script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tengku Mahkota Pahang Mampu Ubah Landskap Bolasepak


KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha agung Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Dr Peter Velappan yakin presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baru dilantik Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mampu membawa perubahan besar dalam arena bola sepak tempatan. 

Velappan yang juga bekas penolong setiausaha agung  FAM berkata Tengku Abdullah adalah tokoh sesuai untuk menggantikan ayahanda baginda Sultan Ahmad Shah kerana baginda telah menyediakan pelan induk strategik untuk membawa bola sepak Malaysia ke tahap lebih tinggi pada tahun-tahun akan datang.

"Saya amat gembira dengan perubahan dalam FAM kerana Tengku Abdullah adalah seorang tokoh yang progresif dan saya yakin bawah kepimpinan baginda, kita mempunyai peluang untuk menyaksikan Malaysia menjadi kuasa bola sepak (di Asia)," katanya semasa ditemui pemberita selepas majlis pengenalan logo Piala Dunia Bola Sepak Bersatu Olimpik Khas 2014 oleh Tunku Muinuddin Putra Tunku Ahmad Nerang yang mewakili Raja Puan Besar Perak, Tuanku Raja Zara Salim di Kelab Diraja Selangor di sini hari ini.

Tunku Muinuddin ialah cucu perdana menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Berkongsi pandangan yang sama, lagenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun turut yakin kepimpinan baharu FAM mampu membawa perubahan dalam bola sepak tempatan.

Beliau berkata pentadbiran baharu FAM perlu memberikan fokus bagi memperbaiki pencapaian skuad Harimau Malaya yang merosot sejak beberapa tahun ini.

"Saya harap Tengku Abdullah dapat melakukan rombakan dalam jawatankuasa kecil dalam FAM bagi memastikan tahap skuad bola sepak negara (kembali) disegani di rantau Asia," katanya. #sumber
Share:

Cerai Kali Kedua: Abby Dakwa "Lelaki Muda" Tidak Matang !


KUALA LUMPUR: Keretakan hubungan selebriti politik Abby Abadi bersama suaminya, Muhammad Noor Farhan, kini semakin nyata setelah pasangan tersebut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi memfailkan penceraian.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, berkata, keretakan hubungan mereka berpunca daripada suaminya yang lebih muda dan tidak matang .

"Saya nampak dia terlalu muda untuk meletakkan dirinya bersama saya, saya rasa macam itu... Pada saya kalau dalam usia saya waktu berumur macam dia, banyak benda yang saya masih tidak faham. Saya nampak lelaki lagi lambat matang," katanya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.

Dalam masa sama Abby memberitahu bahawa Muhammad Noor Farhan merupakan seorang lelaki yang baik.

"Kalau nampak dia dah tak nak sangat, saya tidak mahu memaksa.... Sejujurnya dia lelaki yang sangat baik, namun dengan usia dan dengan siapa disekeliling dia, saya gagal untuk perbaiki keadaan dalam masa terdekat," ujar beliau yang berpakaian serba hitam.


Ketika prosiding berlangsung, mahkamah diberitahu sebanyak dua kali lafaz cerai dibuat oleh Muhammad Noor Farhan kepada Abby termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.

Lantas yang demikian Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat Abby kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelang Ramadan di Selatan Thailand. Sebelum berkahwin dengan pemuda dari Kelantan itu, Abby pernah bernikah dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak. #sumber
Share:

Kes Cerai: Nurul Izzah Mohon Hak Penjagaan Dua Anaknya


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan dua orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Ia dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini dan Hakim Amran Mat Zain menetapkan 17 Jun untuk Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim melantik secara rasmi peguam untuk mewakilinya.


Ini walaupun peguam Raja Ahmad Shahrir (kanan) - Azmi Rais - hadir di mahkamah bagi pihaknya.



Bagaimanapun, Azmi yang hadir di mahkamah bersama dengan
Zulkifli Che Yong sebagai peguam, memberitahu pemberita bahawa anak guamnya kini berada di London dan tidak dapat melantik mereka secara rasmi.

Sebelum itu Nurul Izzah dan peguamnya Nor Mawaddah Ramli dan Azmi bertemu dengan hakim dalam kamar.

Permohonan baru itu adalah tambahan kepada permohonan naib presiden PKR itu, untuk bercerai dengan suaminya,  yang sedang dikendalikan oleh jawatankuasa perdamaian - sebuah panel bebas yang terdiri daripada wakil saudara masa pasangan itu dan seorang pegawai syariah.

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh pegawai syariah itu sepatutnya mengemukakan laporan kepada Mahkamah Rendah Syariah, di mana permohonan Nurul Izzah untuk bercerai dibuat, sama ada mungkin ada jalan perdamaian atau sebaliknya.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh dan seorang anak lelaki yang berusia empat.

