script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Pendedahan WikiLeaks Isu Kejadian Rogol Pembantu Rumah Indonesia Melibatkan 'Menteri' Kabinet Zaman Pak Lah "Cemarkan Imej" Negara!

PETALING JAYA, 24 Dis - Pendedahan WikiLeaks berhubung kejadian rogol terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia yang melibatkan seorang Menteri Kabinet era mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dilihat mampu menggugat hubungan Malaysia-Indonesia dan menjejaskan imej negara. "Walaupun laporan WikiLeaks ini boleh diragui kesahihannya, namun sekiranya kejadian rogol ini benar-benar berlaku, ia akan memberi imej buruk kepada negara sekaligus mengugat hubungan Malaysia-Indonesia. "Tambahan pula semenjak kebelakangan ini, begitu banyak kejadian-kejadian yang menyebabkan perselisihan faham rakyat antara kedua-dua negara berjiran ini," demikian menurut Naib Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha (foto). Beliau yang telah mencipta sejarah sebagai satu-satunya tokoh wanita negara ini yang menduduki kerusi Timbalan Speaker turut memberitahu, kejadian seperti ini haruslah ditangani dengan telus. "Saya bukan mengulas tentang laporan ini tetapi secara umumnya, kita tidak boleh mengamalkan budaya yang membezakan layanan undang-undang terhadap orang kenamaan dan rakyat biasa. "Walau siapa pun yang dituduh, ia perlu menjalani proses perundangan yang sama seperti orang lain dengan telus. Apatah lagi jika membabitkan seorang pemimpin yang mendapat kepercayaan rakyat untuk memimpin dan merupakan pemimpin di peringkat pembuat dasar," katanya lagi. "Undang-undang sama untuk semua. Kalau tidak bagaimana kita hendak memastikan orang yang berpengaruh dan ada kedudukan ini lebih bertanggungjawab sekiranya mereka mendapat layanan yang istimewa apabila mereka melanggar undang-undang," katanya lagi. Beliau turut mengutuk sekeras-kerasnya kejadian seumpama ini dan tindakan undang-undang haruslah diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan dan pihak yang melindungi perbuatan seperti ini.

Satu Lagi Penganiayaan Terhadap Kaum Wanita


"Kalaulah laporan WikiLeaks ini sahih, saya mengutuk sekeras-kerasnya dan tindakan undang-undang harus diambil terhadap sebarang kejadian penganiayaan terhadap wanita lebih-lebih lagi jenayah rogol dan termasuklah yang melindunginya," ujar beliau. Sebelum ini dalam satu laporan blogger Rocky Bru (foto) yang nama sebenarnya Ahirudin Atan hari ini menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa salah seorang menteri ketika era Abdullah menerajui pentadbiran kerajaan telah merogol seorang pembantu rumah warganegara Indonesia. Menurutnya, kejadian tersebut turut diketahui oleh Abdullah sendiri, namun tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap menteri tersebut. Bagaimanapun menurut blog itu lagi, menteri terbabit hanya digugurkan sebagai menteri dalam satu rombakan kabinet yang dibuat oleh Abdullah tidak berapa lama selepas beliau mengetahui berita itu. Beliau turut mencatatkan, pada masa ini menteri tersebut kembali aktif dari persaraannya apabila dilantik semula sebagai pengerusi sebuah badan kerajaan yang baru dibentuk pula. Rocky Bru yang juga terkenal sebagai blogger proUmno juga menjelaskan, cerita tersebut telah sampai ke pengetahuannya semenjak tiga tahun lalu namun hanya dapat disahkan apabila pendedahan dibuat oleh WikiLeaks baru-baru ini. Susulan peristiwa yang berlaku pada tahun 2007 ini, ketika mangsa ditemuramah di kampungnya di Jawa Tengah pada Julai tahun yang sama, mangsa telah membuat pengakuan terhadap kejadian itu. Akhirnya laporan kejadian yang berlaku ketika tempoh perkhidmatan mangsa tersebut bersama bekas menteri terbabit menjangkau lapan tahun telah dibuat dan diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat, Indonesia dan juga Pejabat PM sendiri. Menurut sebuah badan NGO pula, kejadian yang menimpa amah yang mempunyai dua orang anak itu turut diketahui oleh suaminya tetapi disebabkan perasaan takut dan malu, tiada usaha dijalankan untuk mendakwa menteri yang terbabit.

