script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Terbukti Ada Unsur Penipuan Projek Bakun, Sime Darby Menyaman Bekas Pengarah Eksekutif Serta Dua Orang Pegawai Kanan Sebanyak RM92 Juta !!

KUALA LUMPUR, 24 Dis [5.30 pm] - Sime Darby Bhd dan tiga subsidiarinya, Jumaat, memfailkan saman sivil terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid (foto) dan dua eksekutifnya, memohon ganti rugi sekurang-kurangnya RM92.2 juta kerana pecah amanah dan bertanggunggjawab berhubung projek Bakun. Saman itu difail di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Dagang Baru pagi ini menerusi firma guaman Tetuan Zaid & Co, dan ini merupakan saman kedua difail oleh Sime Darby terhadap mereka. Plaintif dalam saman itu adalah Sime Darby Berhad, Sime Engineering Sdn Bhd, Sime Darby Holdings Berhad dan Sime Darby Energy Sdn Bhd manakala defendan adalah Ahmad Zubir, bekas Naib Presiden Eksekutif Bahagian Tenaga dan Utiliti Kumpulan Datuk Mohamad Shukri Baharom dan bekas Ketua Pegawai Kewangan Bahagian Tenaga dan Utiliti Kumpulan, Abdul Rahim Ismail. Dalam saman itu plaintif membuat tuntutan sekurang-kurangnya RM92.2 juta, serta faedah dan kos yang perlu dibayar oleh defendan kerana pecah amanah dan bertanggungjawab terhadap projek Bakun.

Empangan Bakun Sepatutnya Siap Disember 2010

Kumpulan itu dalam saman mereka antara lain memohon satu perintah mahkamah supaya Ahmad Zubir, Mohamad Shukri dan Abdul Rahim membayar kembali RM74 juta dan RM16.5 juta yang dibayar dengan cara yang salah dalam projek Bakun, dan perintah supaya masing-masing Mohamad Shukri dan Ahmad Rahim, membayar balik RM851,313.49. Plaintif turut memohon satu perintah supaya jumlah kerugian dinilai dan dibayar oleh setiap defendan, kerana memberikan 'plant' kepada Sinohydro dalam projek Bakun, dan satu perintah supaya kerosakan dinilai bagi semua kerugian yang dialami plaintif dalam projek itu. Plaintif juga mahukan satu perintah supaya defendan membayar kerosakan berdasarkan tindakan setiap defendan yang melakukan pecah amanah di samping bertanggungjawab terhadap tugas mereka, serta bayaran faedah dan kos yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Projek Empangan Bakun yang terletak di Sungai Balui, Sungai Rejang, Sarawak, merupakan projek tenaga hidro terbesar di Malaysia, dengan kapasiti yang dicadangkan 2,400 megawatt (MW) apabila disiapkan. Mengikut jadual awal empangan itu dibina pada awal 1994 dan dijangka siap Disember 2010. Mengikut saman itu, menjelang September 2007, lembaga pengarah Sime Darby menyedari bahawa limpahan kos berlaku dalam empat projek termasuk Bakun di Sarawak.

[Semalam Sime Darby Berhad, Sime Engineering Sdn Bhd, Sime Darby Energy Sdn Bhd, Sime Darby Marine Sdn Bhd dan Sime Darby Marine (Hong Kong) Sdn Bhd menfailkan saman terhadap Ahmad Zubir, Mohamad Shukri, Abdul Rahim, dan bekas ketua unit perniagaan gas dan minyak bahagian tenaga dan utiliti) Abdul Kadir Alias serta bekas pengurus besar kanan Sime Darby Engineering Sdn Bhd Mohd Zaki Othman, bagi menuntut mereka membayar balik sekurang-kurangnya RM338 juta, dan ganti rugi am dan teruk, serta lain-lain ganti rugi. Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia Khamis, syarikat tersebut berkata saman itu berkaitan dengan kerugian yang dialami dalam projek Qatar Petroleum, Maersk Oil Qatar dan projek marin. Saman itu difail menerusi Tetuan Zaid & Co dan mahkamah menetapkan 9 Mac tahun depan untuk pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Khairuddin Anhar].

Share:

Panas: Pendedahan WikiLeaks Isu Kejadian Rogol Pembantu Rumah Indonesia Melibatkan 'Menteri' Kabinet Zaman Pak Lah "Cemarkan Imej" Negara!

PETALING JAYA, 24 Dis - Pendedahan WikiLeaks berhubung kejadian rogol terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia yang melibatkan seorang Menteri Kabinet era mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dilihat mampu menggugat hubungan Malaysia-Indonesia dan menjejaskan imej negara. "Walaupun laporan WikiLeaks ini boleh diragui kesahihannya, namun sekiranya kejadian rogol ini benar-benar berlaku, ia akan memberi imej buruk kepada negara sekaligus mengugat hubungan Malaysia-Indonesia. "Tambahan pula semenjak kebelakangan ini, begitu banyak kejadian-kejadian yang menyebabkan perselisihan faham rakyat antara kedua-dua negara berjiran ini," demikian menurut Naib Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha (foto). Beliau yang telah mencipta sejarah sebagai satu-satunya tokoh wanita negara ini yang menduduki kerusi Timbalan Speaker turut memberitahu, kejadian seperti ini haruslah ditangani dengan telus. "Saya bukan mengulas tentang laporan ini tetapi secara umumnya, kita tidak boleh mengamalkan budaya yang membezakan layanan undang-undang terhadap orang kenamaan dan rakyat biasa. "Walau siapa pun yang dituduh, ia perlu menjalani proses perundangan yang sama seperti orang lain dengan telus. Apatah lagi jika membabitkan seorang pemimpin yang mendapat kepercayaan rakyat untuk memimpin dan merupakan pemimpin di peringkat pembuat dasar," katanya lagi. "Undang-undang sama untuk semua. Kalau tidak bagaimana kita hendak memastikan orang yang berpengaruh dan ada kedudukan ini lebih bertanggungjawab sekiranya mereka mendapat layanan yang istimewa apabila mereka melanggar undang-undang," katanya lagi. Beliau turut mengutuk sekeras-kerasnya kejadian seumpama ini dan tindakan undang-undang haruslah diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan dan pihak yang melindungi perbuatan seperti ini.

Satu Lagi Penganiayaan Terhadap Kaum Wanita


"Kalaulah laporan WikiLeaks ini sahih, saya mengutuk sekeras-kerasnya dan tindakan undang-undang harus diambil terhadap sebarang kejadian penganiayaan terhadap wanita lebih-lebih lagi jenayah rogol dan termasuklah yang melindunginya," ujar beliau. Sebelum ini dalam satu laporan blogger Rocky Bru (foto) yang nama sebenarnya Ahirudin Atan hari ini menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa salah seorang menteri ketika era Abdullah menerajui pentadbiran kerajaan telah merogol seorang pembantu rumah warganegara Indonesia. Menurutnya, kejadian tersebut turut diketahui oleh Abdullah sendiri, namun tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap menteri tersebut. Bagaimanapun menurut blog itu lagi, menteri terbabit hanya digugurkan sebagai menteri dalam satu rombakan kabinet yang dibuat oleh Abdullah tidak berapa lama selepas beliau mengetahui berita itu. Beliau turut mencatatkan, pada masa ini menteri tersebut kembali aktif dari persaraannya apabila dilantik semula sebagai pengerusi sebuah badan kerajaan yang baru dibentuk pula. Rocky Bru yang juga terkenal sebagai blogger proUmno juga menjelaskan, cerita tersebut telah sampai ke pengetahuannya semenjak tiga tahun lalu namun hanya dapat disahkan apabila pendedahan dibuat oleh WikiLeaks baru-baru ini. Susulan peristiwa yang berlaku pada tahun 2007 ini, ketika mangsa ditemuramah di kampungnya di Jawa Tengah pada Julai tahun yang sama, mangsa telah membuat pengakuan terhadap kejadian itu. Akhirnya laporan kejadian yang berlaku ketika tempoh perkhidmatan mangsa tersebut bersama bekas menteri terbabit menjangkau lapan tahun telah dibuat dan diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat, Indonesia dan juga Pejabat PM sendiri. Menurut sebuah badan NGO pula, kejadian yang menimpa amah yang mempunyai dua orang anak itu turut diketahui oleh suaminya tetapi disebabkan perasaan takut dan malu, tiada usaha dijalankan untuk mendakwa menteri yang terbabit.

[Berita ini suhngguh mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Maka itulah kita tidak hairan ada rakyat Indonesia yang berdemo dan membenci Malaysia. Mungkin kerana mereka tahu kes ini dan menganggap kerajaan Malaysia cuba melindungi Menteri terbabit. Soalnya sekarang, siapakah individu berkenaan?. Wajarkah kes ini dibuka semula dan beliau dijejaki. Jika dilihat kepada rekod perkhidmatan pemimpin UMNO BN yang diberhentikan oleh Pak Lah kemudian menjadi Pengerusi dalam agensi berkaitan kerajaan, mungkin kita boleh mengagak siapakah gerangannya. Namun, diharapkan ada siasatan dapat dilakukan terhadap perkara ini. Jika tidak ia pasti akan kembali mencalarkan imej negara dan membuatkan rakyat Indonesia terus marah atas kejadian yang beraku ini]. FMT
Share:

Kontroversi: "Isu 1Malaysia", Wajarkah Parlimen Gantung Anwar Tanpa Di "Panggil Membela Diri" Dan Hanya Merujuk Surat Penafian Oleh APCO !!