Nurul Izzah memfailkan permohonan hadanah ( hak penjagaan) di Mahkamah Tinggi Syariah KL pada 30 April. #sumber
Share:

Panas: Video Ibu Mangsa Kes Rogol Rotan Suspek Tersebar


KOTA BHARU: Seorang lelaki parah dibelasah sekumpulan individu dipercayai kerana merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dalam kejadian di Pantai Seri Tujuh, Tumpat, dekat sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kumpulan individu dipercayai ahli keluarga mangsa dikatakan membelasah lelaki berusia 30-an itu di hadapan orang ramai.
Lelaki itu yang cedera parah kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini. Sumber berkata, mangsa yang berasal dari Jertih, Terengganu dikatakan datang ke rumah saudaranya di Bachok sebelum menjadi mangsa rogol lelaki berkenaan. Turut didakwa merogol mangsa adalah rakan lelaki terbabit. Sumber itu berkata, kerana marah, keluarga mangsa mencari suspek sebelum seorang daripadanya dikesan berniaga di Pantai Seri Tujuh, Tumpat.

“Sebaik melihat mangsa, kumpulan individu terbabit terus menyerang dan melucutkan seluar mangsa sebelum memukulnya dipercayai dengan rotan sambil disaksikan orang awam,” katanya. Perlakuan itu turut dirakam pihak tertentu dan dimuat naik sebelum tersebar secara meluas di Internet. #sumber
Share:

"Pesta Rogol" Di Ketereh, Tiga Beranak Antara 14 Di Tahan


PASIR MAS:  Seorang bapa bersama dua anaknya antara 14 yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.
   
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, tiga beranak yang berumur antara 15 hingga 38 tahun itu ditahan pagi semalam di sekitar Ketereh.
   
"Anak beranak itu ditahan untuk membantu siasatan kes rogol itu dan terbaharu kita menahan seorang lagi lelaki berumur 20-an juga di sekitar Ketereh pagi ini.
  
"Pagi ini, seramai sembilan lelaki termasuk tiga beranak itu direman selama seminggu yang menjadikan keseluruhan direman adalah seramai 13 orang termasuk seorang gadis berumur 17 tahun semalam," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
   
Yong Heng berkata, seorang lagi suspek yang ditahan pagi ini akan direman esok.

Beliau berkata, gadis yang direman semalam turut membuat laporan polis di Ibu  Pejabat Daerah Polis Kota Baharu mendakwa dirinya dirogol dalam kejadian itu.
   
Polis kini sedang memburu saki-baki suspek yang terbabit dalam kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan, katanya.
   
Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai dan gadis berusia 17 tahun yang tidak bersekolah dari Ketereh itu mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.
   
Sementara itu, Yong Heng berkata polis menahan seorang lelaki berumur 20-an kerana membelasah dua lelaki disyaki merogol adiknya yang berusia 12 tahun dalam satu kejadian di Tawang, Bachok, pada 24 Mei lepas.
   
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata, katanya. #sumber
Share:

Wanita "Penggal Kepala Anak Kucing" Di Kecam Di Internet


BEIJING: Seorang wanita warga China yang memenggal kepala seekor anak kucing dan memuat naik gambar tersebut secara dalam talian membangkitkan kemarahan ribuan pengguna di Internet.

Li Pingping, bekas perunding pemasaran di Huizhou di selatan wilayah Guangdong, membeli anak kucing itu pada awal bulan ini.

Akhbar China Daily melaporkan, dia bertindak memenggal kepala anak kucing itu di bilik mandi rumahnya pada minggu lalu.

Dia kemudiannya memuat naik kepingan gambar badan anak kucing tesebut bersama kepalanya yang dipenggal menerusi laman sosial, Sina Weibo.

Li memadam entri tersebut selepas menerima kritikan hebat di Internet sejak beberapa hari lalu.

Li kemudiannya menulis surat permohonan maaf dan menjelaskan dia mabuk dan tidak berfikiran waras ketika melakukan perbuatan itu.
Menurutnya, dia bertindak begitu kerana marah selepas mengesyaki bapanya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Surat tersebut mendapat lebih 60,000 komen dengan ada diantaranya tidak henti-henti memaki Li. #sumber

Share:

Kaji Semula Cuti Rehat Jumaat, Sabtu Bagi Sektor Swasta


JOHOR BAHRU: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggesa kerajaan negeri itu untuk mengkaji kesesuaian sektor swasta untuk meminda hari rehat kepada hari Jumaat dan Sabtu, selaras dengan sektor awam.


Baginda bertitah, langkah untuk menukar hari cuti rehat hujung minggu baru-baru ini, menerima aduan terutamanya daripada ibu bapa yang bekerja di sektor swasta.

"Ibu bapa yang bekerja di sektor swasta mengadu bahawa mereka tidak mempunyai masa secukupnya bersama anak-anak kerana mereka terpaksa bekerja pada hari Jumaat.

"Oleh itu, patik menyeru kerajaan negeri untuk mengkaji semula kesesuaian menyelaraskan hari rehat kepada hari Jumaat dan Sabtu untuk semua sektor," katanya ketika merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri di sini, Khamis.

Kerajaan Johor menukar cuti rehat hujung minggu kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari tahun ini sempena  sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-55 pada November tahun lalu. #sumber
Share:

Pelabuhan Lumut: Pemandu Maut Kereta Terjunam Ke Laut


IPOH: Seorang pemandu terbunuh apabila kereta yang dipandunya terjunam ke dalam laut di Lekir Bulk Terminal dekat Pelabuhan Lumut pada malam Rabu.


Pegawai kanan balai bomba Manjung, Ismail Othman berkata,  pemandu tersebut yang belum dikenal pasti, terperangkap di dalam keretanya dalam insiden yang berlaku kira-kira pukul 11.30 malam dekat Sitiawan, kira-kira 90 kilometer dari sini.

