script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Ahli "India PKR Indera Mahkota" Keluar Parti !


[Seramai 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Indera Mahkota berikrar meninggalkan parti itu kerana hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan tertinggi PKR. Bekas Ketua Cabang PKR Indera Mahkota, M. Ramesh yang mewakili kumpulan itu berkata, tindakan tersebut dibuat kerana parti terbabit sememangnya tidak menjanjikan masa depan yang cerah kepada ahli-ahlinya, apatah lagi masyarakat secara keseluruhan. "Sejak menyertai PKR pada 1999, hanya janji yang ditabur tetapi satu pun tidak ditunaikan terutama kepada masyarakat India. "Bagaimanapun, berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin PM Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengotakan apa yang dikata terutama dalam membela nasib rakyat tanpa mengira kaum," katanya semasa melafazkan ikrar di hadapan kira-kira 1,000 masyarakat India dalam sebuah majlis anjuran Kelab Pembangunan India Kuantan di sini hari ini. Ramesh kemudiannya menyerahkan ikrar taat setia yang menyokong kepimpinan BN kepada Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto)  yang turut hadir di majlis berkenaan. Tambah Ramesh, pengalaman bersama PKR benar-benar membuka matanya lebih-lebih lagi ketika berlaku pergeseran dalam kalangan kepimpinan parti. "Saya harap masyarakat India khususnya dapat membuka mata dan menilai sendiri transformasi dilakukan Perdana Menteri yang nyata memberi banyak manfaat kepada rakyat secara keseluruhan. "Saya harap kita bersatu-padu dan memilih BN demi kesejahteraan pada masa depan," jelasnya. Dalam pada itu, Adnan ketika berucap berkata, beliau terharu dengan tindakan kumpulan berkenaan yang memberi sokongan penuh kepada BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 ini. "Saya amat sukacita kerana mereka memberi sokongan kepada BN. Parti apa yang akan mereka sertai tidak penting sama ada MIC atau PPP asal menyokong Barisan Nasional (BN) dan Datuk Seri Najib," ujarnya]. sumber
Share:

Panas: Sah, Ketua Cabang PKR Umum Tanding Bebas


[Khabar angin dan desas desus panas mengatakan akan berlaku pertembungan tiga penjuru bagi kerusi Parlimen Parlimen Paya Besar dekat sini terjawab apabila  calon bebas yang menawarkan diri itu tampil mengambil borang pencalonan di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang di Wisma Persekutuan pagi tadi. Calon terbabit ialah Tuan Hj.Zahari Mamat (Ketua Cabang PKR Paya Besar). Beliau hadir bersama Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tamas Tas yang kini memangku Ketua AMK Paya Besar iaitu Mohamad Fauzi. Beliau dikatakan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar, salah satu kerusi dalam Parlimen Paya Besar.   Mereka tiba di pejabat SPR sekitar jam 10.30 pagi tadi. Satu sidang media ringkas telah diadakan di cafeteria Wisma Persekutuan selepas ini. Zahari berkata, hasrat beliua untuk bertanding sebagai calon ketiga di Paya Besar didorong oleh sokongan akar umbi sendiri yang tidak puas ahati dengan tindakan PKR menghantar "calon wahyu", Cik Murni Hidayah Annuar bertanding di situ. Beliau yang menyertai PKR sekitar tahun 2006, menjadi Ketua Cabang Paya Besar selepas menang pada pemilihan parti tahun 2010 yang lalu. Pada sidang media itu juga Zahari menegaskan dia tidak akan membuat satu kejutan di Paya Besar dalam masa terdekat ini. Satu lagi sidang media akan diadakan dalam masa terdekat katanya. Dengan tindakan beliau ini, makanya Parlimen Paya Besar menjadi parlimen kedua selepas Indera Mahkota yang akan menjadi medan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan Bebas pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Segalanya ditangan rakyat buat keputusan. Hak orang suburkan demokrasi usah dihalang!]. 
Share:

Rahsia Perubatan Bahtera Nabi Nuh Kini Terbongkar!

Berita baik untuk rakyat Malaysia yang mempunyai masalah kurang bertenaga dalam badan akibat kesibukan bekerja dan melakukan terlalu banyak aktiviti harian. Kini muncul, produk minuman mineral terhebat "Bio Sunnah" di alaf baru yang pertama di Malaysia, menggunakan ekstrak "pine cypress" dan "garam kristal Hunza" (84-96 mineral). Produk ini amat sesuai untuk anda yang ada masalah kelesuan dan kekurangan tenaga. Difahamkan, Pine Cypress adalah sejenis pohon yang tumbuh di Banjaran Ararat Turki yang menyamai "Spesis Kayu Bahtera Nabi Nuh" yang hangat diperkatakan selama ini. Sementara itu garam kristal Hunza pula ialah sejenis perasa makanan yang diamalkan oleh kaum Hunza yang mendiami kawasan pergunungan Hunza (selatan Pakista-China). Amalan penggunaan garam ini dipercayai telah memanjangkan usia kaum Hunza dan memberikan tenaga yang luar biasa sehingga ramai antara mereka boleh hidup ke usia mencecah 120 tahun. Bio Sunnah Cypress sebuah syarikat bumiputera yang beroperasi di Shah Alam Selangor telah memperkenal dan memasarkan produk ini ke seluruh negara. Ramai yang telah pun merasai kehebatan produk ini.



Pendapat Para Sarjana " Saya telah menggunakan lebih 5000 gelen air alkali dalam hampir semua jenis masaalah kesihatan dan ianya sangat bermanfaat dan mujarab" (Dr.Theodorebaroody,penulis buku Alkalize or Die). "Meminum 4 hingga 5 gelas air beralkali pada setiap hari membantu mengimbangi tahap kesihatan anda. Air beralkali bertindak seperti vitamin C,E dan beta karotene yang menjadi anti oksidan di sebabkan kandungan elektron bebas yang banyak,yang membantu tubuh melawan penyakit" (Dr.Susan Clark, penulis buku Chemistry of Success)  "Dengan meminum air beralkali,jam penuaan boleh di pertahankan" (Dr.Robert Atkins) .  Cepat, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Untuk keterangan lanjut hubungi talian  019-2313832 .
Share:

Panas: Video "Sharizat Marah Rafizi" Pula Tersebar !!

Share:

Panas: PKR Sedia Hadapi Tiga Penjuru Di Semambu !!


[Khabar angin bertiup kencang menyebut bahawa selain dari kerusi DUN Teruntum, Kuantan yang bakal menyaksikan pertandingan 3 penjuru di antara PKR, BN dan Bebas (Cucu Mat Kilau), kerusi DUN Semambu juga bakal menyaksikan pertandingan 3 atau 4 penjuru di antara PKR, BN dan parti BERJASA atau Bebas. Bagi jentera PKR DUN Semambu khususnya, mereka telah bersedia untuk berhadapan dengan lawan samada dua penjuru mahupun lebih kerana menyedari bahawa rakyat kini hanya fokus untuk memenangkan PR dan menolak calon selain daripada itu.  Di bawah Penyelaras DUN Semambu yang juga Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota, Lee Chean Chung (foto) gerak kerja telah lama bermula dan kini semakin diperhebatkan. Sambutan rakyat sekitar kawasan ini amat membanggakan dan ini jelas menunjukkan rakyat kali ini mahu berubah.  Mereka mahu melihat PR mengambil alih Pahang dan sekaligus berada di Putrajaya.  Calon Bebas khususnya sudah pasti ditolak oleh rakyat di kawasan ini kerana mereka hanya tampil menjelang PRU dan ini menunjukkan mereka bertanding hanya untuk kepentingan diri semata-mata. Namun demikian, jentera PKR Dun Semambu tidak boleh terlalu yakin rakyat di sini mahu melihat PKR bersungguh-sungguh untuk membela nasib mereka]. sumber
Share:

Panas: Sah, Gerakan Mahasiswa Letak Calon Di Pekan


[Gerakan Mahasiswa (GM13) mengumumkan Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Nasional, Bukhairy Suffian sebagai calon mahasiswa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang. Pelajar jurusan akhir Sains Politik Islam, Universiti Malaya itu akan bertanding menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di parlimen Pekan. Terkadang hairan dan pelik, kenapa mahasiswa mahu tanding di Pekan sedangkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilaporkan akan meletakkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu Fariz Musa untuk bertanding lawan Najib kali ini. Kenapa mahasiwa perlu masuk?. Apa akan jadi jika BN terus berkuasa nanti. Bukankah mereka ini akan disenarai hitamkan oleh kementerian yang berkenaan. Maka, jalan terbaik jika pun mahu berpolitik maka eloklah mereka membantu calon yang sedia ada. Bukannya dengan meletakkan diri sebagai calon hanya kerana mahu buat protes terhadap seorang Perdana Menteri].
Share:

PAS Umum Calon Serta Pertingkatkan Keselamatan !!

