script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

RM1.044 Bilion Hasil Negeri Di Kembalikan Kepada Rakyat


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mencatatkan sejumlah RM1.044 bilion hasil negeri yang dikembalikan kepada rakyat melalui pelbagai skim di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sepanjang penggal lalu.
Exco Kebajikan, Rodziah Ismail berkata, kerajaan negeri menjangkakan jumlah itu akan bertambah pada penggal ini ekoran kesedaran tinggi di kalangan masyarakat untuk mengambil peluang ditawarkan Kerajaan Negeri.
“Pada penggal pertama fokus kami adalah untuk meningkatkan ekonomi rakyat melalui dasar MES. Pada penggal kedua ini kita teruskan program yang ada ini dan kita beri tambah nilai. Kita sedang meniliti perkhidmatan tambahan yang boleh disalurkan.
“Kerajaan Selangor faham keperluan rakyat sentiasa dinamik dan progresif. Jadi kita tambah perbelanjaan itu. Kalau dulu kita ada Skim Mikro Kredit Selangor (SkimSel) yang masih kita kekalkan tetapi sekarang lebih kepada bantuan tambahan untuk peniaga kecil memiliki aset seperti kenderaan untuk menambah pendapatan mereka,” kata beliau.
Rodziah berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Kursus Intensif Perkembangan Kanak-kanak di Intekma Resort di sini, semalam.
Tambah beliau lagi, statistik program MES juga menunjukkan terdapatnya peningkatan kesedaran yang tinggi rakyat untuk meningkatkan taraf hidup melalui program yang disediakan.

Statistik MES sehingga 31 Disember 2013 menunjukkan Kerajaan Selangor sudah membelanjakan sebanyak RM1,044,511,342.86 hasil Kerajaan Negeri bagi dinikmati rakyat negeri itu dengan melibatkan hampir 1.6 juta keluarga penerima faedah.
Hasil negeri itu dikongsikan melalui 17 skim di bawah program MES seperti Insentif Perkahwinan Belia, Skimsel, Skim Bantuan Asuhan Rakyat, Skim Mikro Kredit Miskin Bandar (Mimbar), Skim Mikro Kredit Selangor (SkimSel), Tabung Anak Warisan Selangor (Tawas), Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Skim Air Percuma dan lain-lain. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.