script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Melantik SUK Tanpa Merujuk Ketua Kerajaan Negeri, Buktikan KSN Sengaja Cemarkan Integriri Perkhidmatan Awam Negara Sebenarnya

Ramai yang terkejut dengan berita perlantikan Datuk Kushrin Munawi (foto) sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru. Apa tidaknya, belum pernah ada dalam sejarah perlantikan seorang pegawai kerajaan tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada ketua jabatan terbabit. Bayangkan, pertukaran dibuat dengan "kuasa ghaib" tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan. Biasanya dalam sesebuah jabatan kerajaan, setiap pertukaran dan perpindahan pasti akan diketahui lebih awal. Kita akan tahu pegawai mana yang berpindah dan yang mana pula akan bertukar ke tempat kita. Malah, bukan setakat perpindahan tapi kita juga boleh tahu ke mana pegawai berkenaan ditukarkan sebenarnya. Ini kerana, notis atau surat pekeliling mengenainya akan dihantar kepada jabatan yang berkenaan. Maknanya, ketua jabatan dan kakitangan mereka sudah tahu siapakan pegawai yang akan bertukar dan akan berkhidmat di tempat mereka. Namun , dalam kes di Selangor ia sungguh "ajaib". Bayangkan, jawatan utama Setiausaha Kerajaan Negeri tiba-tiba diisi oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) tanpa memaklumkan kepada ketua Kerajaan Negeri (MB) sendiri. Bukankah ini sesuatu yang cukup mustahil berlaku dan tidak masuk dek akal. Kenapa terlalu tergesa-gesa dan apakah agenda mereka sebenarnya. Harus diingat, KSN sekarang ialah Sidek Hassan yang berasal dari Kg.Cerok Paloh (Kuantan) yang disambung kontraknya oleh Perdana Menteri Najib Razak. Harus diingat kampung terbabit adalah laluan pantai untuk ke Pekan iaitu Parlimen PM Najib itu sendiri. Soalnya, apakah agenda mereka melakukan ini semua. Ia bukan sahaja menjatuhkan integriti perkhidmatan awam, malah merosakkan imej KSN itu sendiri. Alasan kononnya MB Selangor lewat menghantar calon adalah satu perkara yang tidak boleh diterima sebenarnya. Ini kerana, hak untuk melantik SUK wajarlah dimuktamadkan oleh Ketua Negeri terbabit dan bukan boleh dibuat sesuka hati seperti sekarang. Apatah lagi Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri berlainan ideologinya.

[Tindakan kerajaan pusat melantik Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru dilihat seperti cubaan untuk mengguling kerajaan negeri Selangor, di samping memperlihatkan sikap sebenar kerajaan persekutuan yang tidak demokratik serta tidak menghormati semangat federalisme. Biarpun perlantikan itu dilihat belum muktamad dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mohon mengadap Sultan Selangor untuk membincangkan perkara itu, pandangan kerajaan negeri wajar diteliti terlebih dahulu demi melahirkan sebuah kerajaan yang stabil. Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi (foto) berkata, biarpun Kerajaan Negeri Selangor dipimpin oleh sebuah kerajaan yang tidak seideologi dengan kerajaan pusat, namun Kerajaan Negeri Selangor adalah sebuah kerajaan yang sah melalui sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini, ekoran ia adalah mandat dari rakyat yang merdeka menerusi sistem pilihanraya. Menurut beliau, sewajarnya kerajaan negeri Selangor atau mana-mana kerajaan negeri yang lain tidak diganggu apa lagi cuba diguling semata-mata kerana ia dipimpin oleh parti yang berlainan ideologi dengan kerajaan persekutuan].

Share:

18 ulasan:

  1. Dah kena lantik, terima saja la dan beri kerjasama sepenuhnya..

    Tak begitu?

    BalasPadam
  2. nak kerjasama apa SUK ni geng UMNO...jangan dok percaya....nanti jadi macam negeri perak.

    BalasPadam
  3. kerjasama nak melingkup bleh ler !!!!

    BalasPadam
  4. Anon 9:50 dan Anon 9:52,
    Heheheh tau tak pe..

    BalasPadam
  5. SEBENARNYA INI CARA HALUS NAJIB NAK JATUHKAN KERAJAAN PR DI SELANGOR...MACAM KES SUK PERAK DULU...

    ITU JER TUJUAN DIA...MEMPERGUNAKAN KAKITGN AWAM SENDIRI UTK UMNO...APA HAL?

    BalasPadam
  6. Apa hal...?
    Kita mungkin boleh mencemuh dan mencebek jijik..
    Tapi bolehkah atau mampukah kita menghalang kalau ada pula pihak (pihak-pihak) yang bersorak atau bertepuk tangan?

    BalasPadam
  7. Agaknya Najib tu sengaja 'menempah maut' buat 'seenaknya' yang bercanggah dengan perlembagaan?
    Atau Najib tu lebih bacul berbanding kita semua yang lebih atau maha arif tentang perlembagaan?