Share:

Sah, Blogger Cucumatkilau Tanding DUN Teruntum !!


[Bekas calon PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan pada Pilihanraya Umum lalu, Mohd. Shukri Mohd. Ramli, 42, turut menempelak kepimpinan parti itu kerana memilih Fauzi bertanding di Indera Mahkota sedangkan beliau adalah pemimpin yang sudah ditolak UMNO sendiri. "Patut orang lama bersara, berehat bagi peluang kepada muka baharu. Beliau mungkin lupa dengan janjinya yang masuk PKR bukan untuk jawatan tetapi untuk memperjuangkan rakyat. "Beliau sudah tidak ada kekuatan UMNO, kemudian lompat masuk PKR selepas PRU-12 bila pembangkang menang besar. Patutnya tunjuk dulu apa yang dia boleh lakukan untuk bantu PKR, bukan jadi calon,'' tegasnya. Mohd. Shukri yang juga penulis blog Cucu Mat Kilau turut mengumumkan akan bertanding calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Teruntum dalam PRU-13 ini. Kata Mohd. Shukri, pergeseran dalam kalangan PKR dan DAP yang semakin kuat ekoran perebutan kerusi di DUN berkenaan mendorong beliau menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas prorakyat. "Saya melihat senario itu turut berlaku dalam parti lain tetapi tidak terlalu 'hebat' jika dibandingkan dengan DAP dan PKR. "Sebagai alternatif kepada rakyat, saya mahu memecah undi dan menawan hati pengundi atas pagar iaitu kira-kira 20 peratus," katanya dalam sidang akhbar beliau di  Kuantan petang semalam].

Share:

PRU13: Protes, Bekas Pimpinan PKR Tanding Bebas !!


[Pemilihan Pengerusi PKR negeri, Dato' Fauzi Abdul Rahman sebagai calon pembangkang di Parlimen Indera Mahkota terus mengundang bantahan dalam kalangan ahli parti itu. Terbaharu, salah seorang pengasas PKR di Pahang, G.Ram Ponusamy (foto) mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas semata-mata untuk melawan Fauzi dalam PRU-13 di kerusi tersebut sebagai tanda protes kepada kepimpinan beliau. Bekas Timbalan Pengerusi III PKR negeri itu juga mendakwa, tindakannya bertanding turut didorong oleh permintaan sebahagian ahli parti yang tidak bersetuju Fauzi dinamakan sebagai calon menggantikan Azan Ismail di kerusi itu. "Saya akan bertanding di Indera Mahkota sebagai calon Bebas kerana saya mahu pengundi di Parlimen itu menolak Fauzi agar tidak terpedaya dengan tipu helahnya selama ini. "Rakyat dan sebahagian ahli PKR mahukan calon yang benar-benar bersih untuk membela nasib mereka dan Fauzi bukanlah calon yang layak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam. Sebelum ini, sekumpulan penyokong pembangkang menyatakan bantahan terbuka ketika Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Fauzi sebagai calon parti itu di Parlimen Indera Mahkota dalam program ceramah di Balok Makmur Ahad lalu. Fauzi yang kali terakhir bertanding pilihan raya umum pada 1999 atas tiket BN di DUN) Berserah, hanya menyertai PKR pada Julai 2008 iaitu selepas PRU-12. Sementara itu, menurut Ram Ponusamy yang juga bekas calon PKR Parlimen Bentong, pada pilihan raya lalu, beliau tidak akan menawarkan diri untuk bertanding sekiranya PKR tidak menamakan Fauzi sebagai calon. "Saya bertanding bukan kerana saya benci atau bermusuh dengan UMNO. Saya menganggap UMNO sebagai kawan tetapi semua yang dilakukan adalah untuk menolak Fauzi. "Fauzi yang suka buat musuh. Malah, saya meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi 3 PKR negeri juga adalah kerana Fauzi walaupun saya telah berjuang bermati-matian bersama PKR sejak 15 tahun lalu," jelasnya yang melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi III setahun selepas sahaja Dato' Fauzi dilantik mengetuai parti itu]. 
Share:

Panas: Polis Sabah Jejaki Seorang Lagi "Datuk Seri" !!


[Polis mencari seorang lagi lelaki tempatan bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat. Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang berkata Clarence Luing Karl@Muhammad Khalil John L Karl, 57, dicari kerana dipercayai mempunyai hubungan dengan kesultanan Sulu. "Lelaki yang alamat terakhir di RH55, Jalan Ranau Lama, Kampung Bawang, Tamparuli, Sabah diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, semalam. Tanpa menjelaskan butiran lanjut lelaki itu, Tan berkata orang ramai yang mengenali lelaki terbabit diminta menghubungi Rakan Cop atau balai polis berhampiran. Sebelum ini seorang lelaki bergelar Datuk Seri telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Selangor selepas dikaitkan dengan Operasi Daulat dan dia kemudian ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma)].
Share:

Panas: "Presiden UMNO" Gesa Umat Islam Bersatu !!


[Umat Islam di negara ini hendaklah bersatu demi kepentingan agama Islam walaupun mereka berbeza pendapat, kata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata kepentingan umat Islam perlu dipertahan di negara ini Walaupun kita ada perbezaan pendapat, tapi kita carilah cara untuk penyelesaian dan janganlah sampai kita merosakkan kepentingan Islam dan masa depan negara. Beliau berkata demikian di depan 500 jemaah Masjid Jamek Seri Petaling sempena program ziarah masjid malam Sabtu lalu. Turut hadir  Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha serta Pengerusi masjid itu Zaid Abdullah. Najib, yang tiba pada 8.50 malam berbaju Melayu coklat dan berkain pelikat, menunaikan solat Isyak dengan diimamkan Imam Besar Masjid Maulana Abdul Hamid Chin. Najib bersama jemaah lain kemudian mendengar tazkirah ringkas berkaitan sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW oleh Ustaz Muaz Roslan, yang membaca kitab Hayatus Sohabah. Masjid itu merupakan markas pergerakan Tabligh di negara ini sejak 1985 dan sentiasa dikunjungi jemaah dari seluruh dunia yang menjadikannya antara markas bagi melahirkan pendakwah Islam di negara ini. Najib berkata kerajaan akan sentiasa membantu pergerakan dakwah di negara ini dengan apa sahaja cara yang boleh dilakukan bagi mempertingkatkan lagi syiar Islam dalam negara ini]. sumber
Share:

Panas: Keluarga PI Bala Pula Di Dapati Telah Hilang !!


[Peguam kepada mendiang P Balasubramaniam, Americk Sidhu berkata balu kepada bekas penyiasat persendirian itu, A Santamil Selvi, didapati hilang daripada kediaman mereka di Rawang. Amercik berkata Selvi tidak dapat dihubungi sejak pagi kelmarin selepas beberapa petugas media dan pegawai polis muncul di kediaman mereka Sabtu lalu. 
Individu itu  muncul di rumah tersebut selepas menerima SMS yang mendakwa Selvi akan membuat laporan polis yang mendakwa suaminya dibayar oleh peguam untuk membuat pengakuan berkanun (SD) pertama. Americk berkata beliau bimbang Selvi akan didorong untuk tukar pendirianya seperti yang dilakukan suaminya. PI Bala pada 2006 menarik balik SD pertamanya, sehari selepas menandatangani dokumen itu, yang mengaitkan PM Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. Beliau kemudiannya menandatangani SD kedua dan mendakwa SD pertama ditandatangani dalam keadaan terpaksa. PI Bala meninggal dunia pada 15 Mac lalu akibat serangan jantung beberapa hari selepas kembali dari Chennai. Beliau pulang bagi berkempen untuk Pakatan Rakyat. Menurut Americk, seorang jiran memberitahu mendiang bahawa kesemua anggota keluarga terbabit telah meninggalkan rumah berkenaan dengan kenderaan mereka pada jam 10.15 pagi kelmarin dan tidak dapat dihubungi sejak waktu itu]. sumber
Share:

Panas: Temubual Eksklusif Al-Jazeera Dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim Selepas Pembubaran Parlimen !!

