitimewaan yang dimilik oleh orang Melayu seperti dulu. Tiada lagi tanah rancangan yang dibuka untuk diberikan hak milik, hanya yang ada ialah Felda Plantations yang bercirikan estet untuk diusahakan. Dengan gaji harian, serta sedikit kemudahan lain orang-orang Melayu akhirnya terpaksa menjadi "buruh ladang" sama seperti lain-lain pendatang asing yang dibawa masuk oleh Felda. Hasilnya, dapat dilihat di kebanyakan kawasan Felda Plantations kini terdapat ramai orang Melayu yang tarafnya hampir sama dengan pendatang asing yang menjadi buruh itu sendiri. Malah ada diantara mereka yang sudah hampir 30 tahun menjadi buruh ladang dan mungkin untuk selamanya jika senario ini tidak diubah. Biarpun mereka kecewa melihat rakan-rakan yang lain selesa mendapat hak milik sendiri.

Namun, itulah takdirnya apabila Felda dikorporatkan dan diperdagangkan oleh golongan mereka yang mengejar keuntungan semata-mata. Kini Felda berada dibawah telunjuk Perdana Menteri Najib Razak, iaitu anak kepada pengasas Felda itu sendiri. Namun, segalanya telah berubah. Tiada lagi keistimewaan buat rakyat. Mereka dinafikan hak untuk memiliki tanah yang telah diusahakan sejak bertahun-tahun. Akhirnya mereka yang mendiami Felda Plantations senantiasa berada dalam tekanan dan bebanan. Mahu melawan mereka akan dibuang. Mahu terus tinggal di situ, anak-anak mereka perlu mengambil alih tugas sebagai "buruh ladang". Akhirnya terpaksa mereka terus memperhambakan diri kepada Felda dulu, kini dan selamanya. Inilah masalahnya, jika mereka membuat protes maka akan dituduh tidak mengenang budi. Sedangkan hidup mereka kini sama "standard" dengan buruh asing dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan lain-lain yang bekerja di situ. Pemimpin atasan mungkin tidak menyedari dan memahami perkara ini. Hanya mereka yang berada dibawah sahaja dapat merasai segalanya. Justeru itulah, tindakan Ketua Pemuda UMNO Pahang yang juga selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lipis, Abu Jimi menyokong agar Felda Plantations ini dimansuhkan amatlah dihargai sebenarnya. Jika selama ini, perjuangan untuk ini hanya dilakukan oleh pemimpin pembangkang terutamanya Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK) yang diketuai oleh Saudara Mazlan Aliman (Calon PAS Parlimen Bera dalam pilihanraya umum lalu. Namun kini, apa yang dilakukan oleh Abu Jimi amatlah diharapkan untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Kembalikan semula Felda kepada matlamat asalnya, demi kesejahteraan rakyat.

[Memang benar, kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Pahang ini bakal menimbulkan kontroversi dan amat tidak disenangi oleh sebahagian besar penyokong UMNO itu sendiri. Tambahan pula Abu Jimi dipercayai kroni team Khairy Jamaluddin. Perlantikan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO Pahang menimbulkan kemarahan kumpulan yang menyokong Suffian Awang. Bagi mereka, Suffian lebih layak. Malah Suffian adalah calon Exco Pemuda yang mendapat undi tertinggi oleh perwakilan dalam pemilihan parti itu Mac lalu. Apakah dengan kenyataan ini Jimi akan dipersalahkan dan dikatakan menyokong pembangkang agaknya. Apapun, syabas dan tahniah buat Jimi kerana menjadi pejuang sejati untuk membela rakyat biarpun sedar akan berhadapan dengan masalah nanti].
Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Dewan Tolak Usul Laporan Kewangan Petronas

KUALA LUMPUR, 14 Dis [4.05 pm] - Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi membincangkan Laporan Kewangan Petronas separuh tahun pertama 2009 yang dibawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh). Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata usul berkenaan ditolak mengikut Peraturan 18(2) kerana tidak mempunyai perkara yang perlu disegerakan. Bagaimanapun, Wan Junaidi berkata, perkara itu masih boleh dibangkitkan pada masa akan datang contohnya ketika Dewan Rakyat membahaskan bajet tambahan.Melalui usul berkenaan, Anwar mendakwa laporan itu menunjukkan kejatuhan purata pendapatan Petronas sebanyak RM58 bilion atau 37.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu yang diumumkan pada 8 Disember lalu. Beliau berkata perkara itu menjejaskan kedudukan ekonomi, kewangan dan Bajet 2010 negara yang sedang dipertimbangkan oleh Dewan Rakyat

[Penolakan yang dibuat oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat ini sebenarnya bukti jelas bahawa beliau menjadi alat kepada kerajaan UMNO BN dalam melindungi "rahsia besar" yang sepatutnya diketahui oleh rakyat. Petronas sebenarnya dirundung masalah yang bertimpa-timpa akibat kerakusan pemimpin kerajaan yang merompak sesuka hati khazanah negara itu. Perkara ini sebenarnya sudah dibangkitkan dalam kabinet oleh pemimpin MCA sendiri, namun kerajaan masih mahu berselindung dan tidak mahu mendedahkan perkara sebenar. Lantaran itulah mereka tidak mahu laporan kewangan Petronas ini didedahkan. Kerana ia akan membongkar segala yang tersirat dan bermain difikiran rakyat].
Share:

Edisi Pahang: Kontroversi Panas, Tindakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan Guna Dua Buah Kenderaan Rasmi Dipersoalkan Rakyat !!

KUANTAN, 14 Dis - Warga Kuantan terutamanya mereka yang selalu berkunjung ke pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dekat sini kini heboh dan terkejut dengan berita yang mengatakan Yang Dipertua MPK, Dato'Azizan Ahmad (foto), kini mempunyai dua buah kenderaan rasmi. Sesuatu yang tidak masuk akal dan amat mengecewakan jika maklumat ini benar. Amatlah tidak logik seorang ketua jabatan mempunyai dua buah kenderaan rasmi dalam satu masa. Difahamkan, sebelum ini tidak ada mana-mana ketua jabatan baik persekutuan, negeri, badan berkanun atau majlis tempatan di negeri ini yang mempunyai dua buah kenderaan rasmi. Namun, sebaliknya pula yang berlaku kepada Yang Dipertua yang baru ini. Tindakan menggunakan dua buah kenderaan rasmi dalam satu-satu masa adalah satu perbuatan khianat kepada rakyat sebenarnya. Apakah tidak cukup dengan sebuah kenderaan rasmi yang telah disediakan untuk beliau sebelum ini. Perkara ini sebenarnya memang telah disedari oleh sebahagian besar kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan sendiri. Namun, dek kerana kuasa dan takut dikenakan tindakan maka mereka semua terpaksa mendiamkan diri. Buat masa ini, Yang Dipertua itu memang beliau telah disediakan sebuah kenderaan rasmi Proton Perdana V6.
Bukti, kereta rasmi kedua iaitu Nissan X-Trail yang diperkatakan itu
Namun, atas kuasa yang ada beliau dipercayai telah mengarahkan sebuah lagi kenderaan rasmi dibeli untuk kegunaan isterinya. Lantaran itulah, kenderaan rasmi kedua "Nissan X-Trail" itu kini diletakkan di kediamannya yang terletak di Taman Gelora. Tinjaun krew kami mendapati, kedua-dua kenderaan tersebut memang ditempatkan di kediaman beliau. Ini membuktikan bahawa beliau telah menggunakan kuasanya sebagai Yang DiPertua untuk kepentingan peribadi. Bukankah kos penyelenggaraan kedua-dua kenderaan itu ditanggung oleh pihak majlis sendiri. Ini bermakna, beliau telah menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya. Adalah diharapkan agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menyiasat perkara ini. Seandainya ada bukti-bukti kukuh, maka beliau haruslah didakwa kerana pecah amanah dalam melaksanakan tugas sejak mengambil alih tugas sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan.

[Laporan terkini kontroversi ini akan didedahkan kemudian selepas edisi siasat yang lebih detail diperolehi. Tindakan YDP MPK ini jelas sekali sesuatu yang amat memalukan sebenarnya. Tambahan pula difahamkan kenderaan rasmi kedua yang dimiliki itu adalah untuk kegunaan isterinya semata-mata. Ini bermakna, MPK terpaksa menanggung perbelanjaan atas sebuah kenderaan yang dijadikan milik peribadi. Sedangkan beliau telah disediakan sebuah kenderaan rasmi Perdana V6 itu. Diharapkan pihak-pihak terbabit dapat menjalankan siasatan terhadap isu panas ini. Soalnya, kenapakah kebenaran diberikan untuk beliau meluluskan peruntukan membeli sebuah lagi kenderaan rasmi bagi kegunaan sendiri?. Apakah tindakan ini adil buat rakyat? Malahan ia mungkin kes yang pertama berlaku di negeri ini. Sedangkan pemimpin seperti Menteri Besar Pahang sendiri pun hanya memiliki sebuah kenderaan rasmi sebenarnya].
Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Rasuah RM7.5 Juta, Manikavasagan Lapor Polis

KLANG, 13 Dis [4.25 pm] - Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam (foto) hari ini membuat laporan polis mengenai dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung pemberian kontrak bernilai RM7.5 juta. Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) di sini, jam 11.30 pagi tadi. Dalam aduan itu, Manikavasagam mendakwa satu kontrak membuat pakaian seragam baru SPRM bernilai RM7.5 juta yang diberi kepada satu syarikat tanpa melalui proses tender terbuka. Manikavasagam mendakwa beliau mempunyai semua dokumen berkaitan kontrak berkenaan yang diberi oleh sumber yang boleh dipercayai. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop mengesah menerima laporan yang dibuat.

