Bagi Ahli Parlimen Temerloh itu, pengesahan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah kelmarin bahawa dua sampel produk keluaran Cadbury Dairy Milk iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond mengandungi DNA babi (porcine) adalah sangat mengejutkan dan mengecewakan banyak pihak.
"Pertama, kerana tragedi ini menyebabkan umat Islam akan terkesan dengan implikasi negatif daripada pengambilan bahan makanan haram khususnya pada aspek spiritual dan tingkah-laku mereka," ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat.
Menurutnya, usaha mereka untuk memenuhi kriteria ‘halalan thoyyiba’ pada sudut pemakanan disia-siakan dengan pengambilan produk berkenaan tanpa sedar disebabkan kesilapan dan kecuaian pihak-pihak tertentu.
Sebagai pengguna, ujarnya tiada pilihan lain melainkan memilih produk yang telah ditentusahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), namun pengguna tetap juga terdedah kepada pengambilan produk yang mengandungi bahan diharamkan.
Kedua, kata beliau kerana insiden tersebut telah mencabar kewibawaan status halal Jakim.
Kenyataan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha sebelum daripada ini yang menegaskan bahawa pensijilan halal Malaysia adalah membabitkan proses pengauditan dan pemeriksaan yang ketat kini mula diragui.
Sementelah lagi, ujarnya pada Mac lalu baru sahaja dibongkarkan kira-kira 80 peratus atau 1.3 juta ekor ayam yang disembelih setiap hari di hampir 2,000 pusat penyembelihan ayam di seluruh negara diragui status halalnya.
Katanya, kejadian seumpama ini hanya memalukan Malaysia sebagai sebuah negara yang telah diiktiraf sebagai peneraju pembangunan industri halal apabila diberi kepercayaan mengetuai rundingan dalam kalangan negara Islam bagi mewujudkan standard halal universal pada April lalu.
"Oleh demikian, saya mendesak pihak kerajaan dan Jakim agar segera mengambil tindakan proaktif dan afirmatif dengan melakukan pemeriksaan dan audit mengejut secara besar-besar kepada semua pengeluar produk makanan khususnya yang telah diberikan sijil halal oleh Jakim sebelum daripada ini," katanya. #sumber







sejak bila pula chocolate menjadi makanan orang Islam?
BalasPadam