KUALA LUMPUR, 23 Dis - Kandungan surat yang dihantar oleh firma perhubungan awam, APCO Worldwide kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dijadikan asas untuk menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, dalam surat bertarikh 19 Ogos itu, firma berkenaan dengan jelas menafikan pembabitannya dalam mencipta slogan 1Malaysia, sekaligus menafikan kenyataan Anwar yang mengaitkan slogan itu dengan firma berkenaan. "Jadi jelaslah Anwar telah menipu di dalam Dewan, dan inilah bukti yang terpenting sekali untuk membuktikan Anwar menipu," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, semalam Beliau mengulas mengenai penggantungan Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar kepada Dewan kerana mengaitkan konsep 1Malaysia dengan "One Israel". Nazri berkata beliau menerima akuan bersumpah daripada Robert M. Shrum, seorang warga negara Amerika Syarikat yang merupakan pakar strategi dan perunding dalam banyak kempen politik di pelbagai peringkat termasuk sebagai penasihat kanan pada 1999 dalam kempen Perdana Menteri Israel Ehud Barak. Nazri berkata, dalam akuan bersumpah itu, Shrum yang terlibat dalam kempen One Israel pada masa itu, menafikan penglibatan APCO sekaligus mengukuhkan lagi penafian firma berkenaan dalam suratnya itu mengenai sebarang pembabitan dalam kempen "One Israel".

Benarkah Anwar Ridak Diberikan Hak Bela Diri

"Anwar ada sebut Ehud Barak dan One Israel dalam ucapan dia, tapi di sini jelas menunjukkan orang yang bertanggungjawab itu (Robert M. Shrum) menafikan apa yang disebutkan oleh Anwar mengenai penglibatan APCO dengan One Israel," katanya. Nazri juga menafikan dakwaan kononnya Anwar tidak diberi hak untuk membela diri dan mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataannya yang mengaitkan konsep 1Malaysia dengan "One Israel". Katanya Anwar telah beberapa kali diberi peluang itu sejak penasihat Parti Keadilan Rakyat itu mengeluarkan kenyataan berkenaan pada persidangan Dewan Rakyat pada Mac lepas, namun tidak menggunakan kesempatan itu, sebaliknya terus mengaitkan konsep 1Malaysia dengan "One Israel". "Dia diberi hak untuk membela diri pada 22 April lalu, iaitu hari yang saya bentang usul untuk merujuk dia ke jawatankuasa, sebelum kita mahu luluskan usul itu dia telah diberi hak untuk bela diri. "Sebelum itu pun pada 17 Mac selepas dia buat kenyataan itu kita bagi dia seminggu untuk membela diri dan tarik balik kenyataan dia tapi dia pilih untuk serang kita lagi tanpa beri bukti" katanya.

[Nampaknya, kerajaan 1Malaysia lebih percaya kepada surat afidavit yang dikeluarkan secara tergesa-gesa oleh APCO Worldwide itu daripada memberi keadilan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membela diri. Anehnya, Menteri UMNO Nazri Aziz itu tidak menafikan kontrak syarikat terbabit dengan Kerajaan Malaysia. Sedangkan ada bukti dokumen APCO memberi perkhidmatan kepada Kerajaan Israel dalam berbagai bidang termasuk bidang keselamatan. APCO hanya menunjukkan surat penafian sedangkan mereka tidak menafikan bahawa perjanjian itu adalah palsu semata-mata. Ini bermakna, kemungkinan besar terdapat arahan sulit agar APCO dan pengasas 1Israel itu mengeluarkan surat penafian terbabit demi menyelamatakan imej UMNO BN dan 1Malaysia yang semakin tercalar sekarang ini. Malah, ramai yang hairan kenapa Nazri mengatakan Anwar sudah dipanggil untuk membela diri sedangkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen langsung tidak pernah memanggil beliau untuk menunjukkan bukti tentang dakwaannya itu. Makanya, ini menguatkan hujjah kita bahawa memang 1Malaysia adalah mendapat ilham dari 1Israel. Jika tidak, bagaimana ia boleh ada persamaan dari segi namanya. Malah, selain Malaysia ia juga melibatkan negara jiran kita iaitu Indonesia. Apakah ini semua secara kebetulan?].

Share:

Menteri UMNO Ahmad Maslan Macam Kebudak-Budakan Apabila Berbicara Soal Hasrat Pakatan Rakyat Ingin Memansuhkan Felda Plantations !!

Apa sudah jadi dengan Menteri UMNO yang bernama Ahmad Maslan (foto). Beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu begitu kebudak-budakan bila mengeluarkan kenyataan kononnya resolusi Pakatan Rakyat untuk membahagikan semua tanah rancangan Felda kepada anak-anak peneroka adalah tidak lojik dan boleh membawa kesan kurang baik. Kenyataan itu dibuat berikutan isu Pakatan Rakyat mahu memansuhkan Felda Plantations dan mengisi tanah-tanah terbabit dengan peneroka dikalangan generasi kedua. “Memang bunyinya sedap nak bercakap. Jika dikira, pembahagian tanah Felda sebanyak 330,000 hektar kepada lebih kurang 1.6 juta anak peneroka, ia bermakna setiap seorang hanya akan mendapat seekar sahaja. Apa yang nak dibuat dengan tanah seekar? Bagaimana implikasinya terhadap orang lain? “Resolusi itu tak lojik kerana segala hasil daripada tanah seluas 330,000 hektar itu dikembalikan semula kepada peneroka dalam pelbagai bentuk seperti program kemahiran, pembangunan prasasana dan sebagainya. “Adalah lebih pintar kita membinanya sebagai satu konglomerat yang besar dan hasilnya dikembalikan kepada peneroka dan generasinya daripada kita memecahkan tanah-tanah itu dan bagi kepada anak peneroka,” katanya ketika mengulas salah satu resolusi Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang Ahad lalu. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis Felda Bersama Media yang diadakan di Bilik Perdana Dewan Perdana Felda di Jalan Maktab, Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir pada majlis itu ialah pengerusi Felda, Tan Sri Dr Yusof Noor. “Kalau ayah sudah diberi tanah,selepas itu kita bagi anak-anak mereka, ia akan menimbulkan implikasi yang kurang baik. Falsafah yang dipegang Felda ialah, ayah dan ibu kita bagi ikan. Anak-anak dan cucu-cucu kita ajar mengail ikan. Itulah sebabnya setiap tahun kita peruntukkan RM50 juta untuk program kemahiran untuk anak-anak peneroka,” katanya lagi.

[Punyalah bangangnya kenyataan Menteri UMNO si Ahmad Maslan ini. Isunya sekarang ialah sejarah awal penubuhan Felda itu sendiri adalah untuk memberi tanah kepada peneroka dan bukannya menjadikan ia sebagai estet seperti sekarang. Tun Razak berhasrat untuk membela rakyat dengan pemberian tanah terbabit dan bukannya menjalankan bisnes atas tanah ladang yang disediakan. Namun, anaknya Najib Razak jelas sekali telah khianat dengan tidak mengambil lagi peneroka dan menjadikan tanah-tanah tersebut sebagai Felda Plantations. Akhirnya pekerja ladang digajikan sama seperti buruh asing yang mengusahakan ladang-ladang terbabit. Inilah masalahnya, maka itu Pakatan Rakyat mahu mansuhkan Felda Plantations dan memberikan semula tanah-tanah itu kepada generasi kedua. Apa masalahnya dengan ayah mereka sudah memiliki tanah?. Tanah terbabit bukannya diberikan kepada 1.5 juta anak peneroka, tetapi kepada mereka yang layak dan memohon. Samalah ketika ayah mereka masuk peneroka dulu, berapa ramai yang tidak layak selepas ditemuduga. Apakah mungkin anak peneroka yang mempunyai pekerjaan di bandar-bandar juga mahu diberikan tanah terbabit. Takkanlah mahu diberikan seekar seorang tanah berkenaan seperti yang digambarkan oleh Ahmad Maslan. Beliau menjawab soalan macam budak-budak, sia-sia saja dia jadi menteri!].
Share:

Eksklusif: Pilihanraya Kecil Di DUN Tenang Bakal Buatkan TPM 'Muhyiddin Yassin' Semakin Tidak Dapat Bertenang Gara-Gara Insiden Barang Naik

