script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Sukan: Kerajaan UMNO BN Beri Cuti Umum Kerana Malaysia Menang Piala AAF - Suzuki 2010


KUALA LUMPUR, 30 Dis [9.32 am] - Malaysia menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala AFF-Suzuki 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia malam ini. Gol tunggal Malaysia dalam perlawanan itu disempurnakan pemain negara Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-53 dalam perlawanan timbal balik berkenaan. Gol berkenaan memberikan kemenangan kepada negara setelah perlawanan akhir pertama menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan keputusan 3-0 pada 26 Disember lalu. Indonesia kemudiannya memperolehi satu gol melalui pemainnya Mohammad Nasuha pada minit ke-71. Satu lagi gol diperolehi Indonesia pada minit ke-87. Dalam perkembangan berkaitan, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak lewat malam ini mengisytiharkan 31 Disember sebagai cuti umum. Dalam kenyataannya itu, beliau mengisytiharkan cuti umum berkenaan bagi meraikan kemenangan pertama Malaysia dalam sejarah 14 tahun kejohanan berkenaan. Sepanjang tujuh edisi sebelum ini, Malaysia hanya sekali berpeluang melangkah ke perlawanan akhir iaitu pada edisi sulung kejohanan yang dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger.

[Apapun, syabas dan tahniah diucapakan kepada pasukan bolasepak negara bimbingan Rajagopal. Ternyata, pemain Malaysia rupanya masih ada yang berbisa seperti dulu-dulu. Apa yang pasti mereka perlulah diberi pendedahan sejak dari awal lagi sebelum menempa nama di persada antarabangsa. Kini jelas membuktikan bahawa bolasepak negara sebenarnya masih ada kelas tersendiri. Dalam hal sukan seperti tini, kita ucapakan terima kasih kepada PM Najib Razak kerana memberikan cuti umum atas kejayaan negara itu. Cuma bagaimana dengan rakan-rakan kita di negeri yang cuti umum jatuh pada hari Jumaat. Harap-harap mereka akan dapat juga cuti ganti pada Ahad nanti. Malaysia boleh, bravo bravo!].
Share:

10 ulasan:

  1. Terima Kasih PM kerana beri cuti...tanda PM dengar denyut nadi jantung rakyat....

    BalasPadam
  2. cuti-cuti jugak, akhirat jgn lupa...

    BalasPadam
  3. Kalau DSAI yang jadi PM agaknya dia akan beri cuti 1 (satu) mminggu penuh 'tanggung makan'

    Tak gitu...?

    BalasPadam
  4. Dasar pemalas,menang tak seberapa cuti yg lebih.Pelabur luar dah tak sudi datang ke Malaysia,gara-gara cuti yg berlebihan dan pekerja tempatan yg lembab dan suka curi tulang.

    BalasPadam
  5. pelabur luar xmau bukan sbab org malaysia malas,dia orang takut sbenarnya sebab org malaysia suka main bontot mcm bos depa.he he he

    BalasPadam
  6. pelabur luar xmau bukan sbab org malaysia malas,dia orang takut sbenarnya sebab org malaysia suka main bontot mcm bos depa.he he he

    BalasPadam
  7. agak-agaknya kalau menang piala asia berapa hari kau nak bagi cuti najib?

    BalasPadam
  8. Najib tak suka main 'agak-agak'. Bukan seperti sesumpah yang kerap bertukar warna. Bukan juga seperti kura-kura yang suka main 'sorok-sorok' kepala.

    BalasPadam
  9. Hehehe tau tak pe..
    dia suka main c4 coz dia memang 'SIFU'
    Tapi kawan kita yang sorang yang suka masuk rumah ikut 'pintu belakang' tu apa hal?
    Dan yang seorang tu pula lidah bercabang tu apa hal?

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Api Semakin Marak Di Hutan Simpan Menchali, Status Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Terkini Di Rompin Merosot Ke Tahap Bahaya

ROMPIN: Kebakaran di Kompartmen 11 Hutan Simpan Menchali di sini petang semalam didakwa menyebabkan status bacaan Indeks Pencemaran Udara (...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.