MARAN: Perkhidmatan bas henti-henti Jengka Liner bagi laluan Jerantut-Kuantan melalui kawasan Kuala Sentul memulakan operasi perjalanan semalam.
Bas berkenaan akan melalui Felda Jengka 1-Sungai Jerik-Kampung Jara-Kampung Kuala Sentul-Maran sebelum ke Kuantan.
ADUN Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Shamsuddin berkata, ia salah satu tanggungjawab sosial syarikat berkenaan dengan kerjasama kerajaan negeri.
Menurutnya, ia bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam dengan kadar tambang berpatutan kepada penduduk kawasan luar bandar.
“Dengan operasi yang baharu ini diharap meringankan penduduk luar bandar dan membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat,” katanya.
Shahaniza berkata, selain di Maran, kerajaan negeri turut menyediakan perkhidmatan ini di beberapa kawasan di daerah lain dengan kerjasama syarikat bas berkaitan. #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan