KUALA LUMPUR, 8 Dis - Polis menafikan pihaknya bertindak di luar peruntukan undang-undang bagi meleraikan perhimpunan dan perarakan penyokong yang membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor di Masjid Negara Ahad lepas, sebaliknya hanya mengambil tindakan yang minimum untuk menyuraikan kumpulan tersebut. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, polis telah memberikan kerjasama dengan memberi laluan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membolehkan beliau menghantar memorandum tersebut ke Istana Negara. "Menteri Besar telah bersetuju dengan cadangan dan nasihat polis bahawa mereka tidak berarak ke Istana Negara dan selepas solat Zuhor di Masjid Negara, beliau telah diberi laluan bagi menyerahkan memorandum itu di Istana Negara," katanya. Beliau berkata demikian bagi mengulas artikel bertajuk 'Bar Council Slams Cops For Polis-State Mindset' dalam The Malaysian Insider yang menyatakan tindakan polis bagi meleraikan perhimpunan itu kasar dan menindas. Zulkifli berkata, kedegilan sekumpulan penyokong yang masih berkumpul dan berarak menuju ke Istana Negara menyebabkan polis terpaksa bertindak bagi menyuraikan perhimpunan sekaligus mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam di Bandaraya Kuala Lumpur. "Pada masa kini peruntukan Seksyen 27 Akta Polis 1967 masih berkuatkuasa dan selaras dengan artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, sebarang perhimpunan perlu mendapat lesen daripada polis terlebih dahulu," katanya.
Ahad lepas, beribu-ribu orang berkumpul dalam dua perhimpunan di Masjid Negara bagi membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor. Kedegilan kumpulan penyokong itu yang enggan bersurai serta mengganggu tugas polis menyebabkan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata. Akibat perhimpunan itu, ribuan warga kota terperangkap dalam kesesakan jalan raya selain mendatangkan kerugian kepada peniaga di sekitar lokasi perhimpunan itu.
[Soalnya sekarang, apakah benar polis tidak menggunakan kekerasan dalam meleraikan perhimpunan tersebut?. Daripada gambar-gambar di atas jelas membuktikan sebaliknya. Inilah dia pengakuan ikhlas pihak polis yang akan ditertawakan oleh rakyat sebenarnya. Sepatutnya mereka menyokong penuh bantahan kenaikkan tarif air tersebut. Ini kerana, ramai juga diantara mereka sendiri yang tinggal di Selangor dan bakal menghadapi kesulitan akibat tindakan drastik Syabas itu. Malah mereka juga sepatutnya berbangga dengan rakyat yang mahu turun dijalanan untuk menyatakan bantahan berkenaan. Apa salahnya pihak polis hanya memantau dan mengawal pergerakan lalu lintan untuk melancarakan perhimpunan terbabit. Namun, dek kerana arahan membabi buta pihak atasan menyebabkan mereka hilang akal dan sanggup menggempur rakyat yang tidak berdosa. Bukan sahaja semburan water canon dan gas pemedih mata mengenai peserta demo. Malahan sepak, terajang, tendang dan berbagai-bagai lagi kezaliman dilakukan tanpa mengambilkira langsung faktor kemanusiaan. Anehnya, ia berlaku ketika himpunan rakyat yang menyokong isu panas babitkan mereka. Tapi jika ia dilakukan oleh penyokong UMNO untuk jatuhkan pembangkang, maka dibolehkan pula. Inilah dia bukti amalan double standard yang diamalkan mereka itu].

Polis Dajal Rasuah Malaysia memang trak mengaku kalau dia buat sebab dia orang pikir dunia mak bapak dia punya. PDRM laknatullah
BalasPadampolis mn kena bayar air.mentekedarah air buta.
BalasPadamklo hg pa x caya p cek berek polis ada meter ke x?
BalasPadamciter pasal demo air ni boleh baca blog khalid samad di www.khalidsamad.com
BalasPadamSambungan dari posting saya pagi tadi, Minggu Lepas dalam Perspektif, akhirnya program kemuncak untuk minggu lepas ialah demo air. Pada pagi itu, saya telah hadir satu program pada jam 8 pagi di bangunan SUK iaitu program Hari OKU (Orang Kurang Upaya) Negeri Selangor. Tetapi ini OKU yang betul, bukan OKU (Orang Kuat UMNO). Selepas itu saya ke pejabat di Sek 13 untuk menghadiri mesyuarat PAS kawasan Shah Alam. Pada jam 11.30 saya bergegas ke Masjid Negara, sampai di sana dalam jam 12.30. Masuk dan berjumpa rakyat yang telah berkumpul seterusnya ambil wudu’ dan ke dalam Masjid bertemu Tan Sri MB. Solat Tahiyat dan selepas itu berbincang dengan Tan Sri tentang program selanjutnya. Masuk waktu Zuhr, solat dan seterusnya membuat pengumuman solat hajat selepas solat sunat bagdiah. Selepas itu menuju ke anjung Masjid bersama Tan Sri yang mula berucap menyampaikan amanat beliau kepada rakyat Selangor yang prihatin. Gambar yang sempat di tweet diambil dari anjung berkenaan.
Seterusnya bergerak bersama rakyat dengan tujuan hendak berarak ke Istana Negara sambil memegang sepanduk yang jelas menyatakan harapan kami iaitu membantah kenaikan harga air dan menolak penswastaan air. Semasa berarak sampai di hadapan Stesyen Keretapi yang lama, polis menghalang perjalanan kami. Kita berhenti sambil melaungkan cogan kata. Tiba-tiba rombongan kereta MB dan 3 kereta exco datang dari belakang secara perlahan. Kami membuka laluan dan bila sampai di halangan Polis, kereta-kereta ini dibenarkan keluar menuju istana. Yang berarak ingin ikut bersama tetapi tanpa apa-apa amaran, polis mula menembak gas pemedih mata. Pada ketika itu saya berada di tepi sebuah dari 3 rombongan kereta exco tersebut. Pintu belakang salah satu kereta dibuka dan YB Dr. Dzul yang berada di dalam menjemput saya masuk. Kereta itu seterusnya mengikut kereta MB yang berada di depan menuju istana Negara.
Setiba di istana Negara kami turun dari kereta dan dibenarkan masuk melalui pagar utama. Pegawai Istana menyambut Tan Sri dan mereka menerima Memorandum yang telah ditandatangani oleh lebih dari 200,000 rakyat Negeri Selangor bagi diperkenankan Agung.
BalasPadamSetelah selesai, kami mengikut rombongan MB sekali lagi. Kereta MB diiringi dua out-rider yang membawa MB ke arah Petaling Jaya. Kami mengikut tanpa mengetahui ke mana ingin mereka bawa kami. Bila sampai dekat kawasan Mid-Valley, mereka memberikan isyarat untuk kami teruskan perjalanan tanpa mereka. Tan Sri MB terus ke arah Damansara, kami ingat dia akan menuju kembali ke Masjid Negara. Jam pada ketika itu sudah hampir 2.40 petang. Kami terus mengikut kereta MB tetapi saya melihat kereta terakhir, iaitu kereta yang membawa YB Yaakob Sapari dan YB Dr. Dzul, mengikut haluan lain. Saya hubungi YB Dr. Dzul dan dia sebut mereka akan ke Masjid Negara. Saya jawab kita pun begitu tetapi mungkin MB mengikut jalan lain. Pada ketika itu saya berada di dalam kereta YB Dr Xavier.
Tiba-tiba saya dapati kami telah sampai di rumah MB. Beliau telah berhubung dengan pimpinan di Masjid memberitahu penyerahan memorandum sudah selesai dan semua boleh beredar. MB memberitahu dia perlu bersedia untuk program bersama Sultan Selangor pula selepas itu. Saya, YB Iskandar dan YB Teresa kemudiannya bergegas kembali ke kereta dan terus menuju kembali ke Masjid.
Sampai di Masjid pada jam pukul 3.15 petang. Saya melihat YB Dr. Dzul sedang berucap melalui mikrofon meminta semua beredar. Saya diberitahu ada beberapa orang yang telah ditahan dan dimasukkan ke dalam trak polis. Oleh itu, saya turun untuk mengucapkan terima kasih kepada yang hadir dan meminta mereka semua beredar. Ada yang menjawab mereka tidak akan beredar selagi yang ditahan tidak dibebaskan. Saya bersama YB Dr. Dzul berbincang dengan pegawai polis dan dia memberikan jaminan bahawa yang ditahan akan dibebaskan petang itu juga setelah dibawa ke Cheras.
