script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pemenang "RM1 Juta Al-Awfar Bank Islam" Tak Dapat Tidur


PETALING JAYA: Memperolehi  wang berjumlah RM1 juta pada usia muda pasti tidak pernah terjangkau dek fikiran. Namun itulah yang berlaku kepada tiga pemenang cabutan pemegang akaun Al-Awfar anjuran Bank Islam yang diumumkan pada Selasa.
Menurut salah seorang pemenang, Idayu Idris,35, dia membuka akaun Al-Awfar bertujuan menyimpan duit untuk kegunaan peribadi.
"Saya sendiri tidak tahu pun mengenai cabutan ini. Saya hanya simpan duit hasil perniagaan online, sebagai stokis Double Stem Cell ke dalam akaun Bank Islam.
"Jujurnya, saya tidak pernah menyangka dan pada mulanya pihak Bank Islam tidak dapat menghubungi saya kerana saya telah bertukar nombor telefon.

"Memang sudah dikatakan rezeki saya, kawan telah memaklumkan nama saya diumumkan sebagai pemenang cabutan Al-Awfar dan saya menghubungi pihak bank dua hari selepas itu," katanya pada majlis penyampaian replika cek kepada pemenang cabutan bertuah Al-Awfar di Menara Star pada Selasa.
Ibu kepada tiga orang anak ini berkata, dia merancang untuk terus menyimpan wang yang dimenanginya itu bagi kepentingan anak-anaknya serta menunaikan haji bersama keluarga. 
"Memang saya tak terfikir sebab semua ini datang mengejut. Saya bersyukur kerana selama ini saya hanya menyimpan duit dalam akaun Bank Islam, kerana takut untuk membawa wang tunai terlalu banyak.

"Saya juga ada menyarankan kawan-kawan agar menyimpan duit di Bank Islam selepas ini. Mana tahu mungkin ada rezeki mereka pula selepas ini," katanya.


Bagi seorang lagi pemenang, Mohd Hafiz Abd Khalid, 31, dia merancang untuk menyelesaikan pinjaman kewangannya terlebih dahulu.

"Saya hendak selesaikan hutang kereta dan rumah. Selepas itu saya mahu simpan untuk masa depan anak-anak. Memang ada niat nak pergi haji," katanya.

Bapa kepada empat orang anak ini berkata, dia membuka akaun Bank Islam di cawangan Pekan untuk membayar pinjaman peribadi dan ansuran rumahnya.

Hafiz yang juga Penolong Pengarah Jabatan Kerja Raya, di TUDM Gong Kedak, itu berkata sejak mendapat panggilan telefon daripada Pengurus Bank Islam cawangan Pekan, dia tidak dapat melelapkan mata.

"Saya memang tidak tahu mengenai kempen anjuran Bank Islam ini. Masa mula dapat berita memang tak percaya bila kawan saya beritahu. Bila saya semak di laman web Bank Islam  saya pun terkejut dan hendak tidur malam pun tak boleh," katanya.

Pemenang ketiga, Mohd Idrus Ibrahim, 27, berkata dia ingin membawa ibu dan ayahnya menunaikan haji dengan wang yang dimenanginya itu.

"Saya hendak hantar mak ayah pergi haji. Sehingga hari ini saya masih tak percaya dengan kemenangan yang saya perolehi.

"Saya juga hendak simpan duit untuk persiapan kahwin saya satu hari nanti," katanya.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat.

Di bawah kempen Al-Awfar pengguna perlu menyimpan sebanyak RM1,000 selama empat bulan bermula daripada Januari hingga April 2014. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.