Nampaknya, perkembangan terkini politik tanahair sekarang jelas menyaksikan bahawa petanda Pilihanraya Umum Ke-13 memang sah akan berlaku pada pertengahan tahun hadapan. Bukti jelas dapat dilihat apabila media arus perdana seperti biasa mula membuat serangan "membabi buta" terhadap pemimpin pembangkang bahkan parti itu sendiri. Bermula dengan serangan terhadap Anwar Ibrahim dan PKR, kemudian terbaru Lim Guan Eng dan DAP dan mungkin selepas ini Hj.Hadi Awang dan PAS pula akan menjadi mangsa seterusnya. Apa yang menarik, dalam kehangatan bahang pilihan raya umum terasa tiba-tiba kita dikejutkan pula dengan berita kematian ADUN Tenang baru-baru ini. Berita tersebut sedikit menggugat semangat UMNO BN sebenarnya. Apatah lagi kawasan itu adalah kubu kuat BN sejak sekian lama. Makanya, mereka sudah pasti akan gusar dengan situasi yang berlaku. Tambah menarik, TPM Muhyiddin Yassin juga pasti bagai "cacing kepanasan" sekarang ini. Apa tidaknya, jika di Galas beliau boleh menyerahkan tanggungjawabnya kepada Ku Li maka kini apakah di Tenang beliau akan lari lagi dari tugasnya itu. Bukankah Tenang itu terletak dalam negeri Johor dan berhampiran juga dengan kawasan parlimen Pagoh yang diwakili oleh Muhyiddin. Imej beliau sedikit tercalar apabila tiba-tiba berlaku pembunuhan misteri libatkan seorang pelajar sekolah di Batu Pahat beberapa hari yang lalu.

Muhyiddin Terkejut Dan Semakin Tidak Tenang

Kematian tragis yang melibatkan pelajar sekolah ini jelas menunjukkan Muhyiddin gagal memastikan masalah displin pelajar sekolah berada ditahap terbaik. Sebagai Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin (foto) harus bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Beliau tidak boleh lari dari kenyataan bahawa si mati adalah pelajar dan penjenayah itu juga mungkin dikalangan pelajar. Paling menarik kejadian tersebut juga berlaku selang beberapa bulan kita dikejutkan dengan kematian Jutawan Kosmetik, Sosilawati Lawiya yang juga berasal dari Batu Pahat itu sendiri. Apapun, kita menyerahkan pihak polis untuk menyiasat kes ini dengan sebaik mungkin dan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan. Soalnya sekarang, apakah Muyiddin sanggup menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Pilihanraya BN di DUN Tenang kali ini?. Atau dia akan serahkan kepada orang lain, memandang Tenang terletak dalam parlimen Labis yang diwakili oleh anak kepada "Pelakon Video Seks" yang hangat diperkatakan dulu iaitu Presiden MCA, Chua Soi Lek. Makanya, pilihan raya kecil DUN Tenang pasti menjadi gelanggang panas yang menggusarkan puak UMNO BN nanti.

Barang Naik, Rakyat Di Minta Tenang Tolak BN


Justeru itulah kita tidak hairan BN sanggup menghantar Ahmad Maslan untuk turun ke kawasan Felda bagi tujuan meracuni pemikiran rakyat di sana supaya menyokong BN. Malah, paling menarik mulalah BN memaklumkan bahawa janji-janji mereka di Manek Urai dan Galas akan ditunaikan sebelum akhir tahun ini. Mungkin mereka tidak menjangka satu lagi pilihan raya kecil berlaku menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Ramai yang meramalkan, BN agak sakit untuk menang kali ini memandangkan mereka gagal melaksanakan apa yang diwar-warkan iaitu "rakyat didahulukan". Ditambah lagi dengan tindakan menaikkan harga minyak, gula dan gas baru-baru ini. Sudah pasti rakyat marhaen yang terbeban dengan tindakan tersebut merasa kecewa dan akan mengajar BN kali ini. Beruntung benar rakyat di Tenang, kerana mereka akan mendapat limpahan kemewahan wang ringgit dan projek mee segara tidak lama lagi. Masing-masing kini menghitung apakah yang akan diminta daripada pemimpin UMNO BN. Itu belum termasuk pemimpin UMNO BN di kawasan terbabit, sudah pasti masing-masing sibuk mengira untung yang akan masuk ke poket mereka nanti. Bagi, ahli parti Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan PKR juga kini sedang sibuk membuat rundingan untuk menjual saham masing-masing. Oleh itu, rakyat jangan terkejut apabila media arus perdana memainkan artikel beberapa orang ahli PAS, PKR atau DAP keluar beramai-ramai akibat kecewa dengan kepimpinan parti masing-masing. Apapun, sama-sama kita nantikan pengumuman yang akan dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Jumaat ini berhubung dengan tarikh penamaan calon dan hari pencalonan pilihan raya kecil DUN Tenang itu.

[Apapun yang terjadi, sebenarnya memang rakyat secara majoritinya sudah benci dan muak dengan segala janji manis UMNO BN itu. Mereka juga marah dengan insiden menteri BN mempermain-mainkan isu "saman ekor" di parlimen baru-baru ini. Hanya ahli parlimen Pakatan Rakyat yang beriya-iya mahu mempertahankan hak rakyat tetapi ahli parlimen BN sanggup memperlikan tindakan tersebut. Berbagai hujjah dan alasan yang mereka sajikan demi untuk mempertahankan perkara itu. Sedangkan mnereka lupa, ramai juga ahli UMNO bawahan yang turut terpalit dengan isu saman ekor itu sebenarnya. Makanya, pilihanraya kecil DUN Tenang ini diharap menjadi medan pertarungan terakhir sebelum berhadapan dengan pilihanraya umum selepas itu nanti. Rakyat perlu akur dan membuat perubahan jika mahu masa depan generasi akan datang lebih terjamin].
Share:
TAWARAN HEBAT DI TAHUN BARU
Berita Baik Untuk Anda Yang Sedang Tercari-Cari Peluang Menjana Pendapatan Menerusi Internet | Anda Yang Sudah Jemu Bermain Dengan MLM Atau Sebarang Perniagaan Jualan Langsung | Kini Muncul Satu Teknologi Baru Dalam Industri Networking Yang Membolehkan Anda Dapat Mendapatan Dengan Hanya Menyertai Program Hebat Ini | Tidak Perlu Bersusah Payah Mencari Orang Tapi Jika Ada Rakan-Rakan Anda Yang Berminat Menyertainya Maka Ia Satu Kelebihan Untuk Anda | Satu Sistem Terbaik Untuk Anda Merealisasikan Hasrat Menambah Pendapatan Secara Sampingan Di Tahun Baru 2011 | Mulakan Sekarang Dan Jangan Pandang Belakang Lagi Lupakan Kegagalan Semalam, Siapa Tahu Anda Boleh Menjadi Usahawan Yang Berjaya Menerusi Program Ini | Terbuka Kepada Semua Rakyat Malaysia Seantero Dunia | Mantan Leader-Leader MLM Yang Sudah Pencen Amatlah Di Perlukan Di Seluruh Negara


Share:

Tragedi: Bas Pelancong Terbabas Dekat Simpang Pulai Ketika Turun Dari Cameron Highlands Dan 27 Warga Thailand Di Sahkan Meninggal Dunia !!

IPOH 20 Dis [9.21 pm] - Dua puluh TUJUH orang, kebanyakannya ialah pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas persiaran (foto) membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 23 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun. Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia. Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat. Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok. Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang. Menurutnya, identiti dan jantina mangsa sudah pun dikenal pasti di mana dua yang terbunuh adalah rakyat Malaysia yang merupakan pemandu dan pemandu pelancong bas berkenaan, selebihnya adalah rakyat negara Thailand.

[Nampaknya berlaku lagi kemalangan maut melibatkan bas ekspress. Biar pun sudah berbagai usaha dilakukan oleh kerajaan namun kenapa kes-kes seperti ini masih berlaku lagi. Semakin diwar-warkan maka semakin menjadi-jadi pula kemalangan yang melibatkan bas seperti ini. Apakah masalah yang sebenarnya. Apakah dek kerana harga minyak dinaikkan menyebabkan syarikat terbabit terpaksa mengurangkan kos penyelenggaraan dan ini menyebabkan bas tidak berada dalam keadaan yang memuaskan. Namun, anehnya masih ramai pemandu bas yang terus memecut di jalanraya sekarang ini terutamannya bas-bas yang melibatkan syarikat Transnasional ekpress. Di mana-mana kami mendapat maklumat pemandu bas terbabit masih tidak insaf dengan banyak kejadian kemalangan yang berlaku sekarang ini. Mereka masih terus berlumba sesuka hati. Oleh itu syarikat terbabit perlu memantau perkara ini atau kami akan siarkan gambar-gambar bas yang terlibat yang kini sudah berada ditangan kami. Apapun, berhati-hatilah ketika memandu di jalanraya terutamanya yang libatkan nyawa ramai penumpang seperti ini].

Share:

SPR Akan Umumkan Tarikh Penamaan Calon Dan Hari Pengundian PRK DUN Tenang Pada Jumaat !

KUALA LUMPUR, 20 Dis [12.56 pm] - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh penamaan calon serta hari pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Jumaat ini. Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, pihaknya telah pun menerima notis berkenaan kekosongan itu selepas dimaklumkan oleh Speaker DUN Johor pada 17 Disember lalu. Kerusi Tenang dalam kawasan Parlimen Labis kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha.

