script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Jepun Lakar Sejarah Julang Piala Thomas Buat Kali Pertama


PETALING JAYA: Jepun melakar sejarah apabila berjaya menjulang Piala Thomas buat kali pertama selepas mengalahkan Malaysia 3-2.

Kemenangan itu sekaligus menggagalkan harapan Malaysia untuk membawa pulang piala berkenaan ke tanah air selepas kemarau 22 tahun.

Menerusi pusingan penentu, perseorangan Malaysia, Daren Liew ditewaskan pemain Jepun, Takuma Ueda 12-21, 21-18, 21-17.

Terdahulu pada awal perlawanan akhir menentang Jepun, Malaysia memulakan langkah kanan apabila memungut mata pertama menerusi Lee Chong Wei apabila mengalahkan Kenichi Tago 21-12, 21-16.

Bagaimanapun Jepun kembali bangkit apabila mengikat Malaysia dengan kedudukan 1-1 pada perlawanan kedua menerusi regunya Kenichi Hayakama/Hiroyuki Endo apabila menewaskan Tan Boon Heong/Hoon Thien How 12-21, 21-17, 21-19.




Jepun sekali lagi memberi tekanan kepada Malaysia apabila perseorangannya, Kento Momota menewaskan pemain Malaysia Chong Wei Feng 21-15, 21-17 pada perlawanan ketiga.

Namun Malaysia kembali bangkit menyamakan kedudukan 2-2 pada aksi perlawanan keempat apabila beregu Goh V Shem/Tan Wee Kiong berjaya menewaskan pasangan Jepun Keigo Sonoda/Takeshi Kamura 19-21, 21-17, 21-12.

Kali terakhir Malaysia menjulang Piala Thomas ialah pada 1992 di Kuala Lumpur manakala kali terakhir layak ke perlawanan akhir ialah ketika di Guangzhou pada 2002 dan tewas 2-3 kepada Indonesia. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.