script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: Penyelewengan Tanah Pembalakan Di Mukim Bebar, Cucumatkilau Membuat Laporan Polis Dan Gerak Terhadap Menteri Besar Pahang !

KUALA LUMPUR, 23 Jan [4.30 pm] - Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Batu Caves terhadap Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob berhubung dengan isu penyelewengan kelulusan tanah pembalakan di Mukim Bebar, Pekan sejak tahun 2000 yang lalu. Laporan dibuat oleh Blogger Cucumatkilau yang mewakili rakyat Pahang dan Pahang Daily Online sekitar jam 2.30 petang semalam. Dalam laporan itu antara perkara utama yang dipertikaikan ialah tentang kelulusan permohonan pembalakan yang didapati jelas melanggar Akta Perhutanan Negara. Malah kawasan yang diluluskan itu pula bercelaru, sekejap tanah kerajaan dan sekejap tanah milik UMNO Pahang. Malah dokumen berkaitan juga telah ditunjukkan sebagai bukti kukuh tentant penyelewangan ini. Malah, tindakan meluluskan permohonan pembalakan atas tanah kerajaan yang dikhabarkan milik UMNO, sedangkan ia tidak mempunyai geran jelas bertentangan dengan amalan undang-undang sebenarnya. Laporan berkenaan kemudian telah diserahkan kepada Pengerusi Gerak, Nazree Md Yunus (foto) sekitar jam 3.00 petang untuk dihantar kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat ini. Satu sidang media khas telah diadakan selepas laporan itu diserahkan kepada Gerak. Kes ini mungkin menjadi fail terakhir yang diterima oleh Nazree, sebelum beliau dengan rasminya mengumumkan perletakan jawatan sebagai Pengerusi Gerak hari ini.

[Laporan polis yang dibuat itu adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mana-mana pemimpin UMNO terutamanya di negeri Pahang supaya tidak lagi bercita-cita untuk menyelewengan dan merompak wang rakyat sesuka hati mereka. Akibat kecuaian isu tanah terbabit maka Kerajaan Negeri Pahang telah kehilangan premium yang berjumlah jutaan ringgit. Rakyat perlu sedar dengan apa yang berlaku ini sebenarnya. Maka itu, mereka mesti berusaha menolak pimpinan yang jelas tidak berupaya untuk berkhidmat dengan ikhlas, jujur dan bertanggungjawab itu lagi].
Share:

Almarhum Sultan Johor Selamat Disemayamkan Di Makam Diraja Mahmoodiah Jam 3.30 Petang !!

JOHOR BAHRU, 23 Jan [3.40 pm] - Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail (foto) yang mangkat di Hospital Pakar Puteri, jam 7.15 malam tadi selamat disemayamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah jam 3.30 petang ini. Permakaman jenazah Almarhum telah disiarkan secara langsung selama lebih dua jam oleh TV1, TV3, TV9 dan lain-lainnya. Antara orang kenamaan yang dilihat Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Ismailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah. Semasa pemerintahan baginda, Sultan Iskandar dikasihi pelbagai lapisan rakyat negeri Johor atas bimbingan dan perhatian berterusan baginda terhadap segala naungannya. Baginda bukan sahaja bijak dalam hal keagamaan dan pemerintahan tetapi juga dalam pelbagai bidang lain seperti ketenteraan, sukan dan perniagaan. Baginda sering bertitah mengingatkan rakyatnya agar sentiasa hidup bermuafakat, bersatu padu dan bekerja bersungguh-sungguh bagi menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan rakyat dan negeri Johor Darul takzim.

[Seluruh warga kerja Pahang Daily Online mengucapkan takziah di atas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar itu. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan. Apa yang mengejutkan ialah, Sultan Kelantan yang dihebohkan gering sejak sekian lama tetapi Sultan Johor yang doanggil mengadap Allah terlebih dahulu. Apapun semoga roh Almarhum akan ditempat dikalangan orang-orang yang soleh dan mendapat rahmatNya. Salam dari krew penerbitan PDO].
Share:

Bekas Pengerusi Gerak, Nazree Md Yunus Meletak Jawatannya Untuk Menceburi Bidang Politik Pula

KUALA LUMPUR, 23 Jan [2.10 pm] - Sekretariat Gerak Malaysia dalam satu kenyataan mengumumkan perletakkan jawatan Mohd Nazree Mohd Yunus (foto), sebagai Pengerusi Gerak Malaysia berkuat kuasa serta merta pada hari ini 23 Januarai 2010 bagi menyertai politik. Perletakan ini dibuat bertujuan supaya Gerak Malaysia kekal sebagai badan bebas dan tidak partisan dan membudayakan integriti dan anti-rasuah. Kenyataan tersebut juga memberitahu, struktur Gerak yang lain bagaimanapun kekal seperti biasa melainkan bagi jawatan Pengerusi Gerak yang akan dikosongkan Nazree berkuatkuasa pada hari ini.

[Tahniah atas kejayaan Nazree Yunus keraja menerajui Gerak selepas NGO itu ditinggalkan oleh petualang rakyat, Ezam Md Noor dulu. Sesungguhnya Gerak telah berjaya menyedar dan menyakinkan rakyat bahawa ada pihak yang amat peka dalam memantu kegiatan rasuah dan korupsi di negara kita. Biar pun, banyak laporan yang dibuat tidak mendapat tindakan sewajarnya daripada pihak berkenaan, namun ia setidak-tidaknya berjaya menyedarkan rakyat tentang bahaya rasuah. Soalnya sekarang, ke manakah hala tuju perjuangan beliau agaknya selepas ini. Apa yang pasti perjuangannya selama ini seiring dengan aspirasi Pakatan Rakyat. Apakah Nazree akan menyertai PKR atau PAS agaknya?. Yang pasti bukan UMNO yang bakal menjadi landasan perjuangannya dalam politik, kerana parti itu tidak bersesuaian dengan jiwa dan harapan anak muda sepertinya itu].
Share:

Sultan Johor, Sultan Iskandar Kini Kegeringan Dan Telah Dimasukkan Ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru Untuk Jalani Rawatan Perubatan !!

JOHOR BAHRU, 22 Jan [6.30 pm] - Jemaah Majlis Diraja Johor memaklumkan Sultan Johor, Sultan Iskandar (foto), telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru hari ini kerana kegeringan. Setelah menerima laporan kesihatan daripada pakar perubatan, baginda bersetuju untuk melantik Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar sebagai Pemangku Raja pada hari ini bagi menjalankan tugas raja semasa kegeringan baginda. Berikutan kenyataan rasmi Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli. Jemaah Majlis Diraja Johor memaklumkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru pada 22 Januari 2010 kerana kegeringan. Dengan itu, Jemaah Majlis Diraja Johor membuat keputusan di bawah pasal 9 (1)(B) dan 9 (2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1995.Setelah menerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan, bersetuju melantik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tengku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja pada hari ini, 22 Januari 2010 bagi menjalankan tugas raja semasa kegeringan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar.
[Pahang Daily Online amat bersimpati dengan nasib dan musibah yang menimpa Baginda Sultan Johor. Tambahan pula, bakal permaisuri negeri Pahang juga adalah merupakan anak kepada Sultan Johor itu sendiri. Maka itu, persaudaraan antara rakyat di kedua-dua buah negeri haruslah dieratkan demi membawa kejayaan kepada agama, bangsa dan negara].
Share:

Berita Panas: Peguam SPRM Pula Mahu Tindakan Dikenakan Terhadap "Suara Keadilan" Kononnya Hina Mahkamah Dedah Hasil Bedah Siasat Teoh !!

SHAH ALAM, 22 Jan [2.30 pm] - Bukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi akhbar Suara Keadilan yang sepatutnya dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana mendedahkan hasil laporan bedah siasat kematian Teoh Beng Hock, Mahkamah Koroner diberitahu hari ini. Peguam SPRM, Datuk Abdul Razak Musa, berkata tindakan tabloid itu menyiarkan artikel bertajuk "Pornthip Sahkan Beng Hock Dibunuh" pada 29 Disember lalu sudah mendahului mahkamah, sedangkan mahkamah itu belum membuat sebarang keputusan berhubung kematian setiausaha politik berkenaan. "Pihak yang sebenarnya menghina mahkamah ialah pihak yang mengeluarkan berita itu sedangkan ia (keputusan berhubung kematian Teoh) belum lagi diputuskan," katanya. Peguam SPRM menghujahkan perkara itu semasa membantah permohonan abang mendiang, Teoh Meng Kee, supaya pegawai SPRM Raub Ghani dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana membuat laporan polis terhadap Dr Pornthip pada 1 Januari lalu. Razak berhujah bahawa Raub buat laporan polis itu demi menjaga integriti mahkamah dan bukan niat untuk menakutkan pakar patologi itu daripada memberikan keterangan di mahkamah. "Raub berhak untuk buat laporan polis kerana mengesyaki ada pihak yang membocorkan maklumat berhubung hasil bedah siasat itu. Tindakannya bukanlah satu perbuatan menghina mahkamah," katanya.

[Nampaknya semakin berbelit-belitkah kes kematian Teoh ini. Lain yang dinantikan oleh rakyat, lain pula yang dibicarakan oleh Mahkamah Koroner. Sepatutnya laporan tentang hasil bedah siasat kedua Teoh sudah pun diumumkan. Apakah yang mahu dinantikan lagi, atau mungkin ada fakta yang mahu diubah supaya kematian Teoh itu tidak ada kena mengena dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Jika tidak pun Suara Keadilan menyiarkan artikel tersebut, sememangnya rakyat sudah mengetahui bahawa kes ini pasti ada kaitan dengan unsur bunuh. Tentang akhbar itu dikatakan mendahului mahkamah, samalah juga dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan. Biarpun Anwar belum pun didapati bersalah, namun sudah ada petanda awal yang puak-puak UMNO awal-awal lagi menyalahkan pemimpin itu. Lihat sahaja dalam kes ketika Mahathir memecat Anwar pada tahun 98 dulu. Mahkamah belum memutuskan Anwar bersalah, namun media arus perdana awal-awal lagi sudah mengatakan "Anwar Peliwat". Bukankah ini semua adalah satu provokasi mereka sebenarnya. Samalah juga dalam kes Teoh Beng Hock ini. Hasil bedah siasat kedua Teoh sudah boleh dibaca oleh sekalian hamba rakyat, tambahan pula apabila mahkamah begitu lambat mendedahkan segala maklumat yang telah diperolehi oleh Dr.Ponthip itu sebenarnya].
Share:

Kesalahan Tidak Memakai Tali Pinggang Dan Topi Keledar Didenda Maksimum RM300 Sempena Cuti Tahun Baru Cina Mulai 8 Hingga 22 Februari Ini !!