Share:

PRU-13: Sah, Blogger Cucumatkilau Tanding Bebas Di Kerusi Parlimen & DUN Bandar Kuantan PRU-13 Ini !!

Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya bekas krew Pahang Daily Online (PDO) iaitu Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) atau lebih dikenali sebagai CMK@Blogger Cucumatkilau tampil membuat kenyataan berhubung keputusan beliau sama ada mahu meneruskan hasrat untuk bertanding pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Beliau yang kini menjadi aktivis bebas pro-rakyat baru saja melancarkan radio internet terbaru CMK FM yang bersiaran 24 jam menerusi www.cmkradio.blogspot.com sekarang (turut boleh didengari di blog ini). Menurut posting terbarunya di laman sembang sosial facebook, beliau akan membuat kenyataan panas berhubung situasi terkini hala tuju masa depannya Jumaat ini. Selepas dua kali menyertai pilihanraya umum dan berpengalaman hampir 15 tahun sebagai "blogger" maka sudah tiba masanya dia mengambil keputusan itu  memandangkan pilihanraya umum ke-13 kini semakin hampir. Malah, katanya tanggal 11 Februari 2013 genaplah dua tahun dia bergerak sebagai aktivis selepas mengundur diri dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 11 Februari 2011 (11.2.11) yang lalu. "Tanggal 11 Feb 2013 lalu, Genaplah Dua Tahun CMK Bersara Dari Politik Kepartian & Menjadi AKTIVIS BEBAS PRO RAKYAT .. Ramai Yg Tertanya2 Adakah CMK Akan Mencuba Lg Bertanding PRU-13 Ini Selepas PRU-12 Dan Sebelum Itu... Nantikan Kenyataan PANAS CMK LIVE Di Radio Internet CMK FM  (www.cmkradio.blogspot.com) Jumaat Ini", kata kenyataan FBnya.


Oleh itu, sama-sama dengarkan radio internet CMK FM untuk mendengar lebih lanjut pendedahan panas beliau itu. Apapun, PDO mengucapkan selamat berjuang kepada blogger yang telah banyak menyumbang jasa menyedarkan rakyat tentang perubahan selama dia menjadi krew PDO satu ketika dulu. Dengarkan CMK FM di SINI atau menerusi TUNE IN RADIO di Anroid (iTab, iPad, Blackberry, Windows Phone, Smartphone dll). Search CMK FM. "Saya tidak gusar kalah atau menang sebab kekuatan saya hanya pada media baru dan bukan pada wang ringgit seperti orang lain. Malah, pilihan saya jika kalah saya sememangnya akan terus berjuang dengan cara saya sekarang. Jadi calon parti pun kalau nak kalah.. kalah juga kan.. maka tidak menjadi masalah langsung. Apa yang penting jika pengundi mahu pejuang rakyat yang lebih berani, konsisten, lantang dan tegas mewakili mereka.. maka pilihlah.. jika tida, mereka pilihlah sesiapa saja.. kalah atau menang saya tetap akan berjuang dan membela rakyat seperti biasa", kata blogger itu lagi.

Info Blogger Cucumatkilau Klik di www.calonprorakyat.blogspot.com

[Selepas panas dengan spekulasi selama ini akhirnya beliau mengesahkan akan bertanding pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Satu sidang media akan diadakan jam 3.00 petang, Jumaat ini (5 April 2013)  di Kuantan. Beliau yang pernah menjadi calon KeADILan untuk bertanding pada dua pilihanraya terdahulu kini sudah tidak bersama parti itu lagi, kerana mahu bergerak sebagai Aktivis Bebas. Banyak pendedahan dan pembongkaran yang dilakukannya telah mendapat perhatian daripada kerajaan negeri termasuk pihak istana Pahang sendiri selama ini. Susulan, keputusannya untuk bergerak sebagai aktivis maka dia tidak lagi tercalon untuk bertanding mewakili mana-mana parti politik di negara ini. Justeru, dia mengambil keputusan untuk bertanding atas kapasiti calon bebas yang "Pro Rakyat". Apapun, sama-sama kita nantikan sidang media beliau berkenaan perkara ini. Difahamkan, dia akan bertanding di salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang terdapat di bandar Kuantan. Pada PRU-12 lalu, dia bertanding atas tiket PKR di DUN Kemayan, Bera. Kehadirannya pada PRU-13 ini pasti memeriahkan lagi PRU13 bagi kerusi bandar kali ini. Kerusi parlimen yang melibatkan bandar ialah Parlimen Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar. Manakala, kerusi DUN pula ialah Teruntum, Semambu, Tg.Lumpur, Inderapura serta Beserah. Soalnya, di mana beliau akan bertanding !!].
Share:

Panas: 'Bubar Parlimen', PM Tersalah Sebut Tarikh !!

Sungguh mengejutkan, dalam keghairahan rakyat mendengar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen pagi tadi ramai yang tidak perasan rupan-rupanya PM telah tersalah sebut tarikh parlimen bubar. Beliau sebenarnya dengan jelas menyebut parlimen di bubarkan pada 3 April 2012 dan bukannya 3 April 2013. Apapun, kesilapan teknikal itu dianggap kecil namun besar impaknya kepada rakyat. Mungkin akibat begitu teruja untuk umumkan pembubaran parlimen maka Najib tersalah sebut. Soalnya sekarang, siapakah yang menyediakan skrip teks ucapan Najib itu agaknya?. Untuk kepastian lebih lanjut, sila dengarkan video yang dipaparkan pada artikel di bawah.
Share:

Panas: Sah, PM Umum Pembubaran Parlimen Hari Ini


[Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhirnya mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 dilangsungkan. Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari. Perdana Menteri juga mengumumkan sekiranya berlaku peralihan kuasa maka ia harus dilakukan secara aman dan tertib. Kerajaan negeri turut disarankan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Kerajaan sedia ada akan menyelesaikan tanggungjawab sehingga selesai Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Dengan pengumuman Najib ini maka debaran rakyat untuk menunggu PRU-13 kini sudah terjawab dan mereka hanya menantikan pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menetapkan tarikh Hari Pencalonan dan Pengundian. Apapun, PDO ucapkan selamat berjuang kepada semua. Suburkanlah demokrasi itu untuk dinikmati generasi akan datang !]
Share:

Renungan: Najib Di Gesa "Selesaikan" Dulu Isu Air Di Pahang Sebelum "Tabur Janji Manis" Di Negeri Lain !


[Video pendedahan isu air yang dibuat oleh Aduan Rakyat TV3 ini bukanlah terlalu lama untuk tidak dijadikan renungan buat semua. Ia bersiaran selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu iaitu antara tahun 2010 hingga 2011. Maknanya, isu ini masih terlalu baru untuk diperkatakan oleh rakyat Pahang. Mereka kini merasa malu dan tertipu dengan janji-janji manis yang ditaburkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak yang merupakan anak Pahang sendiri. Berjanji memang muda, tapu hakikatnya apa yang berlaku amatlah memalukan. Negeri Pahang lebih teruk dari negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang sebenarnya. Jik anak dikatakan tiada peruntukan, Pahang diperintah oleh BN sejak zaman berzaman. Tidak pernah sekali pun pembangkang berjaya menang di Pahang. Namun kenapa isu air sejak 30-40 tahun lalu terutamanya di kawasan tanah rancangan Felda seluruh negeri masih gagal untuk diselesaikan?. Anehnya, dalam masa yang sama Felda beriya-iya untuk disenaraikan di Bursa Malaysia. Siapa yang untung?, bukankah mereka yang memiliki saham terbesar seperti Isa Samad dan proksi-proksinya. Sebaliknya para peneroka terus dirundung derita masala air ini. Justeru, rakyat Pahang berfikirlah secara bijak dan buat pilihan yang tepat pada PRU-13 nanti. Jom Ubah Sekarang!]. 
  • Lagi isu 50 tahun tiada air di Pahang (Kg.New Zealand Maran) klik SINI
Share:

Panas: Pertembungan Nasruddin Lawan Saiffuddin Di Temerloh Mungkin Tidak Jadi Kenyataan PRU-13 Ini !


[Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, merangkap Ahli Parlimen Temerloh, Dato' Saifuddin Abdullah dijangka bakal digugurkan dari senarai calon, menguatkan spekulasi bahawa namanya sudah tidak berada dalam kedudukan calon pilihan perdana menteri, Najib Razak. Ia juga menguatkan spekulasi bahawa parlimen Temerloh tidak akan ditandingi UMNO seperti kelazimannya memandangkan parti itu akan bertukar kerusi dengan MCA yang menyerahkan Kuantan kepada UMNO untuk menentang penyandang dari KEADILAN, Fuziah Salleh. Saifuddin dalam mesej di Twitter semalam mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada calon Pakatan Rakyat dari PAS, Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi yang sah bertanding kerusi Temerloh. Kerusi Temerloh secara tradisinya ditandingi UMNO, namun oleh kerana UMNO mahukan Kuantan maka Temerloh dijangka diserahkan kepada MCA sekaligus berakhir sudah penguasaan parti itu di bandar kedua terbesar di Pahang itu. Ahli majlis tertinggi UMNO itu sudah lama disenarai sebagai antara calon yang bakal digugurkan kerana kerap kali menentang dasar Najib Razak selain mempertikaikan banyak polisi dan dasar kerajaan termasuk Akta Perhimpunan Aman (APA 2012). Sambil mengakui dia masih belum pasti tentang kedudukannya, Saifuddin menjelaskan adalah lebih baik dia hanya menunggu sahaja pengumuman senarai calon oleh Najib tetapi desa desus mengatakan dia hampir pasti tidak akan dicalonkan walaupun disenangi oleh penduduk Temerloh].
Share:

Panas: Ceramah Anwar Di Ganggu Lagi Malam Tadi !!


[Seperti dijangka banyak pihak, Pakatan Rakyat mengumumkan calon bagi bertanding kerusi parlimen Johor Bharu dalam pilihanraya umum akan datang. Menepati ramalan sebelum ini, bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral (B) Md Hashim Hussein dari KEADILAN dipilih mewakili Pakatan Rakyat bagi menghadapi tentangan calon UMNO dan Barisan Nasional. Perkara itu diumumkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam satu lagi program Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Johor Bharu malam tadi. Sebelum pengumuman tersebut dibuat, lebih 50 anak muda upahan Umno seperti biasa melakukan provokasi melampau dengan membawa bendera BN sambil menjerit perkataan lucah tanpa rasa malu di hadapan ribuan rakyat yang sudah menunggu. Mereka cuba mengadakan sekatan jalan raya menuju tapak ceramah tetapi kecekapan anggota polis yang berada di tempat kejadian berjaya mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Mereka yang dipercayai dari sekitar Johor Bharu dan Tebrau juga cuba menghalang kenderaan yang membawa pemimpin Pakatan Rakyat dari memasuki tapak ceramah, namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa apabila polis mengarahkan mereka supaya berundur bagi memberi laluan. Sasaran mereka jelas, ditujukan kepada Anwar dan rombongannya dengan menggunakan kayu bendera yang dibawa dan cuba menjolok masuk ke kenderaan yang bawa Anwar tetapi gagal mengenai sasaran !].
Share:

Panas: Bekas DO Dedah Projek IC Tiba-Tiba Hilang !!


[Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ibrahim yang begitu berani mendedahkan skandal projek Kad Pengenalan (IC) dan rusuhan di Sabah pada tahun 80-an, dilaporkan hilang tanpa dapat dikesan. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Pengarah Propaganda Edy Noor Reduan memaklumkan Hassnar dan isteri tidak dapat dikesan lebih dari 24 jam selepas menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada hari Ahad lalu. Katanya, SAMM melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan Hassnar dan isteri akibat pendedahannya yang menyebut mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai dalang pemberian IC kepada warga asing di Sabah. Sehubungan itu, satu laporan polis akan dibuat oleh SAMM di Balai Polis Jalan Pantai Baharu pada jam 5.30 petang semalam. Apakah nasib Hassnar sama seperti Penyiasat Persendirian, P.Balasubramaniam yang tiba-tiba hilang selepas membuat SD keduanya berhubung isu penglibatan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantunya Shaariibuu dulu. PI Bala kemudian muncul baru-baru selepas berada di luar negara. Namun, hayatnya tidak panjang selepas mendedahkan rahsia disebalik kes itu apabila secara tiba-tiba meninggal dunia beberapa hari kemudiannya. Apakah insiden sama akan berlaku lagi kali ini].
Share:

Panas: Laporan "Kelantan After Dark" Tidak Berasas !

Share:

Panas: "Seluruh Kuantan Lumpuh" Putus Bekalan Air!

KUANTAN, 2 April - Orang ramai di seluruh bandar ini dan kawasan sekitarnya merungut dan kecewa dengan masalah terputus bekalan air yang semakin kerap melanda sekarang ini. Walau pun isu ini sudah berkali-kali diwar-warkan, namun nampaknya situasi yang melanda kini semakin teruk malah lebih memburukkan. Berbagai aktiviti terjejas gara-gara masalah air yang melanda. Malah, tidak kurang juga yang kecewa kerana semenjak Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang dikorporatkan menjadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) masalah air di Pahang semakin kritikal dan cukup membimbangkan. "Saya amat terkilan kerana Kerajaan Negeri Pahang beriya-iya benar nak jual air ke Selangor.. tapi rakyat sendiri terpaksa menanggung derita akibat masalah air.. ini namanya "kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan... gajah di sebarang laut nampak.. kuman di depan mata tak nampak" akhirnya kami rakyat Pahang yang menjadi mangsa", kata seorang kakitangan kerajaan yang ditemui. Sungguh memalukan, di kala Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak berbangga kononnya mahu ambil alih Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyelesaikan masalah air yang melanda negeri itu, tapi apa yang berlaku sebaliknya. Negeri Pahang sendiri yang mengalami nasib yang lebih teruk dari apa yang disangka selama ini. Kini seluruh Kuantan menghadapi masalah air yang cukup teruk sekali. 


Difahamkan, kawasan yang terjejas ialah seluruh Jalan Kuantan By Pass dari Lapangan Terbang sehingga seluruh Indera Mahkota termasuk Pandan, Permatang Badak, Bukit Rangin, Seluruh Jalan Gambang dari Kemunting sehingga simpang Gambang termasuk Tanah Putih,Batu 3,Sg.Isap,Permatang Badak,Taman Tas, Seri Mahkota,Jaya Gading,Sri Damai,Kem Batu 10, Sri Fajar, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Seluruh Jalan Sungai Lembing dari Indera Mahkota sehingga Bukit Bakong termasuk Kg.Pandan, Taman Impianku,Bukit Kuin, Batu Sawar, Seluruh Kawasan Galing, Air Putih, Bukit Sekilau, Jalan HJ.Ahmad sebahagian Bukit Ubi dan Jalan Lim Hoe Lek. Turut terlibat ialah seluruh Jalan Pekan sehingga Kg.Ubai termasuk Inderapura, Indera sempurna, Tanjung Lumpur, Peramu, Sg.Soi, Berjaya Permai dan sekitarnya.  Menurut laporan dari laman web rasmi PAIP mendakwa gangguan tersebut berlaku akibat kerja-kerja penyambungan paip utama di Rumah Pam Kobat dekat Sungai Lembing. Namun, apa yang memusykilkan jika benar dakwaan PAIP itu, kenapa ada sesetengah kawasan yang sudah mengalami masalah air sejak dua tiga minggu yang lalu?. Inilah yang menjadi masalah sekarang ini. Jika berlaku di negeri pembangkang, sudah pasti begitu cepat media arus perdana memainkan isu. Namun, bila berlaku di negeri Perdana Menteri sendiri mereka semua menikus dan tidak mahu mendedahkan maslaah ini kerana takut undi BN hilang pada PRU13 nanti. Akhirnya cerita isu air dibakul sampahkan.


