script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Dyana: "Gagal Bina Sekolah" Tiba-Tiba Janji Bina Universiti


TELUK INTAN : Penduduk Teluk Intan kecewa kerana janji Kerajaan BN membina sebuah sekolah menengah di sini gagal ditunaikan.
Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DAP Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud berkata, projek Sekolah Menengah Kampung Bahagia sehingga kini menjadi tanya walaupun peruntukan telah diberi pada tahun 2012. Katanya, sepatutnya sekolah menengah itu yang bernilai RM27.2 juta siap pada tahun ini tetapi sehingga saat ini papan tanda projek pembinaan sekolah itu pun tidak kelihatan.
Sebaliknya calon BN Datuk Mah Siew Keong hari ini menawarkan untuk membina sebuah universiti di Teluk Intan jika dipilih sebagai Ahli Parlimen.
“Baru-baru ini BN telah melancarkan sebuah lebuhraya dengan kos RM5 bilion dan berjanji untuk menaik taraf kemudahan jalur lebar jika mereka menang.
“Saya ingin bertanya, bagaimana pula dengan projek sekolah di Kampung Bahagia?
“Peruntukan telah diberikan sebanyak RM27 juta pada tahun 2012. Sehingga kini papan tanda pun tidak ada,” katanya dipetik Roketkini.
Menurut Dyana, pada 2013, mendiang Seah Leong Peng telah membangkitkannya di Parlimen.
Katanya, pihak kerajaan berjanji akan menyiapkannya tahun ini.
“Kita mahu tanya, bila nak buat yang ni dulu?, sibuk umum pelbagai projek, tapi yang lain terbengkalai,” kata beliau.
Pada 11 Februari 2012 Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan peruntukan RM27 juta untuk pembinaan sekolah itu termasuk pelbagai projek naik taraf di daerah Hilir Perak. #sumber
Share:

1 ulasan:

  1. Barang Naik janji ditepati, sekolah tak naik tapi harga barang naik.....hahaha

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.