Maka disampaikan jaminan ini kepada sahabat-sahabat yang masih di perkarangan Masjid dan akhirnya semua mula beredar. Saya pun beredar dari Masjid pada jam 3.50 petang dan menuju ke rumah DSAI untuk hadir walimah anaknya. Seterusnya ke rumah ‘anak bangsa Malaysia’ di Bukit Damansara untuk program terakhir hari itu iaitu sesi dialog dengan beberapa aktivis sambil menonton dokumentari ‘Penjual Mancis dan minyak yang tumpah’. Dokumentari berkenaan berhubung demonstrasi kepala lembu di Shah Alam, iaitu satu demonstrasi perarakan dari Masjid Negeri ke Bangunan SUK yang dikawal baik oleh pihak Polis tanpa menembak walaupun satu peluru gas pemedih mata. Kalau yang itu boleh dikawal baik dan dibenarkan berarak, mengapa tidak yang pagi tadi saya tanya kepada hadirin. Namun semua sudah tahu sebabnya dan tidak perlu dijawab.
Petang itu saya mendapat maklumat semua yang ditahan dibebaskan. YB Dr. Mariah dan beberapa pimpinan PR lain menguruskan mereka. Saya tiba di rumah pada jam 10 malam dalam keadaan yang letih, tetapi dengan perasaan penuh bangga dengan rakyat Selangor dan Malaysia.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

bertanya seorang rakan yang turun berdemo hari tu.kenapa uniform polis tak ada nombor yang sepatutnya tertera di baju mereka.mudahlah sikit nak buat aduan.eloklah lepas ni uniform polis ada nombor tu barulah nampak telus dan adil.
BalasPadamkenapa acap kali demo melibatkan ngo yang sehaluan dengan umno tidak dihalang polis?dia bertanya
dulu demo kepala lembu di shah alam.demo di komtar,demo di kuantan dan lain-lain tempat tak ada pun kena gas pemedih mata.
ini menjadi kemusykilan semua katanya lagi
eloklah aduan dikemukakan kepada suhakam atau amnesty international.bab mp kelang charles santiago yang mendakwa turut dikasari polis,dia mencadangkan aduan dikemukakan kepada parlimen eropah.
ada seorang pakcik tu patah kaki jatuh tangga masjid negara ketika melarikan diri dari polis...kesian katanya mengakhiri perbualan
dari laman web nst online
BalasPadamwww.nst.com.my
FILED FOR DIVORCE: Justynn Cassandra, 25, files for divorce from husband Tan Sri Rozali Ismail, the executive chairman of Selangor water concessionaire Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), at the Syariah Court Kuala Lumpur today. NST photo by Irham Mohd Noor
Dec 8, 2010 12:13 pm
nak tengok gambar bini ceo syabas ni boleh bukak laman web nst online
kat sini x payahlah skema sangat.yang penting informasi tu betul dan tepat.kita bukannya jawab soalan periksa.betul tak?
Kalau Polis menafikan pihaknya bertindak di luar peruntukan undang-undang bagi meleraikan perhimpunan membantah kenaikan air Selangor maknanya mereka melakukan.
BalasPadamPolis berani mengeluarkan kata-kata penafian seperti itu kerana mereka bercakap dalam bahasa undang-undang Peguam Negara.
Kalau dalam Dewan Rakyat Speaker Dewan yang sepatutnya bertindak adil tapi boleh bersikap berat sebelah dengan menggantung seseorang ahli pembangkang tanpa diberi peluang membela diri dan menolak saksi, bukti dan dokumen yang boleh membantu ahli pembangkang itu membela dirinya sebagai tidak bersalah.....
Apakah polis yang menerima arahan dari pihak atasan akan melawan arus dengan bertindak secara berhemah dan lebih bersopan terhadap rakyat Selangor yang sedang memprotes kezaliman kerajaan BN..?
Nak lawan polis...? Orang yang berkhidmat sebagai anggota polis itu adalah rakyat Malaysia, sebahagiannya kita kenali mereka. Selebihnya adalah saudara mara kita sendiri.
Sebenarnya kekuatan polis Malaysia terletak pada rakyat Malaysia. Oleh kerana rakyat Malaysia mengambil sikap mengalah maka kita lihat polis seperti hebat sangat.
Rakyat tidak perlu bermusuh dengan polis dan polis yang diberi kuasa penuh jangan kurang ajar sangat dengan rakyat kerana anda akan pencen semacam ketua polis negara yang silih berganti.
Bila pencen anda mencampuri masyarakat mana dan siapa yang akan memperjuangkan nasib anak cucu anda...?
Kepada polis Malaysia...
Kalau pun anda berkhidmat untuk negara jasa anda tetap dikenang, namun janganlah berkasar sebegitu rupa dengan rakyat yang ingin melepaskan perasaan mereka secara aman.