[Seperti biasa rakyat sudah boleh menjangka hari apakah yang akan dijadi tarikh keramat itu. Umum mengetahui bahawa mereka yang duduk di SPR sebenarnya tidak faham kaedah. Hari pilihanraya adalah detik sejarah dan hari peristiwa yang sudah pastilah ia diadakan pada hari cuti. Anehnya, SPR lebih berselera mengadakan peristiwa penting itu pada hari bekerja dengan syarat kawasan itu adalah kubu kuat UMNO BN dan mereka yakin menang. Makanya dalam kes DUN Tenang ini, ia terletak dalam negeri Johor "karat UMNO totok" dan sudah semestinya SPR akan pilih hari Sabtu Ahas sebagai hari penamaan dan pembuangan undi. Itulah yang pasti, bila kita melihat balik stratetgi jahat SPR ini sejak dulu, kini dan selamanya. Mereka sungguh tidak faham dan sengaja buat-buat tidak faham kepentingan untuk pengundi balik membuang undi pada hari berkenaan. Justeru itu, semua pihak diminta bertenang dan bersedia].

Share:

Konvensyen: Berbagai "Agenda Rakyat" Terus Di Pertahankan Sekiranya Pakatan Mengambil Alih Malaysia Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 Nanti



Konvesyen Pakatan Rakyat yang berakhir di Kepala Batas Pulau Pinang semalam jelas sekali telah memberi harapan baru buat rakyat Malaysia sebenarnya. Apa tidaknya, berbagai agenda rakyat akan terus dipertahankan seandainya Pakatan Rakyat berjaya mengambilalih tampuk pemerintahan negara daripada UMNO BN selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Biar pun mendapat tohmahan daripada pemimpin UMNO BN tentang agenda yang bakal dilaksanakan itu, namun apa yang diputuskan itu juga jelas membuktikan bahawa Pakatan Rakyat lebih "mendahulukan rakyat" daripada sekadar retorik politik yang dimainkan oleh puak-puak UMNO BN. Makanya, rakyat harus sedar sekarang dan mula mencongak untuk melakukan perubahan dalam pilihanraya umum nanti jika mahu hidup mereka lebih selesa dan terjamin pada masa akan datang. Jika senario hari ini dikekalkan, nescaya mereka tidak dapat keluar dari kepompong kemiskinan, kedaifan dan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan hari ini. Oleh itu, mereka perlu bersedia untuk melakukannya. Jika tidak, fenomena itu akan terus berlarutan buat sekian lama selagi UMNO BN terus berkuasa di negara ini. Usah gentar dan takut untuk membuat perubahan jika ia menjamin kehidupan yang lebih selesa. Apapun, kami ucapkan syabas kepada Pakatan Rakyat atas usaha dan semangat mereka untuk menjaga kebajikan rakyat lebih dari segalanya. Semoga harapan untuk melihat perubahan besar dalam pilihanraya umum itu nanti akan terlaksana jua akhirnya. Inilah yang dinantikan rakyat sejak dulu, kini dan buat selama-lamanya. Antara agenda penting yang telah dibincangkan dalam konvesyen tersebut ialah :-
Anwar Ibrahim Tetap Jadi Ketua Pembangkang

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus menjadi Ketua Pembangkang walaupun beliau digantung dari Parlimen selama enam bulan, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau berkata majlis pimpinan membuat keputusan itu sungguhpun ketika ini DAP mempunyai jumlah kerusi paling banyak dalam Dewan Rakyat. Anwar, Sivarasa Rasiah dan Azmin Ali dari PKR dan Pengerusi DAP Karpal Singh Khamis lalu digantung enam bulan sebagai ahli Parlimen tanpa diberi peluang membela diri bersabit isu Apco. Karpal berkata partinya tetap menyokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang. “Saya yakin konvensyen ini akan diadakan di Putrajaya tahun depan tetapi kita tidak akan ke sana tanpa tanpa Anwar,” tambah beliau dalam ucapannya kepada perwakilan Pakatan Rakyat.

Karpal Tetap Sokong Islam Agama Rasmi Malaysia

Pengerusi DAP Karpal Singh menegaskan bahawa partinya terbuka kepada rundingan dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat mengenai isu Malaysia sebagai negara Islam. Karpal berkata beliau tidak lagi mahu Umno-Barisan Nasional memutarbelitkan isu negara Islam untuk melaga-lagakan pemimpin PR, khususnya DAP dan PAS. Beliau menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan mempertahankan Perlembagaan dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya. "Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Soal bersabit Negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus,” kata Karpal. Ini kali pertama Karpal membuat ketetapan sedemikian dan menzahirkan permuafakatan yang semakin kukuh antara ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat.

Pakatan Sedia Hadapi PRU Dengan Lapisan Baru

Pakatan Rakyat telah melahirkan lapisan kepimpinan kedua yang berkaliber dan bersiap-sedia untuk mengambil-alih obor Malaysia Baru dari kepimpinan hari ini. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemimpin pelapis ini telah melalui pentarbiyahan serapinya untuk meneruskan cita-cita reformasi. Beliau meminta para perwakilan dan akar umbi parti-parti dalam komponen Pakatan Rakyat supaya menghayati kandungan buku "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia" yang disediakan sepenuhnya oleh pemimpin generasi baru itu. "Katakan kepada mereka yang meragui kita, bahawa kita mempunyai barisan kepimpinan lapisan kedua. Kita telah bersiap-sedia dengan lapisan kepimpinan baru, dan ini buktinya Pakatan Rakyat mempunyai potensi yang amat besar," tegas Anwar dalam ucapan penggulungan Konvensyen Pakatan Rakyat ke-13 di Pulau Pinang, petang tadi. Kongres Pakatan Rakyat ini dipercayai adalah Kongres terakhir sebelum PRU-13 nanti. Setiap parti komponen sedang bersiap-siaga memperkemaskan jentera menghadapi pembubaran Parlimen. Menghadapi cabaran itu, Anwar kembali mengingatkan saf kepimpinan Pakatan Rakyat supaya menggiatkan lagi pengkaderan ahli.

Pemilihan Calon Perlulah Di Perketatkan Lagi

Pengerusi DAP, Karpal Singh, meminta Pakatan Rakyat supaya lebih berhati-hati dan berwaspada memilih calon untuk dipertandingkan dalam pilihanraya mendatang. Di hadapan perwakilan Konvensyen Pakatan Rakyat ke-II petang tadi, Karpal berkata Pakatan Rakyat tidak boleh lagi bersikap mudah dalam soal ini, memandangkan beberapa wakil rakyat gagasan itu telah melompat ke Barisan Nasional. Dalam teguran terbukanya kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Karpal berkata keengganan menghayati tegurannya telah menyebabkan imej Pakatan Rakyat tercalar. "Saya memberi amaran kepada Dato Seri Anwar untuk tidak menerima Zaid Ibrahim (foto) ke dalam PKR. Saya kenal siapa Zaid, saya terlibat dalam dunia guaman lebih 41 tahun, dan saya tahu orang itu tidak boleh dipercayai," katanya.

Subsidi Di Teruskan Demi Kepentingan Rakyat

Tender terbuka untuk projek awam, pertahan subsidi rakyat, hapuskan pemberian kontrak kepada kroni, tidak ada lagi tol lebuhraya, sediakan rumah selesa yang rakyat mampu beli – itu intipati pelan tindakan ekonomi Pakatan Rakyat jika berjaya menawan Putrajaya. Pelan itu menjurus kepada membanteras pembaziran dan keborosan, khususnya memansuhkan amalan memberi keistimewaan kepada kroni kerajaan, kata Ketua Pemuda DAP Anthony Loke, mengenai rancangan ekonomi yang dipersetujui bersama oleh Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP. Ketika membentangkannya pada Konvensyen PR, beliau berkata pelan tindakan itu berpaksi kepada melindungi kepentingan rakyat melalui pengagihan kekayaan yang adil, serta meningkatkan daya ekonomi mereka. Beliau berkata kronisma yang mewarnai pentadbiran Umno-BN telah menghakis daya saing ekonomi negara, Justeru Pakatan Rakyat mahu merombak sistem subsidi negara, dengan mensasarkan golongan masyarakat yang benar-benar memerlukan dan bukan syarikat-syarikat yang disuapkan dengan kontrak-kontrak mewah. "Kita bercadang untuk mengkaji semula subsidi gas yang diberikan kepada penjana tenaga bebas, yang menguntungkan syarikat-syarikat terpilih dan membebankan Petronas," kata Anthony. "Pakatan Rakyat akan mempertahankan hak rakyat yang lebih berhak untuk mendapat bantuan kerajaan seperti subsidi minyak dan subsidi barangan keperluan asas," tambah beliau.