[Tolonglah Kerajaan Negeri Pahang, usahlah menipu rakyat lagi dengan isu air ini. Berpijaklah di bumi yang nyata. Buktikan BN mampu mengatasi masalah air seperti yang diperkatakan oleh Perdana Menteri sendiri. Jika di negeri pembangkang, mungkin masalah berlaku akibat peruntukan yang disekat dan sebagainya. Masalahnya, kenapa di Pahang iaitu sebuah negeri yang ditadbir oleh UMNO BN turut mempunyai isu yang sama. Bukankah negeri BN mempunyai cukup peruntukan yang boleh diperolehi dari pusat untuk mengatasi masalah ini. Kenapa tidak dilakukan? Mana pergi semua wang tersebut?. Kerajaan Negeri rela memberi geran tahunan RM50 juta kepada Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) kononnya untuk dasar pengswastaan, namun apa yang berlaku?. Semakin dikorporatkan maka semakin teruk masalah air di negeri ini?. Persoalan tentang Kuantan lebih teruk sebenarnya. Sudahlah ibu negeri Pahang ini dilanda bah yang teruk awal tahun ini, kini air pula teruk terputus di sana sini. Kasihan rakyat terpaksa menanggung derita akibat retorik politik pihak-pihak atasan yang tidak cakna. Mereka yang menjadi mangsa bukan sahaja penyokong pembangkang, malahan penyokong UMNO BN sendiri sebenarnya. Oleh itu ubahlah sekarang !!].
Share:

UTC Kuantan Mulakan Operasi Secara Rasmi Semalam

KUANTAN, 2 April - Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan yang berfungsi sebagai pusat sehenti di Terminal Makmur, di sini, memulakan operasinya semalam. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Zulkifli Yaacob (foto) berkata, orang ramai khususnya warga Kuantan boleh mengunjungi pusat itu bermula jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari. Menurutnya, UTC bernilai RM25 juta itu akan memenuhi keperluan orang ramai untuk menyelesaikan urusan berkaitan agensi kerajaan dan perbankan dengan lebih mudah serta cepat. “Sebanyak 76 jabatan kerajaan dan institusi perbankan serta 55 premis perniagaan beroperasi bermula jam 8 pagi hingga jam 10 malam. Ia dibuka setiap hari termasuk cuti hujung minggu. “UTC ini akan menjadi pusat sehenti untuk penduduk bandar mendapatkan pelbagai perkhidmatan daripada agensi kerajaan dan swasta,” katanya. Zulkiflli berkata, antara agensi itu ialah PDRM, JPJ, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta MPK sendiri. “Selain itu, institusi perbankan dan kaunter bayaran bil elektrik, air dan telefon juga akan mempunyai kios di situ. Kuantan adalah UTC keempat selepas dilaksanakan di Melaka, Kuala Lumpur dan Perak. “Saya harap orang ramai  menmanfaatkan pusat itu kerana kedudukannya di pusat bandar,” katanya kepada media.


[Ramai pihak yang mengutuk pembinaan UTC ini sebenarnya. Namun dalam masa yang sama mereka juga harus sedar ia adalah satu kemudahan terbaru untuk rakyat Kuantan. Semuan agens yang berkaitan kini berada di bawah satu bumbung. Ia memudahkan rakyat untuk membuat urusan tanpa perlu menghadapi masalah lagi dengan kesesakan jalanraya dan sebagainya. UTC Kuantan kini menjadi mercu tanda terbaru di bandar ini. Namun, ramai yang hairan dan terkejut kenapa ada pembinaan sebuat gelanggang Futsal berhadapan dengan bangunan UTC itu. Ia sedikit mencacatkan pemandangan dan tidak bersesuaian dengan lokasi berkenaan. Di minta pihak Majlis Perbandaran Kuantan siasat kenapa kebenaran membina gelanggang futsal di situ boleh terlepas pandang. Ramai yang mempertikaikan projek yang mencacatkan pemandangan].
Share:

Panas: Isu Pencerobohan Tanah Di Maran, Penduduk Dakwa Dato' Rosni Zahari Di Fitnah Musuh Politiknya

MARAN, 2 April - Beberapa orang penduduk Felda Kenanga Jengka 7 dekat sini semalam menafikan dakwaan tentang penglibatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Dato' Rosni Zahari (foto) dengan kes penderobohan tanah seperti yang didedahkan oleh PDO pada 27 Februari lalu. Artikel PDO bertajuk Panas: 'Exco Wanita UMNO Pusat' Di Percayai Dalang Kes Ceroboh Tanah Secara Haram Di Maran Pahang ketika itu membongkarkan tentang satu skandal pencerobohan tanah secara haram berhampiran hutan Bukit Chempedak dan Hutan Simpan Jengka di daerah ini. Mereka mendakwa, tidak mungkin pemimpin yang selama ini berjuang dalam UMNO dari bawah dan memahami setiap masalah rakyat di kawasan ini boleh berbuat demikian. "Saya rasa ada pihak yang cuba menfitnah Dato' Rosni bagi tujuan menghalang kerjaya politik beliau yang kini semakin memuncak. Tambahan pula menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 yang kian hampir sekarang ini. Saya tidak yakin Rosni sanggup berbuat demikian kerana dia tahu undang-undang dan merupakan seorang peguam syarie yang terkenal di kawasan ini malah di Pahang khasnya. Masakan dia tergamak melakukan perbuatan demikian dikala rakyat mula melihat setiap gerak geri pemimpin UMNO sekarang ini", kata seorang penduduk terbabit. Kerjaya politik Rosni dilihat semakin meningkat naik apabila beliau berjaya meraih undi tertinggi ketika bertanding pada pemilihan pucuk tertinggi Pergerakan Wanita UMNO beberapa tahun yang lalu. Malah, undi yang diperolehi lebih tinggi dari seorang lagi calon popular dari Pahang iaitu Datuk Maznah Mazlan. Beliau kemudian dilantik menjadi Exco Wanita UMNO Pusat dibawah Datuk Seri Sharizat Abd Jalil. Malah, dia juga telah dilantik menjadi Ketua Wanita UMNO Pahang sekarang. Akibat kejayaan demi kejayaan yang diraihnya kini maka ada pihak yang cuba memburukkan nama baik beliau agar karier politiknya tercalar.  Sementara itu seorang lagi penduduk mendakwa, Rosni amat disenangi oleh masyarakat di sini (Maran). "Dia lebih dekat dihati rakyat dan sering terlibat dalam berbagai program yang berkaitan rakyat di kawasan ini. Dia juga amat disenangi oleh rakyat akibat sikap mesra dan keprihatinannya dalam membela isu-isu rakyat selama ini", katanya.  Rosni merupakan Ketua Wanita UMNO yang paling muda memegang jawatan itu diperingkat bahagian. Dia menang jawatan itu di Bahagian Maran pada usia 27 tahun. Kemungkinan besar akibat cemburu dan iri hati dengan kejayaan yang dikecapi, maka akhirnya berbagai tohmahan liar dilontarkan kepada pemimpin terbabit. Sementara itu  Rosni yang sempat dihubungi oleh krew PDO baru-baru ini  berkata dia amatlah berharap isu-isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan lagi.


"Saya pasrah dengan apa yang berlaku.. orang boleh membuat tuduhan liar dengan mengaitkan nama saya tanpa bukti-bukti kukuh. Mereka sanggup lakukan apa saja untuk memastikan masa depan politik saya terkubur. Apapun saya bersyukur atas kepercayaan rakyat terhadapa apa yang diperjuangkan oleh saya selama ini. Mereka lebih tahu dan kenal siapa saya daripada pihak lain yang gemar menabur fitnah untuk kepentingan politik masing-masing", katanya. Malah beliau juga yakin, pasti selepas ini akan ada berbagai dakwaan yang mengaitkan beliau dengan isu-isu panas menjelang pilihanraya umum ini. "Saya berharap isu-isu seperti ini tidak dapat menghilangkan fokus saya untuk memastikan Wanita UMNO Pahang terus mantap dan bertenaga dalam memastikan BN terus mempertahankan negeri ini pada pilihanraya umum akan datang. Soal saya menjadi calon atau tidak itu terserah kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan parti.. apa yang penting saya terus istiqamah dalam menjalankan segala kerja-kerja parti untuk memastikan kebajikan buat rakyat keseluruhannya", tambahnya lagi.



