script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Memalukan: Terdesak Untuk Menagih Undi Serta Gusar Pembangkang Menang Dalam Pilihan Raya Umum Akan Datang Maka Najib Rela Ugut Rakyat

PEKAN, 12 Dis - Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) mengingatkan rakyat supaya tidak menggadaikan masa depan negara dengan mempercayai segala janji yang ditaburkan oleh parti pembangkang kepada mereka. Tegas Perdana Menteri, parti pembangkang terbukti gagal mentadbir negeri-negeri yang dikuasai mereka apabila tidak mampu menunaikan janji yang pernah ditaburkan pada pilihan raya lalu. Malah kata beliau, pembangkang juga gagal mencapai kesepakatan dalam pakatan yang mereka cipta selama ini. Begitulah sedutan sedikit ucapan berapi beliau semasa merasmikan sambutan Deepavali 1Malaysia peringkat Parlimen Pekan di Dewan Majlis Daerah Pekan di sini semalam. Mendengar ucapan Najib itu, maka seolah-olah beliau merasakan hanya UMNO BN sahaja yang layak memerintah negara ini. Kononnya pembangkang gagal untuk menunaikan janji-janjinya kepada rakyat. Walhal rakyat memang sudah tahu siapakah yang gagal sebenarnya. BN sebenarnya yang gagal atau pembangkang?. Inilah yang menimbulkan persoalan mereka sebenarnya. Padahal banyak janji-janji yang telah dibuat oleh pembangkang telah berjaya ditunaikan sebenarnya. Cuma media arus perdana yang sering memainkan isu kononnya janji-janji itu tidak menjadi kenyataan. Walhal mereka yang menghalang. Misalnya janji pemeberian air percuma 20 mete padu seperti yang termaktub dalam manifesto Pakatan Rakyat di Selangor. Bukankah ia sudah ditunaikan, bukti manifesto itu di sini. Cuma UMNO BN yang sanggup menggunakan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk menaikkan tarif air tersebut hingga mencetuskan demontrasi baru-baru ini. Maknanya, mereka yang menghalang janji-janji tersebut ditunaikan. Begitu juga di negeri-negeri lain seperti Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan itu sendiri. Rakyat lebih bijak menilai dan tahu apa yang berlaku sebenarnya.

[Najib boleh menipu orang-orang Pekan kerana mereka masih alpa melihat anak jati kawasan itu sekali lagi bergelar Perdana Menteri. Namun dalam masa yang sama mereka juga kecewa dengan janji kerajaan BN untuk tidak menaikkan harga minyak dan barangan yang lain. Malah mereka juga kecewa negara ini yang kononnya dikatakan "Aman dan Selamat" kini sudah jauh sama sekali. Kejadian jenayah berlaku saban hari di sana sini. Malah, banyak lagi yang rakyat kecewa sebenarnya dengan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan UMNO BN. Mereka sanggup menggunakan subsidi untuk menipu rakyat. Kenapa masa pilihanraya tidak nyatakan bahawa mereka akan jaga kebajikan rakyat melainkan terpaksa tarik balik berbagai subsidi. Sedangkan rakyat sendiri tidak tahu sebenarnya, apakah subsidi itu benar-benar wujud atau sekadar "angka keramat" yang sengaja digunakan untuk menghalalkan kenaikkan berbagai jenis barangan harian].
Share:

2 ulasan:

  1. Satu Malaysia, Saiful Bukhari didahulukan, Rosmah diutamakan.

    BalasPadam
  2. orang pekan Digula-gulakan dengan project tanjung agas.. untuk makluman orang pekan project itu hanya diatas kertas sahaja.. sekarang kerajaan BN mana ada duit.. duit negara dah banyak bocor.. jadi jangan tertipu lagi.. Fikirkanlah masalah rakyat dengan kos sara hidup dan harga barangan keperluan meningkat mendadak akibat kebodohan pemimpin yang pentingkan diri sendiri..FIKIRKANLAH WAHAI ORANG PEKAN.. marilah kita memberi peluang kepada pakatan rakyat memerintah pula..cuba try sekali.. saya pun ahli umno juga.. sesekali nak cuba juga pakatan rakyat memerintah..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.