Tol Di Mansuhkan Dan Wifi Percuma Di Bandar

Anthony juga menegaskan iltizam gagasan pembangkang itu melancarkan perang besar-besaran terhadap rasuah dan pembaziran di setiap lapisan kerajaan. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diletakkan dibawah Parlimen, manakala sistem tender terbuka akan menjadi amalan standard di setiap susun-lapis kerajaan. "Pakatan Rakyat akan bertindak keatas kes-kes membabitkan kepentingan rakyat seperti penyelewengan saham bumiputera bernilai RM52 juta ringgit," kata Anthony. Saham berkenaan diperuntukan kepada bumiputera sejak tahun 70an tetapi dibolot oleh segelintir kroni Umno-BN dan menghakis pegangan ekuti bumiputera dalam ekonomi Negara. Pakatan juga bertekad meningkatkan pendapatan rakyat melalui penstrukturan semula empat bidang prasarana iaitu air, elektrik, lebuhraya dan jaringan internet jalurlebar. "Antara yang dicadangkan adalah menghapuskan tol lebuhraya, memperkenalkan wi-fi percuma di kawasan-kawasan bandar dan separa bandar di seluruh negara, dan menjamin tidak akan ada penswastaan sektor kesihatan," kata Anthony.

Mazlan Sokong Pakatan Mansuh Felda Plantation

Pengerusi lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman menyambut baik cadangan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk memansuhkan Felda Plantation. Ujar, Mazlan dalam sesi perbahasannya hari ini berkata, dengan membatalkan Felda Planttation ini, sekurang-kurangnya 79,000 nasib anak peneroka akan terbela. "Saya menyokong penuh ucapan Datuk Seri Wan Azizah dalam 100 hari Pakatan Rakyat memerintah, perkara paling besar yang harus dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat ialah memansuhkan Felda Plantation," kata Mazlan. Menurut Mazlan, perjuangan masyarakat peneroka dan generasi kedua Felda telah memasuki fasa kritikal untuk mempertahankan survival peneroka. Dalam program 100 harinya turut merancang melaksanakan reformasi ke atas organisasi yang bertanggungjawab menguruskan Felda Plantation bagi membuka ladang-ladang diuruskan oleh generasi kedua dan ketiga anak peneroka. Justeru katanya, beliau mencadangkan agar Pakatan Rakyat, parti yang sekian lama memperjuangkan hak rakyat, menggubal semula akta-akta yang menzalimi nasib para peneroka. "Saya mencadangkan apabila kita memerintah akta GSA 1960 yang menjadi kekangan ini digubal semula bagi menjamin hak berdasarkan kaedah faraid," tegas Mazlan lagi.

[Sebenarnya banyak lagi agenda kebajikan untuk rakyat yang dirancang terutamanya selepas 100 hari menakluki Putrajaya. Semua ini adalah satu perancangan yang dianggap omongan kosong oleh penyokong UMNO BN. Bagi mereka semuanya adalah "angan-angan Mat Jenin" belaka. Sedangkan mereka lupa, dalam PRU-12 lalu Pakatan Rakyat berjaya menguasi lima negeri di semenanjung Malaysia. Itu pun negeri lain hampir-hampir ditawan seperti Negeri Sembilan dan Perlis. Jika tidak sudah pasti UMNO BN semakin "gila meroyan" sebenarnya. Kini, mereka mengatakan Pakatan Rakyat berangan-angan untuk takluki Malaysia pula. Malah mereka menyangka segala janji-janji yang dibuat itu adalah auta semata-mata. Sedangkan mereka sendiri melihat apa yang dijanjikan di Selangor, Kedah, P.Pinang dan Kelantan sudah dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Inilah bukti yang Pakatan Rakyat lebih prihatin menjaga kebajikan rakyat daripada apa yang diwar-warkan oleh UMNO BN itu].
Share:

Konvensyen "Pakatan Rakyat 2010": Presiden PAS Ingatkan Semua Supaya Akui Kelemahan Diri Dan Tidak Hilang Tumpuan Apabila Di Serang Lawan !

KEPALA BATAS, 19 Dis [2.14 pm] - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (foto) mengakui Pakatan Rakyat kini dibelenggu 'kelemahan diri sendiri' hingga boleh menggagalkan usaha untuk mencapai matlamat mengambil alih kerajaan. Beliau berkata, agenda perubahan yang dijanjikan kepada rakyat sukar dicapai sekiranya pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat mudah hilang tumpuan setelah menerima serangan daripada pihak lawan. "Kita dibelenggu dengan kelemahan diri sendiri apabila ada di antara kita yang mula hilang tumpuan, setelah kita mula diserang dari segenap penjuru oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN)," katanya semasa menyampaikan ucapan pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 di sini, Ahad. Selain itu Abdul Hadi berkata, komponen Pakatan Rakyat juga sememangnya berhadapan dengan cabaran besar iaitu dari segi perbezaan pandangan. Jelas beliau perbezaan pandangan yang wujud antara ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP perlu diatasi dengan baik bagi mengelakkan wujudnya masalah yang lebih besar. "Kadangkala kita berhadapan dengan perbezaan pandangan dan pendekatan untuk menyelesaikan masalah, dan di sinilah cabaran terbesar kita yang perlu dirungkaikan supaya kita menjadi gagasan terbaik untuk negara ini. "Dalam masa yang sama, saya menyeru kepada semua para hadirin yang menjadi petugas kepada perubahan dalam negara kita ini, supaya kita tidak sekali-kali tersasar dari tujuan kita untuk melakukan perubahan menyeluruh yang bermakna kepada generasi yang akan datang," katanya.

Pakatan Rakyat Perlu Berani Selesaikan Masalah

Bagaimana pun Hj.Hadi berkata, Pakatan Rakyat sentiasa berani dan bersedia untuk berdepan dan seterusnya menangani isu-isu yang timbul secara terbuka dengan semangat penyatuan. "Dengan perasaan penuh keikhlasan kita menyedari akan kelemahan-kelemahan ini, tetapi kita bukanlah seperti komponen musuh yang saling bercakaran sesama sendiri, lalu bertindak menyembunyikan masalah mereka sehingga ianya menjadi seperti ‘api dalam sekam’ yang menunggu masa untuk menjahanamkan negara kita yang tercinta ini. "Inilah beza nya pakatan kita dengan mereka, di mana kita berani untuk berdepan, berbincang, berbahas, semuanya dalam semangat yang tulen bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam gagasan kita ini. Inilah yang ingin kita sampaikan," katanya. Tambah beliau, pemimpin negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat disaran supaya berani melakukan rombakan pentadbiran kerajaan negeri sekiranya perlu. "Marilah sama-sama kita bermuhasabah akan pencapaian kita, setelah diberi tanggungjawab melaksanakan amanah pemerintahan di negeri Pakatan Rakyat, menilai dengan penuh kejujuran akan kelemahan dasar dan pelaksanaan, kita mencelikkan mata-telinga kita seluas-luasnya dan berlapang dada dengan kritikan rakyat, seterusnya melakukan rombakanpentadbiran dan perubahan menyeluruh apabila difikirkan perlu. "Berdasarkan maklumat kelemahan kita ini, maka kita perlu bangkit kembali dengan terus laksanakan penambahbaikan dalam pemerintahan dan perkemaskan jentera parti di negeri yang belum bersama kita," katanya lagi.

PAS Akan Perkasakan Islam Sebagai Agama Rasmi

Abdul Hadi turut mengingatkan Pemimpin Pakatan bahawa sebuah pemerintahan yang baik tidak hanya akan berjaya dengan pencapaian ekonomi semata-mata. Menurutnya PAS tidak melahirkan masyarakat yang hanya melihat kepada pembangunan material hingga akhirnya mengabaikan pembangunan jiwa dan rohani hingga menyebabkan penularan penyakit kemanusiaan. "Apa yang kita mahu, bahawa kita perlulah juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani, yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupanrakyat di bawah jagaan kita. "Dalam hal ini, PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan kita adalah dalam ruang lingkup undang-undang negara dengan mengambil kira Islam sebagai agama rasmi negara, dengan meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar. "Dalam masa yang sama, agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana sahaja di negara kita ini," katanya.

[Pakatan Rakyat sepatutnya lebih berhati-hati dalam menentukan hala tuju masa depan mereka, terutamannyadalam usaha menakluki Putrajaya pada Pilihanraya Umum akan datang. Seharusnya, keyakinan itu tidak terlalu diperbesarkan buat masa ini kerana ia akan menyebabkan pemimpin UMNO BN tidak senang duduk dan senang berdiri bagai "cacing kepanasan". Adalah lebih elok, masing-masing bersikap berdiam diri daripada melaung-laungkan sesuatu yang akan menakutkan musuh. Malahan, tindakan menghebahkan kononnya Pakatan Rakyat sudah cukup kuat untuk mengambilalih tampuk pemerintahan negara pada PRU akan datang pasti membuatkan Perdan Menteri dan kuncu-kuncunya akan mencari jalan untuk menggagalkan hasrat itu. Lantaran itulah kita tidak hairan Najib boleh keluarkan kenyataan bahawa tidak ada parti lain akan menang andainya BN tewas dalam PRU-13 nanti. Malah, dengan penuh yakin Najib mengatakan akan pertahankan Putrajaya habis-habisan demi mencapai matlamat mereka dari terus berkuasa. Mereka juga harus ingat bahawa pilihanraya di Malaysia masih tidak bersih seperti yang diharapkan oleh semua pihak. Lebih elok berhati-hati dalam setiap kenyataan panas yang dikeluarkan dari masa ke semasa itu hendaknya].