KUALA LUMPUR, 22 Jan [2.30 am] - Kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar dan tidak memakai topi keledar adalah antara sembilan kesalahan serius yang akan dikenakan denda maksimum RM300 dalam Ops Bersepadu sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang bermula dari 8 hingga 22 Februari ini. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat (foto), berkata dua kesalahan itu dikenal pasti sebagai penyebab kepada kecederaan serius yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kemalangan maut. "Tujuh kesalahan serius lain terdiri daripada memandu melebihi had laju, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat, menggunakan lorong kecemasan, memandu secara berbahaya dan membawa muatan lebih had," katanya ketika melancarkan kempen keselamatan jalan raya sempena musim perayaan Tahun Baru Cina 2010 di Plaza Tol Sungai Besi dekat sini hari ini.
[Rakyat pelbagai golongan perlu berhati-hati tiap kali menjelang musim perayaan. Kita tidak mahu kejadian kemalangan ngeri terus berlaku saban hari di negara kita. Oleh itu, amalkan sikap bertanggungjawab ketika memandu di jalan raya. Gunakan konsep "biar sampai lambat tapi jangan tak sampai langsung". Namun begitu kata orang "malang itu tidak berbau", apa yang penting sikap dan kelekaan itu perlu dijaga bagi mengelakkan padah yang lebih besar. Ingatkan keluarga dan orang yang tersayang. Kami amat berharap agar jumlah kemalangan maut dapat dikurangkan dari masa ke semasa pada musim perayaan di negara kita].
Share:

Sultan Pahang Bertitah Supaya Bangsa Melayu Perlu Kekal Bersatu Di Dalam Menjamin Survival Dan Pembinaan Sebuah Negara Seperti Malaysia

MARAN, 22 Jan [2.20 am] - Bangsa Melayu perlu kekal bersatu dalam menjamin survival dan pembinaan sebuah negara Malaysia, titah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (foto), Baginda bertitah, ia penting dalam menghadapi cabaran kemasukan pengaruh asing dari sudut ideologi, baik yang muncul dari dalam negara mahupun dari tamadun barat yang mampu menggugat asas dan jati diri orang Melayu. Titah baginda, lambakan budaya dan pemikiran khususnya pengaruh ideologi seperti sekularisme, liberalisme dan materialisme boleh menggugat perpaduan sekali gus merungkai kestabilan negara. Bagaimanapun, baginda berkata, perpaduan di kalangan orang Melayu tidak seharusnya dirasakan menjadi satu ancaman kepada kaum lain dalam negara. "Perpaduan bangsa Melayu seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang membawa manfaat kepada semua bangsa dalam negara," titah baginda selepas merasmikan Forum Hak dan Perpaduan Melayu Dalam Konteks 1 Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Khazanah Alam, Jengka di sini, hari ini. Turut hadir, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar. Terdahulu dalam titah ucapannya pada majlis itu, Sultan Ahmad Shah bertitah, kepelbagaian bangsa dan etnik dalam negara merupakan aset yang penting dalam mencapai status negara maju sebagaimana yang digariskan dalam Wawasan 2020.
[Titah Tuanku Sultan Pahang ini amatlah wajar direnungi oleh semua pihak terutamanya orang-orang Melayu. Kita tidak mahu dek kerana perbezaan fahaman politik maka kita terus bercakaran antara satu sama lain. Semua ini tiada kesudahannya dan bakal mengundang perbalahan yang lebih besar dan merugikan orang Melayu itu sendiri. Melayu UMNO dan Melayu Pakatan Rakyat perlu melakukan sesuatu ke arah itu. Usahlah dibiarkan "Melayu Hilang Di Dunia" satu hari nanti. Perjuangan harus diteruskan, untuk memperbetulkan beberapa kerat orang Melayu yang terus melakukan onar dan merosakkan masa depan rakyat sejak dulu, kini dan selamanya. Saranan Sultan Pahang ini perlu dihayati dengan betul].
Share:

Benarkan Doktor, Jururawat Dan Wartawan Undi Pos, Terbukti SPR Bakal Di Gunakan Lagi Sebagai Talian Hayat BN Dalam Pilihanraya Umum Ke-13 !!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekali lagi berusaha untuk memberi "talian hayat" kepada BN dalam pilihanraya umum akan datang. Dalam satu kenyataan semalam, SPR menyatakan bahawa akan mempertimbangkan untuk membenarkan para doktor, jururawat dan wartawan membuang undi secara pos dalam pilihanraya umum akan datang. Kenyataan yang dibuat oleh Pengerusinya, Tan Sri Abd Aziz Yusof (foto), itu jelas sekali mempunyai "udang di sebalik mee". Apa yang jelas SPR sekali lagi dilihat mahu memastikan BN menang dalam piliharaya umum akan datang selepas tertewas sebenarnya dalam pilihanraya umum yang lalu. Jika dulu SPR dibawah pimpinan Tan Sri Rashit, berjaya menggunakan persempadanan semula sebagai senjata utuh bagi memastikan BN menang. Kini SPR sekali lagi cuba melaksanakan agenda BN itu. Soalnya, apakah Aziz Yusoff sedar apa yang mahu dilakukan itu bakal menimbulkan kemarahan rakyat sebenarnya. Apakah beliau sengaja mahu mencari "padah" dan sengaja ingin "menjolok sarang tabuan" dengan tindakan terbarunya itu. Amat malang bagi rakyat Malaysia, apabila mempunyai manusia durjana yang memimpin satu badan yang sepatutnya bebas itu. SPR di Malaysia, bukan sahaja tidak bebas malah motto mereka "cekap dan telus" merupakan satu "omongan kosong" semata-mata. Apa yang jelas dapat dilihat mereka hanya mahu bertindak adil, telus dan cekap terhadap kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sahaja. Lantaran itulah kenyataan tentang undi pos kepada doktor, jururawat dan wartawan ini dikeluarkan. Adalah lebih elok SPR umumkan, semua rakyat Malaysia melaksanakan undi secara pos sahaja. Benarkan juga mereka yang sudah cukup syarat untuk mengundi, tidak perlu berdaftar lagi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Sebaliknya mereka boleh terus mengundi secara online atau pos seperti yang dirangka oleh mereka. Maka mudahlah untuk SPR berkerjasama dengan BN bagi menipu rakyat Malaysia yang sudah bijaksana sekarang ini. Keputusan SPR untuk menambah undi pos ini jelas sekali menghina amalan demokrasi itu sendiri. Selama ini mereka tahu bahawa undi pos dipertikaikan oleh rakyat, bahkan rakyat mahu ia dimansuhkan bagi memberi keadilan kepada parti-parti yang bertanding dalam setiap kali pilihanraya. Kini, SPR bukan sahaja cuba memansuhkannya malah mereka cuba pula untuk menambah jumlah undi pos itu. Bayangkan berapa banyak undi pos yang akan diperolehi oleh BN daripada para jururawat yang jumlahnya cukup besar sebenarnya di seluruh Malaysia. Apa yang pasti, SPR tidak mahu BN kecundang ditangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Terdapat desas-desus yang jelas dari kalangan pemimpin BN sendiri bahawa parti itu akan kecundang pada kali ini. Ia dibuktikan dengan protes ahli parlimen BN terhadap Najib Razak semasa pengundian untuk meluluskan Bajet 2010 baru-baru ini. Ramai wakil rakyat BN sebenarnya memang sudah tidak dapat menerima apa jua yang dilakukan oleh PM Najib itu. Lantaran itulah, mereka mencuba sedaya upaya untuk memastikan nama Najib terpahat dalam sejarah Malaysia sebagai Perdana Menteri yang paling singkat memerintah negara ini. Kini, SPR dipercayai cuba menggagalkan usaha tersebut. Kerajaan BN yang sudah "nazak" itu kini amat memerlukan "talian hayat undi pos" daripada SPR. Jika tidak sudah pasti nasib mereka akan ditentukan oleh rakyat. Mereka sudah tidak percayakan rakyat terutamanya orang Melayu. Bagi mereka, jika tidak diatur strategi lain dengan SPR nescaya harapan untuk melihat BN menang dalam pilihanraya umum akan datang pasti akan berkubur. Langkah terbaik ialah merencanakan strategi supaya mereka menang. SPR yang sepatutnya menjadi badan bebas bagi mengendalikan pilihanraya di Malaysia pula, dilihat lebih berselera untuk "bertuhankan" UMNO. Walhal mereka sendiri tahu bahawa parti karat itu telah ditolak oleh majoriti rakyat sebenarnya. Maka, kita tidak hairanlah isu undi pos ini sengaja dicipta untuk memastikan agenda itu terlaksana. Akhirnya rakyat jua yang menjadi mangsa kerakusan SPR ini ?

[Selain daripada ingin membenarkan doktor, jururawat dan wartawan membuang undi secara pos kini khabarnya anggota polis pula diarahkan untuk membuat kad penganalan awam MyKad. Apakah ia mempunyai agenda tersirat yang akan menyaksikan anggota polis boleh membuang undi dua kali dalam pilihanraya umum akan datang agaknya. Maka itu, rakyat perlu bangkit untuk mempertahankan hak mereka. Bayangkan jika polis mempunyai MyKad dan mereka boleh mengundi dua kali maka sudah pastilah suara majoriti rakyat itu akan dinafikan sebenarnya. Ternyata kerajaan UMNO BN berkerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk sekali lagi menipu rakyat sebenarnya. Pakatan Rakyat tidak harus terleka dengan senario ini !].
Share:

Video Eksklusif Isu Khalimah Allah - Dr.Hatta

Share:

Edisi Pahang: Para Perwakilan Konvensyen PKR Kecewa Orang Bukan Islam Uruskan Hal Ehwal Makanan Dan Membiarkan Arak Dibawa Masuk

KUANTAN, 21 Jan [10.00 am] - Biar pun Konvensyen PKR Pahang sudah pun berakhir pada Ahad lalu dengan jayanya. Namun, kini masih terdapat sesetengah pihak yang kecewa dengan beberapa perkara kontroversi yang tidak sewajarnya berlaku. Menurut sumber, mereka sudah beberapa kali mengajukan perkara itu kepada pihak terbabit sebelum ini. Namun, ternyata apa yang dijanjikan tidak menjadi kenyataan malah cukup mengecewakan. Menurut seorang perwakilan yang turut hadir ke konvensyen tersebut baru-baru ini, beliau merasa amat terkilan kerana program besar seperti itu diadakan di sebuah restoran Cina dan tidak mengambil kira sensitiviti perwakilan Melayu yang turut hadir ke majlis tersebut. "Kami mempertikaikan faktor makanan dan tempat solat yang sepatutnya dititik beratkan kerana ada sebilangan besar daripada kami datang dari jauh untuk tujuan itu" katanya. Sememangnya, lokasi majlis yang dijalankan di Restoran Tan Jung, Jalan Hj.Ahmad dekat sini mengelirukan para perwakilan sebenarnya. "Kami disajikan makanan yang dimasak oleh orang bukan Islam terutamanya ketika makan tengahari. Walhal sepatutnya pihak penganjur memanggil katering Melayu dari luar jika pun ingin mengadakan program di situ" katanya. "Saya terpaksa menahan lapar, akibat was-was untuk makan. Tambahan pula melihat suasana restoran tersebut yang agak kotor dan penuh dengan botol minuman arak.

