script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

China Juara Piala Uber 2014, Kalahkan Jepun 3-1 Semalam


NEW DELHI: China hanya mengambil masa 164 minit untuk merangkul Piala Uber 2014 buat kali ke-13 apabila mengalahkan bekas juara Jepun 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Tertutup Siri Fort di sini, semalam.

Jepun, juara lima kali dan terakhir pada 1981, gagal merobohkan Tembok Besar China apabila perseorangan nombor satu dunia, Xi Xuerui membuka kempen dengan mengalahkan mudah Minatsu Mitani 21-15 dan 21-5 dalam masa 36 minit.

Bagaimanapun, mata pembukaan itu tidak mematahkan semangat pemain Jepun yang berjaya menyamakan kedudukan menerusi beregu utama Misaki Matsutomo/Ayaya Takahashi.

Gandingan Jepun itu tidak menghadapi masalah dan hanya memerlukan masa 46 minit untuk mengetepikan Bao Yixin/Tang Jinhua dalam straight set 21-18 dan 21-9.

Keceriaan Jepun mula menurun apabila pemain perseorangan kedua Wang Shixian memberi mata pendahulu kepada China dengan menyingkirkan Sayaka Takahashi 21-16 dan 21-12 dalam masa 45 minit.

Beregu kedua Zhao Yunlei/Wang Xiaoli mengesahkan dominasi China sejak tahun 1980-an dalam kejohanan berprestij itu apabila menewaskan Miyuki Maeda/Reika Kakiiwa 21-13 dan 21-6 dalam masa 37 minit. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.