script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tindakan SPR Tetapkan Hari Cuti Sebagai Tarikh Pencalonan Serta Pengundian DUN Tenang Jelas Membuktikan Mereka Memang Double Standard !

KUALA LUMPUR, 25 Dis - Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 22 dan 30 Januari depan iaitu hari cuti sebagai tarikh penamaan dan pengundian bagi PRK Dun Tenang, jelas memperlihatkan sikap 'double standard' suruhanjaya itu. Menurut Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa (foto), SPR dilihat tidak konsisten apabila pada PRK Galas 4 November lalu, pengundian dibuat pada hari bukan cuti umum sehingga memaksa Kerajaan Negeri Kelantan pada waktu itu mengumumkan tarikh itu sebagai cuti peristiwa. Katanya, apabila berdepan PRK di kerusi yang dikuasai Pakatan Rakyat, SPR dilihat cenderung mengadakan proses penamaan dan pengundian pada hari bekerja, sedangkan apabila di kerusi BN, tindakan sebaliknya dilakukan SPR. "Kita dapat melihat dengan jelas perbezaan ini dan ini bukannya pelik dalam negara kita ini. "Kita kenal siapa SPR ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Bachok. SPR hari ini mengumumkan tarikh PRK Dun Tenang, Johor pada 30 Januari tahun depan manakala penamaan calon pula pada 22 Januari. Walaupun berdepan situasi itu, Nasharuddin mahu jentera PAS berkerja bersungguh-sungguh bagi memenangkan calon PAS yang akan bertanding kelak. Kepada jentera yang sudah mula menjalankan tugas, beliau mahu semua tenaga kerja yang ada dimobilisasi pada tahap terbaik berdepan Umno BN. "Bagi kita cuti ke tak cuti ke, kita tetap masuk dengan niat untuk menang dengan memberi tentangan sehebat mungkin kepada lawan kita, BN," katanya lagi.Beliau juga optimis PAS berpotensi menang apabila pada pilihan raya umum lalu mereka dapat mengurangkan majoriti kepada 2,492 undi berbanding sebelumnya. "Kejayaan mengurangkan majoriti pada PRU lalu akan menjadi perangsang kepada PAS untuk menambah satu lagi kerusi di Johor nanti," katanya. Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan PAS akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan isu PRK Tenang termasuk soal pemilihan calon.

[Memang itulah hakikatnya seperti yang telah kami ramalkan. Soalnya sekarang, kenapakah sebuah badan bebas seperti SPR ini tiba-tiba cuba memperbodohkan imej mereka sendiri. Jika inilah keadaannya, maka sudah pastilah rakyat akan hilang keyakinan terhadap badan itu sendiri. Maka, kita juga tidak hairan SPR lebih memihak kepada UMNO BN dalam apa jua keadaan sekali pun termasuk hal-hal yang berkaitan peraturan semasa berkempen. Apa yang dibuat oleh UMNO BN semuanya betul, tetapi yang dilakukan oleh pembangkang semuanya dianggap melanggar undang-undang. Mereka merosakkan integriti sendiri, eloklah SPR itu dibubarkan dan digantikan dengan badan lain yang benar-benar lebih bertanggungjawab kepada rakyat. SPR yang ada sekarang hanay bertanggungjawab kepada kerajaan yang memerintah iaitu UMNO BN. Cuma akhirnya mereka tertewas dek gelombang suara rakyat yang lebih besar daripada agenda jahat mereka itu sendiri. Inilah yang menyebabkan Pakatan Rakyat masih lagi menang dan berjaya di kawasan tertentu. Apa yang menarik di DUN Tenang ialah jumlah pengundi pos hanya 18 orang sahaja. Ini memberi tamparan cukup hebat buat UMNO BN sebenarnya. Soalnya, apakah SPR akan bertindak adil dalam mengadili "games" ini?].
Share:

13 ulasan:

  1. sebenarnya tak der masalah bn nak menang di tenang tu, cuma pkr dan pas jer dok kalut sendiri....orang johor takkkan pilih parti yang bersengkongkol dengan orang yang meminati pungkok lelaki, wekkk....