Ia tidak sesuai bagi menganjurkan sebuah acara seperti itu sebenarnya"
tambah beliau lagi. Adalah tidak wajar pihak penganjur memberikan hak kepada orang bukan Melayu (pengusaha restoran terbabit) untuk membekalkan makanan kepada para perwakilan yang majoritinya adalah orang Melayu yang beragama Islam. Tidak menjadi masalah untuk menggunakan dewan berkenaan sebagai tempat konvensyen, tetapi penganjur harus peka dengan bab-bab makanan. Biarpun ada pekerja Indonesia yang dilihat berkerja di restoran itu, namun ia tidak menjamin tahap kebersihan makanan yang disediakan. Tambahan pula pekerja terbabit juga sudah lama bertugas disitu dan senantiasa menyediakan makanan tidak halal kepada para pelanggannya selama ini. Restoran Tan Jung adalah salah sebuah premis yang sering dijadikan lokasi untuk majlis-majlis besar anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini. "Kenapa tidak pilih lokasi yang lebih bersesuaian untuk tujuan tersebut, ataupun sekurang-kurangnya makanan disajikan oleh katering dari luar. Itu lebih afdal" kata seorang perwakilan dari Cabang Maran. Akibat daripada kealpaan tersebut maka satu kejadian tidak diingini telah berlaku di sebelah malamnya, iaitu ketika Majlis Makan Malam PKR yang turut dihadiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terdapat tetamu yang sudah membeli tiket berharga RM50 tidak sanggup untuk menjamu selera akibat melihat makanan disajikan oleh orang-orang bukan Islam. Malah terdapat juga kaum Tionghua yang tergamak membawa masuk botol arak ke dalam dewan. "Ini amat mengejutkan, kerana ketika itu mereka duduk semeja dengan ahli PAS yang turut hadir dalam majlis itu. Saya dapat lihat ahli PAS terbabit begitu kecewa dan langsung tidak menjamah makanan, bila melihat botol arak depan mata mereka" kata beberapa orang perwakilan dari Cabang Indera Mahkota.

[Susulan daripada kes ini telah menyebabkan tetamu terbabit meninggalkan dewan jamuan lebih awal lagi. Kami cuba menghubungi beberapa pihak yang berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut kes ini, namun tiada jawapan yang diberikan. Oleh itu sebagai pengajarannya. pihak penganjur perlu peka dengan kontroversi ini. Memang kita tahu, kaum Tionghua paling ramai hadir dan membeli tiket untuk bersama Anwar dalam majlis tersebut. Namun petugas yang diberi tanggungjawab perlulah memastikan tidak ada tetamu yang membawa masuk botol arak ke dalam dewan. Ini amat mencemarkan majlis berkenaan. Pada masa hadapan, sebarang majlis makan malam atau konvensyen yang diadakan maka pihak penganjur tidak wajar menyerahkan bulat-bulat kepada petugas bukan Islam untuk menguruskan hal ehwal makanan dan sebagainya. Lokasi mungkin tidak menjadi halangan, tetapi faktor makanan menjadi teguran. Oleh itu, pihak terbabit perlulah mengambil iktibar atas perkara ini. Kita tidak salahkan mana-mana pihak dengan kejadian ini, tetapi yang salah itu tetap salah dan ia perlulah diperbetulkan sebenarnya].
Share:

Kontroversi: Keputusan Yang Memang Sudah Di Duga, Akhirnya Azmi Khalid Berpuashati Dengan Hasil Siasatan Isu Engin Hilang Yang Dilakukan !

KUALA LUMPUR, 20 Jan [6.40 am] - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berpuas hati dengan keterangan awal yang diberikan oleh kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan hari ini, berhubung isu kehilangan dua enjin pesawat tempur, F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, keterangan membabitkan prosedur penyenggaraan enjin berkenaan dan aspek-aspek keselamatan TUDM telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Rodzali Daud.

[Seperti yang diduga dan telah kami ulas sebelum ini. PAC adalah sebahagian daripada kerajaan BN itu sendiri. Maka, mana mungkin satu siasatan yanga dil dan telus akan dilakukan terhadap isu kehilangan engin jet F-5E itu sebenarnya. PAC menyiasat dengan memanggil pegawai tertinggi ATM untuk bertanya benda yang mengikut prosedur. Sepatutnya PAC perlu siasat bagaimana kehilangan itu boleh berlaku, dan kenapa bahagian inventori dan audit Kementerian Pertahanan gagal untuk mengesan kehilangan tersebut sejak dari awal lagi. Bagaimana penjualan boleh berlaku, siapa yang meluluskan dokumen terbabit dan sebagainya. Sudah pasti ada penglibatan pemimpin atasa dalam hal ini. Usahlah dijadikan "kambing hitam" itu sebagai mangsa dalam kes ini].
Share:

PAC Mulakan Siasatan Kehilangan Enjin Jet F-5E, Apakah Hasilnya Nanti Positif Kerana Agensi Itu Sendiri Adalah Sebahagian Daripada Kerajaan BN

KUALA LUMPUR, 20 Jan [2.30 pm] - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini memanggil wakil Kementerian Pertahanan untuk memberi penjelasan berhubung kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Antara yang dilihat hadir pada mesyuarat pertama PAC mengenai isu enjin jet itu bagi mewakili Kementerian Pertahanan ialah Ketua Setiausaha, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah dan Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud. "Hari ini kita bermula dengan sesi penerangan mengenai prosedur-prosedurnya sahaja," kata Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid (foto), kepada pemberita selepas mesyuarat itu yang berlangsung di bangunan Parlimen, di sini. Azmi berkata, siasatan berhubung kes kehilangan enjin jet itu dijangka selesai sebelum Mac ini bagi membolehkan laporan siasatan itu dibentangkan di Parlimen yang akan bersidang pada pertengahan Mac. Media sebelum ini melaporkan kehilangan enjin jet pejuang F-5E TUDM yang bernilai RM303,570 berdasarkan kontrak jual beli pada 1972.
Enjin berkenaan dikatakan dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa luar negara. TUDM mula mengoperasikan pesawat F-5E itu pada 1974 dan pada 1999 perkhidmatan pesawat itu ditamatkan dengan tugas sebagai pesawat tempur barisan hadapan diambil alih oleh pesawat MiG-29N dan F/A-18D. Bagaimanapun, pada 2003 pesawat itu diaktifkan semula sebagai pesawat latihan dan tinjauan bagi menampung keperluan semasa. Awal bulan ini, seorang anggota tentera udara berpangkat sarjan dan seorang ahli perniagaan yang juga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya berhubung kehilangan dua enjin pesawat itu. Azmi berkata, mesyuarat itu akan disambung 26 Januari ini. Beliau menjelaskan mesyuarat hari ini terpaksa ditangguhkan selepas dua jam 15 minit berlangsung kerana anggota mesyuarat tidak selesa bau bahan penanggal cat yang digunakan untuk kerja penyelenggaraan di Bangunan Parlimen yang terlalu kuat kerana meresap ke dalam sistem pendingin hawa. "Ini amat tidak sihat...sebab itu kita putuskan untuk tangguhkan mesyuarat ini ke 26 Januari," katanya.
[Keputusan PAC untuk mendengar dan menyiasat perkara ini amatlah baik dan dihargai oleh rakyat. Cuma masalahnya Pengerusi PAC, Azmi Khalid itu sendiri adalah anggota BN yang sudah pasti tidak akan bertindak tegas atas apa yang disiasat itu nanti. Malahan, beliau juga kemungkinan besar akan diberikan amaran oleh kerajaan supaya tidak beriya-iya benar untuk mengaitkan mana-mana pemimpin tertinggi ATM atau kerajaan yang terlibat dengan kes tersebut. Justeru itulah, rakyat langsung tidak yakin atas apa yang dilakukan oleh PAC, kerana mereka adalah sebahagian daripada kerajaan UMNO BN yang dipimpin Najib Razak itu sendiri. Malah, jika dilihat kepada nilai harga yang berubah-ubah menunjukkan jelas sekali ada permainan politik dalam kes ini. Media sebelum ini melaporkan nilainya RM50 juta, tetapi ditukar selepas itu oleh Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi kepada RM303,570. Walhal, harga itu ialah tahun 1972 iaitu 38 tahun yang lalu. Maka itulah kami yakin siasatan PAC ini hanya sekadar "melepaskan batuk ditangga" semata-mata].
Share:

Eksklusif: Mahkamah Persekutuan Tangguhkan Keputusan Rayuan Permohonan Anwar Kepada 29 Januari Dan Bicara Kes Liwat Pula 2 Februari

PUTRAJAYA, 20 Jan [2.30 pm] - Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menangguh keputusan rayuan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen pendakwaan dan DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada 29 Januari 2010 ini. Mahkamah juga memutuskan perbicaraan kes liwat Anwar yang dijadual bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Januari ini ditangguhkan kepada 2 Februari 2010 depan. Keputusan itu dibaca Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria sebentar tadi.
[Nampaknya mahkamah terpaksa juga meneruskann perbicaraan liwat ini sebelum Mahkamah Syariah melaksanakan Qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan. Mereka seboleh-boleh mahu memastikan jasad Anwar kembali berada di Penjara Sg.Buloh hingga ke akhir hayatnya. Namun, mereka lupa satu Anwar hilang, ramai lagi Anwar akan muncul untuk berjuang membela nasib rakyat di tanarair tercinta ini buat selamanya].
Share:

Cyberita: Tipu Hasil Peneroka, Felda Diarahkan Agar Membayar Ganti Rugi Berjumlah RM11 Juta Kepada 354 Orang Peneroka Felda Kemahang 3 !!