"Memandangkan keadaan gelap, kami terpaksa bergantung dengan peralatan sonar yang dimiliki pekerja jeti di sini untuk membantu mengesan kereta tersebut yang tenggelam di dalam laut.

"Sebaik saja dikesan, kami hanya boleh mengarahkan penyelam untuk mengeluarkan kereta tersebut kira-kira pukul 8 pagi Khamis," katanya.

Menurut Ismail, mereka berjaya mengangkat kereta tesebut dari laut dengan menggunakan sebuah kren di jeti di sini.

"Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut," katanya.

Operasi menyelamat berakhir pada pukul 10.40 pagi. #sumber
Share:

Raja Dr.Nazrin Shah Di Tabalkan "Sultan Perak" Yang Ke-35


PETALING JAYA: Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah, 58, diisytiharkan sebagai Sultan Perak yang baharu. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin membuat pengumuman itu pada istiadat pelantikan dan perisytiharan yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebelum istiadat pengkebumian Almarhum Sultan Azlan Shah.

Keputusan melantik baginda sebagai Sultan Perak yang ke-35 dibuat dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak petang Rabu.
Baginda mengantikan almarhum ayahandanya, Sultan Azlan Shah, 86, yang mangkat pada jam 1.30 petang Rabu di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur.
Raja Nazrin adalah pemegang ijazah sarjana muda Filosofi, Politik dan Ekonomi dari Kolej Worcester, Oxford.
Baginda juga memilik ijazah sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Kennedy School of Government, University Harvard dan selepas itu memperolehi ijazah kedoktoran falsafah dalam Ekonomi Politik dan Kerajaan dari universiti yang sama.
Sebagai raja muda yang berpendidikan tinggi, Raja Nazrin sering kali dijemput untuk menyampaikan ucaptama dan membicarakan dengan mendalam perkara-perkara berkaitan institusi raja-raja di negara ini, pendidikan, Islam, hubungan antara kaum dan juga pembangunan ekonomi negara.

Sejak 1989, baginda adalah Pro-Cancelor Universiti Malaya dan berkhidmat sebagai pengerusi Lembaga Pentadbiran Kolej Melayu Kuala Kangsar yang mana baginda Raja Nazrin adalah salah seorang bekas pelajarnya.

Raja Nazrin mendirikan rumah tangga dengan Tuanku Zara Salim Davidson dan dikurniakan dua cahaya mata - seorang putera bernama Raja Azlan Muzaffar dan seorang puteri, Raja Nazira Safya Shah. #sumber
Share:

SPR: Sultan Perak Mangkat, "PRK Teluk Intan" Di Teruskan


TELUK INTAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan akan diteruskan mengikut tarikh yang diwartakan pada 31 Mei ini, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh.

Pengumuman itu berikutan kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada Rabu.
Beliau bagaimanapun berkata, suruhanjaya itu menasihatkan semua yang terlibat dalam PRK Teluk Intan terutama parti politik yang bertanding supaya menghormati Almarhum Sultan Perak dengan menjaga tutur kata dan tingkat laku semasa berkempen.
“Selaras dengan kehendak undang-undang, SPR memutuskan bahawa Pilihan Raya Kecil P.076 Teluk Intan akan diteruskan mengikut tarikh yang diwartakan iaitu pada Sabtu 31 Mei 2014.
“Adalah disarankan semua pihak agar berkempen mengikut kehendak undang-undang, peraturan dan tata etika pilihan raya tanpa menimbulkan isu sensitif yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari Rabu dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar pada Khamis.
Berita kemangkatan Sultan Perak itu diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandanganya, Seah Leong Peng akibat kanser pada 1 Mei lalu. Hari mengundi PRK Teluk Intan pada 31 Mei ini. #sumber
Share:

Al- Fatihah: Sultan Perak, "Sultan Azlan Shah" Sah Mangkat


IPOH: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah diumumkan mangkat sebentar tadi.

Almarhum yang berusia 86 tahun mangkat pada jam 1.38 petang sebentar tadi.Kemangkatan Paduka Seri Sultan diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry secara langsung melalui RTM, sebentar tadi.

Beliau mengisytiharkan seluruh negeri berkabung selama 100 mulai hari ini dan kerajaan meminta semua pihak mengibarkan bendera separuh tiang sepanjang tempoh itu.

Share:

Panas: Akhirnya Chegubard Di Gantung Dari Parti Keadilan


SHAH ALAM: Ketua cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard keahlian digantung serta-merta setelah Lembaga Disiplin PKR membuat keputusan dalam mesyuarat Biro Politiknya semalam.Menurut Pengerusinya, Datuk Dr Tan Kee Kwong, selain Chegubard, seorang ahli PKR dipecat, seorang digantung serta-merta, seorang lagi kekal manakala lima yang lain ditarik balik penggantungan keahlian.

Tambah Kee Kwong, kes-kes berkaitan tatatertib dan disiplin ahli PKR itu telah diteliti dan disiasat Lembaga Disiplin.“Kes-kes ini telah pun dibentangkan dalam mesyuarat Biro Politik bertarikh 27 Mei 2014 yang dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah, , Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ahli Biro Politik yang lain.