[Apa yang berlaku kepada pemimpin UMNO ini adalah satu permainan politik licik menjelang Pilihanraya Umum akan datang. Jika sebelum ini kita melihat serangan dilakukan terhadap pemimpin pembangkang, kini sesama dalaman parti juga ia sudah menular. Apapun, pendedahan yang dibuat jika disertakan dengan dokumen yang berkaitan kemungkinan besar akan meyakinkan rakyat sebenarnya. Walau bagaimana pun ia diharap bukanlah sesuatu yang berkekalan, kerana politik seperti ini akhirnya akan menikam diri pihak yang lain jika ia tidak berlandaskan kebenaran. Pahang Daily Online (PDO) berhak menyiar apa jua artikel dan pendedahan yang dihantar kepada pihak kami. Dalam masa yang sama jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pendedahan yang dilakukan mereka bolehlah mengemukan hujjah masing-masing untuk mempertahankan diri. Namun, apa yang dilihat sebelum ini tidak ramai yang berbuat demikian. Justeru apa yang berlaku kepada pemimpin seperti Dato' Rosni Zahari ini harus dijadikan ikhtibar dan pengajaran. Mungkin selepas ini nanti, ramai lagi pemimpin baik UMNO BN atau pun pembangkang yang akan menajdi mangsa. Oleh itu, bersediakan berhadapan dengan politik seperti ini. Jika tidak tahan dengan serangan siber maka kelak anda sendiri yang tewas akhirnya. Selamat berjuang !!].
Share:

Promosi Kempen Pilihan Raya Di Pahang Daily Online

Sebagai sebuah media baru yang telus, bebas dan adil kepada rakyat Pahang, maka Pahang Daily Online (PDO) menawarkan peluang kepada semua pihak untuk menggunakan blog ini sebagai ruang maya terbaik sebagai bahan kempen Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Anda boleh menggunakan PDO untuk memperkenalkan profail calon, mengetengahkan isu, mewar-warkan aktiviti calon dan parti, membangkitkan sokongan, mempromosikan calon serta lain-lain yang berkaitan. Setiap pendedahan yang dibuat adalah berdasarkan kepada maklumat dan kerjasama yang diberikan oleh anda sendiri. Sekiranya anda sudah bersedia untuk meneroka alah baru di alam siber ini maka mulakan langkah bersama kami. PDO boleh menjadi media terbaik di Pahang dalam usaha anda memperkenalkan calon-calon yang bertanding kali ini. Ramai pengundi yang berada diperantauan terkadang tidak kenal calon masing-masing. Oleh itu, dengan adanya blog ini ia memberi kemudahan kepada semua pihak baik calon Barisan Nasional (BN) mahu pun Pakatan Rakyat (PR). Sukacita dimaklumkan bahawa PDO adalah media bebas "Free Media" yang "tidak terikat" dengan parti politik sebenarnya. 


Justeru kami akan menyiarkan segala artikel dan berita daripada semua pihak tanpa ada sikap "double standard" walau pun ada yang menuduh sedemikian. Penangan blog menjadi salah satu sebab berlakunya "Tsunami Politik" pada Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu. Makanya, jangan lepaskan peluang untuk menjadikan PDO sebagai medium terbauk untuk memastikan kemenangan calon-calon anda pada PRU-13 ini. Jika berminat untuk berkerjasama dengan pihak kami, sila hubungi krew PDO untuk berbincang dan dapatkan maklumat lanjut. Taipkan PDO_PRU dan hantarkan ke 019-284 5511 sekarang. Tawaran dibuka kepada semua calon seluruh Malaysia amnya dan Pahang khasnya.
Share:

Sidang Media Chegubard Dakwa UMNO Parti Haram !

Share:

PAS Anjur Himpunan Countdown Bubar DUN Pahang !

KUALA LIPIS, 2 April : PAS Pahang akan mengadakan himpunan 'countdown' pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang pada 7 April di Taman Indera Sempurna, Kuantan. Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) ketika berucap pada siri jelajah Negara Berkebajikan di Padang Tengku petang semalam memberitahu himpunan tersebut akan diadakan secara besar-besaran. Menurut beliau lagi, sebagaimana Negeri Sembilan yang terbubar secara sendiri, rakyat di Pahang juga akan menantikan berlakunya pembubaran Dun sedemikian jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mahu memgumumkan pembubaran parlimen dalam masa terdekat. "Kita akan mengadakan himpunan besar-besaran untuk menanti terbubarnya Dun Pahang pada 7 April nanti di Kuantan. "Kita harap seluruh rakyat Pahang yang menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat untuk hadir menanti detik terbubarnya Dun Pahang secara sendiri dan juga detik bersejarah yang memalukan dalam pentadbiran Najib," ucapnya di hadapan kira-kira 500 penduduk. Tambah beliau lagi, seluruh rakyat di negara ini sudah tidak bersabar menanti pembubaran parlimen, mereka cukup bersedia untuk melakukan perubahan lanskap politik negara ini. "PAS bersedia kepada perubahan, Pakatan Rakyat juga bersedia kepada perubahan, rakyat juga bersedia membuat perubahan sebab itulah mereka sudah tidak sabar untuk memilih PAS, PKR dan DAP pada pilihanraya nanti. "Rakyat Pahang perlu yakin untuk membuat perubahan, kita kalahkan Najib di Pekan maka seluruh Pahang akan kita menangi," sambung beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat. Tuan Ibrahim menyatakan kerajaan yang dipilih rakyat adalah untuk menjaga hak dan kebajikan rakyat, tetapi apa yang berlaku pada kerajaan sekarang ini mereka abai dan gagal menjaga rakyat termasuk soal kebajikan. Menurutnya lagi kerajaan BN sekarang begitu terdesak dan akan mengumumkan pelbagai perkara dengan tujuan untuk tunjuk mereka prihatin tetapi rakyat akan dibebani apabila mereka kekal memerintah. Pada program itu, beliau juga turut serahkan bendera dan baju kepada Unit Peti Undi dalam Parlimen Kuala Lipis sebagai simbolik persediaan hadapi pilihan raya umum ke-13 nanti. sumber


[Pertama kali dalam sejarah bagi negeri Pahang di mana Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar dengan sendirinya pada 7 April ini. Melihat kepada sambutan rakyat terhadap program Jelajah Negara Berkebajikan anjuran PAS ini jelas sekali menggambarkan satu perubahan besar akan berlaku di Pahang pada pilihanraya umum ke-13 akan datang pastinya. Malah, ribuan manusia juga dapat dilihat dalam program mereka di Jerantut malam tadi (foto). Rakyat Pahang ternyata mahu melakukan perubahan untuk melihat sebuah kerajaan negeri yang benar-benar telus, adil serta menjaga kebajikan rakyat. Bukanya sebuah kerajaan yang sekadar beretorik semata-mata. Di Pahang berbagai isu besar yang menjadi modal untuk Pakatan Rakyat terutamanya Lynas dan masalah bekalan air yang masih tiada kesudahannya sekarang ini. Apapun, rakyat amat berharap agar kerajaan baru yang akan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri nanti mestilah melakukan apa yang mereka perkatakan jika tidak mahu ditolak rakyat selepas itu].
Share:

Panas: Sah, Sakmongkol Di Umumkan Calon DAP Raub


[Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng malam ini telah mengumumkan Dato' Mohd Ariff Sabri atau lebih popular sebagai blogger Sakmongkol AK47 sebagai calon DAP untuk bertanding di kerusi Parlimen Raub pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Dato Ariff ialah bekas ADUN Pulau Manis, Pahang dan juga bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan. Dengan pengumuman ini ia melenyapkan spekulasi Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji  yang awalnya dikatakan akan bertanding di situ. Apapun, pengumuman ini pasti mengejutkan kerana sebelum ini Sakmongkol menafikan akan bertanding pada PRU-13 dan ingin memperhambakan diri kepada perjuangan rakyat bersama parti DAP. Kini, ia jauh tersasar dari matlamat awal perjuangannya. Apapun, beruntunglah beliau kerana baru saja menyertai DAP dia sudah diangkat sebagai calon daripada orang lain yang telah sekian lama berjuang bersama parti itu. Pastinya, berita ini pasti merimaskan pemimpin UMNO BN di Pahang, malah Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak sendiri sebenarnya. Ini kerana beliau begitu tahu banyak maklumat dan fail-fail sulit UMNO sejak sekian lama. Soalnya, apakah rakyat Raub akan memberi sokongan kepadanya kali ini. Apapun, Syabas serta tahniah PDO ucapkan kepada pemimpin itu. Selamat berjuang Sakmongkol!].
Share:

Panas: Apa Sudah Jadi?, Pakatan Rakyat Di Parlimen Temerloh Pula Bergolak Isu Siapa Calon PRU Kali Ini !

