script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mahkamah Tinggi Hari Ini Bebaskan Bekas CEO Sime Bank


KUALA LUMPUR: "Anda bebas sekarang dan tidak perlu lagi datang ke mahkamah," kata peguam Kitson Foong kepada anak guamnya, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sime Bank, Datuk Ismail Zakaria selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan untuk mengetepikan rayuan Bank Negara.
Bank pusat itu mengemukakan rayuan terhadap pembebasan Ismail daripada pertuduhan meluluskan pinjaman berjumlah RM175 juta semasa negara mengalami krisis kewangan terburuk pada 1997.
Hakim Datuk Azman Husin membenarkan permohonan itu selepas Foong memberitahu mahkamah bahawa Bank Negara, selaku responden, gagal hadir di mahkamah sungguhpun selepas beberapa penangguhan rayuan dibenarkan mahkamah untuk memudahkan pihak pendakwaan.
"Kegagalan responden beberapa kali untuk hadir ke mahkamah menunjukkan mereka tidak lagi berminat dalam perkara ini," katanya, dan menambah mereka gagal menghadiri pengurusan kes yang ditetapkan mahkamah.
Foong memohon kepada mahkamah agar perjalanan 16 tahun anak guamnya ke mahkamah ditamatkan.
Pada 12 September 2011, Ismail dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada empat pertuduhan bertindak di luar bidang kuasanya meluluskan pinjaman berjumlah RM175 juta kepada sebuah syarikat pelaburan.
Ismail, 71, didakwa meluluskan pinjaman RM59 juta, RM50 juta, RM40 juta dan RM26 juta kepada Everise Capital Sdn Bhd.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu antara 20 Sept 1997 dan 21 Okt 1997 di pejabatnya di tingkat dua Bangunan Sime Bank, Jalan Sultan Ismail di sini.
Pertuduhan mengikut Seksyen 65(1) Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989, dan boleh dihukum menurut Seksyen 103(1)(a) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM5 juta, atau kedua-duanya.
Selepas mahkamah menyampaikan keputusan, Ismail memberitahu Bernama beliau kehilangan 16 tahun yang amat berharga sebagai seorang jurubank dan beliau berdepan tugas mencabar untuk kembali ke sektor perbankan memandangkan segala-galanya sudah berakhir baginya.
Kata Ismail, beliau menggunakan kesemua wang simpanannya setelah tiada pihak yang mahu mengambilnya bekerja dan beliau juga perlu menyara empat anaknya.
"Dalam usia sekarang, kerjaya saya dalam bidang perbankan sudah berakhir namun saya bersyukur kepada Allah, berterima kasih kepada rakan-rakan dan peguam saya sebab perjalanan saya ke mahkamah sudah selesai," kata Ismail yang kelihatan lega, sebelum beredar dari mahkamah dengan diiringi isterinya, Datin Rohani Yusoff. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.