script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Mantan PM Mahathir Ingatkan Komponen BN Supaya Tidak Main Isu Perkauman Yang Akan Jejaskan Sokongan Rakyat Dalam PRU Ke-13 Nanti

KUALA LUMPUR, 12 Dis - Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak memainkan isu perkauman kerana ia boleh menjejaskan sokongan rakyat kepada gabungan itu pada pilihan raya umum akan datang. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (foto) berkata, perbuatan itu perlu dihentikan kerana ia tidak selaras dengan matlamat penubuhan BN iaitu bagi mewakili semua kaum. "Masalah di kalangan sebilangan parti komponen BN (masa kini) adalah dalam keinginan untuk menjadi popular, mereka suka membawa isu-isu perkauman. "Tindakan ini boleh membawa kesan negatif kerana apabila anda hanya mempromosikan satu kaum, maka kaum-kaum lain tidak akan menyokong kamu," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (Peyatim) di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini. Pada Konvensyen BN 2010, Ahad lalu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang berucap mewakili parti itu secara terbuka mendesak agar istilah 'ketuanan Melayu' dilarang daripada digunakan dan turut menegaskan dasar utama kerajaan tidak harus diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Ditanya adakah kenyataannya itu merujuk kepada MCA, Dr. Mahathir berkata: "Saya tidak ingin menyatakan parti mana yang di maksudkan. Anda (wartawan) lebih tahu dari saya".

[Kenyataan Mahathir ini merupakan tamparan "maut" buat UMNO sebenarnya. Sebelum ini puak-puak merekalah yang berdegar-degar memainkan isu "ketuanan Melayu". Mereka mendapat sokongan daripada beberapa NGO sepertoi GPMS, Belia 4B, MAYC, Perkasa dan sebagainya, begitu bersemangat sekali menentang mana-mana pihak yang kononnya mencabar ketuanan Melayu. Mereka lupa bahawa isu itu agak sensitif untuk didengar oleh kaum-kaum lain. Itulah dia sebenarnya didikan dan tarbiyah yang diterima daripada Institut Latihan Minda UMNO iaitu Biro Tata Negara (BTN) selama ini. Ketuana Melayu yang diperjuangkan daripada memikirkan rakyat itu sendiri. Mereka lupa bahaw akaum lain kini adalah rakyat Malaysia yang sah dan bukan lagi pendatang (imigran) seperi zaman lampau. Kini, dengan teguran Mahathir itu ia harap dapat menyedarkan puak-puak UMNO agar tidak terus bermain dengan ketuanan Melayu jika mereka benar-benar faham konsep "1Malaysia" yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Najib Razak itu sendiri].

Share:

3 ulasan:

  1. memeranjatkan dalam the star online hari ni
    Sunday December 12, 2010
    Rela membership passes the two million mark


    PETALING JAYA: The membership of the People’s Volunteer Corps (Rela) has swelled within the past 18 months, hitting the two million mark as of Oct 31.

    The group only had 556,286 members in April last year.

    But the number has since gone up to 2,042,215.

    Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said movements such as Rela could play a significant role in helping the Government keep peace and safety of the nation.

    “Rela members who worked in ‘hot spot’ areas would have had the experience to curb crime rates in non-hot spot areas,” he said in a statement yesterday.

    Hishammuddin said volunteer groups such as Rela were the foundation for the launch of a programme known as “1Platun, 1Kampung, 1Taman.”

    The programme will ensure every village and housing area had a team that was trained to ensure the safety of the place.

    To keep Rela relevant to the society, Hishammuddin said its programmes and image would be given a re-branding.

    Hishammuddin also said that Rela Orang Asli had been upgraded to the Orang Asli Brigade with 6,928 members nationwide.

    “We have appointed Senator Tuan Haji Muhammad Olian Abdullah the commander of the brigade.

    “We also promoted him to Brigadier-General (honorary) of Rela,” said Hishammuddin.

    Meanwhile, Bernama has clarified its report on “RM5mil for DBKL housing” which appeared in The Star yesterday.

    “We would like to clarify that the RM5mil is meant entirely to help in the monthly maintenance payment for the 11,879 tenants who have agreed to accept the offer to purchase the People’s Housing Project and DBKL Public Housing.

    Isunya rela dah cecah 2 juta.bukan takat 2 juta.tambah lagi 42 215.Peningkatan mendadak dalam tempoh 18 bulan.dulu 500 ribu lebih je.pemimpin pakatan rakyat perlu ambik perhatian isu ni.macamana kalau rela diserap dalam polis jadi pengundi pos.kena bantah mulai sekarang Bersih 2 kena mainkan peranan.kalau x kira kita beri menang percuma kat BN dalam PRU 13.tu x campur cadangan zahid hamidi territorial army di 222 kerusi parlimen.sepatutnya sekarang undi pos dihapuskan bukannya ditambah.ramai yang tertanya-tanya apakah umno dan bn x yakin menang dalam pru13 ni?bertandingla secara anak jantan.adat bertanding ada kalah dan menang.terimalah dengan hati yang terbuka

    BalasPadam
  2. UMNO memang dari dulu bukan anak jantan.... Pondan Dulu Kini dan Selamanya.

    BalasPadam
  3. DULU, KINI SELAMA-LAMANYA !!! BERMAKSUD ARAH YANG DICARI-CARI BUKANYA MENEMUI RUSA SEBAGAI BURUAN TETAPI JEJAK DITEMUI ITU MENUJU KEARAH BABI HUTAN RUPANYA...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.