Share:

Tengku Mahkota Pahang Kini Kian Stabil Selepas Menerima Rawatan Di Hospital Tg. Ampuan Afzan

BENTONG, 19 Dis [4.30 am] - Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (foto) yang dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Jumaat lalu akibat pendarahan hidung, berada dalam keadaan stabil. Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sehingga hari ini, Tengku Abdullah masih menerima rawatan di Wad Diraja hospital berkenaan. Beliau berkata baginda tidak perlu dibedah namun memerlukan rehat yang cukup sebelum memulakan sebarang tugas rasmi dan harian. "Saya dimaklumkan oleh Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Rosnah Ismail bahawa baginda dimasukkan ke HTAA selepas mengadu berlaku pendarahan di hidungnya Jumaat lalu, walau bagaimanapun, baginda kini berada dalam keadaan stabil selepas mendapatkan rawatan," katanya kepada pemberita selepas program bersepadu memperkasakan komuniti di Felda Lurah Bilut di sini semalam. Liow yang akan menziarahi Tengku Abdullah hari ini, berkata pendarahan itu mungkin berlaku disebabkan kesibukan dan jadual tugasan padat baginda, termasuk di luar negara. Khamis lalu, ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) di Pekan, Tengku Abdullah memaklumkan bahawa hidung baginda berdarah semasa berada di Guangzhou, China. Baginda turut memaklumkan keadaan itu berlaku mungkin disebabkan perubahan cuaca.

[Pahang Daily Online mendoakan semoga KDYTM Tengku Mahkota Pahang cepat sembuh dan dapat kembali melaksanakan tugas baginda untuk bersama rakyat. Sesungguhnya rakyat Pahang amat berbangga mempunyai seorang putera raja yang amat berjiwa rakyat dan lebih memahami kehendak mereka selama ini].
Share:

Kontroversi: Benarkah Chegubard Gadai Prinsip? Apabila Beliau Sanggup Terima Jawatan Lantikan Sebagai 'Timbalan Setiausaha Agung' Yang Baru !

PETALING JAYA, 19 Dis [3.20 am] - Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam mengumumkan pembentukan kepimpinan baru Majlis Pimpinan Pusat (MPP) selepas era pemilihan 2010 yang lalu. Apa yang menarik ialah beberapa orang calon yang kalah dalam perebutan jawatan utama parti itu telah dibawa masuk atas kapasiti jawatan lantikan. Mereka yang terpilih termasuklah calon Ketua AMK iaitu Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard (foto). Beliau yang kalah kepada Samsul Iskandar Md Akin itu telah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung PKR yang baru. Agak mengejutkan kerana beliau sebelum ini begitu tegas tidak mahu menerima sebarang jawatan lantikan selagi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) tidak melakukan siasatan secara telus dan adil terhadap semua laporan aduan kepincangan yang berlaku dalam pemilihan parti itu sebelum ini. Beliau juga berkata akan menolak semua lantikan parti itu selagi bantahannya berhubung pemilihan PKR yang berlangsung November lalu tidak diberi penjelasan bertulis. Namun, kini segalanya sudah bertukar dan apakah Chegubard telah diberi kata dua agar beliau "redha" dengan keputusan yang telah dibuat itu. Mungkin juga beliau menerima jawatan tersebut kerana ia bukanlah lantikan dalam AMK. Apa yang lebih menarik, sebelum ini beliau juga ada berkata “Ini bukan soal jawatan tapi soal ketelusan. Jika saya menerima lantikan dalam keadaan aduan saya juga gagal diperjelas secara bertulis ini akan membawa erti saya berkompromi dengan sesuatu yang saya pertikaikan sendiri". Namun kini, segalanya sudah tersurat dan Chegubard akhirnya dibawa masuk ke dalam kepimpinan PKR biarpun segala kemusykilannya itu belum terjawab lagi sebenarnya. Apakah yang bermain difikiran beliau sekarang?. Dimanakah prinsip yang beliau pertahankan itu agaknya?. Ini beliau juga pernah katakan akan akur terhadap apa yang berlaku tetapi tidak akan ikhtiraf keputusan tersebut.

[Apapun, kami ucapkan tahniah kepada Chegubard atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau itu. Soalnya, bolehkah beliau berkerjasama dengan Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Biar pun kini beliau dilantik menganggotai MPP, beliau harus menyelesaikan segala kepincangan dan kemelut pemilihan yang masih diragui oleh ramai pihak itu. Janganlah bila sudah ada jawatan, beliau menutup sebelah mata untuk menerima segalanya dengan hati terbuka. Keadilan harus ditegakkan demi sebuah agenda perubahan yang lebih besar buat seluruh rakyat Malaysia. Terdapat maklumat mengatakan kemungkinan besar Chegubard tidak akan menerima jawatan yang ditawarkan oleh parti itu. Namun, segalanya masih belum diputuskan lagi kerana beliau juga mungkin menerimanya berdasarkan kepada agenda perjuangan yang lebih besar iaitu untuk berhadapan dengan UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang].
Share:

Kontroversi: Terbukti Malaysia Punyai Hubungan Dengan Israel @ APCO, Dokumen Sulit Berkenaan Kini Tersebar Secara Meluas Buat Tatapan Rakyat

Susulan isu penggantungan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri sidang parlimen selama enam bulan akibat pendedahan tentang APCO Worldwide maka kini akhirnya kerajaan Malaysia mendapat malu sendiri. Apa tidaknya, Anwar dan tiga yang lain digantung gara-gara penededahan terbabit dihalang untuk membela diri, sebaliknya usul penggantungan beliau telah diterima sebulat suara tanpa bahas oleh Speaker Dewan Rakyat iaitu Pandikar Amin Mulia baru-baru ini. Insiden tersebut telah menyebabkan ramai pihak tidak berpuasa hati, malah menganggap tindakan itu adalah satu kezaliman terhadap institusi parlimen itu sendiri. Speaker yang selama ini memang dianggap menjadi "pendekar" UMNO BN, rupanya mengesahkan telahan rakyat itu. Maka, dengan kuasa "muktamad" yang beliau ada itu akhirnya telah menyebabkan kekecohan berlaku di parlimen gara-gara isu penggantungan Anwar Ibrahim. Hasrat Anwar untuk menunjukkan segala bukti dan dokumen atas kenyataannya pasal APCO telah dipermainkan oleh Speaker dan Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan. Mereka bukan sahaja tidak memanggil Anwar untuk membela diri, malah menipu rakyat kononnya mantan TPM itu sudah dipanggil berbuat demikian. Semua ini merupakan episod malang buat rakyat Malaysia. Sebelum ini, gara-gara "rampasan kuasa BN" sidang Dewan Undangan Negeri Perak juga kecoh dengan tindakan jahat mereka. Kini, satu dunia melihat bahawa kerajaan UMNO BN sudah semakin terdesak untuk terus mengekalkan kuasanya. Lantaran itulah tergamak membuat tindakan yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan perturan yang telah termaktub dalam akta parlimen itu sendiri. Akhirnya kini, bagai sudah ditakdirkan maka semua dokumen dan bukti perjanjian Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Israel termasuk APCO itu sendiri telah didedahkan secara meluas dalam internet sekarang ini. Dokumen berupa surat perjanjian sulit itu kini sudah tidak menjadi rahsia lagi sebenarnya. Inilah yang amat ditakuti oleh kerajaan 1Malaysia sejak pendedahan itu dibuat oleh Anwar.


Bukti, dokumen sulit yang ditandatangani pada 4 Ogos 2009
[Maklumat ini sungguh memeranjatkan seluruh rakyat Malaysia sebenarnya. Kini terbukti betapa teruknya kerajaan UMNO BN dan 1Malaysia pimpina PM Najib Razak, kerana sanggup bersekongkol dengan Kerajaan Israel untuk menentukan halatuju pemerintahan negara. Rakyat perlu sedar dengan situasi ini dan apakah mereka harus menerima kehendak takdir yang sudah terang lagi bersuluh itu agaknya. Pencacai UMNO BN sudah pasti akan menadikan semua ini, namun segala kebenaran akhirnya terserlah jua. Maka itulah, kita tidak hairan Anwar Ibrahim dihalang daripada membela dirinya mengikut prosedur biasa yang telah ditetapkan. Ini kerana mereka semua takut andainya segala dokumen perjanjian itu didedahkan oleh Anwar dan ini akan memalukan mereka. Justeru itu, jalan terbaik ialah menggantung terus Anwar daripada hadir ke parlimen untuk tempoh yang agak lama bagi menghalang beliau terus bersuara tentang isu ini. Mujurlah ada rakyat prihatin yang menyebarkan maklumat dokumen tersebut yang kini boleh ditatap oleh seluruh rakyat Malaysia. Fahamlah kini apa yang berlaku kini. Wajiblah kita untuk menolak kerajaan UMNO BN dari terus berkuasa selepas Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Jangan dibiarkan negara ini tergadai ke tangan asing buat selamanya! Klik Sini untuk melihat bukti salinan dokumen tersebut].
Share:

Eksklusif: Nasib Adnan Yaakob Bagaikan Telur Di Hujung Tanduk, Rakyat Pahang Bakal Terima MB Baru Jika UMNO BN Terus Berkuasa Selepas PRU!

