script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pilihan Raya Kecil Teluk Intan: 410 Bakal Undi Awal Hari Ini


TELUK INTAN: Proses pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan berlangsung hari ini melibatkan 410 pengundi berdaftar di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini.
Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak Ahmad Adli Abdullah berkata pengundian dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang.
"Pengundi awal ini kebanyakan adalah anggota polis dan keluarga yang berdaftar bagi Parlimen Teluk Intan," katanya, di sini, Isnin.
Beliau berkata, daripada segi persiapan, ketua tempat mengundi dan kerani-kerani pengundian awal telah membuat semakan pada sebelah pagi tadi bagi memastikan keseluruhan peralatan pengundian adalah lengkap dan sempurna. 
Beliau berkata, calon parti politik yang bertanding atau ejen mereka akan turut terlibat sepanjang proses pengundian itu, termasuk memeteri peti undi bersama petugas SPR.
Ahmad Adli berkata, semua peti undi yang telah dimeteri akan dibawa ke Majlis Perbandaran Teluk Intan untuk disimpan dalam peti besi di bilik kebal.
"Kesemua peti itu hanya akan dibuka selepas pengundian biasa Sabtu ini.
"Kita berharap perjalanan pengundian awal hari ini akan berjalan lancar. Para calon dan penyokong tidak perlu berkumpul terlalu ramai," katanya.
PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dengan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.