Chegubard dihukum kerana telah membuat kenyataan media yang mendakwa proses pemilihan adalah kotor dan tidak telus. Beliau turut membuat dakwaan terbuka dengan menyatakan 'Petugas JPP menjadi agen kepada Azmin Ali' pada 12 Mei 2014 yang disiarkan dalam laman mysuara.net dan Free Malaysia Today. Responden telah juga membuat kenyataan terbuka mengkritik JPP dalam akhbar Berita Harian pada 21 Mei 2014 bertajuk 'Keputusan penuh penipuan: Chegubard'. Beliau diberi surat tunjuk sebab dan digantung keahlian serta-merta sehingga siasatan selesai.

Share:

Wanita Maut Di Rejam, Bapa Di Tahan Ahli Keluarga Di Buru


LAHORE: Seorang wanita hamil maut akibat direjam dengan batu oleh ahli keluarga yang tidak merestui perkahwinannya dengan lelaki yang dicintai.

Kejadian itu dilakukan di luar mahkamah di sini ketika wanita yang hamil tiga bulan itu dalam perjalanan ke mahkamah bagi menjawab kes dakwaan culik yang difailkan keluarganya terhadap suaminya.
Pegawai penyiasat kes berkenaan, Rana Mujahid berkata, bapa wanita itu yang terbabit dalam jenayah yang disifatkan kejam itu sudah ditahan.
"Bagaimanapun polis masih memburu beberapa lagi ahli keluarga yang terbabit," katanya.
Perbuatan itu dilakukan secara terbuka pada waktu siang sambil disaksikan orang ramai.
Seorang lagi pegawai polis, Naseem Butt, menyatakan wanita itu ialah Farzana Parveen, 25, mengahwini Mohammad Iqbal, 45, tanpa restu keluarga.
Peguam wanita itu, Mustafa Kharal, berkata bapa mangsa, Mohammad Azeem, memfailkan kes culik terhadap Iqbal.  #sumber
Share:

Pilih Datuk Mah, Mana Tahu PM Ambil Dia Masuk Kabinet !

NUSAJAYA: Tindakan PAS menyokong kempen calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan di Perak adalah disebabkan desakan politik meskipun ternyata calon itu menolak hudud, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana pakatan pembangkang tidak lagi berpegang kepada prinsip masing-masing.

"Ini satu desakan politik, walaupun banyak percanggahan bukan sahaja ketika PRK namun ia berlaku sebelum ini dalam parti-parti dalam Pakatan Rakyat, bukan hanya dari segi percanggahan hukum, ia termasuk dasar-dasar lain.

"Ini perkongsian tidak teguh kerana pasal ada kepentingan politik dan bagi saya ia bukan sesuatu yang menghairankan. Walaupun calon itu menentang hudud, dia tetap disokong Hadi (Presiden PAS), kerana soal prinsip bukan lagi menjadi satu pegangan utama, katanya kepada pemberita ketika berkunjung ke Kota Iskandar, pusat pentadbiran negeri Johor Selasa.

Muhyiddin mengulas tindakan Abdul Hadi yang turun padang menyokong kempen calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud meskipun wanita itu dengan secara terang-terangan menolak hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri mendengar taklimat daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar tentang pembangunan negeri Johor. Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Selain itu, Muhyiddin turut menyelar pembangkang yang memutarbelitkan fakta kononnya calon BN Datuk Mah Siew Keong mahu menerima jawatan senator sekiranya dilantik.
"Saya menghormati pandangan Datuk Mah yang tidak mahu dilantik selaku senator kerana jika beliau mahu, sebelum ini sudah boleh dilantik.

"Namun, beliau lebih berminat bekerja untuk parti dan komuniti masyarakat Cina dan beliau tidak memikirkan soal perjawatannya. Kita mahukan beliau menang dan mana tahu akan dilantik oleh Perdana Menteri dalam barisan kabinet kelak," katanya.

Mengulas tentang 56.04 peratus keluar mengundi pada PRK Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang pada Ahad lepas, Muhyiddin berkata ia mengejutkan kerana peratus keluar mengundi itu paling rendah dalam sejarah pilihan raya kecil negara ini.

Bagaimanapun, beliau berharap rakyat keluar beramai-ramai untuk mengundi pada PRK Teluk Intan 31 Mei ini yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Mah dan Dyana Sofya. #sumber
Share:

Isu Hudud Tak Jejas Kesetiaan PAS Terhadap Rakan Politik


KUALA LUMPUR: Isu hudud tidak akan memisahkan kesetiaan PAS terhadap rakan politiknya malah ia membuka ruang kepada kemunculan politik baru dengan syarat semua parti politik perlu membuat perubahan untuk menampung politik baru generasi muda, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof (foto).

Ketika membentangkan pandangannya dalam majlis forum bertajuk "Perspektif Kemunculan Mengenai Hudud di Malaysia" anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli)  dan Pusat Kajian Polisi Awam (CPPS), beliau berkata generasi muda hari ini lebih tertarik dalam membincangkan soal kos sara hidup dan pendidikan.

Selain Dr Mujahid, turut dijemput sebagai panelis ialah Ahli Parlimen Sepang yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hanipa Mydin, Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong, Exco Pemuda Umno Fathul Bari Mat Jahaya, wakil MCA serta wakil NGO, Gan Peng Siew.
Forum dipengerusikan Tan Sri Michael Yeoh dari Asli.