Rakyat Pahang bakal mendapat Menteri Besar baru, jika UMNO BN terus mengekalkan kuasa di negeri itu. Inilah isu hangat yang sering diperkatakan oleh ramai pihak sekarang ini, termasuk dari kalangan penyokong UMNO BN sendiri. Kini heboh diperkatakan bahawa tempoh hayat MB sekarang iaitu Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob (foto), bakal berakhir penggal ini. Ia ditambah lagi dengan perkenan Tuanku Sultan Pahang untuk menganugerahkan pingat darjah kebesaran tertinggi khas kepada beliau ketika hari ulangtahun baginda kali ini. Adnan dianugerahkan "Dato' Sri DiRaja", iaitu satu anugerah yang julung-julung kalinya diberikan kepada mana-mana pemimpin negeri sebelum ini. Malah, kewujudan anugerah itu adalah bukti penghargaan Sultan Pahang kepada Adnan selepas hampir 12 tahun mengambilalih tampuk pimpinan negeri daripada Tun Khalil Yaakob dulu. Soalnya sekarang, ke mana haluan Adnan jika benar beliau akan ditamatkan karier politiknya sebagai MB Pahang kali ini?. Apakah dia akan dihantar ke pusat seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini?. Atau, Adnan akan berehat dan berundur dari kancah politik. Inilah yang sedang bermain difikiran rakyat Pahang mutakhir ini. Desas-desus Adnan akan ditukarkan kini bertiup kencang dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Malah, ramai yang menganggap Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak pasti melakukan rombakan besar-besaran kali ini selepas melihat tahap prestasi perkhidmatan Adnan yang dilihat semakin merudum sekarang ini. Sejak memimpin negeri Pahang, Adnan sentiasa menyajikan "bajet defisit" untuk dinikmati oleh rakyat negeri ini. Hanya sesekali sahaja bajet memberangsangkan dibentang oleh Adnan, manakala yang lainnya tetap sama. Pahang dihimpit hutang yang tinggi dengan kerajaan pusat sejak UMNO BN memerintah negeri ini sebenarnya.

Prestasi Anak Syarikat Merudum Di Zaman Adnan

Dalam masa yang sama, banyak anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang didapati berada dalam keadaan kritikal termasuk yang terus bangkrap seperti Astana Golf & Country Club yang telah disita akibat hutang pinjaman RM30 juta yang tidak dibayar kepada Agro Bank. Tragedi itu menyebabkan ramai kakitangan agensi terbabit terpaksa berdemo akibat kehilangan pekerjaan (foto). Semenjak Adnan menjadi MB dan Pengerusi anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang, banyak masalah yang berlaku sebenarnya. Antaranya saham Hyatt Kuantan telah dijual, PASDEC Resources hilang tanpa nisan, Samudera Riverview Hotel tersadai layu dan banyak lagi. Malah terbaru termasuk juga Mentiga Corporation, PKNP, Kurnia Setia dan beberapa buah lagi anak syarikat yang dilihat "hidup segan mati tak mahu". Semuanya merudum dan berada dalam keadaan yang sungguh memalukan. Itu belum termasuk lagi Amanah Saham Pahang, Yayasan Pahang dan lain-lainnya. Ramai yang tahu hakikat ini, namun mereka tidak berani untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan. Ada diantara mereka takut untuk melaporkan permasalahan yang berlaku kerana jawatan dan takut kehilangan pekerjaan. Justeru itu, kami terpaksa mendedahkan dan membongkar beberapa masalah yang melanda anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang yang dilihat tidak bermaya semenjak Adnan berkuasa.

Terdapat Bukti Dakwaan MB Salah Guna Kuasa

Rakyat Pahang selama ini telah diperbodohkan oleh Kerajaan negeri Pahang yang dipimpin oleh Adnan Yaakob. Malah ada banyak projek anak syarikat yang dipercayai telah dimonopoli oleh proksi dan ahli keluarga beliau sendiri, termasuk isu lombong bijih besi (foto), Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) di Kuala Lipis. Semua ini akan kami dedahkan satu persatu, betapa rakusnya keterlibatan ahli keluarga Adnan Yaakob dalam memperkayakan suku sakat mereka. Sudah tiba masanya penyelewengan ini dibongkarkan agar rakyat Pahang tahu siapakah Adnan Yaakob itu sebenarnya. Malah, terdapat banyak maklumat kini Adnan menggunakan nama proksinya untuk membolot segala hasil khazanah rakyat Pahang seperti lombong emas, lombong bjih besi, balak, tanah dan sebagainya. Malah dalam kes Astana Golf itu sendiri pun sebenarnya syarikat ahli keluarga Adnan juga terlibat mengendalikan kontrak penyelenggaraan. Namun, kontrak beliau ditamatkan beberapa bulan sebelum isu "sita" itu muncul bagi mengaburi mata rakyat Pahang. Walhal jika disiasat, kemungkinan besar ada kes yang melibatkan ahli keluarga MB dalam insiden itu dulu. Apa yang lebih menyedihkan ialah Adnan tergamak melantik proksi adik beradiknya untuk memimpin anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri. Hasilnya, projek dan hasil yang diharapkan telah hilang sama sekali. Malah terdapat dakwaan yang kaum kerabat dan ahli keluarga beliau mendapat untung yang berlipat ganda daripada hasil yang sepatutnya masuk ke kantung anak syarikat kerajaan negeri itu sendiri. Lantaran itulah, kita tidak pelik apabila Adnan baru-baru ini menggesa anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) menyumbang 50% dari keuntungan kepada kerajaan negeri. Selain dari itu. rakyat juga harus menyoal ke mana perginya pungutan negeri daripada hasil keluaran emas daripada lombong di Lipis, Raub dan Cameron Highland dan juga hasil dari bijih besi, di daerah Rompin, Maran, Kuala Lipis dan juga dari daerah Jerantut.

Rakyat Pahang Bakal Dapat MB Baru Dari Rompin

Menurut sumber, semua itu dilakukan oleh Adnan kerana menyedari tempoh hayatnya memimpin Pahang sudah sampai ke penghujungnya. Malah, Adnan sendiri tahu yang PM Najib Razak pasti akan menukarkan beliau dengan calon lain selepas ini memandangkan beliau tidak "sebulu" dengan Presiden UMNO itu. Difahamkan, kini Adnan sedang sibuk menghitung kawasan parlimen mana beliau harus tandingi dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Khabarnya antara parlimen yang menjadi idaman beliau ialah Indera Mahkota atau Kuantan yang kini diwaklili oleh wakil rakyat pembangkang (PKR). Soalnya sekarang, jika Adnan dihumbankan ke pusat maka siapakah yang akan mengambil alih jawatan MB Pahang selepas ini?. Terdapat maklumat mengatakan calon pilihan Najib setakat ini ialah Ahli Parlimen Rompin dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat iaitu Dato' Jamaluddin Jarjis (foto). Beliau dikatakan akan bertanding di kerusi DUN dalam Pilihanraya Umum akan datang. Kemungkinan besar ialah di DUN Muadzam Shah yang kini diwakili oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia iaitu Dato' Maznah Mazlan. Maznah yang dilantik sebagai Senator itu akan ditukarkan untuk bertanding di Parlimen Rompin mengantikan tempat Dato' JJ. Besar kemungkinan itulah percaturannya kerana Dato' JJ adalah "orang kepercayaan" paling kanan yang terapat dengan Najib. Justeru itu, sudah pasti jika ini berlaku maka ia akan menakutkan orang-orang Adnan yang masih berada dalam kabinet beliau sekarang ini. Antaranya seperti Dato' Sharkar Shamsuddin yang dikatakan bakal mengantikan Adnan jika beliau mengosongkan kerusi MB sebelum ini. Namun kini, sengalanya bakal tidak menjadi kenyataan jika Adnan diundurkan nanti. Apapun, segalanya terletak ditangan Sultan Pahang untuk memperkenankan siapakah MB baru itu nanti. Andai benar dakwaan ini, maka sudah pasti warga Rompin akan bergembira kerana MB Pahang yang baru bakal didatangkan dari kawasan mereka.