[Berita ini suhngguh mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Maka itulah kita tidak hairan ada rakyat Indonesia yang berdemo dan membenci Malaysia. Mungkin kerana mereka tahu kes ini dan menganggap kerajaan Malaysia cuba melindungi Menteri terbabit. Soalnya sekarang, siapakah individu berkenaan?. Wajarkah kes ini dibuka semula dan beliau dijejaki. Jika dilihat kepada rekod perkhidmatan pemimpin UMNO BN yang diberhentikan oleh Pak Lah kemudian menjadi Pengerusi dalam agensi berkaitan kerajaan, mungkin kita boleh mengagak siapakah gerangannya. Namun, diharapkan ada siasatan dapat dilakukan terhadap perkara ini. Jika tidak ia pasti akan kembali mencalarkan imej negara dan membuatkan rakyat Indonesia terus marah atas kejadian yang beraku ini]. FMT
Share:

12 ulasan:

  1. dah 3 tahun tahu?padanla indon marah sangat.

    BalasPadam
  2. tapi kes ahli parlimen meliwat lagi lah lama, berulang ulang pulak tu dia meliwat...dulu, kini dan selamanya meliwat

    BalasPadam
  3. Nak uat macam mane?
    Dah mentaliti peliwat, meliwat la kerja dia.
    Anjing kalau dah biasa makan tahi
    Tak makan, dia hidu
    Tak hidu, dia cium
    Dah hidu cium, baham juga la...

    BalasPadam
  4. hahahaha...gilo,gilo.kalo dah babi negaro babi la jadinyo.bangkai gajah tutup ngan pelopah pisang lamo lamo bau juo.takpo la jang,lopeh ni kito pakat bawak lari anak daro,kebas bini orang,rogol amah takdo eh nak tangkap do..

    BalasPadam
  5. memang patut pun indo marah sangat kat malaysia ni. dia ingat amah tu tok nenek dia yang punya. dia pun manusia lah bangang....dasar nafsu binatang. aku tak pelik kalo 1 hari nanti, korang pegi ke Indo, korang kena terajang ke, kena kelar leher ke, kena bom ngan C4 ke. ni semua mangkuk hayun sial ni punya pasal.

    kepada mangkuk hayun ni, bw2 lah bertaubat. jangan sedap dok mengata orang. diri ko sendiri pun macam lahanat!

    pada anon 11:18 dan 12:07. Ko pun sama macam lahanat, sial, gampang!!! anak haram pun tak perangai macam ko! elok orang macam ko ni, letak kat tempat pelupusan sampah je. biar geng ngan anjing kurap cari makan kt timbunan sampah macam tu. takde nilai langsung jd manusia.
    bangang!!!

    BalasPadam
  6. puak penyokong umnoapco ni bukan gheti sembilan hak pemimpin depa buat jahat depa buat2 tak tau kemudian dialeh perhatian keisu lain ni memang menjadi peghangai darah daging depa dah cukup loklaq depa ni.

    BalasPadam
  7. Anon 9:01:00,
    Kalau diberikan pilihan, saya lebih rela 'bergeng' dengan anjing dan mencari makan kat timbunan sampah, berbanding terus menjadi penjilat najis dan kahak pekat makhluk yang bertopengkan 'title' 'insan istimewa anugerah Tuhan' tetapi hati dan perangai mengalahkan haiwan.

    Anon 9:01:00,
    Bukan salah mak bapa anda sekiranya anda dilahirkan sebagai insan insan yang celik mata kepala tapi buta mata hati, akan tetapi cubalah dapatkan 'kaca mata' yang agak cerah agar pandangan jdi lebih jelas dan anda mampu membezakan antara kaca dengan intan.