    BalasPadam
  8. hoho tahniah buat diri kita (dengan kekitaan kita) yang berasa serba bijak berbanding Najib..

    Hahahaha

    BalasPadam
  9. tak kemana pun...lu semua takluk putrajaya nanti baru wa respek, setakat ngikut mimpi nuar brahim je tak yah la...tak ke mana pun...paling paling ke sg buloh

    BalasPadam
  10. Lu orang bayangkan dalam hal lantik "orang baru" yang isteri kau orang tak berkenan. Apa boleh bahagia ke...!? atau isteri kau khawin ngan lelaki lain tanpa pengetahuan kau..kan pelik tu..(sememangnya tak pernah berlaku.)Apa kau rasa dan apa kau orang seronok ke..?. Dalam hal ni, yang pasti ada konspirasi. Dimana semangat federalisme kamu...Menjatuhkan "kemaluan" dan integriti perkhidmatan awam dan imej KSN 1MALAYSIA
    Cukuplah tu... 1MONGOLIA dah tahu....!.

    SUDAH-SUDAHLAH BUAT KERJA BOD OH TU..

    BalasPadam
  11. kpd anon 1.39am, u nak sama kan antara suami dan isteri...tu puak parti ajaran syaitan lain tak tahu asyik2 cerita bab kahwin...u bacalah perlembagaan tubuh negeri selangor ada ke disebut perlu mendapat consent pd Khalid gagap ke...tu lah bodoh cam mahpus...bacabaca baca dan faham kalau tak faham bertanya lah dgn mafpos...eloklah tu belajar dari mr bean malaysia hahaha

    BalasPadam
  12. aku berdoa kepada Allah semoga buka la hijab doa aku, kerana negeri ku.. diannyaya oleh pihak thorud... aku berdoa semoga patah balik la niat jahat tu kepada mereka balik ..amin...demi agama mu selamatkanlah selangor... kerana rumah Mu (masjid) sekarang ini yang diimarahkan dengan jayanya akan berkubur jika BN kembali ke selangor...amin...

    BalasPadam
  13. aku berdoa kepada Allah semoga buka la hijab doa aku, kerana negara ku.. diannyaya oleh pihak yang mempergunakan agama untuk tujuan politik sempit, sehingga tindakan pihak2 musuh Islam malah direstui... aku berdoa semoga patah balik la niat jahat tu kepada mereka balik ..amin...demi agama mu selamatkanlah selangor... kerana rumah Mu (masjid) sekarang ini yang diimarahkan dengan jayanya akan berkubur jika PR diberi mandat untuk mentadbir Malaysia bumi tertuah ini...amin...

    BalasPadam
  14. Walau apa pun aku tidak akan menyokong lagi Umno,dan aku memang dari dulu lagi tidak menyembah dan meminta ampun dari sesiapa pun selain Allah.

    BalasPadam
  15. puak karat ni sampai sekarang x boleh terima kalah bertanding.rileks bro.orang kalah bola pun balik makan nasi.x paedahnya hantar ejen buat kecoh dalam kerajaan negeri.bertandinglah cara gentleman.tak perlu beli referee dan linesman.tunggulah bila musim pertandingan.kalau rakyat reject jugak korang maknanya rakyat dah muak dah kat korang.ada paham.bodoh kalau setingkat tahan lagi kalau dah bodoh tahap mangkuk tingkat x der sapa dapat nolong.

    BalasPadam
  16. ada yang bimbang kot-kot nanti pengurusan air serah kat pusat,tanah orang marhain diambil untuk buat projek mega keretapi MRT RM36 bilion,projek terbengkalai hospital shah alam settle bila mamat ni jadi suk.ada yang lagi bimbang kot-kot skandal PKFZ pun jadi clear.kebimbangan rakyat marhain ini perlu diambilkira.
    apakah nanti akan ada tok wakil pakatan yang disumbat ke penjara dek tuduhan rasuah atau melompat parti untuk clear nama?
    yang membimbangkan ramai orang skrip di perak berulang kembali.
    eloklah mb selangor dapatkan nasihat nizar.
    anwar,azmin dan pemimpin pakatan rakyat yang lain kena bantu mb.
    kita kena tunjuk kita pun bijak menangani mainan politik sebegini.rakyat akan jadi hakim dan menilai dengan saksama

    BalasPadam
  17. apa citer gopala,mppadang serai?betul ke macam nak lompat je?

    BalasPadam
  18. apa nak pelik aku dengar cerita kat yayasan pahang ada org indon jadi pegawai...CMK pegilah siasat

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Api Semakin Marak Di Hutan Simpan Menchali, Status Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Terkini Di Rompin Merosot Ke Tahap Bahaya

ROMPIN: Kebakaran di Kompartmen 11 Hutan Simpan Menchali di sini petang semalam didakwa menyebabkan status bacaan Indeks Pencemaran Udara (...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.