script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Pilihanraya Kecil Di DUN Tenang Bakal Buatkan TPM 'Muhyiddin Yassin' Semakin Tidak Dapat Bertenang Gara-Gara Insiden Barang Naik

Nampaknya, perkembangan terkini politik tanahair sekarang jelas menyaksikan bahawa petanda Pilihanraya Umum Ke-13 memang sah akan berlaku pada pertengahan tahun hadapan. Bukti jelas dapat dilihat apabila media arus perdana seperti biasa mula membuat serangan "membabi buta" terhadap pemimpin pembangkang bahkan parti itu sendiri. Bermula dengan serangan terhadap Anwar Ibrahim dan PKR, kemudian terbaru Lim Guan Eng dan DAP dan mungkin selepas ini Hj.Hadi Awang dan PAS pula akan menjadi mangsa seterusnya. Apa yang menarik, dalam kehangatan bahang pilihan raya umum terasa tiba-tiba kita dikejutkan pula dengan berita kematian ADUN Tenang baru-baru ini. Berita tersebut sedikit menggugat semangat UMNO BN sebenarnya. Apatah lagi kawasan itu adalah kubu kuat BN sejak sekian lama. Makanya, mereka sudah pasti akan gusar dengan situasi yang berlaku. Tambah menarik, TPM Muhyiddin Yassin juga pasti bagai "cacing kepanasan" sekarang ini. Apa tidaknya, jika di Galas beliau boleh menyerahkan tanggungjawabnya kepada Ku Li maka kini apakah di Tenang beliau akan lari lagi dari tugasnya itu. Bukankah Tenang itu terletak dalam negeri Johor dan berhampiran juga dengan kawasan parlimen Pagoh yang diwakili oleh Muhyiddin. Imej beliau sedikit tercalar apabila tiba-tiba berlaku pembunuhan misteri libatkan seorang pelajar sekolah di Batu Pahat beberapa hari yang lalu.

Muhyiddin Terkejut Dan Semakin Tidak Tenang

Kematian tragis yang melibatkan pelajar sekolah ini jelas menunjukkan Muhyiddin gagal memastikan masalah displin pelajar sekolah berada ditahap terbaik. Sebagai Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin (foto) harus bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Beliau tidak boleh lari dari kenyataan bahawa si mati adalah pelajar dan penjenayah itu juga mungkin dikalangan pelajar. Paling menarik kejadian tersebut juga berlaku selang beberapa bulan kita dikejutkan dengan kematian Jutawan Kosmetik, Sosilawati Lawiya yang juga berasal dari Batu Pahat itu sendiri. Apapun, kita menyerahkan pihak polis untuk menyiasat kes ini dengan sebaik mungkin dan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan. Soalnya sekarang, apakah Muyiddin sanggup menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Pilihanraya BN di DUN Tenang kali ini?. Atau dia akan serahkan kepada orang lain, memandang Tenang terletak dalam parlimen Labis yang diwakili oleh anak kepada "Pelakon Video Seks" yang hangat diperkatakan dulu iaitu Presiden MCA, Chua Soi Lek. Makanya, pilihan raya kecil DUN Tenang pasti menjadi gelanggang panas yang menggusarkan puak UMNO BN nanti.