    BalasPadam
  2. kami pas,pkr dap lagi tak mahu dengan parti yang dok sekongkol dengan yahudi apco cuma melayu yg bangang saja pidok sokong,singapora pulau batu puteh tanah ktmb dah lesap tak mustahil sebahgian negeri johor juga akan lesap.

    BalasPadam
  3. kalau nuar jadi PM dan kit siang jadi timbalan PM, PAS dapat apa? Dapat tolong baca doa je lah masa angkat sumpah....hahahahahahaaa....kena tipu dengan cina masih tak sedar diri...

    BalasPadam
  4. jangan jadi sewel perkara belum berlaku pas tak sebodoh seperti yang kamu sangkakan sebenarnya kamu yang kena tipu tapi kamu tak sedar asyek menuntun tv satu suku,dua suku,tiga suku empat suku,kemudian baca surat khabar utusan meloya,memang ketinggalan zaman.

    BalasPadam
  5. Saya lebih rela menjadi pembaca akhbar 'utusan meloya' dan menjadi penonton 'tv suku' berbanding menjadi penyokong PAS (parti angguk saja/parti ajaran sesat)

    BalasPadam
  6. yang najib pi anggok kat cina mca ngatakan kalau pr merentah sah pas akan laksanakan islam tak nak cerita ka.

    BalasPadam
  7. Bagi penyokong tegar PKR dan pembangkang kenyataan Anwar selalunya dianggap mukjizat. Apa saja yang keluar dari mulut Anwar dijadikan modal kempen penyokong depa tambah ahli PAS isu itu akan dispin secukup rasa. Tak percaya tunggu malam nanti pasti bergegar dipentas ceramah.

    Orang yang tahu politik, dakwaan Anwar itu adalah cakap politik nak alih isu. Setelah macam-macam lubang dibuka oleh manusia yang teraniaya oleh game politik Anwar, apa saja isu yang boleh diputar akan diputar oleh Anwar.

    BalasPadam
  8. Sama je dengan ko anon oi.Kalau tak dengar Anwar dah sah ko dengar Najib,yang peliknya pulak ko banyak cerita kat sini.dah sah2 blog ni penyokong PR yang ko sibuk apehal?gegar pentas ceramahpun,ceramah PR,yang datang pub pnyokong PR,apa kena ngena dengan kau? elok je kau gi blog Bn kau tu.UMB tak diperlukan disini.

    BalasPadam
  9. bn ada di mana mana, walaupun dalam rumah pkr.....hahahahahaa....mana mau lari

    BalasPadam
  10. PKR tak pernah lari...yang lari mcm pengecut tu org2 umno. dah xleh nak lari nyorok blkg polis, fru dll. poooraaahhh...!!! perkasa pun sama. nama je perkasa....hampeh..!!!

    BalasPadam
  11. Hahahaha PKR tak pernah lari? Zaid, Zahrin, Zulkifli, Ezam dan yang lain2 tu apa cerita pula? Tak LARI ke namanya tu?? Alahai lucu lucu...

    BalasPadam
  12. Yang si peliwat lari menyorok kat kedutaan turki tu apa hal? Yang dia lari kat australia masuk seluar kecik Yahudi laknat pro gay Michael Danby tu apa hak pula?? Alahai PKR PKR PKR....

    BalasPadam
  13. Sokong ANWAR bermakna sokong YAHUDI laknat
    Sokong ANWAR bermakna sokong amalan gay
    Kenapa?
    Sebab ANWAR sanggup mengemis simpati daripada angsa YAHUDI dan pengamal gay Michael Danby.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Api Semakin Marak Di Hutan Simpan Menchali, Status Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Terkini Di Rompin Merosot Ke Tahap Bahaya

ROMPIN: Kebakaran di Kompartmen 11 Hutan Simpan Menchali di sini petang semalam didakwa menyebabkan status bacaan Indeks Pencemaran Udara (...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.