Dalam ucapannya juga, Dr Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar menekankan sikap PAS yang terbuka kepada kritikan.

Hanipa pula ketika berucap menjawab persoalan sama ada hudud bertentangan dengan perlembagaan negara atau tidak.

Menurut beliau, perlaksanaan hudud tidak bercanggah dengan peruntukan perlembagaan dan ia boleh dibincangkan tanpa perlu mengubah asas perundangan yang ada.
Liew Chin Tong lebih menekankan bahawa PAS mempunyai isunya tersendiri walaupun DAP menyatakan sikapnya untuk tidak bersetuju dengan PAS.



Fathul Bari pula berkata, hudud perlu difahami dalam konteksnya yang lebih tuntas.
Sambil menyokong pembentukan jawatankuasa teknikal pelaksanaan hudud seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau menyarankan supaya jawatankuasa teknikal itu turut melibatkan wakil nonmuslim untuk menerima pandangan mereka.

Wakil MCA pula mengakui bahawa isu hudud memberi tekanan kepada parti itu dan berpendapat ia sukar untuk diterima apatah lagi dalam suasana DAP didakwa sebagai penyebab utama pengundi cina lari dari MCA.

Dalam sesi soal jawab banyak soalan diajukan kepada PAS dan DAP serta bagaimana mereka menguruskan perbezaan pandangan ini.

Dr Mujahid menjawab, isu hudud tidak akan memisahkan kesetiaan PAS terhadap rakan politiknya malah ia membuka ruang kepada kemunculan politik baru dengan syarat semua parti politik perlu membuat perubahan untuk menampung politik baru generasi muda.
Kegagalan berubah, ujarnya akan mengancam survival parti-parti politik terbabit dan kemungkinan besar mereka 'akan terhapus'.

Kesemua ahli panel bersetuju bahawa masa depan negara adalah lebih utama dipelihara walaupun terdapat perbezaan pandangan dalam isu-isu tertentu. #sumber
Share:

Pencuri Getah Di Belasah Penduduk Di Seberang Temerloh


TEMERLOH: Tindakan dua lelaki dipercayai penagih dadah kembali semula ke kebun getah untuk mengambil getah buku yang dicuri akhirnya memakan diri apabila dibelasah penduduk kampung kira-kira jam 2 petang semalam.

Kejadian berlaku di Kampung Bangau Parit di sini  telah disedari seorang penduduk kampung yang melihat kelibat dua lelaki berkenaan yang dalam keadaan mencurigakan masuk ke kebun getah milik penduduk kampung.

Penduduk, Shahidul Rizal Mohd Said, 32, berkata, dia yang mengesyaki sesuatu kemudian bertindak memberitahu ketua kampung dan pemilik kebun tersebut.

“Kami tunggu mereka keluar membawa tong berisi dua kilogram getah buku dan menangkap mereka dengan bahan bukti, ini bukan  kali pertama, sudah banyak kali berlaku, kali ini dapat tangkap,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bangau Parit Fadhli Dzulkarnanin berkata, kes kecurian getah dan pecah rumah sebelum ini sangat berleluasa di kawasan tersebut dan penduduk terpaksa mengawal ketat kawasan kampung.

“Saya dapat maklumat daripada penduduk kampung mengatakan ada dua orang yang disyaki penagih dadah masuk dalam kawasan kebun getah dan membawa tong, dengan niat dan tujuan yang kita percaya untuk mencuri, dan apabila kita kumpulkan orang kampung dan juga rela untuk membuat  tinjauan di sini, didapati, mereka sedang membawa satu tong yang berisi dengan getah buku dan ini kali kedua yang dijual.

“Pagi tadi mereka jual dan petang ini mereka datang lagi mengambil getah penduduk kampung kedua-dua lelaki ini, bila kita tangkap dan kita siasat mengaku mereka adalah penagih dadah dan juga mengaku telah mencuri getah di kawasan Kampung Bangau Parit inilah,” katanya.

Fadhli berharap polis dapat melakukan rondaan lebih kerap bagi mencegah kes curi getah buku dan ikan sangkar daripada berleluasa di kawasan kampung tersebut dan sekitarnya.

Seorang penduduk yang juga penoreh getah Abdul Rahman Mohamad Taib, 54, turut gembira dengan kejayaan penduduk dapat menangkap penjenayah terbabit kerana hasil getahnya selalu dicuri.

Berikutan kejadian, penduduk menyerahkan dua lelaki terbabit kepada polis dan membuat laporan mengenai kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Anuar Othman mengesahkan menerima maklumat kejadian dan dua lelaki terbabit akan disiasat. #sumber
Share:

Laporan Polis Kes Remaja Di "Perkosa 38 Lelaki" Tersebar !


PASIR PUTEH : Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun membuat laporan di Balai Polis Ketereh kerana telah di rogol secara beramai-ramai oleh 38 orang lelaki melayu di sebuah rumah di sini.

Pengadu telah dihantar ke hospital perubatan Kuala Krai untuk membuat pemeriksaan lanjut. Dan hasil awal rawatan didapati ada kesan koyakan teruk pada hymen dan kesan kemasukan yang berulang-ulang kali pada kemaluan mangsa. Bersama-sama mangsa terdapat juga dua orang saksi yang merupakan rakannya. Kes disiasat di bawah Sek. 376 Kanun Kesiksaan.

