script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita: Dua Sepupu Dari Sabah Maut Apabila Kancil Yang Dinaiki Berlanggar Dengan Pacuan Empat Roda Berhampiran Cherating Pagi Tadi !

KUANTAN, 4 Dis - Dua sepupu maut manakala seorang yang lain cedera parah selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda dinaiki satu keluarga di Kilometer 37, Jalan Kuantan-Kemaman, dekat Cherating, dekat sini pagi tadi. Azlan Ahmad, 33, dari Taman Kemajuan Likas, Kota Kinabalu, Sabah dan Bernard Arasad, 34, yang berasal dari Kampung Peringatan Petagas, Penampang, Sabah meninggal dunia di tempat kejadian manakala Datu Kumpasan Ali, 30-an, yang merupakan pemandu kereta Kancil terbabit mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Sementara itu pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford tersebut, Ahmad Amri Mahmad Razali, 33, dan lima ahli keluarganya yang lain hanya mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 8 pagi tadi itu. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Zulkifli Taha berkata ketika kejadian, kereta Perodua Kancil yang dalam perjalanan dari Kuantan ke sebuah asrama kilang di Kemaman, Terengganu itu dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya. "Bagaimanapun kereta berkenaan gagal untuk memotong dan bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan," katanya.. Beliau berkata akibat pertembungan itu kereta Perodua Kancil berkenaan remuk teruk dan dua penumpang kereta itu mati di tempat kejadian. Sementara itu, Ahmad Amri yang merupakan pemandu kenderaan pacuan empat roda tersebut berkata berkata ketika kejadian, dia bersama isteri, Rohaida Awang, 33, dan empat anak mereka dalam perjalanan dari Kemaman untuk pulang ke kampung mereka di Pekan. Katanya dia menyaksikan kereta Perodua Kancil berkenaan yang datang dari arah hadapan yang secara tiba-tiba memasuki laluannya menyebabkan dia tidak sempat mengelak kenderaannya itu kerana jarak sudah terlalu dekat. "Akibat perlanggaran, kenderaan saya berpusing sebelum terbabas ke tepi jalan namun saya bersyukur kerana isteri dan empat anak berusia lingkungan satu hingga enam tahun hanya cedera ringan," katanya.

[Malang tidak berbau. PDO merakamkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit. Keadaan cuaca tidak menentu dengan hujan sepanjang hari menyebabkan jalan licin sekarang ini. Oleh itu, kepada semua pihak yang merancang untuk bersantai dan bercuti di Pahang terutamanya ke sekitar Kuantan diminta berhati-hati. Mungkin musim tengkujuh kini sudah mula tiba apabila hujan tidak berhenti sejak dari malam semalam lagi. Kini semuanya berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana gusar andainya berlaku banjir besar kali ini. Apapun, semoga mereka yang memandu dijalanraya terutamanya yang melalui Lebihraya Pantai Timur (LPT) diminta lebih bersedia dan berhati dengan segala kemungkinan. Pandu cermat jiwa selamat. Ingat masa depan dan biar sampai lambat tapi jangan tak sampai langsung. Itulah yang paling utama pada masa ini. Ingatlah, ramai yang memerlukan anda untuk hari esok. Justeru itu usah persiakan usia yang ada untuk "membunuh diri" dijalanraya akibat kecuaian diri sendiri. Sayangilah dan hargailah nyawa !].

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.