TEMERLOH, 1 April - Pilihanraya Umum Ke-13 semakin hampir, namun isu pembahagian kerusi Pakatan Rakyat di Pahang kini masih panas dan gagal memberi kepuasaan kepada para penyokong parti-parti yang bertanding. Jika di Parlimen Bentong, PKR kecewa apabila DAP melanggar prinsip dengan mengumumkan Wong Tack bertanding di kerusi yang berstatus quo itu. Begitu juga di tempat lain seperti DUN Damak, DUN Teruntum, DUN Chini dan banyak lagi. Gara-gara tindakan pihak tertentu mengumumkan calon mereka untuk kerusi yang bertindih, menyebabkan kekecohan dan perang saraf kini berlaku di sana sini. Begitu juga terbaru di kerusi Parlimen Temerloh. Khabarnya, perbalahan antara penykong PAS dan PKR kini semakin kritikal hingga keperingkat sanggup menghina pemimpin masing-masing. Ia amat memalukan dan tidak wajar berlaku di kala PRU-13 kini kian menghampiri. Namun, hakikatnya tidak dapat ditolak dan sikap tidak puas hati yang menebal boleh menyebabkan harapan untuk Pakatan Rakyat menang di situ semakin pudar sebenarnya. Kini serangan demi serangan berlaku di laman sembang sosial facebook dan blog-blog. Semuanya gara-gara penyokong PKR tidak berpuas hati apabila PAS menuntut kerusi tersebut diserahkan kepada mereka kerana ia hanya dipinjamkan pada PRU12 lalu. Ketika itu, Ketua Cabang PKR Temerloh Ahmad Nizam Hamid menjad calon di situ. PAS mempunyai alasan kukuh untuk meletakkan calon mereka, kerana Temerloh ada sejarah bermulanya parti itu di negeri Pahang. Melihat kepada keghairahan para penyokong parti masing-masing, PKR terus mengedarkan poster Nizam sementara itu PAS mengedarkan poster calon mereka iaitu Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasharuddin Hassan At Tantawi. Tambah menarik apabila awal-awal lagi penyokong PAS mengatakan "Temerloh Hok Kome" yang menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong PKR disitu. Malah, ada laporan penyokong PKR diejek oleh penyokong PAS tatkala meletakkan bendera parti itu disekitar bandar Temerloh sekarang ini. Senario ini cukup membimbangkan dan boleh menjurus ke arah kekalahan secara keseluruhannya. Itu antara penyokong PAS dan PKR, belum termasuk perbalahan antara penyokong PKR sendiri di dalam menentukan calon mereka di DUN Lanchang.


Malah, apa yang lebih mengejutkan terdapat beberapa buah blog pro PKR dengan  berani menghentam pemimpin PAS dengan berbagai tuduhan. Blog kapaktunjai misalnya mendakwa keputusan Majlis presiden Pakatan Rakyat menyatakan keputusan kerusi Temerloh adalah STATUS QUO kepada Parti KEADILAN Rakyat tidak boleh dinafikan. Keputusan itu harus dipertahankan dalam kesepakatan yang harmoni. Semua pihak dalam Pakatan Rakyat harus akur dengan pucuk kepimpinan dan tidak perlu melakukan provokasi keras terhadap keputusan tersebut. "Sabotaj dari sebilang ahli PAS dengan menghembor kata-kata kesat terhadap petugas-petugas Jentera PKR semasa kerja memasang bendera di Bandar Temerloh adalah satu perkara yang tidak boleh dimaafkan, sepatutnya pemimpin mereka patut menjaga adab-adab ahli tambahan mereka ini adalah sebuah Parti yang memperjuangkan ISLAM. Tergamak mereka ini menghembor kata-kata itu kepada petugas “Non Muslim” seolah petugas ini begitu hina sekali dan tidak memberi sumbangan. Ingatlah mereka ini “Non Muslim” banyak sumbangan dalam kemenangan dalam negeri-negeri di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat" dakwa kenyataan di blog tersebut. Baca seterusnya di SINI. 



[Malah lebih menarik apabila ada pemimpin PKR Pahang sendiri yang terikut-ikut dengan perdebatan panas di facebook berkenaan isu ini. Misalnya, Ketua Cabang PKR Kuala Krau Hj.Suhaimi Said mendakwa beliau terkejut bagaimana PAS boleh umumkan mereka bertanding di kerusi Parlimen Temerloh. "Eh..eh..betul ker PAS tanding Parlimen Temerloh, bila buat keputusan ni? Dah runding dengan PKR ker, atau declare sendiri2 saja?", katanya. Sementara itu seorang penyokong PKR, Faudzi Majid pula mendakwa beliau tidak mahu kegelojohan melemahkan semangat pejuang-pejuang yang inginkan perubahan matlamat kita adalah terus memperjuangkan agenda rakyat bukan kepada mereka yang suka buat kerja-kerja gila. "Semua parti ada masalah...kenapa tidak dibuat rundingan yang baik tampa membuat declaration yang tak sepatutnya. Kita tidak mahu membuat pengumuman awal sebelum keputusan Majlis pimpinan PR membuat keputusan. Walaupun akhirnya kita terpaksa akur. Apakah agendanya sehingga sanggup menghancurkan hati dan perasaan rakan di dalam Pakatan", kata kenyataan beliau di facebook].
Share:

Adnan: BN Tak Goyah Dengan Pencalonan Dato' Fauzi

KUANTAN, 1 April - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) berkata pencalonan pengerusi Perhubungan PKR Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman untuk bertanding kerusi Parlimen Indera Mahkota di Kuantan tidak akan menggoyahkan semangat BN untuk merampas kembali kerusi itu. Beliau yakin BN boleh memenangi kembali Indera Mahkota dengan meletakkan calon yang tepat dan berpotensi. "Datuk Fauzi adalah seorang yang sangat berpengalaman dan bekas ahli BN, tetapi... sokongan untuk beliau kini telah berkurangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek perpustakaan awam negeri di Kemunting dekat sini hari ini. Sabtu lepas ketika berceramah di Balok Makmur, dekat sini Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Fauzi sebagai calon parti itu di Parlimen Indera Mahkota pada pilihan raya umum ke-13 nanti, menggantikan penyandang Azan Ismail, yang akan bertanding di Terengganu. Dalam pilihan raya umum 2008, Azan mengalahkan calon BN, Salamon Ali Rizal Abdul Rahman dengan majoriti 1,027 undi. Fauzi pernah menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari 1997 hingga 1999 dan pernah menjadi Ketua Bahagian UMNO Kuantan. Pada 23 Julai 2008, Fauzi mengisytiharkan keluar UMNO dan menyertai PKR. Adnan berkata pencalonan itu juga bukanlah sesuatu yang mengejutkan, namun tidak mengambil perkara itu dengan remeh sebaliknya fokus akan diberikan dalam memastikan perpaduan di kalangan anggota BN terus kental. Mengenai projek perpustakaan awam baharu itu, Menteri Besar berkata projek perpustakaan awam di tapak seluas 1.6 hektar dan menelan belanja RM45 juta itu dijangka siap tahun depan. Beliau berharap orang ramai, khususnya pelajar akan memanfaatkan sepenuhnya perpustakaan yang boleh memuatkan 2,500 pengunjung pada satu-satu masa itu, apabila ia siap nanti. Sumber: Bernama
Share:

Panas: Umumkan Fauzi Ganti Azan, Anwar Buat Silap Besar Kepada Pengundi Di Parlimen Indera Mahkota !

