IPOH 20 Dis [9.21 pm] - Dua puluh TUJUH orang, kebanyakannya ialah pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas persiaran (foto) membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 23 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun. Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia. Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat. Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok. Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang. Menurutnya, identiti dan jantina mangsa sudah pun dikenal pasti di mana dua yang terbunuh adalah rakyat Malaysia yang merupakan pemandu dan pemandu pelancong bas berkenaan, selebihnya adalah rakyat negara Thailand.
[Nampaknya berlaku lagi kemalangan maut melibatkan bas ekspress. Biar pun sudah berbagai usaha dilakukan oleh kerajaan namun kenapa kes-kes seperti ini masih berlaku lagi. Semakin diwar-warkan maka semakin menjadi-jadi pula kemalangan yang melibatkan bas seperti ini. Apakah masalah yang sebenarnya. Apakah dek kerana harga minyak dinaikkan menyebabkan syarikat terbabit terpaksa mengurangkan kos penyelenggaraan dan ini menyebabkan bas tidak berada dalam keadaan yang memuaskan. Namun, anehnya masih ramai pemandu bas yang terus memecut di jalanraya sekarang ini terutamannya bas-bas yang melibatkan syarikat Transnasional ekpress. Di mana-mana kami mendapat maklumat pemandu bas terbabit masih tidak insaf dengan banyak kejadian kemalangan yang berlaku sekarang ini. Mereka masih terus berlumba sesuka hati. Oleh itu syarikat terbabit perlu memantau perkara ini atau kami akan siarkan gambar-gambar bas yang terlibat yang kini sudah berada ditangan kami. Apapun, berhati-hatilah ketika memandu di jalanraya terutamanya yang libatkan nyawa ramai penumpang seperti ini].






Pelik..sungguh pelik kemalangan ini brlaku,mgikut keterangan Timbalan Ketua PolisPerak iaitu Dato Zakaria Yusof,bas dlam perjalanan dr Cameroon Highland menuju Kuala Lumpur,persoalannya knapa pmandu bas tersebut tak ikut jalan Ringlet-Tapah dn msuk lebuhraya PLUS??.Ikut jaln tu kn ke dekat? Knapa nk melencong ke Simpang Pulai-Ipoh kmudian bru ke KL plak?
BalasPadamwan: rasanya bas tu ikut jalan baru (kg raja-simpang pulai). Pastu terus masuk PLUS..jalan lagi baik berbanding ikut ringlet-tapah yg berliku2..
BalasPadam*harap penulis dapat ubah statement(berlaku lagi kemalangan maut melibatkan BAS EKSPRES),bukan kemalangan bas ekspres,tetapi bas pelancong.
BalasPadamkemalangan maut melibatkan bas.baru betul.penulis fokus pada kemalangan maut yang melibatkan bas.tapi benar bas dalam kes ni adalah bas pelancong,bukan ekspres.
BalasPadamBas Pelancong atau Bas Express hanya berbeza pada sebutan saja. Kalau sudah melibatkan kemalangan maut, nyawa tiada berbeza nilainya. Cuma agak pelik dengan kebanyakan pemandu bas (terutama bas express), mereka seolah-oleh terkecuali daripada penguatkuasaan had laju. Contohnya kita memandu dengan kelajuan tidak kurang daripada 100km/j, tapi masih dengan sewenang-wenangnya boleh dipotong oleh bas express. Kita tidak menolak faktor keadaan fizikal jalanraya dan bas atau sebab-sebab lain sebagai penyumbang kepada berlakunya kemalangan, tetapi jikalau sesuatu kemalangan itu disebabkan oleh kecuaian dan sikap pemandu, ini amatlah dikesali.
BalasPadamstuju anon kat atas.nak salahkan siapa kalau dah jadi camni.dulu seingat aku lori2 dengan bas pakai lampu warna kuning kat atas atap,kalau lebih had lampu tu berkelip2 tapi sekarang dah takde lagi.
BalasPadamini bukan bas expres en.admin. ini bas persiaran. biasanya bas persiaran jarang aksiden. pemandunya berdisiplin krn ada pemandu pelancongan didalamnya.tq
BalasPadamkemungkinan ada unsur jenayah dalam kemalangan ini. Tidak mustahil ada individu yg menuang minyak di atas jalanraya sebagai jalan singkat mencari keuntungan atas kesusahan org lain.kerana sya pernah ikut jalan tu dan ada 2,3 buah kereta tarik yg "berehat" dibawah2 pokok..maaf, sekadar pandangan peribadi kerana betul kata nama aku din diatas, pemandu bas persiaran selalunya berhemah dan komited dgn tugas meraka.
BalasPadamBaru-baru ini anak saudara saya yang balik bercuti semester dari Kelantan menaiki bas express transnasional tiba setengah jam awal memberitahu bas yang dinaiki dipandu tersangat laju seolah2 tiada brek walaupun ada penumpang yang bersuara tetapi tidak diendahkan. Ini berlaku selepas berhenti rehat, Beliau ada terdengar yang kedua2 pemandu ada menyuarakan ketidak puasan hati antara satu sama lain bekenaan giliran mereka lalu melepaskan geram dengan memandu laju seperti hilang akal.
BalasPadamSyarikat bas kebanyakanya dipunyai oleh dato...tun...dato seri...macam mana polis nak ambik tindakan..pada syarikat tu kalau buat salah...boleh kowtim belakang...Lagi satu...reka bentuk jalan pun menyumbang pada kemalangan juga...dimalaysia ni kalau buat jalan mesti nampak cantik...keselamatan belakang kira...kalau ada kemalangan itu pemandu tidor ka...brek tak makan ka...kalu macam-macam boleh cerita laaa.
