script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

DAP Buat Laporan Polis Isu "Sebaran Gambar Bikini" Dyana


TELUK INTAN: DAP pada Sabtu membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar seorang wanita berbikini yang didakwa calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.

Laporan polis itu dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pinji, Lee Chuan How dan Ahli Parlimen Batu Kawan, P. Kasthuriraani dari DAP pada kira-kira pukul 6 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini.

Lee berkata, gambar bikini itu kononnya dipakai oleh Dyana telah disebarkan di sekitar kawasan Changkat Jong dekat sini.

Menurutnya, ia merupakan satu fitnah semata-mata kerana wanita di dalam gambar itu sebenarnya adalah pelakon Filipina, Pauleen Luna.

"Kita menolak sekeras-kerasnya perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini yang menjatuhkan maruah seorang wanita.

"Kita tidak perlukan kempen yang jahat seperti ini kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi," katanya kepada para pemberita selepas membuat laporan polis.

Sebelum ini, Dyana menafikan gambar berkenaan adalah dirinya dan sudah membuat penjelasan bahawa wanita itu merupakan pelakon Filipina, Pauleen Luna. #sumber
Share:

1 ulasan:

  1. kenapa perempuan itu tidak pergi sendiri ke balai untuk buat laporan?

    kenapa mesti orang lain yang tolong buat laporan?

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.