script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Utusan Malaysia Mohon Maaf Pada Tan Sri Khalid Ibrahim


KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia hari ini memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana menyiarkan artikel bertajuk “Khalid dimaki ahli PKR” pada 17 Mei lalu.
Dalam ruang kecil halaman kelapan akhbar itu, pihak penerbitan Utusan memaklumkan mereka  kesal kerana menerbitkan laporan yang menimbulkan reaksi kurang senang dan mengaibkan Khalid itu.
“Utusan Malaysia kesal atas penerbitan tersebut yang telah menimbulkan rasa kurang senang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di atas kesilapan tersebut,” permohonan maaf itu dipetik.
Akhbar tersebut juga berjanji tidak akan menerbitkan laporan seperti itu lagi pada masa akan datang.
Utusan pada 17 Mei lalu melaporkan Khalid dimalukan oleh ahli PKR apabila beliau dimaki hamun seorang ahli Cabang Kuala Selangor yang mendakwa calon timbalan presiden PKR itu sebagai penipu kerana melakukan perkara bercanggah dengan etika lembaga disiplin dan Jawatankuasa Pemilihan Parti.
Ahli berkenaan, Zulkifli Abdullah dilapor menghamburkan kata-kata kasar sebaik sahaja mendapati Khalid keluar dari bilik sidang akhbar di ibu pejabat PKR.
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor turut terkejut melihat Khalid dimalukan di hadapan khalayak ramai. #sumber
Share:

1 ulasan:

  1. hahaha...UTUSAN minta maaf lagi, Awang Selamat mesti bersembunyi kat bawah katil.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.