PUTRAJAYA, 20 Jan [12.15 am] - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) perlu membayar RM11 juta sebagai ganti rugi kepada 354 peneroka Felda berhubung bayaran bagi buah kelapa sawit selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Felda hari ini. Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk Gopal Sri Ram sebulat suara menolak permohonan Felda untuk kebenaran mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang mengarahkan Felda membayar ganti rugi terhadap semua peneroka. Zaki berkata tidak wujud persoalan undang-undang yang memerlukan mahkamah tertinggi itu membuat keputusan. Mahkamah turut memerintahkan Felda membayar kos RM30,000. Felda mengemukakan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan agensi itu membayar saman berjumlah RM7.8 juta termasuk faedah kepada peneroka selepas peguam Felda gagal hadir di mahkamah untuk perbicaraan kes itu. Amaun berkenaan telah meningkat kepada RM11 juta dengan faedah terkumpul dan setiap peneroka dijangka menerima pampasan RM30,000. Peneroka Felda Kemahang 3 di Tanah Merah, Kelantan mengemukakan saman itu terhadap Felda pada 2002 dengan setiap seorang menuntut antara RM20,000 hingga RM30,000 sebagai ganti rugi umum selepas mendakwa agensi itu telah menurunkan mutu buah kelapa sawit mereka dari 1996 hingga 2002 mengakibatkan mereka rugi. Mereka menamakan Felda sebagai defendan pertama, Pengurus Rancangan Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Ibrahim Ismail defendan kedua (Ibrahim telah meninggal dunia) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd selaku defendan ketiga. Di dalam writ saman itu, mereka mendakwa berlaku penipuan dalam urusan jual beli hasil atau buah sawit yang dijual. Semasa prosiding hari ini kira-kira 200 peneroka hadir dan memenuhi perkarangan mahkamah Istana Keadilan. Semua peneroka diwakili sekumpulan peguam diketuai Yusfarizal Yusof manakala Felda diwakili peguam Datuk Cecil Abraham dan Sunil Abraham.
[Satu tamparan hebat buat kepimpinan PM Najib Razak yang juga orang yang bertanggungjawab menjaga kepentingan Felda selama ini. Sebenarnya banyak lagi penipuan yang nyata telah dibongkar oleh Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK) pimpinan Saudara Mazlan Aliman dalam bukunya "Felda: Dulu Tolong Sekarang Along". Namun segalanya tidak mahu diendahkan oleh kepimpinan agensi itu sendiri. Mereka lebih gemar untuk memerah tenaga para peneroka supaya menjadi hamba kepada Felda buat selamanya. Lantaran itulah, bila peneroka mendapat geran hak milik ia seolah-olah tiada makna buat mereka. Semua ini dek kerana Akta GSA yang masih digunakan sejak sekian lama. Malasah penipuan hasil ini juga sudah sekian lama dihadapi oleh para peneroka. Akibat tekanan, ugutan dan berbagai tindakan termausk takut "disingkir" maka mereka tunduk dengan segala peraturan itu. Semoga kemenangan penerokan Felda Kemahang 3 ini, dapat memberi harapan baru bagi mengembalikan semula Felda ke landasan asalnya].
Share:

Edisi Pahang: Orang Ramai Menggesa Pengurusan Kuantan Parade Ambil Tindakan Segera Perbaiki Masalah Bau Busuk Loji Najis Depan Pasaraya Itu

KUANTAN, 19 Jan [6.05 am] - Pengurusan Kompek Membeli Belah Kuantan Parade (foto), dekat sini digesa mengambil tindakan segera dengan masalah "bau busuk " dari Loji Rawatan Kumbahan yang terdapat di hadapan premisnya. Ia bukan sahaja mencemarkan imej pasaraya tersebut malah mengganggu orang ramai yang melalui jalan itu. Masalah "bau busuk" yang sudah sekian lama berlaku itu, seolah-olah dipandang sepi oleh pihak yang terbabit. Malah, tinjauan krew kami ke lokasi berkenaan petang semalam mendapati pihak pasaraya hanya menutup tangki-tangki najis itu dengan beberapa keping plastik sahaja. Ini amat mengeceakan orang ramai yang senantiasa mengguna jalan berkenaan terutamanya para pekerja komplek terbabit sendiri. "Saya sudah tidak tahan lagi dengan bau najis dari loji tersebut. Bau busuk yang teramat sangat menyebabkan saya terpaksa menutup hidung ketika melalui jalan itu untuk ke tempat kerja di sebuah pasaraya dalam Kuantan Parade" kata Amir. "Saya pernah cuba membuat laporan kepada pihak pengurusan Kuantan Parade, namun sudah lebih setahun senario ini terus berlaku. Terkadang saya rasa sendiri seperti nak termuntah bila melalui jalan terbabit.


Inilah laluan pejalan kaki berbumbung yang disediakan, tetapi orang
ramai terpaksa menutup hidung akibat tidak tahan bau busuk

Bagi menggelakkan daripada bau tersebut, saya terpaksa mengikut jalan jauh semata-mata untuk ke tempat kerja. Walhal bilik sewa saya terletak dihadapan pasaraya itu" tambah Amir lagi. Sebenarnya, ramai lagi pekerja yang menghadapi masalah seperti Amir itu. Cuma mereka tidak ada tempat lagi untuk mengadu, maka terpaksalah berhadapan dengan "bau busuk" tersebut.

Papan tanda SPAN dan bukti bau busuk hanya ditutup dengan plastik

Lagi keadaan loji tersebut, dan laluan pejalan kaki berbumbung yang
disediakan oleh pihak Kuantan Parade betul-betul ditepi loji

Bau yang dikeluarkan dari loji kumbahan itu, bukan sahaja menganggu orang ramai yang lalu di jalan terbabit. Malah ia turut menganggu pelanggan di sebuah restoran mamak yang berdekatan. Bau bertambah busuk, bila tiba musim hujan kata seorang pegawal premis berkenaan yang tidak mahu nama beliau disiarkan. "Kami sudah lali dengan apa yang berlaku. Malah terkadang sampai nak termuntah apabila bau tersebut menusuk lubang hidung kami" katanya. Berdasarkan kepada rungutan orang ramai terutamanya para pelanggan Kuantan Parade sendiri, maka PDO amatlah berharap agar perkara ini dapat di atasi dengan segera. Ini bagi menggelakkan orang ramai ditimpa penyakit akibat virus yang dibawa oleh bau najis itu. Difahamkan kemungkinan besar loji tersebut diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berdasarkan kepada amaran yang dipaparkan pada papan tanda di situ. Malah, kami difahamkan selain pekerja di premis terbabit yang terganggu dengan masalah itu, ramai lagi yang jadi mangsa sebenarnya.


Pengurusan yang lebih baik, selamat dan selesa oleh Alam Flora perlulah
ditiru oleh pihak yang bertanggungjawab menjaga kemudahan ini

[Susulan daripada itu diharapkan pihak pengurusan Kuantan Parade dapat prihatin dengan rintihan rakyat ini. Jika mereka gagal mengambil tindakan segera, perkara ini akan dibawa kepada pihak media arus perdana untuk pendedahan yang lebih eksklusif. Jalan terbaik untuk mengatasinya ialah membuat pagar simen yang tertutup atau pun menutup terus tangki-tangki najis tersebut dengan simen supaya bau busuk tidak menganggu orang ramai. Mereka perlu mencontohi loji rawatan kumbahan yang terdapat ditaman-taman perumahan, di mana ia lebih selamat dan tidak menganggu penduduk setempat. Adalah lebih elok pihak Kuantan Parade menyerahkan pengurusan loji kumbahan kepada Alam Flora Sdn.Bhd, agar ia lebih teratur dan sistematik daripada membiarkan orang ramai terbeban dengan bau-bauan yang cukup tidak menyenangkan itu]
Share:

Edisi Pahang: 36,000 Ahli UMNO Di Kesan Belum Daftar Sebagai Pengundi, Soalnya Kini Benarkah Mereka Itu Semua Masih Sokong Parti Karat Itu !

TEMERLOH, 18 Jan [8.25 pm] - Kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin bahawa seramai 36,000 ahli UMNO yang layak mengundi di negeri ini dikesan masih belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pemilih sebenarnya tidaklah menggemparkan. Biarpun fenomena itu dianggap serius oleh beliau dan ia boleh memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO pada pilihan raya akan datang. Sebenarnya, Sharkar tidak perlu untuk merasa bimbang dengan senario ini, kerana mereka yang berjumlah 36,000 itu adalah ahli-ahli UMNO yang sudah "murtad" dan memang telah meninggalkan UMNO sebenarnya. Malah, mereka dipercayai telah berbondong-bondong menyertai Pakatan Rakyat terutamanya PKR atau PAS. Perkara itu mungkin tidak disedari oleh puak-puak UMNO Pahang kerana mereka menyerahkan bulat-bulat kepada pemimpin bawahan untuk membuat tindakan bagi pihak mereka. Hasilnya, ramai ahli-ahli UMNO yang sudah lama "keluar parti" masih didaftarkan aktif dalam UMNO. Antara mereka ramai yang sudah bergiat cergas dalam Pakatan Rakyat terutamanya menjadi pemimpin. UMNO negeri tidak peka dalam hal ini, kerana mereka asyik sibuk memikirkan projek pembangunan yang diwar-warkan selama ini. Sebenarnya projek itu hanyalah syarat untuk mereka mengaut untung daripada komisyen yang ditawarkan oleh kontraktor-kontraktor. Ramai dikalangan ahli UMNO yang sudah lama keluar dari parti itu masih tersenarai sebagai ahli UMNO yang sah. Malah, lebih aneh lagi ada pula pihak-pihak tyertentu yang membayar yuran keahlian mereka setiap tahun. Ini membuktikan bahawa UMNO sebenarnya sudah tidak mempunyai ramai ahli dan penyokong lagi. Majoriti dikalangan mereka sudah muak dan menganggap parti itu kini tidak relevan lagi.

