script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Musykil: Apakah Motifnya Blogger UMNO Pahang Adakan Pertemuan Di Kuala Lumpur Pula Selepas Gagal Dalam Banyak Pertemuan Di Bumi Sendiri !

KUANTAN, 16 Dis - Nampaknya UMNO BN Pahang kini sudah mula membuka gelanggangnya untuk memulakan "Perang Siber" terhadap pembangkang di negeri ini. Terbaru khabarnya satu pertemuan blogger Pahang telah diadakan di Kuala Lumpur pada 13 Disember lalu. Perjumpaan yang dianjurkan oleh Biro ICT dan Media Baru Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang itu turut di hadiri oleh Dato' Sharkar Shamsuddin dan Dato' Shahaniza Shamsuddin. Difahamkan pertemuan itu turut dihadiri oleh blogger "otai" Pahang yang selama ini sering merintih simpati akibat dipinggirkan iaitu Braveheart . Turut hadir ialah beberapa blogger ternama pro UMNO Pahang seperti Sri Tri Buana, Juri Rakyat dan Semut Hitam dan lain-lain lagi. Perjumpaan berkenaan adalah dalam usaha merapatkan semula serta para blogger negeri disamping menentukan hala-tuju dan peranan mereka dalam media sosial setempat. Bagaimanapun ianya berlaku secara santai dan tidak ada agenda khusus dibincangkan dan tiada juga sebarang resolusi dikeluarkan. Bagaimanapun, kehadiran blog 'Aggregator Pahang', 'Gabungan Suara Anak Pahang' telah dimaklumkan dan dijadikan sebagai rujukan kepada blog-blog yang ada di negeri Pahang tanpa mengira sama ada blog menulis politik dan isu semasa atau tidak atau perbezaan fahaman politik. Khabarnya pertemuan tersebut adalah sebagai usaha pemula untuk mengerakan media sosial Pahang secara lebih aktif terutamanya menjelang PRU13 nanti. Banyak pihak yang hadir berharap supaya pertemuan ini dilakukan lagi dengan membincangkan agenda-agenda tertentu yang berkaitan dengan usaha UMNO menjuarai media sosial.


Pemimpin UMNO Pahang ketika pertemuan aktivis media baru 2009

Pelik, ke mana perginya semua aktivis media baru UMNO Pahang ini
[Kami sungguh terkejut melihat perkembangan terkini Unit Media Baru UMNO Pahang ini. Apakah motifnya mereka membazirkan masa dan wang mengadakan pertemuan blogger di luar Pahang agaknya. Sedangkan sebelum ini sudah beberapa kali pertemuan demi pertemuan telah dilakukan namun hasilnya tetap juga tidak memuaskan. Blogger UMNO Pahang bukan sahaja tidak mendapat tempat dihati rakyat, malahan termasuk ahli UMNO itu sendiri. Mengejutkan kali ini ialah kehadiran blogger Braveheart (foto) yang difahamkan telah dipinggirkan oleh UMB UMNO Pahang selama ini. Apakah yang menyebabkan beliau kini dipanggil oleh mereka?. Mungkin kerana melihat hanya Braveheart sahaja yang berupaya meneruskan perjuangan blogger UMNO bagi menentang pengaruh blogger pembangkang di negeri ini. Apapun, harus diingat bahawa blogger terbabit sebenarnya juga mempunya agenda tersendiri yang wajar diberi perhatian serius oleh puak-puak UMNO di Pahang. Tambahan pula, difahamkan beliau mempunyai hubungan erat dengan bekas Ketua Pemuda UMNO Pahang Khairuddin Yaakob yang dinyahkan oleh MB Adnan Yaakob sebelum ini. Makanya, apakah UMNO Pahang bakal dikucar-kacirkan oleh blogger terbabit nanti].
Share:

9 ulasan:

  1. Orang umno buat kerja ngan ikhlas xada menda yg nak sorok bukan mcm hangpa ada sedakahtun, bab tu buat sorok2.bla makan tuan bau padan ngan muka hangpa sema.kitaorng xpaluli punya.salah ya salahlah.xmainlah ambik gambar lain buat ceta lain.itu fitnaton bro.xmainlah koyak2 lengan baju ni.nak masok camno.carilah gambar yang koyak celah kangkang bau leh masok.sekolah tinggi-tinggi bodo nak mampos.

    BalasPadam
  2. ORANG UMNO BUAT KEJE NGAN IKHLAS..?????? muahahahahahahahahahahahahahahahaha......!!!!!

    lawak paling bangsat abad ini!!!!

    hahahahahahahahahah.......!!!!

    adoyai!!! sakit perut aku....!!!

    BalasPadam
  3. memang iklas pon xada kecoh pasal belanja lat 4 juta.byk duit gak korang ni.yelah wit sedakahton banyak

    BalasPadam
  4. o ye ke ikhlas?
    tu barang2 tu bapak kau bagi yer?
    ikhlas kepala bapak kau.Menghabiskan duit rakyat je.

    BalasPadam
  5. bukan bapak aku lah anjing. tok mu yang bg. kwang kwang kwang.see the leglah.barang apa.aku anak ada 15 dan cucu ada 30 klu takat laptop tu sorang dua ada aku belikan. pas tu kat opis aku ada 8 komputer.klu takat korang air kaki aku pon tarak.pegi dah.balun jgn tak balun jgn tak balun wa tunggu lu olang balun.pas ni cakap duit haramlah. itu modal korang.berok matyeh.

    BalasPadam
  6. wakaka! pas punya modal mintak sedekah la. wat ceramah, pas tu adala pecacai tadah karong mintak sedekah. kalau duit tu guna utk baiki masjid ke, repair sekolah agama takpe jugak, panjangkan sedekah. ni, tak tau kemana... ada odit ke? ada sapa2 nak jawab? sertakan sekali dgn bukti, resit ke, apa ke!! korang pas/pkr ni sama samdol dgn umno. tak boleh nak harap langsung.....masing2 buta perut!!!

    BalasPadam
  7. Bila bloger dan UMB bertemu.... pembangkang ketar telor n terkencing dalam seluar.

    Apa yang pembangkang nak sibuk... jaga punggung sendirilah.... nanti kena liwat oleh aljuburi(pinjam kata2 mat sabu)

    BalasPadam
  8. oo tok mu yang beli...padan la pun kalau dah tok mu anjing,bapak mu babi la.hahahha!UMB ape tu UMB? Unit Menjaga Babi?

    BalasPadam
  9. kesian tegok warga unit menjaga babi ni.dah macam anjing dah aku tengok.salak sana salak sini pastu mintak bantuan.macam biasa la.kalau dah anjing,anjing jugak.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Api Semakin Marak Di Hutan Simpan Menchali, Status Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Terkini Di Rompin Merosot Ke Tahap Bahaya

ROMPIN: Kebakaran di Kompartmen 11 Hutan Simpan Menchali di sini petang semalam didakwa menyebabkan status bacaan Indeks Pencemaran Udara (...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.