script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

S.Subramaniam: Produk Coklat Cadbury Mungkin Tercemar


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan kewujudan DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat Cadbury, disebabkan pencemaran sepanjang rantaian proses pembuatan coklat berkenaan.
Dua produk terbabit ialah coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam.
Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pihaknya akan melawat dan memeriksa kilang pembuatan coklat berkenaan, minggu ini.
"Keputusannya hanya akan diketahui dalam beberapa bulan lagi kerana perlu melalui pelbagai proses dan prosedur," katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengadakan pertemuan dengan syarikat pengeluar coklat berkenaan serta kementerian terbabit untuk membincangkan lebih lanjut berhubung penghasilan produk itu.
Subramaniam berkata, siasatan kejadian itu  dijalankan di bawah Akta Makanan 1983.
Sebelum ini dilaporkan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggantung sijil halal terhadap dua produk coklat susu keluaran Cadbury Dairy Milk yang dikeluarkan Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd, berkuat kuasa serta-merta ekoran penemuan DNA babi dalam produknya.
Penemuan DNA itu dikesan oleh Kementerian Kesihatan, dalam produk coklat susu dengan kacang hazel dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1.
Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pula memaklumkan pihaknya mula menganalisa produk berkenaan pada 27 Februari lalu.
"Proses ini mengambil masa termasuk verifikasi dan pengesahan maklumat," katanya. #sumber
Share:

3 ulasan:

  1. Hei aney! Itu 'ter' xbley pakai la. Biarkn pihak berkuasa truskn siasatn bg menjamin kehalalan makanan umat islam. Aney ada makan itu lumbu ka?

    BalasPadam
  2. sejak bila pula chocolate menjadi makanan orang Islam?

    BalasPadam
  3. Menteri kafir yang terus cuba nak memperbodohkan orang Islam terutama orang melayu...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.