Pemimpin yang ada dalam UMNO sekarang lebih pandai berkata-kata untuk kuasa mereka. Sebaliknya mereka banyak berdusta dalam tindakan itu sendiri. Ini banyak dibuktikan oleh rakyat yang sudah terkena badi pemimpin terbabit. Oleh itu Sharkar tidak perlu risau dengan jumlah 36,000 ahli UMNO yang belum berdaftar sebagai pengundi itu sebenarnya. REamai lagi ahli UMNO yang sudah berdaftar itu sendiri pun kini tidak lagi mahu memangkah BN dalam pilihanraya umum akan datang. Mereka kini menganggap UMNO pada bila-bila masa sahaja akan dikhuburkan oleh rakyat. Bila riwayat UMNO tamat, maka mereka yang masih berada dalam parti itu bakal hilang tempat untuk bergantung lagi. Maka, adalah lebih elok ahli-ahli UMNO itu sendiri bertindak keluar parti dan bersama Pakatan Rakyat untuk membela nasib serta masa depan mereka yang sebenar-benarnya. Itulah yang lebih utama buat masa ini].
Share:

Eksklusif: Aura Anwar Ibrahim Masih Berbisa, Hampir 10,000 Ribu Rakyat Pahang Hadir Bagi Mendengar Ceramah Umumnya Malam Tadi !!

KUANTAN, 18 Jan [3.00 pm] - Aura Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto), ternyata masih berbisa biarpun berbagai tohmahan dan fitnah jahat terus dilemparkan kepadanya selama ini. Rakyat ternyata masih percaya dan menganggap Anwar sebagai pejuang rakyat yang akan membela nasib serta masa depan mereka. Melihat kepada kehadiran orang ramai dalam program lawatan kerja seharinya ke Kuantan semalam, jelas sekali Anwar masih diterima. Hampir 10,000 rakyat membanjiri ceramah umum Anwar di Dataran Rakyat, Pejabat Perhubungan PKR Pahang dekat sini. Kebanyakkan daripada mereka datang sengan rela hati, tanpa sebarang upah yang diberikan. Ia jauh berbeza sama sekali dengan kehadiran pemimpin UMNO selama ini, mereka dipaksa hadir, diberi upah dan elaun kedatangan. Dalam ceramah Anwar malam tadi, beliau lebih banyak mendedahkan tentang kepura-puraan kerajaan UMNO BN dalam menangani sesuatu isu. Anwar berkata isu panas "khalimah Allah" yang dipermainkan sekarang ini jelas sekali menjerat diri mereka akhirnya. Malah kata Anwar, beliau sudah bertemu dengan beberapa tokoh ulamak terkenal semasa kunjungannya ke Beirut, Lubnan baru-baru ini. Malah, ramai dikalangan mereka terkejut dengan isu itu yang dijadikan modal politik parti tertentu di Malaysia sekarang ini. Malah, ulamak tersohor dunia sendiri pun menganggap isu yang dimainkan itu tidak relevan sebenarnya. Menurutnya, penggunaan kalimah Allah sudah diguna beribu tahun lalu oleh penganut Kristian di Mesir malah tiada sebarang masalah timbul berhubung perkara tersebut. “Saya merujuk kenyataan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengenai perkara tersebut dan beliau sendiri menyatakan bahawa kalimah Allah tidak salah digunakan oleh orang bukan Islam. Saya menganggap ia adalah isu yang sengaja direka oleh UMNO untuk menghangatkan suasana politik negara," katanya.

Larangan Nama Allah Hanyalah Politik UMNO


Orang ramai sudah mulai membanjiri sekitar kawasan ceramah sejak petang lagu, terutamanya mereka yang datang dari jauh. Anwar tiba sekitar jam 9.30 malam, selepas menghadiri dua lagi program berasingan iaitu Majlis Jamuan Makan Malam PKR Pahang di Restoran Tanjung dan Tazkirah Maghrib dan Solat Hajat di Masjid Al-Khairiah, Batu 6, Jalan Gambang dekat sini. Dalam ceramahnya malam tadi Anwar juga berkali-kali mengingatkan rakyat supaya meneruskan perjuangan bagi kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Katanya, UMNO BN kini sudah semakin terdesak dan sanggup menggadaikan agama untuk kepentingan politik semata-mata. Tindakan melarang orang Kristian menggunakan khalimah Allah hanya untuk Semenanjung Malaysia sahaja, sebaliknya ia boleh untuk Sabah dan Sarawak. Kononnya, khalimah Allah telah lama digunakan oleh orang Kristian di sana yang majoritinya lebih ramai dari Semenanjung. Walhal, tindakan itu dilakukan kerana mereka takut kehilangan undi dalam pilihanraya negeri Sarawak yang dijangka akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja sekarang ini. "Inilah bukti yang pemimpin UMNO BN hipokrit dan sengaja ingin menipu rakyat. Mereka memperkatakan tentang Islam tetapi jenayah yang berlaku di Malaysia sejak sekian lama mereka yang lakukan. Siapa yang terlibat dengan kes bunuh Altantunya, Noritta, curi enjin jet, ambil komisyen kapal selam dan jet, isu PKFZ dan banyak lagi. Bukankah semua itu dilakukan oleh orang Islam UMNO. Apakah mereka layak untuk berbicara soal Islam sedangkan mereka sendiri terpalit dengan berbagai penyelewengan, rasuah, korupsi serta lain-lain perbuatan yang jelas bertentangan dengan Islam itu sendiri" kata Anwar lagi.

Anwar Seru Rakyat Terus Nyatakan Kebenaran

Anwar turut menyeru hadirin terus berjuang menyampaikan kebenaran kepada seluruh rakyat. Yakin mereka tentang segala isu yang dipermainkan sewenangnya oleh puak-puak UMNO. Rakyat tidak perlu takut untuk berjuang. Tidak mungkin kerajaan akan menangkap sebegitu ramai rakyat, kerana sudah pasti penjara tidak cukup untuk menampung mereka jika mencecah jumlah yang besarnya. kata Anwar. Beliau turut menegaskan bahawa pemerintahan Najib Razak lebih teruk daripada PM terdahulu. Ini kerana Najib banyak terlibat dengan segala macam skandal yang boleh menjejaskan nama baik Malaysia. "Saya yang akan ditangkap, ditahan dan dikenakan tindakan, oleh itu jangan takut untuk berjuang dan menyampaikan kebenaran""Dulu Altantunya diletupkan dan hilang, kemudian Balasubramaniam hilang, lepas tu Raja Petra pula hilang kini mereka mahu hilangkan nama Allah pula dan jadikan hak mereka" tambah beliau lagi. Orang-orang Pahang perlu berubah jika mahu negeri ini diperintah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Banyak kebajikan rakyat kini terbela di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat sama-ada PAS, PKR mau pun DAP. Oleh itu Anwar menyeru rakyat supaya tidak sesekali takut untuk menyatakan kebenaran biarpun ia pahit.

Pimpinan PKR Perlukan Giatkan Daftar Pemilih

Sementara itu, pimpinan PKR diseru giatkan pendaftaran pemilih jika mahu menang dalam pilihanraya umum akan datang. Anwar berkata, tiada gunanya mempunyai ramai ahli tetapi mereka tidak boleh membuang undi dalam setiap kali pilihanraya yang diadakan. PKR negeri katanya perlu mantapkan pentadbiran di peringkat cabang-cabang. “Kita sedang berusaha untuk menawan Putrajaya, setiap cabang akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk mendekati masyarakat termasuk golongan muda dan wanita,” katanya. Anwar menegaskan di Pahang, PKR telah berjaya menawan Parlimen Indera Mahkota yang diwakili oleh YB Azan Ismail dan Parlimen Kuantan oleh YB Fuziah Salleh. Sokongan rakyat dari kalangan bukan Melayu tidak menjadi masalah bari Pakatan Rakyat. Namun, sokongan dari kalangan orang-orang Melayu yang sudah sebati darah dagingnya dengan parti UMNO karat itu yang dibimbangi. Namun Anwar menegaskan harapan besar untuk melihat negeri Pahang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat semakin cerah atas hasil usaha berterusan yang dilakukan oleh Pengerusi Pimpinan Negeri, Dato' Fauzi Abd Rahman. Sokongan rakyat pelbagai golongan diperlukan bagi merealisasikan hasrat itu. Tiada gunanya kita dipandang mendapat sokongan padu rakyat tetapi mereka tidak layak mengundi dalam pilihanraya umum akan datang kata Anwar.

[Ceramah Anwar berakhir pada kira-kira jam 11.45 malam. Orang ramai dilihat membanjiri lokasi ceramah biarpun keadaan sesak sudah kelihatan. Pihak polis dilihat menjaga keselamatan lalu lintas dan tiada tindakan provokasi yang dilakukan oleh mereka. Lalulintas turut dibantu oleh Unit Amal PAS dan Skuad AMK bagi melincinkan perjalanan kenderaan. Orang ramai dilihat begitu bersemangat untuk mendengar penjelasan Anwar tentang isu-isu semasa yang membelengu benak fikiran mereka. Turut berceramah pada malam tadi ialah Bekas pemimpin MCA, Datuk Seri Chua Jui Meng, Dr.Hamzah Jaafar dari PAS dan Saudara Nizam Hamid. Sesekali kelihatan runguntan berbunyi tentang penyediaan alat pembesar suara. Ramai yang kecewa kerana sound sistem yang digunakan tidak mengeluarkan bunyi yang memuaskan. Malah, ia turut mengalami masalah ketika Chua Jui Meng menyampaikan ucapannya sebelum itu. Mujurlah ketika Anwar berucap, tidak ada kejadian yang mengecewakan itu berlaku, jika tidak sudah pasti ia lebih memalukan].
Share:

Eksklusif: Konvensyen PKR Pahang 2010 Berjaya Menggilap Harapan Rakyat Membuat Perubahan Besar Menjelang Pilihanraya Umum Akan Datang

KUANTAN, 17 Jan [5.30 pm] - Konvensyen PKR Pahang 2010 telah bermula sekitar jam 10.30 pagi tadi, Dewan Restoran Tan Jung, Jalan Hj.Ahmad dekat sini. Pendaftaran perwakilan telah bermula seawal jam 8.30 pagi. Seramai 920 perwakilan dari cabang-cabang PKR seluruh negeri Pahang telah mengambil bahagian dalam konvensyen ini. Antara pemimpin yang dilihat hadir ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang), YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), Zakaria Hamid (Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat), Tn.Hj Abd Rahman Yusof (Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Terenggani) serta lain-lain pemimpin peringkat negeri yang lain. Sekitar jam 11.00 pagi, YB Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR) yang baru tiba dan diikuti oleh YB Yaakob Sapari (Exco Kerajaan Negeri Selangor) mewakili Menteri Besar Selangor. Sementara itu sekitar jam 11.30 pagi, Shamsul Iskandar Md Akin (Ketua AMK Pusat), Zulfikar (Exco AMK) dilihat tiba dengan sambutan laungan reformasi. Konvensyen dimulakan dengan ucapan aluan oleh YB Fuziah Salleh selaku Pengarah Program. kemudian diikuti oleh Dato' Fauzi Abd Rahman. Majlis kemudiannya diteruskan dengan sessi pembentangan kertas kerja bersama Moderator Rizal Jamin, Ketua Angkatan Muda Keadilan Pahang. Pembentangan kertas kerja pertama telah dibuat oleh YB Saifuddin Nasution dengan tajuk "Menggilap Harapan Rakyat: Peranan Dan Tanggungjawab PKR".