[Inilah yang dikatakan "harapkan pagar pagar makan padi". Bagaimanakah rakyat mahu percaya tentang ketelusan dan keterbukaan SPRM itu sebenarnya?. Jika inilah rupa bentuk pegawai SPRM yang bertanggungjawab untuk menghapuskan amalan rasuah itu sendiri. Kita amat yakin, sekiranya perkara ini dibawa ke mahkamah satu hari nanti maka sudah pastilah berbagai alasan yang akan dibuat-buat oleh SPRM untuk menutup kelemahan pegawai mereka itu nanti. Samalah dengan apa yang berlaku kepada pegawai SPRM yang dituduh terlibat dalam kes pembunuhan Teoh Beng Hock itu dulu. Hingga kini masih belum terjawab segala kemusykilan tentang kes tersebut. Biarpun rakyat melihat memang SPRM itu terlibat, namun mereka masih terus berdolak-dalih].
Share:

Kontroversi: Isu Belanjawan Negeri Silap, Menteri Besar Dan Kerajaan Negeri Pahang Perlulah Akur Serta Belajar Menerima Kesilapan Yang Berlaku !!

KUANTAN, 12 Dis [8.00 am] - Pakatan Rakyat enggan menyokong rumusan belanjawan Kerajaan Negeri Pahang yang dibentangkan 13 November lepas. Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (foto), berkata rumusan majoriti ini tidak mempunyai tarikh yang tepat, seraya mengakibatkan belanjawan yang dibentangkan tidak sah. “Saya difahamkan Menteri Besar Pahang menerima dengan reaksi kurang manis, beliau dikatakan telah mengoyak muka surat kerana dikatakan ia tidak berkenaan dan tidak penting kerana ia telah disahkan” kata Azan. Menambah bahawa Menteri Besar Dato' Seri Adnan Yaakob perlu menerima teguran ini dengan matang dan bijaksana, Azan Ismail melahirkan kebimbangan belanjawan silap ini akan menggangu pentadbiran kewangan negeri Pahang. Belanjawan silap ini telah diluluskan majoriti dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang yang berlangsung 13 hingga 21 November lalu. “Segala yang terkandung dalam buku ini sebenarnya ini dikawal di bawah akta cara kewangan yang sama, maksudnya setiap muka surat di dalam itu adalah dianggap sebagai warta kerajaan dan perlu disahkan, dibentangkan di dalam dewan, apa-apa pembetulan mesti dibuat di dalam dewan dan biasanya dibuat semasa persidangan berlangsung” tambah beliau lagi. Sementara itu, pemimpin kanan PKR Pahang, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata kesilapan serius seperti ini tidak wajar berlaku kerana ia membabitkan wang rakyat Pahang dan halatuju ekonomi negeri. “Kerajaan negeri telah begitu lama telah diurustadbir tanpa check and balance. Ya kerajaan negeri telah lama ditadbir tanpa check and balance, tanpa suara pembangkang yang kuat, mungkin kerajaan negeri Pahang agak ‘culture shock’ apabila ditegur dan tidak mahu respon kepada kelemahan sistem pentadbiran kerajaan negeri” kata Fauziah.

[Kerajaan Negeri Pahang wajar untuk menerima kesilapan yang berlaku, kerana ini merupakan satu kes yang amat serius sebenarnya. Jika kes tarikh ini dibawa ke mahkamah, sudah pasti seorang pesalah akan terlepas daripada hukuman akibat fakta yang bercanggah. Kesilapan yang mengundang padah ini juga membuktikan betapa sikap sambil lewa dan tidak telusnya kerajaan negeri mencatur ekonomi negeri ini. Maka itulah, rakyat tidak hairan dengan belanjawan defisit yang sering disajikan kepada mereka sejak 10 tahun yang lalu. UMNO BN terbukti gagal untuk mentadbir dengan baik. Apa yang sering berlaku ialah masalah kemuflisan anak syarikat, rompakan hasil mahsul negeri dan berbagai lagi aktiviti yang menjurus ke arah kerosakan sumber ekonomi negeri itu sendiri sebenarnya. Oleh itu, mereka wajar menerima teguran dan memperbetulkan keadaan bukannya menyalahkan pihak terbabit].
Share:

Edisi Pahang: Amat Memalukan, Orang Kampung Sudah Menjadi Perdana Menteri Malaysia Tetapi Rakyat Pekan Masih Derita Masalah Bekalan Air !!

PEKAN, 11 Dis [9.00 pm] - Warga Pahang sungguh terkejut bila membaca satu keratan suara rakyat yang dihantar oleh seorang penduduk Kg.Ganchong Pekan ke ruangan "surat pembaca" Utusan Malaysia hari ini. Antara lain, pengirim yang hanya mahu dikenali sebagai "Cucu Tok Gajah" itu telah meluahkan rasa kecewa beliau kerana biarpun Pekan cukup terkenal sekarang kerana mempunyai seorang pemimpin yang telah bergelar Perdana Menteri, namun masalah ketiadaan air terus melanda kampung beliau dan kawasan sekitarnya sejak bertahun-tahun lamanya. Menurut pengirim, masalah itu yang sudah dialami sejak sekian lama kini bolehlah dianggap perkara biasa bagi para penduduk disitu. Namun beliau hampa dan merasa terhina kerana Ahli Parlimen Pekan, Dato' Najib Razak kini sudah bergelar pemimpin nombor satu negara. Namun, masalah tersebut terus berlarutan hingga ke hari ini. "Perkara ini telah menyusahkan para penduduk, bukan sahaja setiap kali musim perayaan malahan pada hari-hari biasa" katanya. "Air hanya keluar ke tangki dalam rumah menjelang tengah malam, dan kembali berhenti menjelang subuh. Pada waktu siang pun, kalau ada air pula ia hanya keluar sekejap-sekejap dan tekanannya tidak kuat untuk masuk ke tangki simpanan" tambah beliau lagi. Perkara ini telah dilaporkan kepada pihak akhbar dan jabatan yang berkenaan, namun tiada penjelasan memuaskan telah diberikan. Malah beliau juga berharap dengan pendedahan terbaru ini maka adalah pihak tertentu yang akan mengambil tindakan secara proaktif dan responsif isu ini. "Kami juga tidak mahu lagi mendengar jawapan klise yang menyalahkan paip bekalan, kepadatan penduduk, loji kecil dan sebagainya. Ini kerana perkara tersebut sudah diketahui pihak terbabit sejak sekian lama dan langkah perlu sepatutnya sudah diambil oleh mereka. Apakah kita tidak malu, orang kampung kita sudah menjadi Perdana Menteri tetapi orang kampung Perdana Menteri itu masih tidak berair" katanya.
Klik sini untuk melihat bukti tentang luahan hati rakyat Pekan itu
[Kami tidak terkejut dengan apa yang didedahkan ini sebenarnya. Memang rakyat Pahang terutamanya yang mendiami kawasan penempatan Felda sering berhadapan dengan masalah ketiadaan air sejak lebih 30 tahun lalu. Bayangkan, hingga ke hari ini sudah dua orang Perdana Menteri yang berasal dari Pahang namun masalahnya tetap sama dan tidak berubah. Apakah ia tidak langsung disedari oleh pemimpin terbabit, atau ada pihak yang sengaja mahu merahsiakan perkara ini. Dalam keadaaan bil air yang melambung gara-gara subsidi kerajaan, dan jabatan bekalan air Pahang yang akan diswastakan menjelang tahun hadapan. Apakah senario sebegini harus dibiarkan berlaku dengan sewenang-wenangnya?. Kerajaan Negeri Pahang, mendabik dada kononnya akan mendapat untung daripada hasil penjualan air mentah yang akan disalurkan ke negeri Selangor tidak lama lagi. Namun, sedarkah mereka bahawa rakyat Pahang kini terpaksa berhadapan dengan kemelut air ini. Rakyat Pahang perlu berani membuat perubahan jika mereka tidak mahu terus dipermainkan oleh pemimpin yang "cakap tak serupa bikin" ini].
Share:

Edisi Pahang: 10 Tahun Bajet Defisit, Benarkah Kenyataan Pakatan Rakyat Bahawa Kerajaan BN Tidak Pandai Uruskan Ekonomi Itu Tidak Betul

KUANTAN, 11 Dis [3.15 pm] - Benarkah Pakatan Rakyat menuduh bahawa Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Menteri Besar Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) telah berbelanja secara defisit sejak 10 tahun yang lalu?. Persoalan inilah yang sedang bermain difikiran rakyat negeri ini sebenarnya. Malah perkara ini telah didedahkan dalam seminar "Masa Depan Ekonomi Pahang Dalam Gagagasan Pakatan Rakyat" anjuran PAS Pahang baru-baru ini. Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Politik MB Pahang Dato' Shamsuddin Nawawi menempelak kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat itu, yang turut disiarkan dalan akhbar Sinar Harian baru-baru ini. Menurut Dato' Sam "Nyata sekali mereka tidak usul periksa kerana sejak tahun 2000, walaupun bajet yang dibentangkan adalah menunjukkan defisit, TETAPI apabila dibuat perkiraan dihujung tahun, hanya tahun 2008 sahaja yang menunjukkan jumlah akhir yang defisit. Jumlahnya pun adalah berkurangan dari jangkaan awal semasa Bajet dibentangkan; iaitu jangkaan adalah RM50.36 juta sedangkan yang SEBENAR adalah hanya RM27.12 juta" . Beliau turut melampirkan dokumen yang telah pun dibentangkan oleh Menteri Besar semasa ucapan pengulunggannya pada Sidang Dewan pada 20hb November 2009. "Daripada dokumen ini, untuk tahun 2000 dan 2001, bajet yang dibentang sebagai defisit akhirnya adalah berimbang pada perkiraan SEBENAR dihujung tahun. Untuk tahun 2002, 2003, 2004, 2005, 2006 dan 2007, kiraan SEBENAR adalah SURPLUS" katanya didalam blog beliau.