    BalasPadam
  8. memang patut pun indo marah sangat kat malaysia ni. dia ingat amah tu tok nenek dia yang punya. dia pun manusia lah bangang....dasar nafsu binatang. aku tak pelik kalo 1 hari nanti, korang pegi ke Indo, korang kena terajang ke, kena kelar leher ke, kena bom ngan C4 ke. ni semua mangkuk hayun sial ni punya pasal.

    kepada mangkuk hayun ni, bw2 lah bertaubat. jangan sedap dok mengata orang. diri ko sendiri pun macam lahanat!

    pada anon 11:18 dan 12:07. Ko pun sama macam lahanat, sial, gampang!!! anak haram pun tak perangai macam ko! elok orang macam ko ni, letak kat tempat pelupusan sampah je. biar geng ngan anjing kurap cari makan kt timbunan sampah macam tu. takde nilai langsung jd manusia.
    bangang!!!

    Saturday, December 25, 2010 9:01:00 AM

    Anon 9:01:00,
    Cantiknya bahasa engko... Dapat dari kamus mana? Kamus DEWAN BAHASA milik UMNO tak mungkin la.. Ni mesti dapat 'wahyu' daripada 'musang berjanggut' kan kan kan...?

    BalasPadam
  9. Bila pulak DEWAN BAHASA jadi milik umngok?

    lagipun memang layak pun orang2 umngok ni disumpah-seranah macam tu. umngok ni lebih bahaya pada kafir. sebab kafir dah tentu dia kafir. tak faham agama Islam. Ini kata diri tu Islam. Tp hukum Islam ditentang, syariat Islam dimainkan, pegangan Islam ikut suka, kehidupan Islam pada majlis2 tertentu aje. umngok ni boleh dikatakan lebih hina daripada kafir.

    BalasPadam
  10. Bila pula UMNO jadi umngok?

    BalasPadam
  11. lagipun memang layak pun orang2 umngok ni disumpah-seranah macam tu. umngok ni lebih bahaya pada kafir. sebab kafir dah tentu dia kafir. tak faham agama Islam. Ini kata diri tu Islam. Tp hukum Islam ditentang, syariat Islam dimainkan, pegangan Islam ikut suka, kehidupan Islam pada majlis2 tertentu aje. umngok ni boleh dikatakan lebih hina daripada kafir.

    Sunday, December 26, 2010 2:53:00 AM

    Anon 2:53,
    Menjadi kafir masih jauh lebih baik berbanding mengaku Islam tapi mempergunakan Islam untuk tujuan politik sempit dan kepentingan peribadi. Menjadi kafir masih jauh lebih baik berbanding mempergunakan Islam sebagai platform untuk menyebarkan fahaman sempit yang songsang lagi menyongsangkan.

    BalasPadam
  12. Bagi penyokong tegar PKR dan pembangkang, kenyataan Anwar selalunya akan dianggap mukjizat. Apa saja yang keluar dari mulut Anwar pasti akan dijadikan modal kempen penyokong depa, tambah ahli PAS isu itu akan dispin secukup rasa. Tak percaya tunggu malam nanti pasti bergegar dipentas ceramah.

    Orang yang tahu politik, dakwaan Anwar itu adalah cakap politik nak alih isu. Setelah macam-macam lubang dibuka oleh manusia yang teraniaya oleh game politik Anwar, apa saja isu yang boleh diputar akan diputar oleh Anwar.

    Itulah Anwar bin Ibrahim, si 'insan istimewa anugerah Tuhan' itu.

    Hehehehe... Yang percaya, percaya la. Yang tak nak percaya, pun percaya la.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Api Semakin Marak Di Hutan Simpan Menchali, Status Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Terkini Di Rompin Merosot Ke Tahap Bahaya

ROMPIN: Kebakaran di Kompartmen 11 Hutan Simpan Menchali di sini petang semalam didakwa menyebabkan status bacaan Indeks Pencemaran Udara (...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.