BAGAIMANA DETAIL REPORT BOLEH TERSEBAR..KALAU YA SEKALI PUN PIHAK POLIS DLL HENDAKLAH LINDUNGI IDENTITY MANGSA..MANGSA MASIH MERUPAKAN MINOR/BAWAH UMOR........."Makluman kejadian rogol oleh lebih 30 lelaki di Ketereh, Kota Bharu, Kn.

Ketereh Rpt: 785/14, Tarikh: 26/5/14 @ 0022hrs.

2/ Pengadu/ Mangsa
Nama: ........binti Muhammad
KPT: 990829-03-........
Umur: 14thn 8bln
Alamat: No...... Guchil 1, 18000 Kuala Krai, Kn
Kerja: Pelajar Tingkatan 3(SAYA DELETE IDENTITY MANGSA)

3/ Ringkasan Kes
Pada 20/5/2014 jam l/kurang 1930hrs, semasa berada di Kuala Krai, pengadu telah dihubungi oleh rakan sekolahnya nama Mira yang meminta tolong pengadu ambilnya di Ketereh kerana telah seharian tidak pulang ke rumah. Pengadu hubungi rakan nama Iwan yang tinggal di Ketereh kerana pengadu tiada kenderaan. Iwan telah jemput pengadu dari Kuala Krai dan mereka berdua jumpa rakan Mira nama Alif di Ketereh. Alif telah bawa pengadu dan Iwan ke sebuah rumah kayu kosong dikelilingi semak samun di sebuah kampung di Ketereh di mana ada Mira dalam rumah tersebut. Belum sempat mereka berempat hendak meninggalkan rumah itu, datang 1LM usia lingkungan 40an telah tahan Iwan dan paksa mereka duduk dalam rumah itu. Kemudian datang rakan-rakan lelaki itu seramai lebih kurang 40 orang dan mereka telah secara paksa bawa Mira dan pengadu masuk ke dalam sebuah bilik tidur. Mira dan pengadu telah ditampar dan dirogol oleh beberapa orang lelaki sehingga pengsan.

Kemudian pengadu tersedar selepas dikejutkan oleh lelaki usia 40an tadi dan menyuruh mereka berpakaian. Pengadu berasa sangat sakit di bahagian kemaluan dan dibawa menaiki m/sikal Iwan. Iwan memberitahu pengadu bahawa dia telah dipaksa melihat pengadu dirogol oleh lebih kurang 38 orang lelaki. Mira naik m/sikal bersama Alif dan pergi ke arah berasingan. Pengadu hendak pulang ke rumah tetapi Iwan tidak mahu hantar kerana bimbang dimarahi keluarga pengadu. Iwan telah hantar pengadu ke rumah rakan baiknya nama Pok Wa. Di sana, pengadu telah dijaga oleh emak Pok Wa dan pada suatu hari, pengadu terserempak dengan 1LM yang pengadu cam sebagai salah seorang perogolnya, iaitu bapa saudara Pok Wa. Pok Wa telah menyuruh pengadu buat laporan polis tetapi selepas pengadu menghubungi bapanya yang berada di Kuala Krai, bapa pengadu tidak ambil sebarang tindakan. Pengadu hanya tinggal di rumah Pok Wa sehingga 24/05/2014.

Pada 24/05/2014, pengadu telah dihantar pulang ke rumah oleh sepupunya dan mengadu kepada ibu dan bapa bahawa perutnya sakit dan kemaluannya berdarah, tetapi hanya dimarahi kerana keluar rumah tanpa kebenaran. Ibu dan bapa pengadu hanya beri minum 2 tin air Coca Cola dan makan 2 biji Panadol untuk cuci perut pengadu. Pengadu hanya tidur dan pada pagi 25/5/14, pengadu masih sakit perut dan masih keluar darah di bahagian kemaluan. Bapanya telah bawa pengadu ke Hospital Kuala Krai untuk pemeriksaan. Kemudian pengadu telah buat laporan polis.

4/ Tindakan/Hasil siasatan
•Rakaman percakapan pengadu dapati pengadu merupakan anak sulung daripada 3 beradik. Pengadu dan keluarga tinggal di Kuala Krai dan bersekolah di SMK Bandar Kuala Krai, Kn. Ayah pengadu seorang peniaga roti canai manakala ibunya surirumah sepenuh masa.

•Pengadu selesai jalani pemeriksaan dan laporan awal doktor dapati kesan koyakan lama. Hymen mangsa hanya tinggal sisa sahaja, dan diameter disifatkan boleh masukkan satu jari dengan mudah ke dalam vagina. Terdapat kesan geseran pada posterior fourchette dan kesan lebam pada labia minora genitalia mangsa. Terdapat juga kesan koyakan (anal fissure) pada jam 7 anus mangsa.

•Maklumat saspek telah diperolehi daripada pengadu dan selepas mesyuarat projek bersama Tn KBSJD, saya telah salurkan maklumat kepada anggota CPJ IPD Kota Bharu, L/Kpl 165819. Tangkapan akan dibuat ke atas saspek yang telah dikenalpasti secepat mungkin.

5/Klasifikasi
Arahan Tn.KBSJD KB untuk siasat kes di bawah Sek.376 KK. IO Insp. Alina. 