Klik bukti, dokumen yang dinyatakan tentang bajet tersebut

Beliau turut melampirkan dokumen yang telah pun dibentangkan oleh Menteri Besar Pahang itu semasa ucapan pengulunggannya pada Sidang Dewan pada 20 November lalu. "Daripada dokumen ini, untuk tahun 2000 dan 2001, bajet yang dibentang sebagai defisit akhirnya adalah berimbang pada perkiraan sebenar dihujung tahun. Untuk tahun 2002, 2003, 2004, 2005, 2006 dan 2007, kiraan sebenar adalah SURPLUS" katanya didalam blog beliau.

[Persoalannya sekarang ialah, perkara tentang Bajet Defisit Negeri Pahang ini telah didedahkan didalam media arus perdana sejak 10 tahun y ang lalu. Makanya kenapa perlu diselindungkan lagi?. Malah, rakyat Pahang juga yakin kerajaan negeri ternyata gagal menguruskan ekonomi dengan baik apabila sering berlaku aktiviti kecurian kawasan balak yang sering menjadi-jadi di negeri ini sejak 10 tahun yang lalu. Bukankah dengan kejadian-kejadian seperti ini, menyebabkan rakyat tidak yakin bahawa kerajaan menguruskan ekonomi dengan baik. Ditambah lagi dengan Subsidi Kerajaan yang diberikan kepada pengguna air di negeri ini. Subsidi yang diberikan menyebabkan rakyat tertipu dan terpaksa membayar harga yang lebih berganda-ganda atas penggunaan yang sama. Bukankah ini sesuatu yang amat mengelirukan rakyat. Makanya, Bajet Defisit itu memang telah berlaku sejak sekian lama. Apakah rakyat negeri ini harus ditipu lagi dengan satu dokumen yang boleh dibuat-buat itu sebenarnya?].
Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Urusan Kes Saman Fitnah RM10 Juta 16 Mac
KUALA LUMPUR, 10 Dis [12.32 pm] - Mahkamah Tinggi menetapkan 16 Mac bagi pengurusan kes saman fitnah RM10 juta yang difailkan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, terhadap tokoh akademik dan Presiden Just World Movement, Dr Chandra Muzaffar. Tarikh itu ditetapkan apabila kes itu dikemukakan untuk sebutan di hadapan timbalan pendaftar Norazlin Othman di dalam kamar hari ini. Anwar menyaman Dr Chandra berikutan dakwaan kenyataan fitnah yang dikeluarkannya pada satu forum di Menara Star di Petaling Jaya pada 3 Mac tahun lalu dan kemudiannya disiarkan dalam akhbar. Pada 7 Ogos lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd Yusof memerintahkan Dr Chandra untuk membekalkan butiran dan maklumat lanjut mengenai 64 soalan kepada pemimpin PKR itu. Dalam satu pernyataan pembelaan, Dr Chandra menafikan mengeluarkan sebarang komen berniat jahat dan palsu berhubung Anwar yang kemudiannya disiarkan di dalam dua akhbar harian berbahasa Inggeris pada 5 Mac tahun lalu. Alternatifnya, beliau mendakwa jika perkataan yang digunakannya itu fitnah, yang dinafikan beliau, perkataan-perkataan itu disiarkan pada satu keadaan perlindungan bersyarat tanpa niat jahat.
[Chandra Muzaffar, antara pemimpin NGO terawal yang bersama Anwar selepas pemecatan mantan Timbalan Perdana Menteri itu dulu. Namun, dek kerana masalah peribadi dan kekuatan untuk terus bersuara maka akhirnya beliau mengambil keputusan meninggalkan Anwar dan kini kembali dengan tugas lamanya. Chandra bukanlah manusia yang tetap pendirian dan amat lemah kekuatan jiwa serta mentalnya. Beliau sanggup "menjilat kembali ludahnya" semata-mata memikirkan tiada masa depan jika terus menyokong Anwar. Namun kini, beliau harus sedar bahawa rakyat sebenarnya mahukan perubahan seperti apa yang dibawa oleh Anwar. Maka, kes saman ini dijangka akan menyebabkan kehidupan dan diri Chandra semakin tidak tenteram dek kerana tindakannya itu].
Share:

Edisi Pahang: Ketua Cawangan Kg.Ubai Pekan Sarankan Supaya UMNO Pahang Beri Peluang Kepada Golongan Muda Untuk Terajui Parti !!

PEKAN, 10 Dis - Golongan veteran harus memberi ruang kepada generasi baru untuk menerajui parti UMNO, bagi memastikan parti bertambah kuat. Proses tersebut seterusnya dilaksanakan di dalam semua peringkat dalam menghadapai pilihanraya umum ke-13. Demikian menurut kenyataan Mohammad Hanapi Salleh, Ketua UMNO cawangan Kg.Ubai dekat sini. "Antara faktor yang menguatkan UMNO adalah perpaduan di peringkat akar umbi dan peralihan kepimpinan UMNO kepada generasi muda. Beliau juga berharap supaya wakil-wakil rakyat rakyat yang telah lama berkhidmat, khususnya di negeri Pahang ini perlu ditamatkan tempohnya. Ini kerana ada sesetengah dari kalangan mereka yang sudah hampir 20 tahun berkhidmat, maka sudah semestinya ia perlu diberi peluang kepada generasi muda" katanya. Menurut beliau lagi, jawatan Menteri Besar dan Ahli-Ahli Exconya perlu ditukar dan digantikan dengan generasi muda yang lebih berkelayakan dalam memajukan negeri sesuai dengan perkembangan semasa. Beliau turut mencadangkan agar jawatan Menteri Besar tidak dilantik dikalangan ahli politik, sebaliknya individu yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ekonomi bagi memacu pembangunan negeri supaya lebih maju dan tersusun. "Dengan adanya kepimpinan baru ianya akan dapat memantapkan kemajuan negeri Pahang. Kerajaan negeri juga diseru lebih berhemah dalam semua perbelanjaan serta lebih mengutamakan rakyat" tambah beliau lagi.

[UMNO sebenarnya tidak wajar dipersalahkan, yang salah ialah individu yang memimpin parti itu. Ia timbul bila ada yang meletakkan kuasa didepan tanpa memikirkan rakyat di bawah. Akhirnya yang kaya terus kaya dan miskin terus papa kedana. Rakyat tertindas dibumi sendiri oleh dasar "pecah perintah" yang diamalkan oleh pemimpin UMNO. Mereka terbawa-bawa dendam pilihanraya ke dalam pentadbiran kerajaan itu sendiri. Mereka menjadi pemimpin hanya untuk golongan mereka sahaja. Membantu, memberi peruntukan dan kebajikan hanya untuk pengundi mereka sahaja. Sebaliknya, bagi rakyat yang tidak sehaluan pasti akan dinafikan hak untuk mendapat sumbangan yang sepatutnya diterima. Inilah yang menyebabkan UMNO terus ditolak oleh orang Melayu sebenarnya. Jika UMNO benar-benar mahu berubah, sudah pasti rakyat akan kembali menyokong parti itu. Namun, jika senario ini terus berlarutan nescaya akhirnya parti itu akan karam dan tinggal sejarah].
Share:

Cyberita: Berbalah Isu Biro Tata Negara, Nazri Aziz Berang Dan Anggap Mantan PM Mahathir Sebagai Bapa Segala Perkauman Buat Rakyat !!

