script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

"Dyana Tidak Sokong Hudud Bukan Satu Isu.." - Hadi Awang


TELUK INTAN: Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang, petang tadi enggan mengulas kenyataan calon DAP bagi Parlimen Teluk Intan yang menyatakan beliau tidak akan mengundi menyokong Hudud Pas jika menang.

Sejurus selepas ucapan ringkas yang disampaikan oleh calon DAP, Dyana Sofea Mohd Daud, Hadi bingkas bangun dan enggan melayan sebarang soalan walaupun telah diminta oleh para wartawan yang membuat liputan.

“Tak apa, tiada PC (sidang akhbar) saya perlu pergi ke tempat lain” katanya ketika ditanya oleh wartawan Suara.TV di Taman Cicely sebentar tadi.

Hadi yang dilihat tergesa-gesa meninggalkan majlis tersebut langsung tidak menjamah hidangan yang disediakan oleh pihak penganjur sehingga menyebabkan Dyana terpingga-pingga.

Beliau hanya mampu berkata perkara tersebut tidak ada isu apabila diminta mengulas berkenaan pendirian parti itu berhubung kenyataan Dyana Sofea mengenai hudud sebelum ini.

“Tak ada isu, cukup-cukuplah, perkara itu tiada isu” ujarnya lagi.

Memetik laporan yang dikeluarkan oleh akhbar Utusan Malaysia, Dyana sebelum ini dikatakan berkata dia sama sekali tidak akan menyokong hudud dalam usahanya untuk menjamin undi dan sokongan pengundi Cina.

Malah, lagi teruk dan dangkal lagi kata calon DAP itu, dia memang menentang hudud dan DAP tidak pernah bersetuju dengan hudud kerana menganggap hudud adalah pemaksaan agama dan nilai-nilai Islam ke atas bukan Islam di negara ini.

Seterusnya apabila ditanya mengenai kenyataan bekas ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang Chaw yang kecewa dengan perlucutan jawatannya dalam sayap PAS itu, Hadi hanya menjawab dia tidak dipecat.

“Tak pecat, cuma lantik baru” ujarnya lagi.

Ketika diwawancara Malaysiakini baru-baru ini, Hu berkata, keputusan menggugurkannya itu tidak demokratik dan tidak mengikut ajaran Islam yang menyarankan muzakarah dibuat terlebih dahulu. #sumber
Share:

1 ulasan:

  1. dia tetap akan disoalsiasat di akhirat kerana dia duduk semeja dengan penentang hukum Allah s.w.t.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.