script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

NGO Angkara "Ucap Tahniah" Buat Tengku Mahkota Pahang



KUANTAN: NGO Angkatan Pembela Rakyat (ANGKARA) mengucapkan tahniah kepada Yang Teramat Mulia, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Hj.Ahmad Shah yang ditabalkan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Pada pemilihan badan induk itu hari ini, Tengku Abdullah menewaskan pencabar terhebatnya iaitu Tengku Mahkota Johor (TMJ), Sultan Ismail Idris Sultan Ibrahim pada pertandingan satu lawan satu selepas penyandang, Sultan Pahang, Sultan Hj.Ahmad Shah menarik diri. Tengku Mahkota Pahang menang dengan undi sebanyak 27 dan Tengku Mahkota Johor mendapat 12 undi sahaja selepas pengiraan kali kedua. Pada pusingan pertama kiraan undi ialah 25/14. 

Penyelaras Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) berkata kemenangan Tengku Mahkota Pahang itu sebagai satu pengkihtirafan kepada keluarga DiRaja Pahang untuk terus menerajui FAM untuk musim 2014/2018. "Bagi saya, sikap Tengku Abdullah yang tidak melatah dengan kempen-kempen TMJ nampaknya memberi kelebihan kepada baginda. Tengku Mahkota Pahang tidak perlukan publisiti dan janji-janji tinggi melangit untuk meyakinkan beliau dipilih sebagai pemenang. Semoga kemenangan ini akan menaikkan lagi imej dan mutu sukan bolasepak negara di mata dunia hendaknya", kata Shukri.

Dalam pada itu beliau tidak menolak tanggapan bahawa FAM wajar memberi ruang kepada TMJ untuk bersama-sama memajukan bolasepak negara agar ia kembali digeruni di peringakat antarabangsa. "Agenda TMP dan TMJ jika digabungkan, sudah pasti akan memberikan impak yang besar terhadap pembangunan bolasepak negara di masa akan datang pastinya... TMJ masih muda, maka ruang yang terbaik diberikan oleh perwakilan untuk melantik Tengku Mahkota Pahang amatlah wajar sebenarnya", tambah beliau. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.