KUALA LUMPUR, 9 Dis [9.32 pm] - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menepis serangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyelar mantan Perdana Menteri itu sebagai 'bapa segala perkauman'. Berhubung isu modul perkauman Biro Tata Negara, Nazri membidas mantan Presiden Umno itu sebagai cuba menegakkan benang yang basah, dan mengkritik Tun Dr Mahathir sebagai seorang munafik. Nazri berkata demikian ketika mengulas mengenai cabaran Mahathir supaya beliau meletakan jawatan bagi membuktikan Nazri bukan seorang yang rasis. Cabaran itu timbul selepas Nazri menyifatkan veteran Umno tersebut sebagai sangat rasis dengan mempertahankan kursus berkenaan. “Jika saya bersifat perkauman kerana dalam Umno, beliau adalah bapa perkauman selaku Presiden Umno selama 22 tahun. “Apa yang dia buat kini, kami menyokong dia sepenuhnya sebelum ini tanpa ragu dan sekarang dia menyerang kami lebih teruk dari pembangkang. Hari ini pembangkang tidak perlu buat kerja bagi Tun Mahathir sahaja,” katanya. Mantan Perdana Menteri itu dan Nazri Aziz bertelagah selepas kerajaan dikritik kerana akur dengan tuntutan rakyat supaya kursus BTN yang pro-Umno dan anti-Cina dirombak dan diperbaharui dengan modul yang pro-Malaysia. Tun Dr Mahathir yang Nazri sifatkan sebagai gurunya dalam politik ala-Umno dikecam kerana menggerakkan kempen menjatuhkan kerajaan dibawah para penggantinya. Nazri juga menolak cabaran Dr Mahathir yang beliau sifatkan sebagai satu perangkap politik. “Dulu masa dia hendak berhenti kita kata jangan berhenti, dia yang hendak berhenti. Lepas tu nak suruh saya berhenti kenapa? “Saya tidak akan memenuhi permintaanya untuk membuat dia gembira kerana itu yang dia mahu dari saya. Saya tidak bodoh untuk terperangkap,” katanya. Nazri juga menyanggah dakwaan bahawa beliau telah bersikap kurang ajar terhadap mantan Perdana Menteri itu. Beliau menambah Tun Dr.Mahathir perlu redha bahawa dalam negara demokratik, tidak ada orang yang bebas dari kritikan. “Jangan kata saya ni kurang ajar, yang dulu pada tahun 60-an dia kritik Tunku Abdul Rahman beliau tidak kurang ajar? Dia ajar saya. “Kalau dia boleh komen orang kenapa saya tidak boleh komen dia? Siapa dia? Hanya sebab dia mantan PM dia boleh buat apa yang beliau suka saya tidak setuju.” katanya.

[Ramai yang melihat, perbalahan yang berlaku antara Mahathir dan Nazri Aziz ini sesungguhnya memang tidak dijangka kerana Nazri diangkat ke tahap tertinggi dalam politik oleh mantan PM itu sebenarnya. Namun, tahniah kita ucapkan kepada Nazri Aziz kerana beliau berani bercakap kerana benar. Namun, memang sudah menjadi adat dalam UMNO mereka tidak mahu kebenaran itu ditegakkan. Maka, kemungkinan besar Mahathir akan menggunakan pengaruh proksinya Najib Razak untuk menjahanamkan kerjaya politik Nazri dalam masa terdekat ini. Nazri harus ingat, bahawa PM Najib adalaha bayangan Mahathir sebenarnya].
Share:

Cyberita: Kontroversi Isu Biro Tata Negara, Ku Li Syorkan Supaya Program Itu Dihapuskan Kerana Telah Jauh Menyeleweng Dari Matlamat Asalnya

KUALA LUMPUR, 8 Dis [9.00 pm] - Program Biro Tata Negara (BTN) hanya membazirkan wang rakyat, demikan diberitahu oleh pemimpin UMNO yang sangat dihormati, Tengku Razaleigh Hamzah (foto). Sehubungan itu, Ahli Parlimen Gua Musang itu mencadangkan program BTN itu dihapuskan kerana ia sudah jauh menyeleweng daripada matlamat asal. "Saya diserang bertubi-tubi dalam seminar, perbincangan semasa mengikuti BTN. Mereka cakap pelbagai perkara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan Hari Hak Asasi Bangsa-Bangsa Bersatu di sini hari ini. Ku Li menjadi mangsa kempen kotor dan jahat semasa beliau mengetuai barisan pembangkang apabila mengetuai parti Semangat 46 yang mewujudkan Perpaduan Ummah bersama PAS. BTN, yang dibawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri, menganjurkan kursus berkenaan yang wajib disertai oleh kakitangan kerajaan dan penuntut universiti. Kursus berkenaan mendapat kritikan sama ada daripada pemimpin Pakatan Rakyat mahupun kerajaan. “Ia sepatutnya ditutup kerana kursus itu hanya menanam kebencian dan menghentam mereka yang menentang kerajaan dengan kempen-kempen berbau perkauman dan fitnah,” katanya. Kekecuhan isu BTN ini memuncak apabila, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melarang kakitangannya dan pelajar tajaan mereka daripada menyertai kursus ini bulan lalu. Beberapa hari selepas itu Kerajaan Pulau Pinang pula mengambil langkah sama manakala Kelantan dan Kedah sedang menimbangkannya untuk mengambil keputusan yang sama.

[Sebagai orang lama dalam kerajaan, sudah pasti kenyataan Ku Li ini adalah ikhlas dan ada rasionalnya. Malah, beliau sendiri tahu dan yakin bahawa BTN tidak lebih daripada propaganda UMNO dan BN untuk memesongkan minda rakyat supaya terus menyokong mereka, biarpun banyak perbuatan serta tindakan yang jelas menyalahi peraturan sebenarnya. Malah, apa yang disuarakan oleh Ku Li ini, jelas sekali menempelak kenyataan yang telah dibuat oleh "Menteri Kanan UMNO" Mahathir Mohamad sebelum ini. Nampaknya, dalam UMNO sendiri mereka bertelagah tentang isu BTN ini, apatah lagi buat rakyat. Kita masih menantikan kenyataan dibuat oleh parti bukan Melayu dalam komponen Barisan Nasional. Apakah mereka juga bersetuju agar BTN diteruskan, atau sebaliknya?. Pasti ia akan menambahkan lagi betapa kontroversinya program ini nanti. Apapun, teruskan usaha hapuskan BTN !!].
Share:

Edisi Siasat: Isu Projek Premis Haram Bangunan Kekal Di Atas Tanah TOL Terus Hantui Penduduk, Kerajaan Negeri Di Gesa Cuba Campur Tangan !!