BalasPadambas kemalangan pun nak salahkan polis ka...ini pikiran rosak, mentaliti liwat!
BalasPadamBelajarlah dari negara yang telah berjaya mengekang kemalangan dengan menimbulkan rasa takut dan serik.
BalasPadam1.Dikenakan denda yang sangat tinggi seperti di sesetengah negara dimana denda kesalahan maksima hingga 10 kali pendapatan bulanan.
2. Kenderaan lebih besar dipertanggungjawab kepada semua jenis kesalahan melibatkan kenderaan kecil atau orang awam.
3. Membunyikan hon berkali kali memberi amaran kepada pengguna lain yang nampak akan melakukan sesuatu penyebab kemalangan.
4. Menyita kenderaan hingga diputuskan oleh mahkamah samada boleh diguna atau dilupus didepan pemiliknya.
5.Hotline sakit jiwa - sekiranya melebihi 5 lapuran maka pemilik akan di beri kaunseling kerana dianggap sudah sakit jiwa dijalanraya.
6. Insuran hanya melindungi manusia bukan kenderaan yang rosak.
aku cadangkan puak2 demo xyah naik bas naaaanti kemalengeee.baik demo semo naik ketapi senang nok buat projek totey basah.heee heeee heeee.pas tu boleh penapaaa bisu.kweng kweng kweng
BalasPadamJOM RAMAI2 KITA NAIK KETAPI GEE UMAH PAPA GOMO KAT TUMPAT LUM TU TENGOK BLOG DIA DULU.CELAKO PAPA GOMO.
BalasPadamKemalangan yang sama akan terus berlaku selagi pemerintah tidak memperbaiki sistem keseluruhannya. Setiap kali eksiden besar, MENTERI PENGANGKUTAN mesti letak jawatan kerana gagal mempastikan keseluruhan sistem pengangkutan berfungsi sempurna. Kita boleh persoalkan apa tindakan pembetulan yang dibuat oleh LPKP, JPJ, Puspakom, JKJR, MIROS, PDRM, JKR, UPEN dll untuk mempastikan perkara yang sama tidak akan berulang kembali.
BalasPadamMenteri Pengangkutan arahkan MIROS membuat analisa kemalangan samada disebabkan keadaan jalan atau kegagalan teknikal bas. Kita dengar Menteri arahkan sahaja, tetapi tidak dengar pula tindakan pembetulan yang dicadangkan oleh MIROS telah dikuatkuasakan! Seolah-olah Menteri Pengangkutan tidak punya tanggungjawab terhadap insiden yang berlaku sebelum ini... kalau ikut stail negara maju seperti jepun, dah lama kita dapat Menteri Pengangkutan yang baru!...
BalasPadamtotey basah xnak letak jawatan ke?
BalasPadambenda nak jadi nak salahkan k'jaan juga... heran otak2 org kat malaysia ni.. semua sudah tersurat... tersirat.. kalau ada otak dan iman... fikir sendirila...
BalasPadamTak usah heran la kalau sudah 'mentaliti' pembangkang, dia akan bangkang. Soal logik tak logik belakang kira la. Dalam Malaysia ni semua jalan raya/lebuhraya memang tak baik @ buruk. So apa yang baik? Yang baik dan terbaik adalah 'lebuhraya' dari Penjara Pudu ke Putrajaya yang telah diresmikan oleh DSAI pada 16 September
BalasPadamsebenarnya pemandu dah pun mati, pemandu pelancong pun dah mati, pelancong pun dah mati, hampa yang masih hidup pun akan mati.
BalasPadambas salah, pemandu salah, jalan raya salah, menteri kerjaraya salah, jpj salah, polis salah, lpkl salah, miros salah, tayar salah, brake salah, lampu kuning salah kalau nak mati atas perut pun bolih mati.
pdo bodoh
BalasPadamAnon 1:38,
BalasPadamHahahaha lawak la engko ni...... Istilah 'mati atas perut' tu apa ke benda? Mati kerana sakit perut ke apa?
Pemandu bas ni pun satu hal juga.
BalasPadamSaya dalam sebulan, 8 kali berulang alik dari Temerloh ke KL. Dalam perjalanan tersebut tidak pernah saya tidak dipotong oleh bus express ni sama ada yg bertingkat atau pun yg setingkat, walaupun ketika itu meter kereta saya telah menunjukan 100.
Itu menunjukan pemandu2 bas tersebut telah memandu bas melebihi 100km, sedangkan had laju kenderaan berat dilebuhraya hanya 90km. Kadang2 mereka ini berlumba2 diantara mereka ketika memandu bas dan menggunakan laluan kenderaan biasa.
Jadi tidak hairanlah jika berlaku kemalangan, banyak nyawa yg melayang.
Jadi kpd pihak2 berwajib, pantau2lah keadaan ini sebelum lebih banyak lagi nyawa yg terkorban.
Nergara lain terkenal kerana kemajuan nya yg pelbagai, tapi diM'sia terkenal dgn pemandu bas nya yg seolah2 mempunyai 2 nyawa.
mulai hari ini, kita amik PEMANDU BAS DARI KALANGAN WANITA SAHAJA.
BalasPadamlagi taklehnyer.buatnyer drebar wanita tu cun,agi banyak eksiden.kes nak ngayat drebar.hahahha!
BalasPadam