script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

CIC Di Lihat Mampu Untuk Tingkatkan Lagi Kualiti Siasatan


KUANTAN: Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) Kontinjen Pahang dilihat mampu meningkatkan kualiti siasatan dan sabitan mahkamah membabitkan kes jenayah dalam kalangan Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, fasiliti tersebut akan melancarkan siasatan polis dalam mendapatkan keterangan mangsa atau saksi yang terdiri daripada kanak-kanak.

Menurutnya, sebelum ini sebarang siasatan atau proses mengambil keterangan kanak-kanak terpaksa dilakukan di tempat kurang sesuai seperti di pejabat yang mungkin menyebabkan mangsa atau saksi tidak selesa.

“Justeru, dengan adanya CIC yang siap sepenuhnya dan beroperasi Februari lalu, kita yakin mutu siasatan menjadi lebih baik di samping keterangan mangsa dan saksi yang lebih terperinci dan tepat.

“Sehingga kini, CIC sudah mengendalikan 11 kes membabitkan kes seksual dan di bawah Akta Kanak-Kanak,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Merasmikan Pusat Temuduga Kanak-Kanak di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk  Jamaluddin Abd Majid, Ketua Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Mohd Zakaria Ahmad dan Ketua Penolong Pengarah D11 Bukit Aman, Asisten Komisioner Hamidah Yunus.

Sharifuddin berkata, melalui CIC, keterangan melalui rakaman video yang dilakukan ketika ingatan mangsa atau saksi masih lagi segar akan dapat membantu mahkamah membuat penilaian yang konstruktif dalam memutuskan sesuatu kes yang dibicarakan kelak.

Beliau berkata, dengan kos RM380, 000, CIC yang wujud itu dilengkapi dengan peralatan pejabat, bilik temuduga kedap  bunyi, set unit alat rakaman dan transkrip, empat set patung anatomi, rumah transit untuk ibu bapa selain bilik mesyuarat.

“Saya harap CIC ini akan dimanfaatkan sepenuhnya terutama dari segi siasatan kes jenayah kanak-kanak,” katanya.

CIC Pahang adalah CIC fasa ketiga selepas Johor, Pulau Pinang, Kelantan, Melaka dan Terengganu. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.