KUANTAN, 8 Dis [2.31 pm] - Orang ramai terutamanya para penduduk sekitar taman perumahan Atabara Perdana (Pasdec Makmur), Bandar Indera Mahkota di sini kecewa dengan sikap pihak berkuasa yang "lepas pandang" dengan isu "pembinaan premis perniagaan kekal di atas tanah TOL" dekat sini. Pembinaan yang mencetuskan kontroversi ini telah beberapa kali didedahkan sebelum ini. Namun sehingga ke saat ini projek tersebut terus dijalankan dan sudah 90% siap (foto). Sikap sambil lewa pihak yang berwajib seperti Pejabat Tanah Daerah Kuantan, Pejabat Pengarah Tanah & Galian Pahang dan Majlis Perbandaran Kuantan ini amatlah dikesali. Mereka seolah-olah melihat projek tersebut tidak melanggar apa-apa syarat dan undang-undang. Walhal sudah terang lagi bersuluh, ia jelas melanggar akta Kanun Tanah Negara iaitu pembinaan bangunan kekal di atas tanah Lesen Pendudukan Sementara (TOL) adalah tidak dibenarkan. Tambah mengecewakan premis yang dijangka akan dijadikan sebuah restoran itu kini dipercayai telah dijual kepada "orang luar" dan bukan rakyat tempatan. Ini bermakna, individu yang membeli projek berkenaan sudah pasti akan membukanya selepas menghabiskan wang mencecah RM100,000 untuk membina dan membayar kepada pihak terbabit yang dipercayai bergelar "Dato". Tanpa menghiraukan bantahan penduduk setempat, projek tersebut terus dijalankan dan kini menunggu masa sahaja untuk dibuka kepada orang ramai.
Pembinaan Menyalahi Akta Dan Kanun Tanah
Premis yang terletak di belakang Pasaraya Tunas Manja Indera Mahkota itu dipercayai telah mendapat bantahan jawatankuasa penduduk setempat. Malah, tapak itu yang pada asalnya telah dipohon oleh pihak jawatankuasa surau dan penduduk taman berkenaan untuk didirikan sebuah surau baru. Namun, atas kebijaksanaan dan kelicikan beberapa orang individu yang mengejar keuntungan akhirnya fail permohonan jawatankuasa penduduk dan taman berkenaan telah diabaikan atau dilewat-lewatkan. Sehinggalah dimaklumkan terdapat permohonan lain (bertindih) atas tapak yang sama. Walhal, tapak itu telah diserahkan oleh pemaju taman perumahan berkenaan untuk kegunaan orang ramai (awam) sama ada dijadikan Dewan Orang Ramai, Surau atau sebagainya dan bukan untuk tujuan komersial. Perkara ini terdapat dan termaktub dalam "master plan" taman tersebut. Oleh itu, apakah kewajarannya ada pihak lain yang merompak tanah tersebut daripada penduduk bagi dijadikan sebuah premis perniagaan sedangkan tanah itu adalah tanah yang berstatut Lesen Pendudukan Sementara (TOL). Anehnya, didirikan pula bangunan kekal tanpa mendapat halangan daripada pihak berkuasa tempatan atau jabatan yang berkaitan. Sedangkan, memang sudah diketahui umum hanya bangunan sementara sahaja yang dibenarkan atas tanah TOL. Kenapa ini berlaku? Bukankah terdapat campurtangan pihak-pihak yang berkepentingan projek ini.
Kelulusan Permohonan Yang Cukup Meragukan
Perkara ini telah banyak kali diajukan kepada pihak yang berkenaan termasuk wakil rakyat BN kawasan berkenaan (Semambu), Datuk Pang Tsu Ming (foto) sendiri. Namun begitu, ia terus "dipersetankan" dan dibutakan mata oleh pihak berkuasa. Difahamkan, kelulusan dan proses permohonan tanah yang dibuat oleh individu bergelar "Dato" itu sebenarnya sudah mendapat bantahan daripada jawatankuasa penduduk. Ini kerana, mana mungkin tanah yang sepatutnya menjadi tapak kemudahan awam untuk penduduk tiba-tiba dipohon oleh individu untuk kepentingannya sendiri. Bukankah ini membelakangkan kepentingan rakyat. Apalah gunanya slogan "rakyat didahulukan" itu selama ini, jika kes ini tidak diselesaikan dan hak rakyat dikembalikan. Permohonan itu juga dipercepatkan dengan bantuan "orang dalam" di Pejabat Tanah Dan Daerah Kuantan (PTD) yang kini dipercayai telah dinaikkan pangkat dan berpindah ke Pejabat Pengarah Tanah & Galian (PTG) di Komplek Tun Razak dekat sini. Malah, kekosongan lot tanah tersebut pula dipercayai berdasarkan kepada maklumat "kroni mereka" yang turut menjadi jawatankuasa penduduk dan surau taman perumahan berkenaan. Lantaran itulah, perkara ini dibocorkan dan permohonan bertindih dilakukan. Atas pengaruh "Dato" berkenaan yang mengarahkan proses dipercepatkan dengan cara menipu Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), maka akhirnya mereka berjaya merompak tanah terbabit daripada penduduk yang sepatutnya lebih layak.
Kembali Hak Tanah Kepada Penduduk Setempat
Bagi mengelirukan MUIP, kerana tapak itu pada asalnya dipohon oleh jawatankuasa penduduk dan surau bagi kegunaan untuk membina sebuah surau baru yang lebih selesa. Maka, individu berkenaan telah "menipu sokongan tandatangan pengerusi taman". Surat sokongan bukan disokong oleh pengerusi taman berkenaan, sebaliknya daripada taman bersebelahan yang tidak sepatutnya berlaku. Bukankah ini satu penipuan, kononnya permohonan dilakukan itu mendapat sokongan penduduk setempat dan tanah itu akan dijadikan kegunaan orang ramai. Namun, selepas mereka merompak tanah itu dengan cara penipuan yang licik ini akhirnya ia diluluskan dek kerana banyak wang "under table" dengan pihak yang berkenaan di PTD. Kini tanah itu sudah dirompak dan bakal dijadikan premis perniagaan, bukan untuk kegunaan orang ramai seperti yang dimaksudkan sebenarnya. Oleh itu, pihak jawatankuasa penduduk kini tidak lagi dapat berbuat apa-apa biarpun ada campurtangan politik. Kononnya, proses sudah dijalankan dan sukar untuk dibatalkan. Difahamkan, premis yang sudah 90% siap itu kini masih belum beroperasi lantaran menunggu lesen TOL tahun berikutnya daripada pihak berkuasa. Memandangkan lesen TOL perlu disambung dari tahun ke tahun, akhirnya operasi ditangguhkan ke tahun hadapan (2010). Kemungkinan besar selepas lesen disambung, barulah operasi akan dijalankan oleh pihak berkenaan. Maka itu, jika permohonan menyambung lesen berkenaan ditangguhkan ia bakal memberi kesan besar kepada projek berkenaan. Akhirnya perniagaan itu tidak dapat dijalankan dan tanah terbabit pula akan dirampas untuk dikembalikan semula kepada penduduk setempat.
[Oleh itu, sebelum operasi perniagaan di premis haram itu dijalankan maka adalah diharapkan pihak Kerajaaan Negeri Pahang terutamanya exco yang terlibat dengan urusan tanah untuk memantau perkara ini. Demi kuasa rakyat, sesuatu harus dilakukan untuk menghalang lesen TOL terbabit disambung biarpun dibuat bayaran "under table" yang banyak oleh pihak berkenaan. Tapak terbabit perlulah diserahkan semula kepada jawatankuasa penduduk untuk dijadikan kegunaan ramai dan bukannya premis perniagaan seperti yang berlaku sekarang. Tambahan pula, jika premis itu dibuka maka ianya akan menjejaskan perniagaan penduduk tempatan yang telah sedia ada di tapak sementara belakang Pasaraya Tunas Manja sekarang. Itu belum lagi berasaskan kepada "orang luar" dan bukan penduduk tempatan yang akan mengusahakan perniagaan tersebut. Kenapa perkara ini tidak mahu diselesaikan secara profesional dan telus. Sudah beberapa kali juga laporan ke pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilakukan. Namun hingga ke saat in, masih belum nampak tindakan yang sepatutnya diambil. Justeru itu, semua pihak diharap dapat berkerjasama untuk memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa yang akan datang. Janganlah dek kerana kepentingan politik maka hak rakyat dinafikan begitu sahaja !!].
"Mintak PTG pahang jelaskan perobohan bengkel kereta di kg kubang ikan cerating (berdekatan impiana) yang berstatus TOL dengan alasan besarkan jalan tapi sebaliknya. Sikap double standard PTG pahang amat mengecewakan. Tlg siasat bangunan kedai yang berstatus TOL di sebelah jalan menuju ke Club Med tapi tidak dirobohkan.alasan tuan punya ada hubungan dgn kerabat diraja dan juga pegawai atasan PTG Pahang"
Share:

Memo Rakyat: Suara Editor Pahang Daily Online

KUANTAN, 8 Dis [12.15 pm] - Sebelum ini banyak pendedahan panas telah kami lakukan terhadap berbagai isu rakyat di negeri ini, khasnya di Kuantan telah mendapat perhatian daripada pihak yang bertanggungjawab. Malah ada sesetengah kes yang didedahkan mengambil masa tidak sampai pun satu jam untuk diselesaikan. Semua ini memberi kesan positif terhadap kewujudan blog eksklusif Pahang Daily Online ini. Rakyat Pahang merasa, blog ini adalah benar-benar menjadi "Suara Pemangkin Reformasi Rakyat", yang menjurus ke arah perubahan sebenarnya. Jika dulu, pihak-pihak berkenaan boleh menyepikan diri atau menutup segala rasuah, penyelewengan dan masalah rakyat yang menimpa. Kini tidak lagi, malah kami telah mendapat banyak fail-fail baru untuk didedahkan dalam tempoh terdekat ini. Segalanya bergantung kepada jalan penyelesaian yang dibuat oleh pihak berkenaan. Sekiranya didapati mereka masih tidak mahu menyelesaikan masalah terbabit, maka pendedahan lebihh eksklusif akan dilakukan dari masa ke semasa. Bagi kami, isu rakyat adalah pokok utama kewujudan blog ini disamping isu politik yang menjadi tarikan para pembaca. Sehubungan dengan itu, kami amatlah berharap agar para pembaca terutamanya rakyat Pahang yang mempunyai sebarang maklumat dan informasi tentang permasalah rakyat di kawasan mereka. Sila berhubung terus dengan pihak kami untuk didedahkan. Adalah lebih baik disertakan gambar berkaitan untuk menguatkan bukti. Sila email ke pahangdaily@yahoo.com.
[Portal Pahang Daily Online akan dilancarkan dalam masa terdekat ini. Justeru itu kepada semua pembaca budiman diharap dapat terus memberi sokongan kepada kewujudan blog panas ini. Biar pun mendapat berbagai dugaan dan rintangan, namun suara kebenaran harus ditegakkan walaupun ia pahit sebenarnya. Memang ramai dikalangan penyokong UMNO BN yang marah dengan kekuatan blog ini untuk terus bersuara. Selepas setahun hits melebihi angka sejuta, maka kini ramai yang telah membuka mata untuk menjadikan blog ini sebagai wadah informasi terkini mereka. Kami amat berbangga dengan sokongan ini. Bukan sahaja rakyat Malaysia dan Pahang di dalam negara, malahan juga kepada mereka yang berada diluar negara. Saban hari peminat blog ini terus bertambah dari masa ke semasa. Ini semua memberi dorongan untuk kami terus memberikan bahan berita yang menarik, berbeza dan mempunyai nilainya yang tersendiri. Ia tidak sama dengan apa yang dipaparkan oleh media arus perdana yang dilihat lebih cenderung kepada kerajaan BN. Teruskan sokongan anda !!]
Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Banjir Seluruh Negeri Pahang Semakin Pulih

KUANTAN, 8 Dis [11.32 pm] - Keadaan di kawasan dilanda banjir di Pahang semakin pulih dengan hanya 31 orang daripada 10 keluarga di daerah Bera masih berada di pusat pemindahan. Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana Banjir Pahang berkata, seramai 27 orang daripada mereka berada di Kompleks Rakan Muda Kerayong, Bera dan masing-masing dua orang ditempatkan di Kampung Paya Pagar dan Estet Kerian."Semua pusat pemindahan di Kuantan telah ditutup secara berperingkat bermula petang semalam," katanya. Beliau berkata, pusat pemindahan terakhir yang ditutup di Kuantan adalah Balai Raya Kampung Soi setelah semua mangsa banjir yang ditempatkan di situ dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
[Selamat kembali ke rumah kepada semua sahabat perjuangan yang terkena bencana banjir baru-baru ini. Semoga akan terus istiqamah dalam perjuangan biar pun dalam apa jua keadaan. Musibah yang melanda sebenarnya menguatkan lagi keazaman kita untuk berjuang menegakkan Islam dan Keadilan di bumi Malaysia yang tercinta ini].
Share:

Cyberita: Seminar "Masa Depan Ekonomi Pahang Dalam Gagasan Pakatan Rakyat" Anjuran PAS Berjaya Menyemarakkan Arus Perubahan Baru !!