Semoga mereka-mereka yang terlibat dapat di tangkap secepat mungkin dan menerima hukuman yang setimpal. #sumber
Share:

PBNP Minta Semua Penyokong Jaga Tingkah Laku Mereka


KUANTAN: Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) meminta penyokong Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjaga tingkah laku pada aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur, Jumaat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Perlawanan PBNP, Raja Mustafa Shah Raja Jalil Shah berkata, pihaknya tidak mahu berlaku kekecohan hingga boleh dikenakan tindakan tegas oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). 

“Kita boleh nilai sendiri seperti yang berlaku terhadap PAFA (Persatuan Bola Sepak Perak) yang bukan sahaja didenda RM140,000, malah terpaksa bermain tanpa penonton disebabkan kekecohan yang ditimbulkan segelintir penyokong. 

“Atas sebab itu kita menasihatkan penyokong Pahang dan JDT menjaga tingkah laku mereka sepanjang berada di stadium termasuk selepas berakhir perlawanan.

“Ini kerana tujuan kita ke stadium adalah untuk memberikan sokongan terhadap pasukan masing-masing dan bukannya datang semata-mata untuk bergaduh hingga menyebabkan kekecohan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Perlawanan PBNP di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Agung PBNP, Fuzzeimi Ibrahim dan Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh. 

Ditanya jumlah tiket pada perlawanan Jumaat ini, Raja Mustafa Shah berkata, PBNP memperuntukkan sebanyak 32,500 keping tiket yang mula dijual pada jam 9 pagi, esok.

Katanya, sejumlah lapan kaunter termasuk satu kaunter wanita disediakan kepada peminat bola sepak bagi mengelakkan penyokong berasak-asak.

“Bagaimanapun, setiap individu hanya dibenarkan membeli empat tiket dan pemegang tiket perlu memasuki stadium sebelum jam 8 malam.

“Langkah itu bagi memastikan tidak berlaku kekecohan disebabkan kehadiran penyokong pada saat-saat akhir yang boleh mencetuskan masalah.

Pada masa sama, sebanyak 60 alat pengimbas digunakan untuk memeriksa tiket bagi memastikan penyokong yang memasuki stadium memiliki tiket yang mempunyai logo FAM,” katanya. #sumber
Share:

Bas Jengka Liner Melalui Kuala Sentul Beroperasi Semalam


MARAN:  Perkhidmatan bas henti-henti Jengka Liner bagi laluan Jerantut-Kuantan melalui kawasan Kuala Sentul memulakan operasi perjalanan semalam.

Bas berkenaan akan melalui Felda Jengka 1-Sungai Jerik-Kampung Jara-Kampung Kuala Sentul-Maran sebelum ke Kuantan.

ADUN Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Shamsuddin berkata, ia salah satu tanggungjawab sosial syarikat berkenaan dengan kerjasama kerajaan negeri.

Menurutnya, ia bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam dengan kadar tambang berpatutan kepada penduduk kawasan luar bandar.





“Dengan operasi yang baharu ini diharap meringankan penduduk luar bandar dan membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat,” katanya.

Shahaniza berkata, selain di Maran, kerajaan negeri turut menyediakan perkhidmatan  ini di beberapa kawasan di daerah lain dengan kerjasama syarikat bas berkaitan. #sumber
Share:

IPD Rompin Terbakar, Dua "OKT Cuba Larikan Diri" Di Tahan


ROMPIN: Penduduk di sekitar Bandar Kuala Rompin, di sini, gempar apabila bangunan pentadbiran  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin terbakar sekitar jam 8.45 pagi semalam, dan menyebabkan lima daripada tujuh tahanan dalam lokap cedera parah manakala tiga anggota polis turut mengalami kecederaan.

Dalam babak cemas tersebut, dua orang kena tahan (OKT) pula cuba melarikan diri dan merampas senjata, namun berjaya ditahan di depan IPD Rompin oleh anggota polis unit kereta peronda (MPV).

Dua pasukan bomba seramai 15 anggota dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin bergegas ke lokasi kejadian.

Kebakaran berjaya dikawal selepas lima minit pihak bomba melakukan operasi memadam.

Kesemua mangsa termasuk OKT yang cedera dalam kejadian dibawa ke Hospital Rompin untuk rawatan lanjut dengan kawalan anggota polis.

Kegemparan tersebut berpunca daripada aksi latihan kebakaran (mork drill) yang melibatkan kerjasama IPD Rompin, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin, Hospital Rompin dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Cawangan Rompin itu turut menarik perhatian penduduk sekitar yang hadir untuk melihat kejadian yang berlaku.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya, berkata, latihan kebakaran ini diadakan bagi melatih anggota polis menghadapi situasi tidak dijangka.

“Latihan seperti ini sangat penting kerana ia di luar dugaan atau tidak dijangka dan setiap anggota perlu faham serta tahu apa tindakan yang perlu dilakukan ketika menghadapi situasi cemas seperti ini terutama melibatkan OKT.

“Lima OKT yang cedera berjaya diselamatkan manakala dua lagi cuba melarikan diri turut berjaya ditahan anggota MPV yang berkawal. Situasi berlaku pagi ini (semalam) mungkin sekadar simulasi tetapi tidak mustahil boleh terjadi dan kita mesti sentiasa bersiap sedia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin, Penolong Penguasa Bomba, Shamsul Affandy Sulaiman, berkata, latihan seperti ini memberi pendedahan secara praktikal dalam menghadapi situasi kebakaran.