Selepas itu YB Yaakob Safari membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk "Memenuhi Harapan Rakyat: Satu Tanggungjawab Besar PKR". Pembentangan kertas kerja ketiga dibuat oleh Shamsul Iskandar dengan tajuk "Peranan AMK Dalam Membentuk Kerajaan". Selepas pembentangan kertas kerja sekitar jam 12.45 petang, sessi soal jawab telah diadakan dimana beberapa soalan dikemukakan kepada ahli panel. Program diteruskan sekitar jam 2.20 petang, di mana sesi perbahasan utama telah disampaikan oleh YB Fuziah Salleh. Beliau telah membahaskan tajuk "Peranan PKR Untuk Menarik Sokongan" dan ikuti rumusan perbahasan oleh YB Zuraida Kamaruddin dengan tajuk "Parti Keadilan Rakyat Menjana Perjuangan". Sebelum itu beberapa orang perwakilan PKR Pahang telah tampil mewakili tiap-tiap zon iaitu Pahang Barat, Pahang Timur dan Pahang Tengah untuk membuat perbahasan. Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di dewan konvensyen sekitar jam 4.45 petang dengan diiringi oleh paluan kompang, tarian singa, alat muzik tradisional dan persembahan silat. Beliau kemudian telah menyampaikan ucaptama dan menutup majlis. Majlis berakhir sekitar jam 5.45 petang sebelum satu sidang media diadakan selepas itu. Anwar banyak diajukan soalan terutamanya mengenai isu "Khalimah Allah" yang sedang hangat diperdebatkan sekarang ini.

Dato' Fauzi: "Malaysia Is The Missing Country"
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman (foto), hari ini menegaskan Malaysia kini sudah boleh digelar sebagai "Missing Country". Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan ketika merasmikan Konvensyen PKR Pahang pagi tadi. Dato' Fauzi menegaskan bahawa banyak kejadian aneh berlaku di negara mutakhir ini. Kehilangan misteri menjadi-jadi di sana sini menyebabkan rakyat takut untuk menyatakan kebenaran. "Kes Teoh Beng Hock misalnya, biarpun mendiang Teoh dijumpai mati di Pejabat SPRM Selangor namun mati-mati pihak terbabit menyatakan yang mereka tidak bertanggungjawab atas insiden tersebut. Malah segala bukti-bukti dihilangkan begitu sahaja dan banyak fakta yang tidak masuk akal didedahkan kepada umum" katanya. "Kes Noritta misalnya, pembunuhan misteri itu tidak terjawab hingga ke hari ini kerana kehilangan pembunuh sebenarnya. Hingga ke hari ini polis masih gagal mengesan dua lelaki misteri yang dipercayai melakukan jenayah tersebut", tambah beliau lagi. Kehilangan terus berlaku selepas itu dalam kes Altantunya, dimana rekod perjalanan masuk wanita Monggolia itu ke negara ini telah hilang dan akhirnya wanita itu sendiri dihilangkan menggunakan letupan bom C4. Terbaru, negara turut digemparkan dengan kehilangan engin pesawat jet pejuang ATM yang bernilai jutaan ringgit" katanya. Kehilangan yang berlaku ini mengesahkan lagi kepada rakyat bahawa kerajaan UMNO BN sememangnya sudah tidak boleh dipercayai lagi. Mereka bukan sahaja menghilangkan semua barang bukti kes-kes tertentu, malah turut gemar menghilangkan wang rakyat dan harta negara sesuka hati mereka kata Dato' Fauzi sambil mendapat tepukan gemuruh perwakilan.

Saifuddin: Double Standard Terus Jadi Amalan

Sementara itu Setiausaha Agung PKR yang baru YB Saifuddin Nasution (foto), dalam ucapannya pula menyatakan bahawa menggilap harapan rakyat adalah satu usaha menjadikan hasrat, impian dan cita-cita rakyat semakin cerah dan akhirnya mencapai kenyataan. "Rakyat adalah sumber kuasa dan kuasa itu adalah amanah. Amanah politik itu jaga agama, jaga tanahair, jaga bangsa, jaga maruah kehormatan dan jaga harta benda" katanya. "Politik dalam sebuah negara demokrasi pula adalah kebebasan dan hak rakyat untuk berhimpun, hak bersuara dan hak untuk berpersatuan. Politi berwibawa, bertanggungjawab, prestasi, insaf, berlapang dada, berakhlak mulia, displin, berjiwa besar dan mengamalkan sikap rendah diri" tambah Saifuddin. Beliau juga turut menegaskan dirinya amat kecewa dengan amalan undang-undang dan perlembagaan negara pada masa ini. Terdapat kepincangan yang nyata bilamana amalan "double standard" masih lagi diamalkan kepada rakyat."Dalam kes himpunan 100 ribu rakyat Jalan Kebun misalnya, mahkamah telah membebaskan 10 orang yang didakwa atas kesalahan tersebut namun Peguam Negara menggunakan kuasanya untuk merayu atas pembebasan itu. Namun, dalam kes pembunuhan Altantunya pula Peguam Negara hanya berdiam diri dan tidak merayu apabila mahkamah membebaskan Razak Baginda dari pertuduhan membunuh wanita Monggolia itu. Sebaliknya ada orang lain yang dijadikan kambing hitam untuk mengelirukan rakyat" kata Saifuddin. Inilah masalah yang berlaku di Malaysia hari ini. Rakyat bawahan ditekan dengan berbagai undang-undang dan hukuman, sebaliknya mereka yang ada hubungan rapat dengan pemimpin UMNO BN akan dilepaskan daripada sebarang dakwaan.

YB Yaakob: Rakyat Pahang Perlu Tiru Selangor

Sementara itu, Exco Selangor YB Yaakob Sapari (foto), dalam pembentangan kertas kerjanya pula menyeru rakyat Pahang supaya membuat perubahan dengan segera jika tidah mahu mereka terus hidup dalam situasi yang cukup tidak menyenangkan. Rakyat Pahang perlu mengikut jejak langkah sahabat mereka di Selangor yang kini menikmati berbagai faedah dan kebajikan selepas menghumbankan UMNO BN dalam pilihanraya umum yang lalu. Kebajikan rakyat terus terbela dan dijaga seperti peruntukan RM2500 untuk setiap kali berlaku kematian, akaun simpanan RM100 sebulan untuk bayi yang baru lahir sehingga berumur 18 tahun. kemudahan air percuma 20 meterpadu, peruntukan RM1000 kepada para pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT, menaikkan gaji guru-guru KAFA daripada RM700 pada zaman UMNO BN ke RM1000 serta banyak lagi faedah-faedah rakyat yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak mengambilalih tampuk pimpinan kerajaan negeri. Rakyat Selangor kini gembira dan cukup selesa bersama Pakatan Rakyat, tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh media arus perdana. Oleh itu, rakyat Pahang wajar mengikut jejak langkah di Selangor. Memang pada asalnya ramai yang tidak menyangka Selangor yang merupakan sebuah negeri termaju di Malaysia berjaya ditakluki Pakatan Rakyat. Namun, berkat usaha dan penerangan yang berterusan maka ini dapat dilaksanakan. Oleh itu rakyat Pahang jangan menyangka negeri ini juga sukar untuk ditakluki biarpun Perdana Menteri kini merupakan orang Pahang. Rakyat perlu bijak memainkan isu, jika mahu membuat perubahan. Jangan biarkan negeri terus diperintah oleh UMNO BN lagi.

[Konvensyen sehari yang diadakan itu telah berjaya mencapai matlamat rakyat Pahang untuk meyakinkan mereka tentang perubahan besar yang akan dibawa. Justeru itu, rakyat perlu bijak berfikir dan membuat penilaian sewajarnya jika mereka mahu terus dibela. Berada dibawa pemerintahan UMNO BN sejak sekian lama, bukan memberi kesejahteraan kepada rakyat malah mereka terpaksa menanggung bebaban yang tidak sewajarnya. Harta benda dan khazanah negeri terus dirompak oleh pemimpin UMNO yang tidak jujur dan telus untuk berkhidmat kepada rakyat. Paling utama ialah mereka rela mengumpul kekayaan untuk diri sendiri dan bukannya ikhlas serta bertanggungjawab untuk membantu rakyat. Tanah dan hutan negeri ditarah serta ditebang secara rakus oleh mereka tanpa menghiraukan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Apa yang penting ialah kemewahan dan wang yang merimpah ruah untuk mengenyakkan tembolok mereka. Memperkayakan diri, kroni dan saudara mara sudah menjadi sebati dalam jiwa pemimpin UMNO. Maka itulah kita tidak hairan, mereka yang baru bergelar pemimpin boleh hidup mewah dan kaya raya dengan tiba-tiba. Semua itu adalah kerana fokus utama mereka ialah untuk itu. Membela rakyat dan mengambil berat masalah rakyat adalah perkara kedua yang akan dilakukan bila berlaku desakan dan sebagainya. Inilah dia sikap UMNO BN sejak sekian lama].
-Galeri Bergambar Menyusul Kemudian, Harap Maklum-
Share:

Panas: Gagasan 1Malaysia, 36 Orang Termasuk 6 Penuntut IPT Ditahan Kerana Berpesta Dadah Di Jalan Pudu Ulu, Cheras Ulu Awal Awal Pagi Tadi !!