KUANTAN, 7 Dis [2.00 pm] - Seramai hampir 200 orang peserta telah menyertai Seminar Ekonomi anjuran Badan Perhubungan PAS Pahang yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia semalam. Seminar yang berlangsung sehari itu disertai oleh sebahagian besar pemimpin Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS sendiri. Majlis perasmian seminar telah disempurnakan oleh Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Paduka Hussam Musa dan penutupnya pula oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Satu kertas kerja bertajuk "Masa Depan Ekonomi Pahang Dalam Gagasan Pakatan Rakyat" telah dibentangkan. Dua kertas kerja telah dibentang oleh YB Dr Dzulkifli Ahmad dan Penasihat Ekonomi Kedah. Kesemua pembentangan yang dibuat telah diikuti ulasan-ulasan daripada profesional mengikut larat belakang masing-masing. Kertas kerja yang dibentang oleh Dr Dzulkifli telah diulas oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu YB Azan Ismail sementara itu kertas kerja yang dibentang oleh Dr Abdul Wahab pula telah diulas oleh ADUN Teras dari Parti Demokratik Rakyat (DAP) iaitu YB Chong Siew Onn dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Dr Hamzah Jaafar.

[Melihat kepada kesungguhan Pakatan Rakyat Pahang ini mengadakan seminar ekonomi seperti semalam, maka harapan besar untuk melihat perubahan baru di negeri ini dalam pilihanraya umum akan datang bakal terlaksana jua akhirnya. Segalanya kini terletak ditangan rakyat Pahang, sama ada mereka mahukan perubahan atau terus menanggung derita berhadapan dengan berbagai kemelut ekonomi yang melanda negeri ini jika ia terus ditadbir oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Perubahan perlu dilakukan segera, demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat negeri ini buat selamanya. Pastikan kemenangan PRU-13. Jika Selangor boleh berlaku, mengapa tidak di Pahang. Selangor merupakan negeri maju yang menjadi aset UMNO BN itu akhirnya tersungkur. Apatah lagi Pahang ini].
Share:

Cyberita: Bina Bangunan Tidak Ikut Spesifikasi, Dua Pelajar Maut Dan Dua Parah Bila Kenderaan Terjatuh Rempuh Dinding KB Mall Kota Bharu !!

KOTA BHARU, 7 Dis [11.43 am] - Dua penuntut sebuah kolej perubatan mati apabila sebuah kenderaan terjatuh di tingkat 3, komplek membeli belah KB Mall dekat sini pagi tadi. Mereka yang mati ditempat kejadian itu dikenali sebagai Siti Noramira Shamsuddin dan Siti Nordiana Azman dari Kolej Perubatan Masterskill. Dalam kejadian mengejutkan itu, kereta berkenaan dikatakan berada di tempat letak kereta tingkat atas bangunan berkenaan. Akibat kerosakkan, kenderaan itu ditolak untuk dihidupkan. Namun begitu pemandu berkenaan dipercayai gagal mengawal kenderaan kerana termasuk "gear" dan menekan minyak dengan laju maka ia terlanggar dinding bangunan itu. Akibatnya, dinding yang dibuat daripada batu-bata itu pecah dan kereta menjunam jatuh ke tingkat empat dan mengenai dua pelajar terbabit. Kereta tersebut difahamkan jatuh betul-betul di atas pelajar yang mati itu, ketika mereka sedang menaiki escalator. Keadaan menjadi kelam kabut dan amat membingungkan pengunjung yang berada disitu. Dalam kejadian itu juga, pemandu dan penumpang kenderaan berkenaan dipercayai cedera parah. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat berkata kejadian tersebut adalah diluar dugaan sama sekali. "Engineer sendiri tidak dapat berfikir macam mana tembuk yangbegitu kuat boleh pecah. hanya Allah yang tahu" katanya. Nik Aziz berkata demikian ketika meninjau lokasi terbabit pagi tadi. Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Abdul Rahim Hanafi pula berkata tembok setinggi 1.8 meter itu dibina tanpa tulang (kerangka besi) didalamnya maka itulah ia tidak kuku dan pecah apabila berlaku rempuhan kuat. "Sudah pasti kalau tembok itu dibina mengikut spesifikasi yang betul, kemungkinan untuk runtuh adalah sukar berlaku" katanya.
[Pihak polis perlu menjalankan siasatan yang rapi dalam kes ini, sama seperti kes titi gantung runtuh di Perak baru-baru ini. Terdapat kemungkinan besar wujudnya amalan rasuah dan penyelewengan terhadap kontraktor yang membina bangunan terbabit. Tanpa mengira politik, baik kontraktor itu orang PAS atau sebaliknya maka tindakan tegas harus diambil Amat tidak masuk akal, tembok simen yang dibina itu boleh pecah hanya dilanggar oleh sebuah kereta. Masalahnya, yang menjadi mangsa adalah orang awam. Pihak pengurusan KB Mall juga perlu mengambil perhatian serius atas kejadian serupa ini agar ia tidak berulang lagi].
Share:

Eksklusif: Permintaan SPRM Agar PKR Membawa P.Balasubramaniam Kepada Mereka, Merupakan Satu Tawaran Atau Pun Bala Buat Penyiasat Itu !!

Pendedahan terbaru tentang rakaman video penyiasat persendirian P.Balasubramaniam (foto), dijangka dapat merungkaikan tentang isu kehilangan beliau selama ini. Bala dalam pendedahan terbaru tersebut menjelaskan bahawa tertadapat bukti yang beliau telah disogokkan wang sebanyak RM5 juta supaya menarik balik surat akuan bersumpahnya tentang pembabitan Najib Razak dan Rosmah Mansor dalan kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantunya Shariibuu. Biarpun kes tersebut seolah-olah sudah ditutup rapat-rapat oleh Kerajaan Malaysia, tambahan pula Najib kini sedang selesa memegang tampuk negara sebagai Perdana Menteri. Namun, keresahan dan keraguan rakyat tentang kes ini masih tetap tidak dapat dielakkan. Malah, hukuman gantung yang dikenakan terhadap dua tertuduh iaitu Azilah dan Sirul dulu, dilihat sebagai "melepaskan batuk ditangga sahaja". Ramai yang melihat, keputusan drastik terhadap dua tertuduh terbabit memang sudah dirancang bagi mengelakkan "suspek utama" dibawa ke muka keadilan. Akhirnya, kedua-dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) itu terpaksa dijadikan "kambing hitam" bagi menutup segalanya. Malah, perkara ini juga turut didedahkan oleh kedua tertuduh dihari-hari terakhir perbicaraan kes Altantunya dulu. Apakah dengan pendedahan terbaru Bala itu dapat membantu menghuraikan kekalutan kes ini agaknya.
Semalam, Ketua AMK Parti Keadilan Rakyat, Shamsul Iskandar Md Akin (foto), mendedahkan bahawa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta bantuan daripada PKR untuk mengesan penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam dan membawanya ke pejabat itu. Beliau berkata demikian selepas beliau dipanggil untuk memberikan keterangan oleh suruhanjaya berkenaan. Shamsul berkata SPRM meminta PKR berbuat demikian secepat mungkin dan pihaknya akan sedaya upaya membantu suruhanjaya berkenaan. “SPRM minta tolong dan bantuan kepada kita ialah mereka ingin sangat bertemu dengan Bala. Saya memberikan kerjasama, saya akan usahakan dan sama-sama berikhtiar untuk membawa Bala ini ke SPRM Putrajaya” katanya. Soalnya sekarang apakah Shamsul dan parti itu bersedia untuk membawa penyiasat persendirian terbabit ke pejabat SPRM. Bukankah, Bala kini sedang menghilangkan diri dan nyawanya sudah pasti terancam dan dalam bahaya sebenarnya. Tambahan pula, beliau telah mendedahkan satu "berita besar" yang mengaitkan seorang pembesar nombor satu negara dan isterinya dengan kes pembunuhan Altantunya itu. Apakah kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin terbabit sanggup berdiam diri dengan pendedahan tersebut dalam keadaan kuasa yang masih ada pada mereka yang terlibat itu.
Apakah akan terjadi kepada Balasubramaniam, jika beliau dibawa ke pejabat SPRM agaknya. Jika di zaman filem "Cowboy" dulu, beliau boleh dianggap sebagai "orang yang dikehendaki" atau "Wanted". Mungkin tawarannya juga mencecah jutaan ringgit (Reward). Oleh itu, barang sesiapa yang berjaya membawa Bala dengan keadaan selamat, sudah pasti orang itu akan mendapat ganjaran yang cukup lumayan sebenarnya. Oleh itu, tidak mustahil Shamsul dan PKR pula akan dijadikan "kambing hitam" untuk mereka mendapatkan Bala. Apakah Shamsul yakin yang pihak SPRM memang benar-benar mahukan Balasubramaniam bagi menegakkan keadilan dan mencari kebenaran. Namun, tidak mustahil Bala juga akan menjadi mangsa seperti Teoh Beng Hock dulu, jika pihak SPRM mendapati beliau memang memegang rahsia besar yang boleh memudaratkan pemimpin negara. Mungkin juga tawaran SPRM kepada Shamsul itu merupakan satu "Trick" bagi memudahkan kerja mereka. Oleh itu, Shamsul dan PKR harus berhati-hati sebelum membuat sesuatu tindakan. Kita tidak harus percaya bulat-bulat kepada pihak SPRM, biarpun ada beberapa pegawai mereka yang profesional. Namun, keyakinan terhadap badan bebas itu sedikit tercalar sebenarnya. Tambahan pula SPRM dilihat lebih berselera menyiasat kes-kes kecil yang membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat, jika mahu dibandingkan dengan banyak laporan rasuah dan penyelewengan besar yang melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional selama ini. Lantaran itulah, Shamsul tidak boleh terlalu yakin dengan membawa P.Balasubramaniam kepada SPRM, maka badan itu akan membuat satu siasatan yang adil dan telus terhadap pendedahan tersebut. Apa akan terjadi kepada Bala nanti?. Apakah keselamatan beliau dan keluarganya terjamin?. Jika sesuatu berlaku kepada Bala, siapakah yang akan dipersalahkan oleh rakyat nanti. Terkadang, dalam negara Malaysia yang berdaulat ini mahu menyatakan kebenaran itu terlalu sukar untuk diterima malah bakal berhadapan dengan berbagai tindakan. Akhirnya rakyat dijajah minda mereka oleh beberapa kerat individu yang kemaruk untuk terus berkuasa.
[Melihat kepada senario ini, maka adalah lebih wajar Balasubramaniam disembunyikan terlebih dahulu sehingga rakyat benar-benar yakin yang undang-undang di Malaysia benar-benar telus dan adil. Jika keadaan ini terus dibiarkan, maka mana munfkin rakyat dapat melihat kebenaran itu ditegakkan. Kita tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak dalam kes ini. Namun, sepatutnya bila terima laporan maka SPRM perlu memanggil nama-nama yang disebut itu untuk diambil keterangan. Memaksa saksi utama yang mendedahkan maklumat untuk tampil, sedangkan umum mengetahui dirinya dan keluarga kini seperti dalam buangan. Maka itulah, kita tidak harus terlalu yakin kes ini dapat selesai selepas SPRM memanggil Bala dan menyiasatnya. Mana mungkin SPRM akan menyiasat isteri seorang Perdana Menteri yang sedang berkuasa itu. Langkah terbaik, jika mahu melihat keadilan ditegakkan dalam kes ini ialah memastikan Barisan Nasional tumbang dalam pilihanraya umum akan datang dan keadilan ditegakkan kembali di muka bumi tercinta ini. Itulah yang paling utama].
Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Hujan Lebat Di Pahang Dijangka Hingga Malam