“Setiap anggota bomba dan polis serta pasukan perubatan dari Hospital Rompin memberi kerjasama yang sangat baik dan ia terbukti dalam masa yang singkat situasi dapat dikawal.  Melalui latihan seperti ini, ia juga memberi ruang kepada pasukan bomba untuk memperkemas setiap tindakan dalam menghadapi situasi kebakaran,” katanya. #sumber
Share:

Polis Lepas Gas Pemedih Mata Ke Arah Penunjuk Perasaan


BRASILIA: Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang mengadakan demonstrasi membantah sejumlah wang besar yang dilaburkan untuk kejohanan Piala Dunia.

Tindakan tersebut dilakukan untuk menyuraikan penunjuk perasaan itu.

Kebanyakan penunjuk perasaan itu terdiri daripada penduduk Brazil yang berarak menggunakan pakaian tradisional termasuk lukisan di muka menuju stadium yang menjadi venue utama kejohanan berprestij dunia itu.

Ketika polis cuba menghalang perarakan itu, sekumpulan penunjuk perasaan melepaskan anak panah ke arah polis.

Seorang anggota polis cedera di kaki akibat tertusuk anak panah itu.

Mangsa dikejarkan ke hospital dengan segera untuk menjalani pembedahan bagi menggeluarkan anak panah itu.
Globo TV menunjukkan imej motosikal polis turut menjadi sasaran panah yang dilepaskan. #sumber
Share:

Polis Buru "Askar Tembak Rakannya Sendiri" Di Lahad Datu


LAHAD DATU: Polis melancarkan operasi memburu seorang askar yang dipercayai terlibat dalam insiden tembakan di sebuah kedai di sini, awal pagi Rabu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, mereka telah mengenal pasti suspek dan sedang mempergiatkan usaha memburu askar tersebut yang dipercayai menembak rakannya itu kira-kira pukul 4.45 pagi.

"Kami telah mengenal pasti suspek dan akan terus menahannya sebaik saja dia ditemui," kata Hamza ketika dihubungi.


Hamza berkata, dua orang awam yang cedera dalam insiden itu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan. #sumber
Share:

Komandor Maut Di Tembak Di Kenal Pasti, Umur 28 Tahun


LAHAD DATU: Komandor tentera yang maut ditembak rakannya awal pagi Rabu di sini, sudah dikenal pasti dan pihak polis meminta penduduk kawasan berkenaan supaya bertenang.
Anggota tentera terbabit yang berusia 28 tahun itu berasal dari Pasir Putih, Kelantan.
Dalam kejadian pukul 4.45 pagi Rabu itu, seorang anggota tentera maut, manakala dua orang awam cedera ditembak dalam satu insiden tembakan di sebuah kedai di pekan ini.
Menurut penduduk di pekan itu, difahamkan tembakan itu dilepaskan selepas seorang askar tidak dibenarkan memasuki kedai yang beroperasi selama 24 jam itu.
Suspek yang juga seorang askar dipercayai menembak rakannya dengan sengaja, manakala dua lagi pekerja kedai tersebut turut tercedera.
Anggota tentera terbabit meninggal dunia di Hospital Lahad Datu, manakala dua lagi orang awam berkenaan yang masing-masing cedera di kaki dan bahu dirawat di hospital sama dengan keadaan mereka dilaporkan stabil.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah berkata, polis masih mengesan seorang anggota tentera yang melarikan diri sebaik kejadian itu.
"Kita masih menyiasat jenis senjata yang digunakan. Laporan sebelum ini mengatakan suspek menggunakan M-16 dan kita masih menyiasat," katanya. #sumber
Share:

Pelajar Tingkatan Satu Di Rogol Oleh Teman Facebooknya !


KOTA KINABALU: Seorang pelajar berusia 13 tahun mendakwa dirinya dirogol oleh seorang budak lelaki yang baharu dikenalinya selama dua minggu di Facebook.

Kejadian itu didakwa berlaku ketika temujanji kali kedua mereka pada Isnin, gadis itu memberitahu polis.

Budak perempuan itu telah bersetuju bertemu lelaki berusia 18 tahun itu untuk makan tengah hari sebelum pergi ke sebuah bangunan di Jalan Singapura, di bandar Sandakan di mana dia mendakwa dirinya telah dirogol.

Difahamkan, sehari sebelum kejadian, iaitu selepas mereka bertemu buat kali pertama, lelaki terbabit telah meminta untuk bertemu sekali lagi pada hari seterusnya apabila dia berulang kali mengaku mahu mengadakan hubungan seks.

Gadis itu berkata dia enggan berbuat demikian pada mulanya tetapi akhirnya bersetuju kerana lelaki terbabit bersungguh-sungguh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Superintendan Fadzil Mohd Ali berkata kejadian itu disedari apabila ibu gadis itu bertanya mengapa dia pulang lewat dari sekolah.

"Selepas ibunya memaksa gadis itu untuk memberitahu ke mana dia pergi mangsa memberitahu ibunya mengenai kejadian itu," katanya.

Supt Fadzil berkata ibunya membuat laporan polis dan mangsa telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.