KUALA LUMPUR, 16 Jan [3.45 pm] - Gara-gara khayal akibat dadah, 36 orang termasuk enam penuntut 'merelakan' diri mereka ditahan sepasukan polis dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan Pudu Ulu, Cheras, awal pagi ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, berkata semua suspek yang berumur lingkungan 18 hingga 30 tahun itu sedang khusyuk ''berpesta dadah'' ketika serbuan dilakukan pada kira-kira 4 pagi. "Mereka ini dalam keadaan berkhayal sambil berhibur mendengar lagu semasa serbuan. Mereka seolah-olah tidak sedar dan tidak melawan mahupun cuba melarikan diri apabila diberkas," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini. Beliau berkata daripada jumlah yang diberkas itu, seramai 29 orang adalah lelaki manakala selebihnya wanita. "Daripada jumlah itu juga, enam yang ditahan adalah penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di ibu negara...yang mana empat daripada pelajar terbabit adalah wanita," katanya. Hasil pemeriksaan, polis menemui pelbagai jenis dadah termasuk beberapa biji pil eramin 5 dan ecstasy. "Selain eramin 5 dan ecstasy, kita juga menemui beberapa paket kecil yang mengandungi serbuk syabu dan ganja. Dadah-dadah ini dilihat berselerakan di atas meja dan ada juga yang kita temui pada suspek-suspek terbabit," katanya. Abdul Rahim berkata ujian saringan air kencing turut mendapati kesemu mereka positif dadah. "Siasatan awal juga mendapati mereka ini mengenali antara satu sama lain dan berkunjung ke pangsapuri ini untuk berhibur. Kita juga tidak menolak kemungkinan ada berlakunya aktiviti seks memandangkan dalam kumpulan ini terdapat wanita. "Kesemua mereka ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya," katanya.

[Apa yang berlaku ini membuktikan kepada kita bahawa gejala sosial yang berlaku dikalangan masyarakat kita semakin parah sekarang ini. Apalah guna gagasan 1Malaysia jika manusia itu tidak kembali kepada ajaran Al-Quran yang sebanrnya. Kejahilan rakyat terhadap agama menyebabkan mereka tidak takut untuk melakukan maksiat dan jenayah lagi. Lantaran itulah kita tidak hairan golongan terpelajar seperti mahasiswa IPT seperti inipun boleh terjebak dengan gejala dadah yang jelas tidak bermoral itu].
Share:

Ketua Hakim Bidas Pihak Sengaja Lengahkan Kes

PUTRAJAYA, 16 Jan [3.30 pm] - Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi (foto), hari ini menegur tindakan segelintir peguam bela, timbalan pendakwaraya dan hakim yang sengaja melengah-lengahkan perbicaraan sesuatu kes. Beliau berkata, ini kerana kes yang tiada keputusan atau penghakiman adalah satu kezaliman nyata kepada individu terbabit. Beliau berkata demikian ketika melancarkan Persidangan Perundangan Tahun 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Purtajaya (PICC).

[Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Hakim Negara ini ada asasnya, malah kita dapat melihat dengan jelas kes-kes yang melibatkan pemimpin UMNO BN sengaja dilengah-lengahkan oleh mahkamah. Sebaliknya, mana-mana kes yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat maka dengan pantas dan efiesyennya mereka membuka fail dan memulakan proses pendakwaan terhadap pemimpin terbabit. Inilah dia amalan undang-undan di Malaysia sejak sekian lama selagi UMNO BN terus memerintah negara ini].
Share:

Edisi Pahang: Datuk Seri Anwar Ibrahim Dijangka Menyampaikan Ucaptama Pada "Konvensyen PKR Pahang, Menggilap Harapan Rakyat" 17 Jan Ini !!

KUANTAN, 16 Jan [3.25 am] - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang bakal mengorak langkah setapak lagi apabila menjadi antara negeri terawal yang mengadakan konvensyennya selepas Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam Disember lalu. Konvensyen yang bakal diadakan pada hari Ahad, 17 Januari ini dijangka bakal disertai oleh lebih 500 orang perwakilan dari seluruh negeri Pahang. Konvensyen yang bertemakan "Menggilap Harapan Rakyat" itu bakal diadakan di Dewan Restoran Tanjung, Jalan Haji Ahmad dekat sini. Apa yang menarik konvensyen ini akan turut dihadiri oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) sendiri. Beliau dijangka akan membuat ucaptama dan menutup konvensyen tersebut di sebelah petangnya. Sementara itu upacara perasmian akan dibuat oleh Dato' Fauzi Abd Rahman, selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang. Pendaftaran perserta bermula jam 8.45 pagi dan tiga pembentangan kertas kerja akan dibuat pada sebelah pagi. Kertas kerja pertama bertajuk "Menggilap Harapan Rakyat: Peranan Dan Tanggungjawab Parti Keadilan Rakyat" akan disampaikan oleh YB Saifuddin Nasution, Setiausaha Agong PKR yang baru. Kertas kerja kedua bertajuk "Memenuhi Harapan Rakyat: Satu Tanggungjawab Besar Parti Keadilan Rakyat" pula akan disampakan oleh YB Yaakob Safari, Exco Kerajaan Negeri Selangor. Ketua Angkatan Muda Keadilan, Saudara Shamsul Iskandar Md.Akin pula dijangkan akan membentangkan kertas kerja ketiga bertajuk "Peranan AMK Dalam Membentuk Kerajaan". Selepas pembentangan kertas kerja, sesi dialog dan soal jawab dengan ketiga-tiga tokoh terbabit akan dijalankan. Manakala pada sebelah petangnya pula, sesi perbahasan utama akan diadakan dimana YB Fuziah Salleh selaku Ahli Parlimen Kuantan dijangka bercakap mengenai "Peranan PKR Untuk Menarik Sokongan Rakyat". Sessi Perbahasan diteruskan oleh wakil-wakil PKR Pahang dari Zon Timur, Tengah dan Barat selepas itu. Sementara itu rumusan perbahasan "Parti Keadilan Rakyat Menjana Perjuangan" akan dibuat oleh YB Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR. Anwar dijangka menutup majlis dan mengadakan sidang media selepas itu.

Malam, Tazkirah Dan Ceramah Umum Anwar

Disamping menutup Konvensyen PKR Pahang, Anwar juga turut mempunyai jadual lain yang berasingan. Beliau dijangka menyampaikan kuliah Maghrib dan Solat Hajat Masjid al-Khairiah, Batu 6, Jln Gambang, sebelum bersama para tetamu untuk Majlis Makan Malam Tahuan PKR di Restoran Tanjung, tempat diadakan konvensyen tersebut sekitar jam 8.00 malam. Antara pimpinan PKR Pusat yang dijangka turut hadir pada majlis itu ialah YB Tian Chua (Ahli Parlimen Batu), bekas Naib Presiden MCA dan Menteri Kesihatan iaitu Datuk Chua Jui Meng dan ramai lagi. Difahamkan tetamu yang turut serta dalam majlis makan malam itu dikenakan bayaran sebanyak RM50 setiap seorang. Sementara itu, bagi orang ramai dan rakyat yang tidak sempat membeli tiket untuk bersama Datuk Seri Anwar di majlis jamuan tersebut tidak perlu risau kerana satu program Ceramah Perdana akan diadakan di sebelah malamnya. Ceramah akan diadakan di Dataran Rakyat, Pejabat PKR Pahang, Jalan Beserah bermula jam 9.00 malam. Antara pemimpin yang akan menyampaikan ceramahnya ialah Datuk Seri Anwar sendiri, Dato' Fauzi, Datuk Chua Jui Meng, Shamsul Iskandar, Nizam Abd Hamid. Manakala wakil PAS pula ialah Dr.Hamzah Jaafar, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang. Sementara itu wakil daripada Parti Demokratik Rakyat (DAP) masih belum dapat disahkan bairpun nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng tertera pada poster dan flyers yang telah diedarkan kepada orang ramai sejak beberapa hari lalu.

[Konvensyen PKR Pahang ini dijangka bakal menarik perhatian ramai terutamanya pihak UMNO Dan Barisan Nasional Pahang sendiri. Agenda baru harapan untuk membawa perubahan kepada rakyat kini semakin jelas kelihatan. Ramai penyokong tegas UMNO BN kini sudah mula melihat keikhlasan perjuangan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dalam membela nasib mereka. Malah, PKR Pahang kini sudah berjaya menembusi banyak kawasan penempatan orang Asal dan juga tanah rancangan Felda di negeri ini. Kekuatan dan sokongan rakyat dijangka berterusan menjelangnya pilihanraya umum akan datang. Dengan imej Kerajaan Negeri yang semakin tercalar, ditambah lagi dengan sikap pemimpin UMNO BN yang hanya pandai menabur janji semata-mata maka sudah pasti rakyat yang kini sudah semakin bijak untuk menilai akan membuat perubahan besar tidak lama lagi. Diharapkan konvensyen yang diadakan ini bakal menyemarakkan lagi perjuangan ke arah itu serta pemangkin ke arah peralihan pentadbiran kerajaan negeri Pahang itu sendiri sebenarnya].

Share:

Peguam Negara Tidak Akan Dakwa Dr.Pornthip Kerana Tiada Bukti Dia Membocorkan Maklumat Laporan Hasil Bedah Siasat Kedua Mayat Teoh !

SHAH ALAM, 16 Jan [12.45 pm] - Peguam Negara tidak akan mendakwa pakar patologi Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand (foto), atas kesalahan membocorkan maklumat laporan bedah siasat Teoh Beng Hock kerana tiada bukti untuk mengokong dakwaan itu. Perkara itu diberitahu Peguam Tan Hock Chuan yang mewakili Kerajaan Malaysia bagi inkues kematian Teoh Beng Hock, di sini, pagi ini. Tan berkata, selepas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail meneliti kertas siasatan polis, beliau mendapati tiada bukti Dr Pornthip mendedahkan laporan itu kepada akhbar tabloid, Suara Keadilan. Sehubungan itu, katanya, polis turut memberi jaminan tidak akan menahan Dr Pornthip dan beliau boleh datang ke mahkamah untuk memberi keterangan berhubung laporan besah siasatan yang dibuatnya.
[Laporan polis yang dibuat oleh pegawai SPRM terhadap Dr.Pornthip baru-baru ini hanyalah merupakan satu ugutan terhadap beliau semata-mata. Mungkin mereka tidak mahu beliau bertindak jujur dan profesional dalam tugasannya. Di Malaysia, segalanya boleh diputar-belitkan oleh pihak berkenaan bagi menggelakkan kebenaran tertegak. Oleh itu, kita tidak hairan, orang yang ditugaskan membuat bedah siasat kes Teoh ini sendiri pun mahu didakwa pecah rahsia laporan tersebut. Sedangkan seantero dunia tahu bahawa Teoh Beng Hock memang mati di bangunan yang menempatkan pejabat SPRM itu sendiri. Makanya, sudah pasti kes itu ada kaitan dengan mereka, jika tidak masakan ia berlaku di situ?].
Share:

Eksklusif: Rakyat Malaysia Akhirnya Tertipu Lagi, 1Malaysia Rupanya "Subsidi Didahulukan" Tetapi Kroni Ananda Krishnan Juga Yang Diutamakan !!


Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional nampaknya sekali lagi gagal melaksanakan konsep 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" seperti yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak selama ini. Jika sebelum ini rakyat ditekan dengan kenaikan harga gula serta berbagai lagi barangan keperluan harian yang lain. Malah, dalam masa terdekat ini dijangka minyak petrol dan diesel juga akan dinaikkan oleh kerajaan. Ini semua kononnya untuk mengurangkan bebanan dan subsidi yang diberikan oleh kerajaan sejak sekian lama. Bila kenaikan berlaku, kerajaan mula menggunakan "subsidi" sebagai senjata untuk menyakinkan rakyat. Anehnya, rakyat yang telah hidup sejak zaman berzaman tiba-tiba dihidangkan dengan istilah subsidi yang entahkan benar entahkan tidak. Malah, ada sesetengah pihak yang mengatakan subdisi yang diwar-warkan itu hanyalah satu "angka" yang sengaja direka cipta untuk mengaburi mata rakyat. Maka, bermegahlah pemimpin UMNO yang gemar mengampu mengatakan kenaikan harga barangan tidak dapat dielakkan kerana kerajaan terpaksa menanggung subdisi bernilai berbilion ringgit. Maka, meloponglah ibu dan ayah kita yang sudah hidup sejak sebelum merdeka lagi dengan pemberian subsidi tersebut. Selama ini, mereka hanya kenal isitilah subsidi untuk program pertanian seperti subsidi benih pokok, subsidi baja, subsidi racun serangga dan macam-macam lagi. Namun, kini subsidi digunakan kepada barangan keperluan yang mereka sendiri tidak pernah mendengar langsung perkara ini sejak dilahirkan ke bumi Malaysia ini dulu. Apabila kenaikan harga barangan diumumkan, maka "subsidi didahulukan" sebagai senjata mereka.

UMNO BN Terus Berkuasa Kerana Senjata Subsidi


Wajarkah kerajaan BN menjadikan subsidi sebagai alasan untuk menipu rakyat. Sedangkan mereka telah banyak membazirkan wang rakyat untuk projek-projek yang jelas tidak berfaedah langsung sebenarnya. Akhirnya gara-gara subsidi, golongan yang kaya terus kaya raya dan golongan yang miskin terus tertindas dengan dasar "subsidi" ini. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini. Lebih menyedihkan lagi, mereka yang menjadi mangsa juga terdiri daripada puak-puak UMNO dan Barisan Nasional sendiri. Mereka yang berjuang habis-habisan untuk memastikan kemenangan kerajaan yang disokong setiap kali musim pilihanraya. Mereka yang teraniaya juga adalah, penyokong setiap dan fanatik BN yang sanggup menggadai nyawa di musim pilihanraya umum. Mereka hanya mendapat "subsidi" dan "imbuhan" ketika musim pilihanraya itu sahaja. Sebaliknya mereka turut sama menanggung derita empat atau lima tahun kemudiannya, hinggalah pilihanraya umum yang baru menjelma. Bagi mereka yang bertuah sikit, ialah apabila berlakunya pilihanraya kecil di kawasan masing-masing sebelum pilihanraya umum seterusnya dijalankan. Begitulah pusingan roda rakyat Malaysia sejak dulu kini dan selamanya jika kerajaan UMNO BN tidak ditumbangkan. Namun begitu, kenapakah UMNO BN terus dibenarkan mentadbir negara ini agaknya. Bukankah mereka menang dengan "subsidi" yang diberikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setiap kali musim pilihanraya. Mereka bertuah kerana ada undi pos, pengundi hantu, persempadanan semula dan banyak lagi. Sewajarnya mereka sudah tewas dalam tiga pilihanraya umum yang terakhir sejak 1999 yang lalu. Maknanya kerajaan yang ada sekarang ditegakkan dengan "subsidi", maka itulah kita tidak hairan mereka menggunakan istilah "subsidi" untuk menekan rakyat yang menyokong mereka. Apatah lagi kepada rakyat yang menolak mereka bulat-bulat setiap kali pilihanraya umum diadakan sejak sekian lama.

Ananda Dapat Projek RM30 Bekal Astro Sekolah

Laungan keramat bahawa "rakyat didahulukan" sebenarnya adalah satu helah Najib untuk menipu kita sebenarnya. Walhal disebaliknya, yang diutamakan ialah beberapa kerat kroni BN yang sudah sekian lama menikmati kekayaan di Bumi Malaysia tercinta ini. Tan Sri Ananda Krishnan (foto) misalnya, merupakan salah seorang individu terkaya di negara ini yang masih terus disuap oleh kerajaan BN dengan berbagai projek. Terbaru, terdapat sumber melapurkan Ananda telah mendapat projek membekalkan Astro ke sekolah-sekolah melalui Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelaran Malaysia. Difahamkan, projek bernilai RM30 juta itu sedang rancak dijalankan sekarang ini. Cadangan projek itu kemungkinan besar diluluskan oleh Kementerian Pelajaran yang dipimpin oleh Mahyuddin Yassin sendiri. Entah atas alasan apa, projek itu diberikan kepada Ananda Krishnan agaknya. Difahamkan, pegawai di BTP, Kementerian Pendidikan sendiri amat kecewa dengan keputusan tersebut. Tambahan pula apakah kewajaran utama yang menyebabkan semua sekolah mahu dibekalkan dengan siaran Astro. Alasan yang diberikan ia bertujuan untuk pendidikan amatlah dangkal sama sekali, kerana di sekolah bukanlah masanya yang paling sesuai untuk para pelajar menonton Astro. Malahan siaran TV Pendidikan juga telah disiarkan menerusi saluran TV biasa sebelum ini. Menurut salah seorang pegawai terbabit, beliau amat musykil dengan tindakan kerajaan tersebut.
"Adalah lebih elok wang jutaan ringgit itu digunakan untuk meringankan bebanan rakyat miskin menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Misalnya dengan mengurangkan yuran serta peruntukan lain yang tidak sepatutnya. Malah lebih elok lagi ia digunakan untuk program kecemerlangan pelajar daripada memasukkan Astro di sekolah-sekolah" katanya. Kenyataan itu ada kewajarannya, kerana kerajaan begitu sukar untuk membantu rakyat dalam urusan persekolahan malah bantuan buku teks itu sendiri, tiba-tiba sanggup memberi projek itu kepada Ananda Krishnan yang sudah kaya raya itu gamaknya. Amatlah kurang ajar bilamana, Ananda yang lebih diutamakan daripada rakyat. Malah projek membekal Astro ke sekolah-sekolah itu adalah satu projek yang tidak sepatutnya dilaksanakan pada masa ini sebenarnya. Tambahan pula, terdapat maklumat yang mengatakan para pelajar zaman ini sudah tidak bergantung lagi kepada TV Pendidikan, dengan limpahan buku-buku latihan dan pendidikan yang melambak di pasaran. Malahan, guru-guru juga tidak mempunyai cukup masa untuk tujuan tersebut. Maka, apakah kewajaran projek Astro ini dilaksanakan?. Bukankah ia hanyalah anugerah istimewa daripada kerajaan untuk memperkayakan lagi kroni mereka yang sudah kaya raya itu. Apa yang jelas dapat dilihat, akhirnya Astro yang dibekalkan itu akan tersadai begitu sahaja dan menjadi tontonan para guru sahaja.

Muzik Aktif, Satu Lagi Projek Mengayakan Astro


Satu lagi projek dimana Ananada Krishnan diutamakan ialah langkah Kementerian Penerangan dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang membazirkan ratusan ribu wang rakyat setiap tahun semata-mata membeli siaran Astro 180 untuk siaran program Muzik Aktif terbitan mereka. Difahamkan projek bernilai ratusan ribu ringgit itu mencecah jutaan ringgit juga apabila kontraknya dilanjutkan dari tahun ke tahun oleh pihak Astro. Apakah kewajaran RTM menerbitkan sebuah rancangan hiburan untuk disiarkan di Astro 180 itu. Biarpun projek ini adalah dizaman Menteri Shabery Chek, namun ianya haruslah diambilkira oleh rakyat. Ini kerana rancangan hiburan sudah melambak-lambak di Astro. Maka kenapa RTM mahu membekalkan lagi siaran itu dan terpaksa pula membayar peruntukan yang besar kepada Astro. Mereka lebih mengagungkan rancangan berbentuk hiburan 24 jam untuk merosakkan minda rakyat. Inilah dia kerja-kerja licik kerajaan UMNO BN dalam memesongkan dan meruntuhkan moral rakyat terutamanya generasi muda hari ini. Mereka sengaja menggalakkan hiburan sebagai aspirasi hidup rakyat. Adalah lebih elok RTM menerbitkan rancangan berbentuk agama dan program yang boleh membentuk jati diri rakyat daripada siara hiburan seperti itu. Atau lebih elok lagi RTM sendiri menambah siaran mereka jika mahu menyiarkan rancangan itu. Kenapa perlu beri hak kepada Astro yang dimiliki oleh Ananda Krishnan agaknya?.
Shabery Chek berbangga ketika melancarkan program Muzik Aktif itu
Terdapat unsur-unsur pembaziran yang nyata dalam projek ini. Justeru itu, rakyat perlu melihat semua ini dan menilai dengan sewajarnya. Mereka tergamak merompak wang rakyat sesuka hati untuk satu projek yang langsung tidak memberi makna kepada majoriti rakyat sebenarnya. Apa yang jelas, program itu memperkayakan Ananda Krishnan dan tembolok beberapa orang kroni puak-puak UMNO BN itu sendiri. Wajarlah siaran Muzik Aktif di Astro 180 ini dibatalkan serta merta mulai sekarang !!.

[Oleh itu diharapkan kerajaan akan lebih prihatin dan benar-benar mendahulukan rakyat selepas ini. Jangan hanya pandai bercakap dan mengeluarkan kata-kata, tetapi hakikatnya rakyat juga yang terus teraniaya. Jika keadaan ini berterusan, maka kita menjangkakan riwayat UMNO BN pasti akan berakhir dalam pilihanraya umum akan datang. Rakyat semakin muak dengan umpan "subsidi" bagi menghalalkan segala tindakan yang jelas mengcewakan rakyat. Rakyat perlu lakukan perubahan jika mereka ingin nasib dan masa depan terbela. Jika dibiarkan puak-puak UMNO BN terus berkuasa, maka sudah pasti derita yang ditanggung akan terus kekal buat dulu, kini dan buat selama-lamanya].
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.