KUANTAN, 5 Dis [12.30 pm] - Jabatan Meterologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di Pahang yang dijangka berterusan sehingga malam ini. Hujan sekejap-sekejap yang kadang kala lebat dari semasa ke semasa itu diramal berlaku di Kuantan, Pekan, Maran, Bera, dan Rompin. Menurut kenyataan jabatan itu, hujan lebat berkenaan boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah berdekatan tebing sungai. abatan Metereologi Malaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama, di mana angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 sehingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, diramal berlaku di perairan Condore dan Samui di Kelantan dan Terengganu sehingga esok. Kawasan pantai di Kelantan dan Terengganu terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka berterusan sehingga esok. Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
[Banyak kawasan yang mula dinaiki air sekarang ini. Justeru itu kepada semua rakyat yang sedang menghadapi musibah banjir ini diharap dapat bersabar demi menggelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku. Hujan lebat juga dipercayai menyebabkan banyak kawasan yang berlaku tanah runtuh serta jalan yang rosak. Oleh itu, kita juga haruslah berhati-hati dijalanraya diketika cuaca musim tengkujuh yang begitu mencabar sekarang ini. Suasana di Pahang agak suram dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ini. Kepada rakan-rakan yang mengedakan kenduri kendara ia tambah suram lagi. Apa yang pasti, simpan segala dokumen penting di tempat yang selamat bagi menggelakkan segala kemungkina berlaku. Diketika musim banjir, bantu sahaja sesiapa yang memerlukan tanpa mengira perbezaan kaum, agama atau pun politik kepartian masing-masing sebenarnya].
Share:

Cyberita: Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Akhirnya Mahu Mengundur Diri Dengan Reputasi Imejnya Yang Mencemarkan !!

KUALA LUMPUR, 4 Dis [3.45 pm] - Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya, berkuatkuasa 1 Januari depan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata pelantikan itu berikutan permohonan bertulis Datuk Seri Ahmad Said Hamdan (foto), supaya khidmat beliau dipendekkan kepada akhir tahun ini. "Datuk Seri Ahmad Said Hamdan telah mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang sepatutnya tamat pada 25 Mei 2010 dipendekkan kepada 31 Disember Bagi mengisi jawatan yang akan dikosongkan Ahmad Said, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berdasarkan peruntukan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] telah memperkenankan supaya Abu Kassim...dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2010," katanya hari ini. Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan sebab Ahmad Said memohon supaya tempoh perkhidmatannya dipendekkan. Dalam kenyataan itu, Mohd Sidek turut menyatakan penghargaan kerajaan kepada Ahmad Said kerana berjaya meningkatkan prestasi SPRM selama menerajui suruhanjaya itu. "Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan Ahmad Said sepanjang perkhidmatan beliau dengan Kerajaan. "Dalam tempoh menerajui SPRM sejak 14 Mei 2007, SPRM telah melaksanakan fungsi-fungsinya dengan cemerlang selaras dengan visinya untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah berlandaskan nilai kerohanian dan moral yang tinggi dan menjadikan SPRM agensi pembanterasan rasuah yang profesional dan unggul. "Dengan hasil usaha beliau, prestasi SPRM telah dapat dipertingkatkan," katanya.

[Apalah yang mahu dibanggakan sangat dengan prestasi Ahmad Said ini sebenarnya. Beliau terpaksa berundur dengan satu resputasi yang sungguh mencemarkan. Rasuah masih terus berlaku disana sini tanpa ada sekatan. Golongan politik dan korporat masih menggunakan rasuah sebagai senjata untuk menang atau mendapatkan sesuatu projek. Malah, indeks prestasi rasuah negara juga dilihat semakin meningkat mengikut kajian firma antarabangsa. Apakah ini bermakna beliau berjaya menjalankan tugas dengan profesional agaknya? Malah, itu belum termasuk banyak siasatan laporan rasuah terhadap pemimpin UMNO BN yang dikapankan begitu sahaja. Paling sensasi, ialah isu kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock yang dijumpai mati selepas disoal siasata di bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM Negeri Selangor. Semua ini menyebabkan rakyat memang sudah hilang keyakinan kepada SPRM. Hanya ada beberapa kerat individu dan pegawai SPRM sahaja sebenarnya yang dilihat melakukan kerja dengan amanah, bertanggungjawab dan profesional. Apapun, selamat jalan Ahmad Said dan kita tunggu pula apa yang akan dilakukan oleh timbalannya itu kelak].
Share:

Edisi Pahang: SPRM Digesa Siasat Isu Rasuah Dan Penyelewengan RM125,000 Wang Hak Rakyat Bagi Projek Pembinaan Parking Awam Berbayar MPK !!

KUANTAN, 3 Dis [12.32 pm] - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa campurtangan dalam isu penyelewangan "projek parkin berbayar" Majlis Perbandaran Kuantan (foto), dibelakang bangunan Kuantan Center Point dekat sini. Ini kerana, pembinaan parkir yang "hidup segan mati tak mahu" itu dilihat jelas sekali mempunyai unsur-unsur rasuah yang melibatkan pegawai dalam jabatan itu sendiri. Perkara ini didedahkan oleh orang ramai yang sering menggunakan kawasan terbabit selamai ini. Tinjauan krew kami mendapati, projek parkir yang separuh siap itu masih tidak digunakan sehingga ke hari ini. Ia sungguh mengelirukan rakyat, kerana kawasan pembinaan "parking" terbabit dipercayai bukan hak milik pihak terbabit. Malah ia adalah kawasan milik pemaju Kuantan Center Point iaitu Exact Development Sdn Bhd. Difahamkan kawasan tersebut akan dimajukan sebagai sebuah bangunan hotel oleh pihak pemaju sekitar bulan Jun tahun depan dan kerja-kerja berkenaan dijangka akan bermula seawal bulan Mac 2010 nanti. Oleh itu, mereka mempersoalkan apakah kewajaran pihak Majlis Perbandaran Kuantan membina "parking berbayar" di kawasan tersebut. Menurut sumber, kawasan terbabit tidak sepatutnya dijadikan parkir berbayar kerana ia bukan tanah milik MPK.