[Sudah tiba masanya, rakyat Pahang membuat perhitungan sewajarnya dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Usah terpedaya lagi dengan sikap pemimpin yang gemar memomokkan kononnya mereka pandai memerintah dan hanya mereka yang layak berkuasa. Sedangkan di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, kini mereka selesa menikmati berbagai kebajikan yang dijanjikan sebelum PRU-12 lalu. Namun, di Pahang rakyatnya terus terdera dengan berbagai-bagai penderitaan yang tetap akan kunjung tiba terutamanya isu air. Ramai yang kecewa, Kerajaan Negeri Pahang beriya-iya benar mahu menyalurkan air ke Lembah Kelang sedangkan dalam masa yang sama masalah air yang menghantui ribuan rakyat negeri ini masih gagal ditangani dengan sebaiknya. Janji tinggal janji, akhirnya subsidi di berikan kepada rakyat dalam keadaan tarif air yang sudah dinaikkan tanpa disedari. Rakyat terpaksa membayar harga yang tinggi atas penggunaan air yang sama sekarang ini. Itu belum termasuk mereka mengenakan caj kepala meter RM1 dan RM2 bagi mengaut keuntungan mudah, dikala rakyat Selangor menikmati air percuma sejak dua tahun yang lalu. Oleh itu, kepada seluruh rakyat Pahang maka inilah masanya untuk membuat perubahan demi memastikan masa depan yang lebih bermakna. Kerajaan yang rosak dan menyeleweng tidak mampu memberi kebajikan kepada rakyatnya, kerana jiwa-jiwa mereka sudah rosak dengan unsur kebathilan].
Share:

Petanda Pilihan Raya Umum Ke-13 Kini Semakin Jelas Bila Kerajaan Umumkan Harga Getah Naik Dan Kekal Hingga Pertengahan Tahun Hadapan


Nampaknya petanda jelas yang Pilihanraya Umum Ke-13 bakal berlangsung pada awal hingga pertengahan tahun depan nampaknya semakin menjadi kenyataan sekarang ini. Melihat kepada serangan demi serangan yang dilakukan oleh puak-puak UMNO BN terhadap Pakatan Rakyat mutakhir ini, maka ia sudah pasti merupakan satu isyarat jelas ke arah itu. Seperti biasa juga, antara tanda-tanda besar yang ia pasti akan berlaku ialah kerajaan akan memberi "gula-gula" kepada rakyat dengan menurunkan harga barangan tertentu dan menaikkan pula harga barangan komoditi yang lain. Ini semua bagi memancing undi dan membuktikan kononnya kerajaan mendahulukan rakyat. Akhirnya ramailah rakyat yang tidak berdosa tertipu dengan permainan politik jahat UMNO BN ini. Terbaru, bekas pemimpin UMNO dan Ketua Menteri Melaka Rahim Thamby Chik (foto) semalam umumkan kenaikan harga getah yang tertinggi pernah dicapai dalam sejarah industri itu di Malaysia. Harga getah di pasaran kini mencecah RM14.13 sen sekilogram dan dijangka kekal pada paras tertinggi sehingga pertengahan tahun depan. Beliau yang merupakan Pengerusi RISDA, mengatakan harga getah di pasaran dunia kini mencatatkan sejarah baru kerana mencecah RM14 sekilogram berbanding RM4 lima tahun lalu.

[Apa yang menarik, inilah yang berlaku sebelum pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008 dulu. Namun, selepas beberapa bulan pilihanraya maka harga kembali turun menjunam seperti yang telah dijangka. Inilah juga yang akan berlaku pada tahun 2011 ini. Harga getah akan naik dan kekal sehingga pertengahan tahun iaitu tempoh yang dijangkakan akan berlakunya Pilihanraya Umum ke-13 itu jelas sekali merupakan satu usaha terdesak UMNO BN untuk menagih undi rakyat sebenarnya. Soalnya sekarang, apakah rakyat akan terus tertipu lagi pada kali ini atau mereka akan mengajar UMNO BN dalam pilihanraya umum nanti?].
Share:

Terkini: Sah ADUN Tenang Johor, Datuk Sulaiman Taha Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi, Maka Pasti Satu Lagi Pilihanraya Kecil DUN Bakal Di Saksikan

JOHOR BAHRU, 17 Dis [2.17 am] - Satu lagi pilihanraya kecil bakal berlaku dalam masa terdekat ini. Kali ini di negeri "totok UMNO" iaitu Johor Darul Takzim. Ini kerana, kami mendapat maklumat terkini bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang Datuk Sulaiman Taha (foto) telah meninggal dunia pada kira-kira jam 1.10 pagi tadi. Sulaiman sebelum ini telah dirawat di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur kerana penyakit kencing manis dan radang paru-paru yang dihidapinya. Beliau bagaimana pun di katakan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan. Sebelum ini, Sulaiman dimasukkan ke Hospital Segamat kerana mengadu tidak sihat. Pada 24 November lalu, beliau dipindahkan ke hospital swasta terbabit untuk rawatan lanjut. Tenang dilihat sebagai kubu kuat UMNO dan pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi. Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 49.66 peratus pengundi Melayu, manakala Cina 38.13 peratus, India 12.11 peratus dan bangsa-bangsa lain 0.10 peratus. Allahyarham yang berusia 59 tahun adalah merupakan Ketua UMNO Bahagian Labis, meninggalkan tujuh orang anak dan isteri, Hajjah Seri Noraini Yaakop. Al-fatihah.

[Kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah atas pemergian Allahyarham. Senario ini pasti mengejutkan pemimpin UMNO BN sebenarnya. Dalam keadaan mereka sedang menggasak Ketua Pembangkang dan Pakatan Rakyat itu sendiri, tiba-tiba satu pilihanraya kecil pula terpaksa dilalui. Tambah memeritkan kali ini ialah di kerusi BN yang diwakili oleh UMNO. Malah, DUN Tenang berada dalam Parlimen Labis yang diwakili oleh anak Presiden MCA yang sukup kontroversi dengan video lucahnya sebelum ini. Jika beliau diangkat sebagai Presiden oleh ahli MCA, maka apakah orang-orang Melayu dan Islam di DUN Tenang akan memberi sokongan terhadap kes tersebut. Selepas menggalas tanggungjawab di DUN Galas baru-baru ini makanya rakyat di minta bertenang untuk menghadapi Pilihanraya Kecil DUN Tenang yang pastinya lebih panas itu. Panas kerana ia terletak dalam negeri karat UMNO dan Muhyiddin Yassin juga berasal dari negeri itu. Panas juga kerana ia boleh menjadi penanda aras pengaruh BN dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang dijangkan tiba tidak lama lagi. Semua pihak dimintan bersedia dengan segala kemungkinan. Sila bertenang dan teruskan perjuangan!].
Share:

Insiden Gantung Wakil Rakyat, Dua Penyokong PKR Di Tahan Oleh Pihak Polis Kononnya Cuba Cetus Kekecohan Di Depan Bangunan Parlimen!

KUALA LUMPUR 16 Dis - Seramai 30 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dikatakan mencetuskan kekecohan di hadapan bangunan Parlimen hari ini dan cuba mengadakan perarakan tanpa permit menyebabkan dua daripada mereka ditahan polis. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, polis telah memberi amaran kepada kumpulan itu supaya bersurai kerana mereka berarak tanpa permit tetapi mereka enggan menyebabkan daripada mereka ditahan. Dalam satu kenyataan, beliau berkata perhimpunan bermula tengah hari apabila kumpulan itu cuba mengadakan perarakan untuk menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sebagai bantahan terhadap penggantungan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga anggota Parlimen pembangkang yang lain daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat. Polis kemudian memberi amaran kepada kumpulan itu supaya bersurai dan hanya membenarkan dua atau tiga orang sahaja untuk ke Suhakam tanpa mengganggu lalu lintas. Memorandum itu kemudian dihantar oleh Anggota Parlimen Balik Pulau daripada PKR, Yusmadi Yussof, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin (foto) serta Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin ke pejabat Suhakam di Jalan Raja Laut di sini pada 2.30 petang. Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk menggantung Anwar daripada menghadiri persidangan dewan selama enam bulan kerana kononnya telah mengelirukan dewan berhubung isu berkaitan Apco Worldwide Bhd, manakala tiga lagi ahli Parlimen pembangkang juga digantung enam bulan kerana hina dewan.

[Hukuman yang cukup aneh dan sungguh memalukan. Menghalang tertuduh membela diri dengan satu tindakan pengantungan yang diputuskan dengan begitu cepat sekali jelas menunjukkan yang Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin kini sudah tidak mulia lagi sebenarnya. Beliau tergamak menggunakan kuasa yang ada padanya untuk menghalang keadilan tertegak dalam parlimen yang mulia itu. Sungguh keji melihat apa yang berlaku ini sebenarnya. Ia mencerminkan UMNO BN sanggup melakukan apa sahaja untuk menguatkan cengakaman kuasa mereka. Apa yang pasti kini, mereka pastu akan mengubal undang-undang berkaitan persempadanan semula kawasan pilihanraya seperti yang dirancang selama ini. Mereka sanggup lakukan apa sahaja sekarang demi kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Lantaran itu rakyat harus bersedia untuk melihat apa yang akan berlaku dalam masa terdekat ini. Kuasa mengatasi segalanya untuk manusia yang sudah tidak punyai apa-apa. Kini, dengan kuasa itu sahaja bisa menghalang semuanya dari berlaku].

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.