Barang Naik, Rakyat Di Minta Tenang Tolak BN


Justeru itulah kita tidak hairan BN sanggup menghantar Ahmad Maslan untuk turun ke kawasan Felda bagi tujuan meracuni pemikiran rakyat di sana supaya menyokong BN. Malah, paling menarik mulalah BN memaklumkan bahawa janji-janji mereka di Manek Urai dan Galas akan ditunaikan sebelum akhir tahun ini. Mungkin mereka tidak menjangka satu lagi pilihan raya kecil berlaku menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Ramai yang meramalkan, BN agak sakit untuk menang kali ini memandangkan mereka gagal melaksanakan apa yang diwar-warkan iaitu "rakyat didahulukan". Ditambah lagi dengan tindakan menaikkan harga minyak, gula dan gas baru-baru ini. Sudah pasti rakyat marhaen yang terbeban dengan tindakan tersebut merasa kecewa dan akan mengajar BN kali ini. Beruntung benar rakyat di Tenang, kerana mereka akan mendapat limpahan kemewahan wang ringgit dan projek mee segara tidak lama lagi. Masing-masing kini menghitung apakah yang akan diminta daripada pemimpin UMNO BN. Itu belum termasuk pemimpin UMNO BN di kawasan terbabit, sudah pasti masing-masing sibuk mengira untung yang akan masuk ke poket mereka nanti. Bagi, ahli parti Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan PKR juga kini sedang sibuk membuat rundingan untuk menjual saham masing-masing. Oleh itu, rakyat jangan terkejut apabila media arus perdana memainkan artikel beberapa orang ahli PAS, PKR atau DAP keluar beramai-ramai akibat kecewa dengan kepimpinan parti masing-masing. Apapun, sama-sama kita nantikan pengumuman yang akan dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Jumaat ini berhubung dengan tarikh penamaan calon dan hari pencalonan pilihan raya kecil DUN Tenang itu.

[Apapun yang terjadi, sebenarnya memang rakyat secara majoritinya sudah benci dan muak dengan segala janji manis UMNO BN itu. Mereka juga marah dengan insiden menteri BN mempermain-mainkan isu "saman ekor" di parlimen baru-baru ini. Hanya ahli parlimen Pakatan Rakyat yang beriya-iya mahu mempertahankan hak rakyat tetapi ahli parlimen BN sanggup memperlikan tindakan tersebut. Berbagai hujjah dan alasan yang mereka sajikan demi untuk mempertahankan perkara itu. Sedangkan mnereka lupa, ramai juga ahli UMNO bawahan yang turut terpalit dengan isu saman ekor itu sebenarnya. Makanya, pilihanraya kecil DUN Tenang ini diharap menjadi medan pertarungan terakhir sebelum berhadapan dengan pilihanraya umum selepas itu nanti. Rakyat perlu akur dan membuat perubahan jika mahu masa depan generasi akan datang lebih terjamin].
Share:

7 ulasan:

  1. BCAS (boleh cakap apa saja)... Akan tetapi sejarah GALAS dan BATU SAPI pasti akan berulang. Sejarah ada 'tawarikh'nya sendiri.

    BalasPadam
  2. tak dpt dinafikan, johor adalah kubu kuat umno, lawan tetap lawan, menang kalah sudah pasti ada tempatnya.

    harga barang akan tetap naik dari masa kesemasa, kita yang pilih kerajaan, kita yang menerima buruk baik pemimpin yg kita pilih.

    bagi aku, menolak hukum hudud tidak samasekali, walaupun maju dan aman negara ini, aku tidak akan menolak hukum hudud, kalau umno dan BN nak tolak hukum hudud, itu hak mereka, tapi aku tetap bersama Islam Syhumul.

    BalasPadam
  3. aku pun serupa biar takdak pembangunan asalkan undang2 islam dapat dilaksanakan aku orang islam yang beriman dengan rukun iman dengan penoh keyakinan kalau undang2 islam dapat dilaksanakan dinegara ini ALLAH akan memberi barakah WALLAHUALAM.

    BalasPadam
  4. Mari kita boikot barang yang naik harga, gunakan alternatif lain . Jangan beli barang yang pro BN, termasok hotel, TM dan TV 3. Guna jalan yang tidak bertol. Jangan beli di Tesco dan lain lain lagi.

    BalasPadam
  5. A politician thinks of the next election; a statesman thinks of the next generation...pdo koplo!

    BalasPadam
  6. UMNO LAHANAT PIII JAHANAM

    BalasPadam
  7. harga barang dah naik sekarang....nak tunggu gaji berdapatan tinggi ,tunggu 10 tahun lagi...alahai malaysia

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.