Bukti, pembinaan siap tidak diguna dan bakal dorobohkan akhirnya
Logikkah kerja-kerja pembinaan seperti ini cecah angka RM125,000?
Namun, atas kebijaksanaan beberapa pegawai di jabatan terbabit, tiba-tiba terbinanya parking berbayar yang dikatakan menelan belanja mencecah RM125,000. Tindakan pihak terbabit membenarkan projek berkenaan dibina adalah amat mengelirukan sama sekali. Ini kerana, kawasan lapang itu dipercayai akan dimajukan oleh pemiliknya awal tahun depan. Justeru itu, kenapa pihak MPK tergesa-gesa membina projek yang sehingga kini masih tidak digunakan sepenuhnya. Malah, jika ia digunakan sekali pun, sudah pasti akan dirobohkan semula oleh pemaju dan pemilik tanah berkenaan. Risikan kami mendapati, terdapat unsur penyelewengan yang nyata dalam kes ini. Wang rakyat sengaja mahu dirompak secara berhemah oleh beberapa kerat individu atas nama projek pembangunan. Walhal, mereka sebenarnya tahu yang tapak terbabit adalah milikan individu dan sebarang pembangunan atas tanah terbabit perlulah mendapat kelulusan daripada tuannya. Namun, perkara ini tidak berlaku. Malah pihak terbabit dipercayai mengelirukan pemiliknya, dengan membazirkan wang rakyat untuk membina projek di kawasan tersebut secara tergesa-gesa.
Sedangkan, ia tidak mendapat kelulusan sepenuhnya daripada pemilik tanah berkenaan. Perkara ini amatlah dikesali, dan terbukti wujudnya penyelewengan. Wang ratusan ribu digunakan sewenang-wenangnya, atas projek yang tidak wajar dibina itu. Lantaran itulah, projek berkenaan dipercayai tersadai sehingga ke hari ini dan tidak digunakan. Hanya terdapat beberapa buah kenderaan yang diletakkan dikawasan terbabit. Malah, terdapat juga sebuah pondok attenden parking dan bangsal yang telah dibaik pulih oleh pihak terbabit. Malah, kawasan lapang yang selama ini tidak bertar telah ditarkan oleh pihak berkenaan. Dipercayai, kawasan berbumbung yang dibaik pulih itu, menjadi kawasan parking untuk kakitangan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), manakal kawasan tidak berbumbung khas untuk orang awam. Namun, jika dilihat daripada kos sebenar projek berkenaan maka ternyata ia adalah satu penyelewengan. Kos pembinaan yang sebenarnya dipercayai langsung tidak mencecah ke angka ratusan ribu ringgit. Soalnya sekarang, mengapa wang sebanyak itu digunakan untuk satu projek yang tidak bermakna?. Wajarkan ia didirikan diatas tanah individu yang bakal membangunkan tanah terbabit awal tahun depan?. Siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini?. Ahli Majlis, orang awam atau pegawai majlis perbandaran itu sendiri?. Semua ini bermain difikiran rakyat.
[Diharap pihak SPRM dapat melakukan siasatan terperinci untuk membawa pegawai yang tidak amanah dan bertanggungjawab ini ke muka pengadilan. Mereka tergamak merompak wang rakyat, kemudian dalam masa yang sama pihak MPK terus mendera rakyat dengan tindakan saman parking yang keterlaluan. Difahamkan, kawasan parkir terbabit tidak digunakan sehingga ke hari ini biarpun kerja-kerja berkenaan telah disiapkan. Inilah padahnya, bila ada manusia yang bekerja untuk kepentingan peribadi masing-masing tanpa memikirkan rakyat. Buat pembinaan atas tanah milik peribadi kemudian berhajat mengutip bayaran daripada orang awam. Sedangkan kawasan itu mahu digunakan untuk pembangunan oleh pemilik dalam masa terdekat. Jika pun ia digunakan sekarang, apakah berbaloi dan berjaya mengutip jumlah RM125,000 wang rakyat yang dibazirkan terhadap projek tersebut sehingga bulan Mac tahun depan. Inilah yang dikatakan buat kerja tidak menggunakan otak dan fikiran sebenarnya !!].
Share:

Kontroversi: Anwar Kecewa Hakim Tetap Tarikh Perbicaraan Tanpa Menunggu Rayuan Dapatkan Bahan Bukti Daripada Mahkamah Persekutuan !!

KUALA LUMPUR, 2 Dis [6.15 am] - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan rasa kesal dengan tindakan hakim menetapkan tarikh perbicaraan walaupun permohonannya mendapatkan bahan bukti untuk menyiapkan pembelaan beliau masih belum diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. “Hakim telah menetapkan perbicaraan dengan membelakangkan sama sekali rayuan kami bersabit perkara ini,” Anwar memberitahu pemberita. “Beliau seharusnya menghormati keputusan yang dibuat sendiri untuk memberikan kami dokumen berkenaan dan memberi masa kepada Mahkamah Persekutuan memutuskan perkara ini,” tambah Anwar. Mohd Zabidin sebelum ini meluluskan permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen tertentu daripada pendakwaraya selaras dengan peruntukan undang-undang. Bagaimanapun keputusan itu ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan kini dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan. Terdahulu, Mahkamah tinggi pagi tadi menolak permohonan Anwar untuk menggugurkan pendakwaan liwat yang dihadapi beliau. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan perbicarana Anwar Ibrahim akan bermula pada 25 Januari hingga 25 Februari tahun depan. Mohd Zabidin ketika membuat keputusan berkata hanya melalui perbicaraan penuh maka liwat benar-benar berlaku atau tidak seperti mana yang dituduh oleh pendakwaraya. Jika Anwar didapati bersalah beliau menghadapi penjara 20 tahun. Anwar berkata, keputusan tersebut menjadikan kes berkenaan sebagai kes pertama dalam sejarah kehakiman yang menyaksikan mahkamah menyebelahi pendakwaan seks dan mengenepikan bukti-bukti perubatan. “Ini adalah kes yang pertama dalam sejarah di mana mahkamah menyebelahi pendakwaan seks dan mengenepikan bukti-bukti perubatan yang menunjukan tiada kesan liwat," katanya. Sumber TVS

[Satu keputusan hakim yang cukup luar biasa dan paling bersejerah pernah didengar seantero dunia. Maknanya, selepas ini jika berlaku kejadian seorang wanita mengaku dirogol oleh seseorang individu, maka pihak polis akan terus menangkap dan menahan individu terbabit tanpa merujuk kepada laporan perubatan hospital apakah beliau benar-benar dirogol. Kemudian, bila laporan dikeluarkan oleh pakar mengatakan wanita itu tidak dirogol oleh sesiapa pun kerana bukti perubatan jelas tiada kesan kemasukan pada anunya, tetapi pihak polis tetap menerima laporan yang dibuat oleh wanita itu bahawa dia dirogol oleh suspek terbabit. Maka, suspek akan ditangkap dan dipaksa mengaku, satu perbuatan yang belum tentu dia lakukan. Sebagai bukti untuk pendakwa, DNA akan digunakan terhadap kes ini. Dalam soal ini, apakah wajar suspek dituduh sedangkan wanita itu masih suci?. Apakah logik DNA digunakan, sedangkan tiada bukti dia dirogol. Kenapa suspek ditangkap dan mahu didakwa atas kesalahan tersebut? Bukankan ini menyebabkan suspek yang menjadi mangsa dan bukan wanita terbabit sebenarnya. Kerana cakap mulut dia dirogol, apakah polis yang cukup profesional boleh menerimanya?. Sudah tentu ada udang disebalik mee kes berkenaan, atau suspek orang politik seteru kepada pihak tertentu. Inilah yang berlaku kepada Anwar sebenarnya. Keputusan mahkamah semalam, jelas sekali petanda jelas bahawa Anwar akan ke dalam sekali lagi. Sama-samalah kita lihat "Sandiwara Liwat II" ini berakhir nanti].
Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Mahkamah Tolak Permohonan Batal Kes Liwat

KUALA LUMPUR, 1 Dis [11.00 am] - Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi memutuskan menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepi dan membatalkan tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bahari. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah. Mahkamah juga menetapkan kes perbiacaraan itu disambung semula selama sebulan bermula 25 Januari 2009 nanti. Keputusan yang pastinya bakal mengundang berbagai spekulasi dan tanggapan negatif oleh masyarakat dunia. Ini kerana, belum ada kes seperti ini yang dibicarakan tanpa anda bukti kejadian "penestrasi" atau "tusukan kemasukan kemaluan" berlaku antara kedua belah pihak. Ini telah dibuktikan oleh laporan perubatan tiga doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan seorang dari Hospital Pusrawi. Namun, anehnya di Malaysia kes yang pelik ini tetap juga mahu dikenakan kerana ia melibatkan Saiful Bukhari Azlan dan karier politik seorang Ketua Pembangkang di Parlimen. Akhirnya, alasan dan hujjah DNA yang tidak relevan itu juga bakal dijadikan alasan pendakwaan. Sepatutnya DNA digunakan bila suspek tidak mengaku salah, dan mangsa pula terbukti ada laporan perubatan mengesahkan dia memang telah diliwat oleh Anwar Ibrahim. Dalam kes ini, lain pula jadinya. Mangsa disahkan tidak mengalami jenayah tersebut, tetapi DNA pula mahu digunakan terhadap tertuduh. Bagaimana jika DNA itu sengaja diletakkan ditempat kejadian?. Misteri inilah yang harus dirungkaikan sebenarnya. Rakyat tidak boleh bersandarkan kepada laporan polis dan akuan sumpah laknat Saiful semata-mata untuk buktikan kononnya di benar. Pengesahan secara klinikal adalah yang paling utama. Apakah ini caranya undang-undang di Malaysia?. Malu rasanya bila masyarakat dunia melihat kes ini berulang kembali !!]
[Bukankah ini amat tidak adil bagi seorang manusia, bukan sahaja terhadap Anwar. Malah, keengganan pihak pendakwaraya membenarkan dokumen diberikan kepada peguam Anwar, juga bakal menyebabkan mantan TPM itu pasti akan dipersalahkan sekali lagi seperti kes liwat pertama dulu. Apakah ada lagi keadilan buat Anwar Ibrahim dalam kes yang serupa].
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.