Membelasah rakyat yang tidak bersenjata dan tidak melawan samalah seperti membelasah Anuar Ibrahim dalam lokap. Itu baculnya walau pun polis kata cara itu adalah hero.
Jangan ikutkan sangat kehendak orang ketiga yang memperalatkan polis demi kepentingan politik mereka. Dan polis juga bertanggongjawab menghalang rakyat jadi pengembom berani mati.
Kami menurut perintah tuan...belasah orang melayu..
BalasPadamJAHAT BETUL POLIS NI..AGAKNYA POLIS SELANGOR NI TAK PAKAI AIR PAIP KOT.. DIA ORANGNI MASAK NASI PAKAI AIR LONGKANG JE KOT..PASAL TU DIA ORANG BULI MEREKA YANG PROTES KENAIKKAN TARIF AIR NI...
BalasPadamRumah aku ada 11 org + 2 org cucu yg selalu kencing dan berak.kompom memang byk pakai air. xp dah 5 th aku xpernah bayar bil air. xbanyak pon xsampai 300 hinggit. xadalak org dtg potong bekalan, yelah mungkin bab xbyk. 5 th xbayar bil klu 300 hinggit bau 5 hinggit sebulan pas bahagi 13 org bau lebih kurang 17 sen sorang sebulan.xkesahlah naik bape2 pon aku xbayar pon. org pencen mne ada duit.klu potong bekalan aku mandi sungai jer.
BalasPadamkalau tak ada polis hampa kat malaysia ni semua akan mempuih.... tak terkawal langsung la keadaan hampa semua ni... tambah2 di kawasan pembangkang...sebab semuanya perangai jenis haprak
BalasPadamTakde polis? Ada aku kesah?? Polis takde, hudud ada.. ha ha.. sapa berani mencuri? Potong tangan.. Siapa berani merogol? Sulaa... Confirm takde jenayah..
BalasPadamKalau buat 'fatwa songsang' apa hukumnya?
BalasPadamZaman Rasulullah tak ada polis pun, namun semua berdisplin dan takut buat kesalahan pasal apa nak tau? Sifat nabi Mohammad saw lebih baik dari rakyat biasa jadi baginda dan para sahabat jadikan idola rakyat dan menjadi pemimpin yang di teladani, disegani dan bukan ditakuti.
BalasPadamYang main belasah2 ni hanya pengikut panjajah dan amerika yang guna karen, seksa makan taik dll dan tak ada perikemaknusiaan tu.. mana ada dosa pahala bagi mereka ni.. dia tak tau doa yang teraniaya tu terus kepada Allah dan makbul.Tak caya tengok apa dah berlaku depan mata kita dan balasan diterima walau masih hidup... amik hang.Dosa dengan Allah boleh ampun dosa dgn manusia cari dia di padang mahsyar nanti ye....
Apalah hangpa ni bangap sgt.para malaikat yg allah tugaskan menjaga manusia dan sekian makluk alam di dunia ni, tu bukan bertindak mcm Polis.dlm duk ada polislah lepas jugak puak2 hangpa duk balon bini org dlm ketapi. apa hangpa dok ingat puak2 hangpa ni baik sgt. itu belum lg depa buat perangai baring kut jalanraya, biak keta langgak apaaaaaaaaa punya kaum. ini betoi2 spesis lebai ketayap.
BalasPadammana yang betul tu tetaplah betul dan yang tak betul tu tetap tak betul.polis jaga keselamatan awam rakyat sokong.yang rakyat tak sokong jaga kepentingan umno dan kroni.ada faham
BalasPadamNgga usah pakei polisi apaan deh pak, pokonya sip. Ya baring atas jalan juga bisa ya pak.
BalasPadamaku nak sangat tengok umno buat demo cam tu.nak tengok berapa ramai fru berani tembak tear gas dan water cannon tu
BalasPadamTarif Air Kat Johor ni naik tak pula orang nak buat demo pula dari 38 sen ke 60sen brapa peratus tu ye....dan siap tukar meter kasi laju lagi....rakyat johor mmg bagus..tahniah rakyat johor..
BalasPadamPolis kalau berdemo hentam PR tak pula nak sepak terajang..sembuh air...gas pedih mata contoh di pulau pinang..dan diselangor....aduhai polis kita 'Mesra, utk BN'.Cepat, ambil tindakan kpd PR dan Betul, kpd BN. itu slongannya
BalasPadam