KUANTAN, 1 April - Ramai pihak terutamanya para pengundi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihanraya umum lalu mendakwa mereka kurang setuju dengan tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) mengumumkan nama Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman sebagai calon bagi kerusi Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini. Dalam ceramahnya di Balok Makmur malam kelmarin, Anwar tiba-tiba mengumumkan Fauzi menggantikan Azan Ismail untuk bertanding di situ. Ia sesuatu yang tidak masuk dek akal kata seorang penyokong Pakatan Rakyat yang ditemui. "Anwar sepatutnya tidak berbuat demikian terlalu awal kerana parlimen masih belum dibubarkan lagi. Kenapa perlu umum Fauzi ganti Azan sekarang, sedangkan di tempat-tempat lain semua calon yang menang (penyandang) dikekalkan. Itulah keputusan pusat sebelum ini.. maknanya YB Azan perlu dikekalkan kerana dia menang pada PRU12 lalu. Jika pun mahu umum, apa salahnya selepas parlimen bubar.. ini tidak, Azan masih Ahli Parlimen Indera Mahkota tiba-tiba diumum Fauzi gantikan Azan. Sedangkan Anwar tak umum pun Azan akan bertanding di kerusi mana pada malam itu. Apa yang terjadi ni macam sesuatu yang tak kena.. tambahan pula kami semua tahu hubungan Fauzi dan Azan agar tegang sejak beberapa tahun kebelakangan ini", katanya. Beliau turut mendakwa, sebagai pemimpin Anwar sepatutnya mendamaikan dulu Fauzi dan Azan dikhalayak ramai pada malam itu. "Apa salahnya Anwar umumkan Fauzi dan Azan berdamai secara rasmi mulai malam itu.. kemudian biarkan kedua-duanya bersalaman dan berpelukan.. barulah orang macam kami terharu dan sedia menerima kehadiran Fauzi... Tapi apa yang berlaku seolah-olah Fauzi tak sabar nak suruh Anwar umum .. takut Azan kekal bertanding di sini (Indera Mahkota). Ini tidak bagus dan saya ada baca dalam Sinar Harian hari ini.. Azan mendakwa dia tidak diundang langsung ke program malam itu dan hadir atas kapasiti Ahli Parlimen Indera Mahkota. Anwar boleh umum ditempat lain yang PKR tidak menang... tapi bukan di kerusi yang PKR menang.. sebab ia menimbulkan syak wasangka dikalangan rakyat. Kenapa perlu tukar orang lain jika kerusi itu Azan Ismail menang", ujarnya.


"Jika nak tukar pun tak boleh ke tunggu parlimen bubar?. Anwar boleh umum Fuziah tanding di Kuantan sebab dia penyandang dan Murni Hidayah di Paya Besar sebab itu bukan kerusi menang pada PRU12 dulu.. Tapi bukan di Indera Mahkota.. Inilah kesilapan besar yang dilakukan oleh Anwar kali ini.. Saya takut banyak undi PKR akan lari melihat senario yang berlaku ini. Kenapa terlalu tergesa-gesa buat keputusan yang cukup kontroversi seperti ini", tambahnya.

[Persoalannya sekarang, kenapa pemimpin berpengalaman seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh membuat tindakan (umum calon awal sebelum parlimen bubar) seperti ini?. Kini, perpaduan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kembali bergoncang di sana sini apabila wujud suara-suara panas yang mempertikaikan keputusan itu. Walau pun beliau Ketua Umum PKR dan orang terpenting dalam parti, namun tidak semestinya semua keputusan boleh dibuat sesuka hati. Lihat apa yang berlaku di Nibung Tebal, Gelang Patah, Paya Besar dan kini  merebak ke Indera Mahkota. Pemimpin tidak wajar sewenangnya menentukan calon pilihan mereka sesuka hati, kerana yang akan memilih ialah rakyat. Mereka mahukan yang terbaik dan bukan calon yang belum diuji tahap kesetiaan mereka kepada perjuangan rakyat itu sendiri. Melihat kepada senario yang berlaku di Parlimen Indera Mahkota ini, maka kemungkinan besar harapan untuk PKR mempertahankan kerusi itu kini nampak sukar. Tambahan pula Dato' Fauzi Abd Rahman dulunya adalah ahli parlimen kawasan itu (dulu Parlimen Kuantan sebelum jadi Indera Mahkota). Fauzi merupakan wakil rakyat tiga penggal disitu ketika bersama UMNO BN. Jika ketika berada dalam BN pun beliau gagal membawa perubahan besar kepada kehidupan rakyat, apatah lagi sekarang. Sewajarnya, PKR menampilkan caolon-calon muda yang berwibawa jika mahu dihormati rakyat. Jika pun ingin menamakan Fauzi, Anwar eloklah umumkan dulu kerusi yang bakal diberikan kepada Azan di Terengganu. Bukan membuang beliau ketika masih bergelar wakil rakyat di kawasan itu. Apa yang berlaku ini adalah satu-satunya kerusi PKR di Malaysia sekarang (calon yang menang tapi digantikan orang lain) !].

Lagi berita panas menyusul di Pahang Daily Online selepas ini :- 
  • Penyokong PAS Cini Hantar Memorandum Tolak Calon PKR !
  • Calon Bebas Dari PKR Bakal Lawan Calon Wahyu Paya Besar 
  • Bekas Calon PKR PRU12 Tanding Bebas Di Indera Mahkota !!
Share:

Lagi Foto Pemimpin UMNO Dengan Suspek Tersebar !


[Selepas tersebarnya foto keintiman Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan lelaki yang dikehendaki polis berhubung siasatan kes Operasi Daulat iaitu Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman, kini muncul pula foto-foto terbaru kelibatnya dengan dua orang menteri kabinet iaitu Datuk Mukhriz Mahathir (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri) dan Datuk Ahmad Maslan (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri).Foto-foto ini juga sedang tersebar dengan meluasa di laman sembang sosial facebook. Tidak dapat diketahui apakah program yang mempertemukan kedua-dua pemimpin terbabit dengan suspek itu. Namun, dari adengan yang dipaparkan ini jelas membuktikan beliau bukanlah asing bagi pemimpin UMNO itu sendiri. Maka itu, pihak polis yang mahu orang ramai memberi maklumat tentang suspek terbabit juga boleh berhubung dengan kedua-dua pemimpin UMNO itu bagi mendapatkan maklumat lanjut. Ia lebih elok dari bertanya kepada rakyat agar memberi info kepada rakan cop tentang lelaki ini. Dengan bukti terbaru ini, maka tentu ramai yang boleh membuat andaian pihak manakah yang mempunyai hubungan langsung dengan pihak berkenaan. Sebelum ini tersebar kelibat kesultanan Sulu dengan beberapa orang pemimpin UMNO. Kini seolah-olah bagai mengesahkan lagi apa yang didakwa oleh Naib Presiden PKR, YB Tian Chua tentang isu Lahad Datu bagai ada kebenarannya].
Share:

Panas: Foto Lelaki Di Cari Polis Bersama PM Tersebar


[Ramai pihak kini pasti keliru apabila melihat paparan foto diatas ini. Apa tidaknya lelaki yang dikehendaki polis berhubung siasatan kes Operasi Daulat iaitu Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman kelihatan begitu intim dengan pemimpin utama negara kita, iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri . Berdasarkan kepada gambar yang dipaparkan ini jelas sekali menunjukkan lelaki terbabit amat dikenali dan begitu rapat dengan Najib. Beliau yang kini amat dikehendaki pihak polis kerana dikatakan terlibat dalam menghulurkan dana kewangan kepada penceroboh Sulu di Lahad Datu, Sabah yang mencetuskan huru-hara di negeri itu baru-baru ini. Sebelum ini media arus perdana ada melaporkan bahawa pemimpin pembangkang disyaki terlibat menghulurkan dana tersebut. Namun, dengan bukti bergambar ini maka rakyat mungkin semakin keliru kerana suspek berkenaan dilihat begitu intim dengan Perdana Menteri. Gambar ini juga jelas menunjukkan Najib pasti kenal dengan individu tersebut Justeru, pihak polis digesa memudahkan kerja dengan mendapatkan maklumat awal daripada Perdana Menteri sendiri sekarang. Soalnya, apakah pihak polis berani berbuat demikian?. Kini segalanya penuh dengan misteri yang pasti akan lebih membingungkan rakyat Malaysia. Sumber: FB].
Share:

Ops Daulat: Polis Jejaki Lelaki Bergelar "Datuk Seri" !


[Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran. Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat. "Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran. "Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, semalam].
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.